Dunia Buku 10
Pemikiran
Zainol ldris
dalam novel PULAU KASIH
Oleh: Afif Zulhusni
Pulau Kasih sebuah
novel yang menyingkap perjalanan panjang sebuah kehidupan menerusi watak Leh,
Bibah dan juga Setopa. Pengarang bakal membawa kita menelusuri serta menghayati
kehidupan anak muda yang terperangkap dalam arena percintaan. Walau
bagaimanapun, cinta yang digarap oleh Zainol ldris bukanlah cinta yang nihil
semata-mata. Cinta ini sudah tentu dihiaskan pula dengan keindahan latar yang
terpamer melalui beberapa gugusan pulau, tatkala meletuskan permainan emosi
yang mengasyikkan.
Sekiranya kita meneliti makna pemikiran yang dikemukakan oleh
Mohd Yusof Hassan dalam Pemikiran
Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, pemikiran
merupakan kegiatan daripada proses aktiviti akal atau otak sebagai organ
penting bagi diri setiap manusia,
Berbeza daripada haiwan, Tuhan telah menctptakan akal kepada manusia
untuk menyelesaikan segala permasalahan kehidupan daripada sebesar-besar
perkara sehingga sekecil-kecil perkara. Oleh yang demikian, pemikiran
berunsurkan positif yang lahir daripada akal manusia mampu memberikan nilai
tambah kepada manusia lain.
Perkara ini secara tidak langsung berkait rapat dengan
pemikiran seseorang pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya, khususnya
kepada masyarakat. Sebagai seorang pengarang, mereka bukan sahaja perlu
memanfaatkan pemikiran yang dikurniakan oleh Tuhan semata-mata dalam berkreatif,
malah pengarang juga seharusnya mengubah pemikiran khalayak pembaca ke arah
yang lebih dinamik' Hal ini dapat diperhatikan menerusi sebuah novel yang
berjudul Pulau Kasih nukilan Zainol ldris, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,(2022).
Melalui pemikiran yang
terkandung dalam karya ini, penulis akan memperincikan kepada empat pemikiran
iaitu kerohanian, kebitaraan,
kesaintifikan dan kekreatifan. Keempat-empat pemikiran ini merupakan intipati
yang termuat menerusi teori Sistem
Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) oleh Mohd. Yusof Hasan'
Apabila menyentuh perihal pemikiran kerohanian, perkara ini
sudah tentu berhubung soal keimanan bahkan keagamaan dalam kehidupan. Seorang
pengarang seharusnya menyuntik pemikiran kerohanian dalam sesebuah karya
sastera bagi membuktikan aspek kepengarangannya tidak terlepas daripada
landasan agama. Bagi pengarang yang beragama lslam, isu-isu keagamaan sewajarnya
diselit bagi memperoleh nilai dan pengetahuan kepada khalayak Pembaca.
Zainol ldris menerapkan pemikiran kerohanian menerusi isu
anak susuan melalui novel Pulau Kasih. Pengarang membangkitkan isu ini setelah
watak Sidah menghalang anaknya, Leh mengahwini Bibah. Hal ini berikutan Sidah
dikatakan telah menyusukan Bibah sewaktu ibunya, Mak Tuan ditimpa demam
malaria. Disebabkan peristiwa ini, mereka terpaksa menjemput imam Masjid Pulau
Lada ke rumah Tuan Soh, iaitu ayah kepada Bibah untuk menyelesaikan konflik
tersebut.
Setelah mendengar penjelasan daripada Sidah, pengarang telah
menggerakkan watak imam, iantas mengemukakan tiga syarat perihal anak susuan
berpandukan mazhab Syafii dan hadis Nabi Muhammad SAW. lmam telah memberikan
kata putus dengan menyatakan bahawa bibah bukanlah anak susuan dan bukan saudara susuan kepada Leh. Hal ini dapat diperhatikan kepada petikan
berikut:
“Berdasarkan keterangan
saksi dan dalil daripada Hadis nabi SAW, kesimpulannya ialah Habibah tidak
cukup syarat untuk dianggap anak susuan kepada Kak Sidah atau boleh dianggap
saudara susuan kepada solehuddin, anak Kak sidah” putus Imam sambil tersenyum.
