Saturday, June 24, 2023

DUNIA BUKU 8

 SILUET

Konflik dan Imej Manusia

oleh

SHAMSUDIN AHMAD

NOVE SILUET (2019),karya Zainol Idris merupakan terbitan Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI). Karya ini mengisahkan Pak Tuan atau nama sebenarnya Huseng bin Soleh, iaitu pesara kerajaan yang menentang pencerobohan alam sekitar demi kelestarian kehidupan manusia, serta flora dan fauna di kawasan pedalaman.

         Huseng anak yatim piatu. Dia dijaga oleh datuk dan neneknya yang menetap di kampung Bukit Sekecung, Tobiar. Oleh sebab kecemerlangannya dalam pelajaran,  beliau dapat memasuki sekolah berasrama penuh di bandar. Kemudian, melanjutkan pengajiannya di Universiti Oxford, England. 

        Di England, Huseng berkenalan dengan Mahani Bee, iaitu anak Datuk Ali Pitchay. Mahani Bee melanjutkan pelajaran di Universiti Cambridge, England dalam bidang pengajian English Literature, manakala Huseng pula dalam bidang Pentadbiran Awam. Perkenalan ini membawa ke jinjang pelamin, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Melalui pertolongan Datuk Ali pitchay, Huseng menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah kemudian menjadi Pegawai Daerah, dan seterusnya dilantik sebagai penolong Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada masa itu, Huseng bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah dan Sumber Alam, manakala Mahani Bee pula bekerja sebagai pensyarah di pusat Latihan Guru, di utara tanah air. 

        Oleh sebab kecemerlangan dalam pentadbiran, Huseng dipilih oleh parti pemerintah untuk bertanding dalam pilihan raya, iaitu sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Semasa berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Huseng dilantik sebagai Exco yang memegang portfolio Perhutanan, Galian dan Alam Sekitar. Malangnya, dalam pilihan raya yang berikutnya, nama Huseng tidak dicalonkan lagi.

        Pak Tuan mempunyai dusun dan calet, dan dijaga oleh Pak Mega! iaitu penduduk tempatan yangbekerja sepenuh masa dengannya. Pak Tuan sering menerima aduan daripada Batin Ripin, ketua Orang Asli daripada suku Kensiu. Menurut Batin Ripin, ada kegiatan pembalakan haram yang dilakukan oleh satu sindiket yang tidak bertanggungawab. Dakwanya lagi, aktiviti tersebut memberikan kesan terhadap sumber pencarian rezeki puak mereka. Hal ini kerana, jumlah binatang buruan telah berkurang dan berlaku pencemaran sungai.

 Konflik dalam Siluet 

        Rene Wellek dan Austin Warren (1966) dalam "Theory of Literature" menyatakan, sastera itu dapat memperlihatkan pandangan dunia (world-view) sesebuah masyarakat. Hal ini kerana, sastera mewakili kehidupan, dan kehidupan itu dalam ukuran yng lebih luas merupakan suatu realiti sosial. Oleh hal yang demikian, pendekatan sosiologis digunakan untuk melihat nilai dalam masyrarakat, institusi sosial, pandangan hidup individu yang tergambar dalam karya sastera (Baharuddin Zainal, 1979). 

        Konflik merupakan pertentangan atau pertaruangan yang timbul berdasarkan keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlarwanan dalam plot sesebuah cerita (Safian, 1985). Pada umumn, konflik yang dihadapi oleh manusia wujud kerana pertentangan antara unsur luaran dengan konflik yang wujud daripada unsur dalaman watak itu sendiri.

 Konflik Luaran antara Manusia dengan Manusia 

        Konflik ini wujud oleh sebab terdapat pertentangan antara kumpulan manusia dalam Siluet, iaitu Batin Ripin sebagai ketua suku orang asli di daerah pedalaman dengan sindiket pembalakan haram di situ. Namun begitu pengarang tidak mewujudkan watak sindiket itu secara nyata, tetapi memaparkan konflik melalui teknik pengisahan sahaja. Keadaan ini sengaja disembunyikan pengarang sebagai siluet terhadap konflik yangdiwujudkan. Aduan Batin Ripin kepada Pak Tuan menggambarkan kegiatan sindiket ini berleluasa dan berlaku secara drastik. Kesannya, orang asli mengalami kesukaran untuk mencari rezeki.

        "Ini Boss, aku ada dapat aduan dari anak-anak buah, hutan rimba kita sudah ada yang ganggu. Kata dia orang, sekarang hidup makin susah. Hasil hutan sudah kurang. Binatangbinatang buruan pun tak banyak macam dulu. Sungai tiba-tiba jadi keruh, ikan pun sudah tak banyak macam dulu." [Siluet 2019:62]

        Pak Tuan sebagai bekas Exco berasa bertanggungjawab membendung kegiatan pencerobohan hutan. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang boleh menimbulkan persengketaan antara orang asli dengan orang tempatan. 

        Dalam diam-diam Pak Tuan berazam untuk menggali dan mendedahkan kelibat-kelibat yang merupakan "silhouette" hitam di sebalik fenomena itu semua hingga ke lubang cacing. (Siluet, 2019:104)

        "Mereka sedang buat persiapan. Sedang mengumpul racun getah ipoh dalam tabung   buluh." (Siluet, 2019:91)

         Walau bagaimanapun, konflik ini tidak dileraikan oleh pengarang. Peleraian begini menunjukk penulis menyuarakan bahawa isu alam sekitar tidak pernah selesai sampai bila-bila selagi tiada kesedaran dalam diri manusia itu sendiri. Oleh sebab kehidrupan sebenarnya tidak mengenal kata akhir, maka akan terlihat peleraian secara keseluruhannya diserahkan kepada pembaca untuk menilainva (Safian, 1938).

Konflik Manusia dengan Alam Sekitar 

        Secara kebiasaannya, bulan Mei hingga Oktober berlaku monsun angin barat daya di kawasan Pantai Barat Semenanjung. Fenomena ini menyebabkan hujan turun dengan lebatnya. Akibat daripada kegiatan pembalakan haram menyebabkan ekosistem tidak seimbang. Maka apabila hujan mencurah-curah akan berlakunya geluncuran tanah di lereng bukit, berlumpur dan runtuhan batu-batan yang amat dahsyat

         Pak Tuan melangkah ke ruang tamu lalu membuka pintu hadapan. Hatinya berdetak kuat. Kaki rasa lemah dan hampir terduduk bila terpandang beberapa bongkah batu seakan-akan sekawan gajah hampir memenuhi halaman chaletnya. Sebongkah batu yang paling besar seolah-olah induk gajah sedang menderum itu betul-betul mendarat di kaki tangga, malahan beberapa ketulan batu granite coklat kemerahan sebesar geruk cempedak bergeletakan di atas beranda. (Siluet, 2019:98-99) 

        Laluan golekan bongkahan batu-batu bersama tanah merah yang menuruni cerun itu melanda mana-mana pohonan buah-buahan di dusunnya itu. Pokok manggis, dokong, durian baka Raja Musang, Telur Buaya dan Tangkai Panjang yang baru belajar bebuah menyembam ke tanah (Siluet, 2019:62)

        Melihat konflik luaran ini, ternyata novel ini merupakan satu rakaman sosial masyarat yang terus melanda kehidupan manusia moden kini. Konflik yang wujud ini terjadi kerana sifat serakah manusia untuk memiliki keuntungan dan kekayaan tanpa rasa cakna kepada orang lain.''Dalam ayat 81 surah An-NahI, Allah SWT mengingatkan fungsi hutan dan gunung-ganang' "Dan Allah menjadikan sebahagian ciptann-Nya tumbuhan menjadi naungan (yang melindungimu) dan dijadikan tempat-tempat tinggalmu di gunung-gunung"' 

 Konflik Dalaman 

        Konflik dalaman ini merupakan pertentangan yang terjadi dalam jiwa watak yang digarap dalam sesebuah karya. Melihat sebuah karya sastera dari aspek kejiwaan ini, maka teori psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud dijadikan rujukan. Prinsip Freud yang mempengaruhi kesusasteraan bawah sedar manusia sangat penting kerana menentukan cara berfikir dan bertindak seseorang (Mana sikana , 1990)

        Berdasarkan teori ini, terdapat beberapa istilah psikologi yang digunakan untuk menggambarkan keadaan dalaman diri watak yang dibicarakan

        Personaliti merupakan satu corak hidup keseluruhan tingkah laku individu. Personaliti berkembang berasaskan sumbangan pewarisan dan alam sekitar' Seterusnya, kognisi yang merupakan satu Proses berfikir yang melibatkan suatu tanggapan, pembinaan konsep, penilaian dan penyelesaian masalah. Selain itu, emosi yang berkaitan dengan perasaan yang timbul akibat daripada sesuatu pengalaman juga akan mempengaruhi tindakan manusia.

         Namun demikian, para sarjana tempatan telah memperkenalkan beberapa teori kritikan sastera berdasarkan falsafah Islam. Mohd. Affandi Hassan memperkenalkan Pendekatan Tauhid melalui bukunya, Pendidikan Estetik Daripada Pendekatan Tauhid. Teori ini memberikan tiga dasar yang menjadi inti dalam pendekatan tauhid, iaitu hakikat tauhid, hakikat insan, hakikat ilmu dan amal serta fungsi sastera'

        Hakikat tauhid merangkumi kesempurnaan kejadian insan, keistimewaan dan kelebihannya bagi menyempurnakan tanggu-jawab sebagai khalifah Allah SW T. Ilmu bermaksud hakikat nanusia mengenali  Allah SWT melalui tanda yang diperlihatkan oleh-Nya. Ilmu mempunyai tiga sumber, iaitu akal, pengalaman serta wahyu  dan hadis. Kesusasteraan pula memiliki konsep indah atau jamal yang berasaskan akal dan roh' dan memaparkan serta memancarkan nilai kebenaran. 

Konflik Dalaman Jiwa Pak Tuan 

        Konflik dalaman Pak Tuan mula terlihat apabila dia dijodohkan dengan Mahani Bee. Datuk Ali Pitchey meminta Huseng berkahwin dengan anaknya, permintaan itu menyebabkan Huseng berasa serba salah. Hal ini kerana, Datuk Ali Pitchey banyak berbudi kepadanya. Selama ini perhubungan antara Mahani  dengan Huseng hanya berstatus kakak dan adik angkat semata-mata. Jiwa Huseng berasa terbeban. Tambahan  pula, di kampungTuk dan Tukwan sudah menentukan jodoh-Huseng. Menerima cadangan daripada Datuk Ali Pitchey bererti Huseng membeakangkan  Tuk dan Tukwan yang sudah tentu tebal dengan adat dan budaya. dalam hal Penentuan jodoh perkahwinan. Namun begitu setelah niatnya itu, Tuk dan Tukwan hanya berdiam sahaia.

        Setelah berkahwin selama sebulan, barulah Huseng mengambil keputusan untuk membawa  isterinya bertmu denguh Tuk dan Tukwan di Bukit Sekecung. Namun begitu dalam batinnya dia menghadapi konflik akibat status sosial Mahani yang berasal daripada golongan berada. 

        Setelah berfikir Panjang walaupun mungkin telah lewat, akhirnya-dia membuat keputusan untuk membawa pulang isterinya, walaupun  sekejap beriumpa Tuk dan Tukwan Dia seakan  bangau yang kembali hinggap di belakang kerbau. Huseng kirim khabar kepada Tuk dan Tukwan yang dia akan pulang bersama isterinya. Cuma satu kekuatiran yang melata di sudut hatinya ialah bimbang kalau-kalau Mahani Bee tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung yang serba-serbi seadanya (Siluet, 2019.49) 

        Seperti jiwa Mahani begitulah juga dengan Huseng dalam menghadapi dilemma ketiadaan zuriat. Namun ketegangan ini dileraikan dengan kehadiran Farhan dan Farhana sebagai anak angkat. Kedua-dua beradik itu bukan orang lain, sebaliknya keluarga terdekat sebelah Mahani sendiri. Farhan berumur tujuh,tahun manakala adiknya Farhana lima tahun. Mereka berdua merupakan anak yatim. Huseng dapat merasakan tekanan jiwa kedua-dua beradik itu sebagai anak yatim, kerana dia juga adalah anak yatim yang dijaga dan dibela oleh anak yatim yang dijaga dan dibela oleh Tuk dan Tukwan.