(hlm.222:2022)
Pada masa yang sama, pengarang turut membawa pemikiran
kerohanian dalam watak Leh. Sebagai lelaki yang taat pada syariat Islam, Leh sudah
semestinya menjaga batas pergaulan
dengan dengan rakan perempuan. Hal ini dikatakan demikian kerana sewaktu Bibah
mengetehuai keputusan peperiksaan, gadis itu sungguh gembira lantas mahu memeluk Leh. Walau bagaimanapun,
Leh menidakkan perbuatan tersebut:
“Bibah berhentikan
pergerakannya secara automatis sambil tersipu, apabila Leh menghantar isyarat
‘jangan’ dengan jarinya”
Selain itu, pemikiran kebitaraan meliputi proses kepintaran
otak atau akal fikiran manusia. Allah SWT telah mencipta manusia di atas muka
bumi ini dengan akal fikiran untuk berfikir secara bijaksana, cemerlang dan
pintar. Jika diperhatikan dalam sesebuah karya pula, pengarang bertugas untuk
menggerakakn watak-watak yang disulami dengan kepintaran.
Menurusi watak seekor beruk bernama Aguk, Zainol Idris
menyerapkan pemikiran kebitaraan. Beruk kepunyaan Leh ini akan menurunkan
beratus-ratus biji buah kelapa dalam masa sehari. Aguk juga dikatakan telah
diajar oleh pemilik asalnya, Pok Nik menggunakan bahasa arahan
“Pk Nik melatih Aguk
dengan bahasa arahan tertentu seperti “Eh, ambil” bermakna petik, “tak”(jangan),
“Esy,atas”(petik kelapa muda), “Bah, bah” (panjat/turun). Kata Pok Nik, beruk
keliru jika terrlalu banyak arahan diberikan”
(Zainol Idris,hlm 10:2022)
Watak Leh dan Bibah juga antara watak yang mempunyai
pemikiran kebitaraan yang tinggi. Walaupun Leh dan Bibah terpaksa menempuh
gelora laut untuk sampai ke sekolah, mereka tetap mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tambahan pula Leh
dan Bibah turut berjaya mnyambung pengajian di Univrsiti Utara Semenanjung
(UUS).
Mereka mengikuti
Pengajian Asas Pengurusan UUS, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM, sebelum
melayakan menjejakkan diri menjejaki tahun pertama pengajian ijazah”
(Zainol Idris,hlm.130: 2022)
Seterusnya pemikiran logik, atau pemikiran kesaintifikan ini
adalah sejenis pemikiran yang tercetus daripada hemisfera otak kiri atau HOKI.
Pemikiran ini dikenali sebagai sebuah pemikiran yang boleh disifatkan sebagai
pemikiran yang logik, suatu yang merangkumi bekenaan saintifik. Oleh itu
pengarang yang bermutu seharusnya bijak mengetengahkan latar dan suasana dalam
karya yang mampu menggugah emosi pembaca.
Menyingkap novel Pulau Kasih, Zainol Idris telah mengadunkan
beberapa latar yang berkaitan dengan pulau. Terdapat juga tiga buah pulau yang menjadi latar utama dalam karya
ini, iaitu Pulau Lada, Pulau Dayang serta Pulau Seri Negeri, Jarak antara Pulau
Lada dan Pulau Dayang hanya dihubungkan dengan sebuah jambatan gantung'
Pengarang turut menukilkan beberapa buah tempat bagi tambatan bot penambang
ataupun bagan pangkalan melalui novel ini. Antaranya, Bagan Lebai Man, Bagan
Syarip Tekong, Bagan Hujung Padang dan Pangkalan Koperasi Nelayan.
Meneliti keberadaan di Pulau Lada, pulau ini menjadi tempat
lahir dan membesarnya Leh dan Bibah. Di pulau ini, terdapat sebuah gudang
kelapa milik bapa Bibah, Tuan Soh. Selain itu, watak Pak Mid yang digelar Raja
Serama dan Mak Wok yang berasal dari negeri Kelantan turut bermastautin di
Pulau Lada, membuka kedai makan di Bagan Lebai Man.