Pak Tuan yang pernah merasai pengalaman hidup sebagai anak yatim dan membesar di bawah penjagaan Tuk dan Tukwan. Siluet 2019:59)

         Walaupun kehadiran Farhan dan Farhana sebagai penyeri hidup mereka,namun perasaan bawah Huseng masih menampakkan kegelisahan jiwanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui pertemuan antara Huseng dengan Dr. Ahmadi atau  Abang Cik Sedaka yang membangkitkan persoalan kehidupannya dengan Mahani.

         "Masih muda. Abang Cik rasa peluang kau memiliki zuriat masil bersinar terang di hujung terowong!" Kata Dr. Ahmadi@Abang Cik Sedaka... ."Jangan takut berhadapan dengan kebenaran, dalam pahit kadang tersembunyi manisnya...  (Siluet, 2019 :122 -123).

         Kehidupan Pak Tuan berasa kosong apabila Mak Tuan meninggal. Kekosongan dan kesedihan ini amat nenekan jiwa Pak Tuan sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mengasingkan diri di daerah perdalaman dengan harapan dapat merawat kesedihan dan kekosongan jiwa yang dihadapinya.

     Pak Tuan membawa diri. Bersendirian. Bersunyi-sunyi. Memingir berhari-hari ke kaki gunung yang terpencii itu bukanla perbuatan waras. Pak Tuan buang tabiat. pak Tuan kesunyian. P ak Tuan kecelaruan. Pak Tuan hidapi sindrom kemurungan. Pak Tuan hadapi depresi. Pak Tuan sedang menanggung penyakit misteri. (Siluet,2019:5)

         Selain kematian Mak Tuan pelibatan Pak Tuan dalam politik juga memberikan tekanan dan konflik jiwa kepadanya. Setelah dua penggal menjadi wakil rakyat, pada penggal ketiga dia tidak dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU)berikutnya. Keputusan parti pada peringkat pusat itu berpunca daripada bahagian atau kawasan sendiri. sendiri. Pak Tuan berasa seolah-olah ada komplot untuk menjatuhkannya. Hasratnya untuk membuat  hatrik dalam pilihan raya tidak kesampaian. 

         Kerja politik dirasakan suatu taktik permainan kotor. Perbuatan melobi untuk memberikan sokongan dan mengangkat seseorang calon merupakan teknik biasa dalam  politik. Situasi ini pula disokong dengan strategi halus, sekiranya tidak berkesan mereka akan menukar pendekatan yang lebih agresif seperti berkonspirasi, memfitnah dan mengugut calon yang tidak disukai. Pak Tuan diugut sehingga kehidupannya menjadi tidak keruan, jiwanya kian gelisah. 

        Mereka mengugut untuk membocorkan rahsia pernikahan Pak Tuan dan Cik Puan yang mengikut kata mereka suatu pernikahan gelap dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin. Malah ada banyak skandal-skandal yang bakal didedahkan melalui dunia maya. (Siluet, 2079:74)

        Fikri, bekas setiausaha akhbar Pak Tuan semasa menjawat Exco dahulu, memberikan satu tekanan jiwa yang sangat mendalam kepadanya. Akibat daripada geluncuran tanah dan banjir lumpur yang turut memusnahkan pokok buah dan longgokan lumpur serta batu-batan di kawasan chaletnya, PakTuan mengambil keputusan untuk mengadakan sidang media. Tuiuannya untuk mendedahkan kegiatan pembalakan haram di kanwasan itu. Namun begitu, kedatangan Fikri yang membocorkan rahsia menyebabkan jiwanya tertekan kerana tanpa pengetahuannya, sindiket itu diterajui oleh Cik Puan sendiri. Selain itu, pemilikan tanah yang diperoleh PakTuan secara gelap juga amat menekan jirwanya.

        "Sava yakin, pasti akan timbul persoalan dan masyarakat di luar sana akan tertanya-tanya bagaimana Datuk tiba-tiba memiliki sebidang tanah dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai tanah adat yang dikhususkan untuk Orang Asli." Tukas Fikri sambil pandangannva terbenam ke dalam mata Pak Tuan yang tadinya bulat menjegil. Pak Tuan terdiam sejenak. 

"Dengan mengketengahkan isu ini, bermakna Datuk mengheret tangan Datin Zetty sendiri      ke muka pengadilan!"

" Apa?" 

"Syarikat  yang terlibat dalam pembalakan haram itu diterajui oleh Datin sendiri!"

(Siluet, 2079:715-16)

        Pembongkaran Fikri ini menyebabkan batin PakTuan semakin tertekan, terutamanya hubungi antara Pak Tuan dengan Cik Puan. Walhal niat asalnya, untuk menghapuskan kegiatan pencurian balak dan kelestarian kehidupan manusia dan alam sekitar yang dahulunya begitu berkobar-kobar. PakTuan benar-benar terhimbau dalam daerah pemikiran yang amat rumit dan menggelisahkan batinnya.

        Semasa dia pulang ke rumahnya di Kayangan Height setelah bertemu dengan Dr.Ahmadi keinginannya terlalu mendesak untuk bertemu dan bermesra dengan Cik Puan. Namun begitu, apabila sampai di hadapan pintu rumah kediaman Cik Puan sekali lagi batinnya terpukul dengan suatu keadaan yang terus meremuk-redamkan jiwanya. Rupanya selama ini dia dipermainkan oleh orang yang dipercayainya. Di hadapan pintu bilik Cik Puan, ada dua pasang kasut milik lelaki dan perempuan. Pada tumit kasut lelaki, masih terdapat kesan lumpur berwarna kuning. Pengarang memaparkan peristiwa itu secara objektif untuk difikirkan dan ditelaah oleh pembaca.

        Dia melangkah senyap menghampiri bilik tidur. Detak jantungnya bertambah kencang bila kuping telinganya menangkap suara berdesus-desas. Garau dan halus bercampur-baur. Berselang-seli suara terkekeh-kekeh kegelian. Darahnya tiba-tiba saja menyirap. Tangannya memekup dadanya sebelah kiri yang darjah degupan memuncak kencang. Kepalanya tiba-tiba terasa berat sungguh.

(Siluet, 2079:130)

        Pengisahan yang dipaparkan secara objektif terhadap pelukisan watak Pak Tuan ini dengan menyentuh aspek kejiwaannya menjadikan watak itu hidup, bertenaga dan meninggalkan kesan mendalam dalam fikiran pembaca. Dalam banyak aksi yang melibatkan watak ini, pengarang seolah-olah tidak campur tangan dalam memberikan alasan terhadap aksi yang berlaku, sebaliknya membiarkan pembaca membuat andaian dan menelah sendiri sebab-musabab tindakan atau aksi watak yang dipaparkan.

Konflik Dalaman ]iwa Mak Tuan

        Mak Tuan yang menghidapi kanser yang kronik disorot melalui teknik pengisahan sahaja. Pengarang tidak menyelami pergolakan batin pesakit kronik, apatah lagi sebagai isteri orang kenamaan yangterpaksa hidup dalam kesibukan melakukan pelbagai kerja termasuklah aktiviti persatuan. Mak Tuan digambarkan seorang yang aktif dalam aktiviti bermasyarakat, akhirnya hanya mampu bergerak di atas kerusi roda dengan bantuan orang gaji.

        Rambut gugur serta berat badannya merosot begitu cepat sekali. Semangatnya untuk berhadapan dengan sel-sel kanser itu juga semakin merosot. Katanya dia pasrah dan mahu mengaku kalah kepada sel-sel kanser yang ganas lagi agresif itu.

(Siluet, 2079:72)

        Watak Mak Tuan tidak mendapat sorotan kejiwaan yang mendalam daripada pengarang. Wataknya hidup dalam karya semasa muda lagi, khususnya semasa perkenalan mereka di luar negara. Selepas berkahwin watak Mak Tuan sebagai isteri kepada wakil rakyat,sentiasa sibuk dengan kerja amal dalam Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat, sehingga dia mengabaikan kesihatan diri. Akibatnya, dia mengidup penyakit kanser pangkal rahim " Cervical Intraepithelial Neoplasia" sehingga menyebabkan kematian.

        Konflik ini diabaikan oleh pengarang daripada menyentuh aspek kejiwaan wataknya. Maka itu, perwatakan Mak Tuan kaku dan tidak berkembang dalam cereka. Pengarang lebih menyorot pada penykit kanser secara mendalam dan angkah rawatan daripada menyorot isi batin sebagai penderita penyakit kronik. Sorotan itu pun hanya melalui teknik pemaparan sahaja.

Konflik Batin Cik Puan

        Cik Puan atau nama sebenarnya Zetty Azhari ialah peragawati terkenal yang tenggelam dalam dunia glamor. Sebagai peragawati, sudah tentulah dia amat menitikberatkan kecantikan dan penonjolan dirinya sebagai duta fesyen pakaian dan produk yang hendak diiklankan. Zetty juga mengusahakan "ZettyBeauty" , Iaitu perniagaan berasaskan kecantikan. Dia juga pernah melibatkan Pak Tuan untuk merasmikan beberapa buah salon kecantikannya. Bagi menambat hati Pak Tuan, dia menyatakan bahawa Pak Tuan merupakan ikon yang menjadi idolanya. Manakala,Pak Tuan pula pernah bergurau mempelawa Zetty menjadi isterinya. Oleh sebab itu, Zetty tidak kisah walaupun dia ditangkup berkhalwat dengan Pak Tuan.

        Selepas peristiwa itu, Pak Tuan berkahwin dengan Zetty di Betong, Selatan Thailand melalui bantuan Pak Megat. Walau bagaimanapun, hubungan antara Cik Puan dengan Pak Tuan agak dingin. Pak Tuan langsung tidak mempedulikan Cik Puan malah tiada sistem giliran yang adil untuk kedua-dua isterinya itu. 

        Ada ketika-ketikanya, Pak Tuan seakan terlupa akan keberadaan Cik Puan dalam ruang litup kehidupannya. Biarpun mereka mempunyai ikatan yang sah, anehnya dia sendiri kurang merasakan hakikat sebenarnya akan pertalian yang mengikat kedua mereka. Tidak seperti keadaannya bersama MakTuan; bagai terdapat benang-benang halus yang terjalin dan memberkas sehingga menjadi satu kesatuan yang intim dan tak mudah dirungkai lagi.

        Keadaan konflik jiwa yang dialami Zetty tidak disentuh oleh pengarang. Walaupun pengarang mempunyai alasan tersendiri, namun ketiadaan pelukisan psikologi ini menyebabkan watak Cik Puan itu tidak jelas dan tidak dapat meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.

Konflik Dalaman Tuk dan Tukwan

        Pembaca diperlihatkan dengan kehidupan Tuk dan Tukwan yang tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah. Sebagai orang yang membesarkan Huseng dengan penuh kasih sayang sudah tentulah mereka ingin melihat Huseng hidup bahagia. 

        Huseng memberitahu Tuk dan Tukwan tentang perkahwinannya dengan Mahani Bee anak Datuk Ali Pitchey, dan majlis walimatulurus itu diadakan di sebuah hotel di bandar. Namun begitu, pada hari perkahwinan Huseng, Tuk dan Tukwan tidak hadir. Pengarang tidak memberikan alasan mengapa mereka tidak hadir, sebaliknya pengarang memberikan ruang kepada pembaca untuk menyatakan sendiri alasannya. Adakah mereka tidak suka kepada isteri pilihan Huseng? Atau mereka tidak berduit untuk hadir? Atau mereka tidak betah dengan majlis yang diadakan di hotel? Apatah lagi mahu bercampur dengan orang kaya dan ternama.