Pulau Dayang merupakan tempat tinggal Setopa sekeluarga. Bapa
Setopa, Syarip Tekong telah membuka gudang memproses ikan bilis di Bagan Syarip
Tekong. Pulau Dayang ini mempunyai Pangkalan Hujung Pandang, bahkan mempunyai
sebuah tasik di tenggara pulau, iaitu Tasik Mambang Sari'
Menelusuri latar Pulau
Seri Negeri, pulau ini merupakan sebuah tempat pelancongan yang dikatakan
kawasan bebas cukai. Di pulau ini, terdapat replika seekor burung gergasi yang
meniadi tarikan pelancong. Watak Leh dan Bibah yang bersekolah di Pulau Seri
Negeri dengan berulang alik menaiki bot tambang. Sebaliknya, setelah tamat
pengajian Setopa membuka pejabat pemasaran yang berteraskan ikan bilis, hasil
laut dan juga pertanian untuk pelancong.
Akhir sekali, pemikiran kekreatifan yang merangkumi unsur
kreatif, inovatif, rekaan, ciptaan, subjektif dan keindahan. Setiap manusia
sudah semestlnya mampu berfikir secara kreatif dan inovatif , khususnya ketika
berhadapan dengan permasalahan. Rentetan itu, seseorang pengarang yang
berfikiran kreatif sudah tentu akan melihat dari aspek gaya bahasa, plot,
aliran, estetika dan imaginasi dalam sesebuan Karya.
Menerusi novel Pulau
Kasih nukilan Zainol ldris' pengarang telah membawa khalayak pembaca untuk
terjun bersama-sama dalam karyanya, di samping menguliti keindahan latar serta
emosi watak, Penulis mendapati bahawa pengarang telah memanfaatkan Pulau
Langkawi sebagai latar penting untuK menghasilkan novel ini. Melalui novel ini,
pengarang menggunakan nama baharu merujuk pada latar di sekitar Pulau Langkawi.
Sebagai contoh, Pulau Seri Negeri (Pula Langkawi), Pulau
Dayang (Pulau Dayang Bunting) dan Pulau Lada (Pulau Tuba). Pada masa yang sama;
pengarang turut menyelitkan info tentang fenomena Soltis Selatan dan Soltis
Utara, bahkan menerangkan juga mitos yang berlaku di Tasik Mambang Sari @
Dayang Bunting).
Pemikiran kekreatifan Zainol ldris turut dikembangkan lagi
dengan permainan simbol menerusi watak dan peristiwa yang berlaku. Pengarang
telah menyelitkan simbol bangau dan kerbau, ayam jaguh memikat ayam betina,
burung gagak dan kucing betina
Merungkai simbol bangau, puyuh dan kerbau, pengarang cuba mengaitkan cinta Leh dan Bibah berlaku
antara dua darjat. Bagi ayam jaguh dan ayam Jantan perkara ini memberikan makna
bahawa Setopa sedang berusaha mendapatkan Bibah. Seterusnya pengarang menggarap
imeij burung gagak, iaitu melambangkan nasib malang kelak mendatangi Leh.
Sebaliknya, kucing betina, Cik Putih yang dibawa masuk ke dalam rumah memberikan
simbol kepada Sidah.
Sidah faham sangat
kelakuan si manja itu, mesti sedang lapar. Cik Putih yang berguling-guling itu
dicempungn lalu dibawa menuju ke rumah Jendela-jendela juga masih belum ditutup.
Sekawan gagak terbang rendah, riuh rendah seperti sedang bersorak-sorakan
menuju ke selatan. Senja semakin rendah untuk berlabuh. Leh masih belum nampak
kelibatnya
(Zainol ldris, hlm.109:20220
Secara keseluruhannya, novel Pulau Kasih karya Zainol ldris
sememangnya sarat dengan nilai dan pengetahuan yang mampu mencorak kehidupan
masyarakat. Tidak dapat disangkal lagi gaya pemikiran Zainol ldris telah pun
menepati keempat-empat elemen pemikiran yang terkanung l menerusi teori Sistem
Pemikiran Bersepadu (SP84K) garapan Mohd. Yusof Hasan.
Tuntasnya, novel Pulau Kasih ini merupakan satu daripada novel
yang seharusnya diangkat kepada masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan
agama. Novel ini bukan sahaia mengangkat tema percinta antara dua darjat
semata-mata, walhal cinta yang digarap oleh Zainol ldris melepasi tembok sempadan
cinta yang sebenar. Zainol ldris telah membawa pembaca mencintai masyarakat, alam dan juga Tuhan.
(majalah Tunas Cipta,
DBP, Bil 7/2023)
No comments:
Post a Comment