        Persoalan ini merupakan konflik jiwa bawah sedar yang dihadapi Tuk dan Tukwan. Dari suatu sudut, sudah tentulah mereka ingin sangat untuk meraikan perkahwinan cucunya. Apabila Huseng menyatakan hasratnya untuk berkahwin. 

        Bila perkara itu diajukan kepada Tukwan dan Tuk. Tukwan senyap. Tuk lebih-lebih lagi. Tuk tengok muka Tukwan. Tukwan tengok muka Tuk kemudian bungkam.

(Siluet, 2019:47)

        Walaupun demikian sikap Tuk dan Tukwan, tetapi mereka tetap menerima pilihan Huseng. Kegembiraan tergambar di hati mereka apabila diberitahu kepulangan cucunya bersama-sama isteri ke kampung. Tukwan sembelih tiga ekor kambing dan menjemput jiran untuk menolong menyediakan makanan dan persiapan. Katil dan tilam baharu dibeli untuk menyambut pengantin. Tetapi kegembiraan itu telah membawa konflik jiwa yang lebih dahsyat, apabila Huseng dan isterinya tidak bermalam di rumahnya, sebaliknya mereka memilih untuk balik ke pekan dan bermalam di hotel. Sekali lagi pengarang membiarkan pembacanya menduga dan merasakan konflik yang dihadapi oleh kedua-dua watak ini.

        Tuk tengok muka Tukwan. Tukwan tengok muka Tuk. Diam. Tuk tengok muka Huseng. Huseng tengok muka Tuk kemudian tunduk perlahan. Di celah-celah daun pintu itu, Tuk boleh nampak katil bertilam lima inci dan siap berkelambu itu tidak terusik. Huseng tengok muka Tukwan sekali lagi, kemudian tengok muka Tuk. Huseng nampak mata Tuk tiba-tiba berkelip-kelip kemudian berkaca. (Siluet, 2079:52)

        Pelukisan begini memberikan gambaran betapa sedih dan sayunya hati kedua-dua orang tua itu kerana terlalu kecewa dengan tindakan cucunya  yang mengambil keputusan untuk kembali ke bandar dan bermalam di hotel. Suasana itu dilakar dengan amat tragis antara mereka.

        Tukwan dan Tuk sebelum itu terpaksa mengekang rindu yang lama, selepas Huseng melanjutkan pelajaran di luar negara. Rindu itu terakam dalam surat yang dikirim Tukwan  kepada cucu kesayangan dan kebanggaan mereka yang berada di England. Konflik ini wujud sebagai bentuk bawah sedar wataknya.

Imej Manusia

        Dalam pengertian umum, imej bermaksud gambaran atau cerminan. Dalam konteks ini imej bermaksud, keperibadian seseorang atau watak yang terpapar pada pandangan orang lain. Dalam pengertian kesusasteraan imej, gambaran atau tiruan bentuk seseorang atau sesuatu objek yang tergambar dalam fikiran. Bentuk ini dicipta atau digambarkan untuk menjadi model bagi menyatakan sesuatu pengertian

(Safian, 1988).

    Meneliti Siluet, memperlihatkan imej Manusia dalam pelbagai dimensi. Watak manusia yang digambarkan mendukung keperibadian dan nilai moral sesebuah masyarakat. 

Golongan Masyarakat Atasan

         Watak Pak Tuan memperlihatkan imej golongan elit Melayu yang memegang tampuk kekuasaan dan pemerintahan. Imej Pak Tuan semasa beliau dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomat (PTD) digambarkan sebagai seorang yang dihormati dan disanjung dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana perwatakannya yang bertanggung-jawab, aktif dan inovatif. Oleh itu, banyak orang menghormatinya dengan memanggilnya "tuan" sehinggalah nama sebenarnya hampir tidak dikenali. Apabila dia dipilih oleh parti pemerintah untuk bertanding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) dia menang kerana pengaruhnya sebagai orang mulia dan menjadi wakil rakyat selama dua penggal. Sejak itu, orang mengenalinya sebagai "Pak Tuan"

        Oleh sebab kekosongan Jawatan Exco Kanan Kerajaan Negeri, maka dia dilantik untuk mengisi kekosongan tersebut dengan memegang portfolio tanah, perhutanan dan sumber asli. Sejak itu, watak Pak Tuan berubah daripada imej seorang penjawat awam kepada imej ahli politik.

        Politikus yang digambarkan pengarang melalui Pak Tuan berpegang pada falsafah "politik adalah seni mencari pengaruh dan mempertahankan kuasa". Politik digambarkan sebagai medan perebutan. Maka itu, dalam politik ada puak atau kem yang menyokong clan mengangkat seseorang tokoh untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Dalam perebutan itu, wujudlah komplot untuk menaik dan menjatuhkan satu-satu puak.

         Bagi mencapai tujuan itu, kem dalam politik tidak teragak-agak untuk mengadakan dan mencipta konspirasi yang berlandaskan perasaan hasad dengki. Begitulah yang terjadi kepada Pak Tuan. Setelah dua penggal menjadi wakil rakyat, niat di hati Pak Tuan,dia mahu membuat hatrik dalam kerjaya politiknya, tetapi tidak kesampaian apabila berlaku perebutan dan melobi untuk menjadi calon. Setiap orang dalam kem politik akan menggunakan pelbagai strategi, termasuklah yang tidak bermoral seperti menyerang peribadi seseorang yang bertujuan menjatuhkan maruah, yang tidak seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin demi mengangkat pemimpin yang lain.

        Sosok seorang politikus seumpama seorang selebriti vang menjadi tarikan dan tatapan umum. Ada ketikanva ia menjadi ikon yang dipuja-puji, ke sana sini disanjung, dijulang, berbunga manggar bersirih junjungdan berpermaidani merah. Pada sisi lain silap langkah lebih banyak pula menjadi titik tuju kencaman sumpah-seranah dan maki-hamun sehingga mahu dihumban ke dalam longkang.

(Siluet, 2019:73)

        Individu yang menjadi penyokong kuat atau sahabat karib yang selalu berdamping dengan pemimpin tidak segan berubah menjadi musuh dalam politik. Itulah keadaan yang dihadapi oleh Pak Tuan bagi menyuguhkan imej politik masyarakat kini. Imej pemimpin politik yang digambarkan sudah rosak akhlaknya kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin Islam. Imej politikus yang digambarkan merupakan manusia rakus kuasa yang bercakaran. Mereka  sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mencapai impian. Mereka sanggup bermain dengan taktik kotor seperti menyerang peribadi lawan untuk memalukan musuh di mata awam. Bahkan, mereka sanggup berdusta kepada masyarakat dengan mencipta konspirasi yang bertujuan menjatuhkan maruah musuh politiknya.

        Konspirasi merupakan suatu teori yang diperkenalkan di Barat. Ciri-ciri konspirasi itu amat mendekati sifat bangsa Yahudi. Konspirasi dicipta oleh organisasi yang berpengaruh dan berkuasa seperti kumpulan Freemason dan Illuminati. Mereka berusaha menjelaskan punca sesuatu peristiwa yang dirancang untuk memperdayakan masyarakat melalui suatu pembohongan yang dirahsiakan. Apakah taktik kotor yang melibatkan pembohongan ini yang hendak diikuti oleh pemimpin Islam? Ternyata imej politikus kini sudah rosak dan berantakan kerana jiwa mereka sendiri telah rosak dan sakit akibat daripada pengaruh syaitan.

        Pak Tuan diberi imej lelaki yang berpoligami. Namun begitu, dia tidak mengamalkan prinsip keadilan terhadap isteri-isterinya seperti yang diwajibkan dalam peraturan kekeluargaan Islam. Dari aspek kemampuan ekonomi, Pak Tuan mempunyai gaji besar, tetapi layanan dan pembentukan sebagai seorang isteri Pak Tuan gagal melakukannya. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Cik Puan (Zetty) bermain kayu tiga dan berlaku curang kepadanya. 

    Selain itu, Pak Tuan digambarkan sebagai orang yang berjaya dalam hidupnya, berpangkat dan berjawatan tinggi. Namun dari sudut yang lain, dia umpama kacang lupakan kulit. Setelah lama tinggal di bandar dia semakin melupakan alam kelahirannya sebagai seorang budak kampung. Segala amalan dan budaya hidup di kampung yang dahulunya sering dirindukan, sedikit demi sedikit terkikis dalam hidupnya. Bahkan, orang yang paling berjasa dalam hidupnya, iaitu Tuk dan Tukwan pun dilupakan. 

    Pak Tuan dengan semangat dan keazaman yang berkobar-kobar ingin menyelesaikan masalah alam sekitar yang dihadapi oleh Batin Ripin. kerana masalah itu bersifat sejagat. Dia akan membongkar sehingga lubang cacing dan menyeret pihak tidak bertanggungawab ke muka pengadilan. Tetapi apabila kes itu melibatkan dirinya sendiri seperti isu pemilikan Tanah Adat Orang Asli dan isu pembalakan haram yang melibatkan Cik Puan, dia seolah-olah bersikap melepas tangan. Oleh sebab sikapnya itulah menyebabkan isu alam sekitar tidak pemah dapat diselesaikan. Adakah sikap Pak Tuan itu menepati ciri-ciri sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi?

        Demikianlah imej yang tergambar pada watak Pak Tuan sebagai pegawai tinggi kerajaan. Pak Tuan ialah jelmaan imej manusia yang gagal memainkan peranan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Oleh sebab kegagalan Pak Tuan itulah, maka dia ingin berhijrah untuk memisahkan dirinya dengan masyarakat, sebagai satu bentuk pelarian "eskapisme" daripada jiwanya yang gagal.

        Selain Pak Tuan, watak Mak Tuan juga dicirikan dengan perwatakan golongan atasan. Hal ini dapat dibuktikan apabila Mak Tuan digambarkan sebagai imej wanita golongan atasan yang aktif dalam persatuan dan kegiatan NGO. 

        Masa berlalu begitu senyap sekali. Rumah tangga yang dibina telah berusia hampir dua dekad. Masing-masing, suami isteri seakan larut dalam alam pekerjaan masing-masing.Mula-mula masing-masing menganggap soal zuriat bukan hal yang perlu digundahkan. Masing-masing sibuk dan tenggelam dan asyik dengan kerjaya seolah-olah dilandai wabak sindrom mabuk kerja. Sedar-sedar usia sudah lewat dan mereka telah ketinggalan kereta api... .

(Siluet, 2079:57)

        Imej yang digambarkan merupakan imej perempuan yang bergelumang dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, Mak Tuan tidak ditakdirkan mempunyai zuriatnya dan pada penghujung hayatnya, dan terpaksa menanggung derita akibat penyakit kronik sehingga merubah seluruh keadaan fizikalnya. Walaupun demikian, dia reda dan pasrah pada ketentuan Allah SWT. Sikap reda itu memperlihatkan kemuliaan budi Mak Tuan dengan ketentuan Ilahi. Dia ditakdirkan tidak mempunyai zunat dan

        Doktor Ahmadi atau Abang cik sedaka ialah bekas penjawat awan yang berkedudukan tinggi. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Perubatan Negeri. Setelah bersara, Dr. Ahmadi bergiat aktif dalam persatuan pengguna dan aktif dalam sebuah yayasan dakwah dan kemanusiaan. Imej Dr.Ahmadi ditonjolkan sebagai manusia mulia. Kerja kemanusiaannya bukan sahaja sekadar memberikan rawatan percuma pada hari-hari tertentu di kliniknya, bahkan beliau juga pernah terlibat dengan misi kemanusiaan di Gaza.

        Dia antara sukarelawan yang ikut serta dalam kapal Flotilla Al-Auda, misi kemanusiaan ke Gaza. Kapal yang membawa 116 kargo ubatan bersama-sama 22 aktivis itu kemudian dikepung dan dirampas oleh tentera laut Israel ketika berada kira-kira  49 batu nautika dari Gaza pada 29 Julai 2018. (Siluet 2019:124)

        Setiap kali pertemuan dengan Abang Cik Sedaka ada-ada sahaja ilmu terapi yang diguna dan diterapkan .Pertemuan dengan sahabatnya, bukan sahaja menghiburkan tetapi jugu memberikan nasihat dan ilmu dalam bualannya. Imej yang digambarkan pengarang terhadap watak ini merupakan mereka yang sudah terdidik jiwanya dengan keimanan terlatih hatinya daripada godaan syaitan. 

Masyarakat Golongan Pertengahan 

        Golongan ini diwakili oleh Fikri danZetty Azhari  Fikri, bekas wartawan hiburan, kemudian menjadi setiausaha akhbar kepada pak Tuan digambarkan sebagai manusia hipokrit dengan sikap oportunis terhadap sebarang keadaan yang mendatangkan keuntungan atau keselesaan dirinya. Imej ini digambarkan melalui beberapa peristiwa. Semasa dia menjadi wartawan hiburan, berita ditulisnya selalu menjadi sensasi kerana dia mencari berita tentang gosip panas para artis. Apabi disaman dan tindakan mahkamah akan diambil terhadapnya, dia segera memohon maaf dan menarik balik tulisannva itu.

        Dia masih ingat, ketika Fikri bekerja bersamanva dulu, pemuda itu seperti lipas kudung lagaknya. Kadang-kadang belum pun dia membuka mulut mengeluarkan arahan, Fikri seakan sudah dapat menebak isi hatinva, malah tahu apa yang perlu dikerjakan, sehingga kadang-kudang timbul juga di dalam hatinya persepsi negatif yang pemuda tinggi renjong itu, sebagai lebih membodek.

(Siluet, 2019:772)

        Fikri diberi imej sebagai pemuda yang bermoral dan rendah nilai akhlaknya. Apabil Tuan meminta bantuannya untuk mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian geluncuran tanah di chaletnva, dia telah menempelak bekas majikan dengan ugutan yang beralaskan kepada kepentingan sendiri. Fikri sepatutnya tidak bertindak demikian kerana Pak Tuan bukan sahaja bekas majikanya bahkan Pak Tuan lebih tua daripadanya. Selain itu Fikri juga diperlihatkan sebagai manusia curang bermain kayu tiga dengan Pak Tuan. Hal ini bekerana dia mempunyai hubungan intim dengan Cik Puan, bahkan hubungan itu membawa ke bilik Itidur.

        Daripada sikap yang digambarkan menampakakan terdapat wartawan ini sudah kehilangan nilai moral kerana kepentingan diri sendiri. Mereka tidak berfungsi sebagai khalifah di muka bumi untuk mendidik dan membentuk masyarakat dengan mata Pena mereka Imej Fikri menggambarkan ciri-ciri manusia hipoklit, yakni orang yang berpura-pura berperangai baik, namun keadaan dirinya dan  perangai yang sebenarnya tidaklah sedemikian.

        Imej kedua yang mewakili golongan ini dgambarkan melalui watak Cik Puan. Zetty terlibat dalam dunia glamor melalui kariernya sebagai peragawati' Oleh itu tidak hairanlah sekiranya Zetty mengenali Fikri terlebih dahulu daripada Pak Tuan. Sebagai seorang usahawan, pastinya zetty amat berminat untuk berdamping dengan orang yang mempunyai Pengaruh dan kuasa, demi kepentingan  perniagaanya. 

        Peluang terbuka apabila dia diperkenalkan oleh Fikri kepada Mak Tuan, kemudian diperkenalkan pula dengan PakTuan melalui Mak Tuan. Oleh sebab itu, Zetty, tidak berasa gelisah dan cemas semasa dia ditangkup kerana berkhalwat dengan Pak Tuan. Demi kepentingan dirinya, dia tidak akan mensia-siakan peluang yang terbuka di hadapan matanya.

        Zetty mengatakan sejak sekian lama Pak Tuan meniadi idolanya. Bermula secara guraun dia mempelawa Zetty menjadi isterinya. Namun tidak didugannya Zetty mengambil serious  perkara itu. Dan dia seperti tiada pilihan lain lagi terutama dengan keletah Zetty yang manja tak sudah itu'

(Siluet, 2019:85)

        Pengarang memberikan imej watak selebriti dalam karyanya ,sudah kehilangan nilai moral dan akhlak. Zetiy tidak membawa imel sebagai wanita Islam yang sejati. Dia mempunyai hubungan akrab dengan Fikri  Bahkan hubungan itu membawa ke bilik tidur'

        Wanita yang sudah kehilangan iman itu sanggup melakukan dan diperlakukan apa-apa saja asalkan maksud dan impiannya tercapai. Dia sanggup memperalatkan dan diperalatkan orang lain demi menggapai maksud dan hasratnya. Dia memperalatkan Fikri dan dia juga sanggup dipelalatkan oleh orang politik dalam konsprasi menjatuhkan karier politik Pak Tuan.

Imej Orang Kampung

        Masyarakat kampung digambarkan dalam Siluet terdiri daripada golngan petani, pekebun dan Orang Asli. Masyarakat petani diwakili oleh watak Tukwan dan Tuk yang membawa -imej kemiskinan, kegigihan, kejujuran dan berbudi bahasa. Walau bagaimanapun Tukwan mementingkan pendidikan cucunya 

         Bila sampai masa masuk sekolah Tukwan hantar Huseng bersekolah di Kepala Bukit. Maka bermulalah rutin baru Tukwan; menghantar Huseng setiap pagi ke sekolah dengan gerek tuanya. Kemudian ketika tengah rembang dia akan ke sekolah lagi mengambil Huseng balik. Tukwan terus menendang pedal gerek  tuanya berulang-alik tidak krang dari enam kilometer setiap hari melalui ban sungai dengan Huseng terkocoh di keriar belakangnya. Kadang-kadang Tukwan tercungap-cungap penatan bila mendaki gon.

(Siluet, 2019:33)

        Imej orang Asli dalam novel ini digambarkan sebagai manusia yang berbudi bahasa dan menghargai persahabatan yang mulia. Batin Ripin tidak pernah datang ke chalet Pak Tuan  dengan tangan kosong. Ada saja buah tangan seperti petai, madu lebah, ikan sungai dibawa dan diberikan kepada Pak Tuan.

        Hari itu awal-awal Pagi lagi Batin Ripin sudah sampai bersama seekor ikan toman sebesar betis. Ikan itu masih hidup. Ketika dibawa keluar dari raga motor kapcai dan dijinjingnya ke rumah ekor ikan itu terkodek-kodek menyentuh tanah.

(Siluet , 2019:88)

        Masyarakat orang Asli bukan sahaia setia kepada pemimpin, khusunya tok batin, tetapi sangat berpegang pada janji. Apa yang dikata pasti dikotakan.Sikap inilah yang menyebabkan Pak Tuan bimbang apabila  Batin Ripin memberitahunya bahawa anak buahnya sudah siap sedia dengan sumpit beracun ipoh. Selain itu, digambarkan lagi bahawa mereka amat kuat mempercayai bomoh, penunggu dan kepercayaan yang berkaitan dengan animisme.

        Pak Tuan tahu sangat, biasanya masyarakat Orans Asal ini tidak akan bercakap kosong' Apa yang mereka cakap, itulah yang akan dikotakan. Kepercayaan terhadap kuasa ghaib karei menoi dan cenou tapan walaupun semakin menipis bagi mereka yang telah memeluk Islam,  namun sesetengahnya masih berpegang kuat kepadanya, terutamanya yang terus teguh dengan kehandalan halak atau tok pawang dengan mantera dan jampinya menghalau hantu yang mahu mengganggu anak cucu'

(Siluet, 2019:90-97)

        Masyarakat golongan ini, sungguhpun pada zahirnya kehidupan mereka agak miskin dan tidak berpelajaran tinggi, namun mereka memiliki nilai budi yang luhur. Imej mencintai alam sekitar memang sudah sebati dengan jiwa mereka kerana itulah alam kehidupan mereka. Selain itu, imej Orang Asli digambarkan masih berpegang kuat pada unsur animisme yang rapat dalam kehidupan mereka walaupun antara mereka telah memeluk agama Islam.

        Demikianlah konflik yang diketengahkan Zainol Idris lewat novel terbarunya Siluet. Konflik yang tidak mudah ditangani sejak negara mencapai kemerdekaan berlarutan hingga kini.Konflik alam sekitar inilah yang menjadi subjek utama dalam novel ini. Apa yang menyebabkan konflik ini tidak dapat diselesaikan, adalah kerana tangan yang menjadi siluet, di sebalik isu ini, melibatkan orang yang memegang kuasa dan pengaruh yang besar dalam masyarakat. Selama ini, mereka terseret sama dalam kes yang membayangi isu yang diperkatakan.

        Walaupun novel ini bukanlah sebuah karya yang mengangkat persoalan psikologi yang utama, tetapi jalinan plotnya bergerak atas dasar pemikiran wataknya. Imej watak yang ditonjolkan memperlihatkan imej manusia abad pascamerdeka yang lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri daripada hakikat insan yang sebenarnya, iaitu sebagai Khalifah Allah SWT di muka bumi. Walaupun demikian, watak yang dikemukakan bukanlah tuntas menggambarkan kumpulan masyarakat itu secara keseluruhannya. Masih ramai manusia yarrg berhati jujur dalam masyarakat, namun yang diangkat oleh pengarang dalam novelnya merupakan sekelumit manusia yang ada dalam realiti masyarakatnya sendiri.

        Dari aspek lain, dengan penggunaan gaya bahasa yang lancar, sesekali dengan lenggok dialog utaranya menjadikan karya ini sebuah novel sosiologi yarrg berjaya dengan stail penulisannya yang langka dan tersendiri. @


RUIUKAN

1. Baharuddin Zainal, 1975. Mendekati Kesusasteraan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Gorys Keraf, 7987. Diksi dan Gaya Bahasa.Jakarta: PT Gramedia.

3. Ghazali dan Al Imam, 1980. Ihya Ulumiddin jilid 5). Jakarta: Penerbit Asli.

4. Hashim Awang, 1997. Kritikan Kesusasteran: Teori dan Penulisnrt. Kuala Lumpur:                Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Hamka, 1981 . Tafisir AI-Azhar: juzu' XVll.Surabaya: Yayasan Latimojog.

6. Muhammad Hi. Salleh, 1986. Cermin Diri: Esei-esei Kesusnsternr?n. Petaling Jaya: Fajar  Bakti.

7. Mana Sikana , 1990. Pendekatan Kesusasteraan Moden Bandar Baru Selangor: Penerbit Karyawan.

8. Mohd. Affandi Hassan, 1992. Pendidikan Estetika daripendekatan  Tauhid.   Kuala Lumpur: Dewan   Bahasa dan Pustaka.

9. Rozi Bainon , 1999.Wanita: Penghapusan Diskriminasi dari Perspektif Islam dan Undang-undang   Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Safian Hussain ed al., 1988. Glosari Kesusasteraan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Sahlan Mohd. Saman, 1999. Tokoh dan Kecenderungan Kritikan Sastera Mutakhir.   Bangi: Persafuan Penulis Selangor.

12. Umar Junus, 1984,Sasteran Melayu Moden: Fakta dan lnterpritsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa   dan Pustaka

13. Wallek, R dan Austin Warren 1988. Teori Kesusasteraan (Diteiemah oleh Wong Seng Tong). Kuala   Lumpur: Denwan Bahasa dan Pustaka.

14. Zainol Idris, 2019. Siluet. Bandar Darul Aman Jitra: Angkatan Sastera Nasioonal Kedah(ASASI).


(Dewan Sastera, Disember 2020)

Wednesday, June 21, 2023

DUNIA BUKU 7


SILUET

NARATIF TENTANG KRISIS





oleh:

HASAN BASERI BUDIMAN

(Kertas kerja ini dibentangkan dalam proram Dialog Puncak Karyawan ASASI (DPKA) Angkatan SAterawan Nasional Kedah pada 5 Disember 2020, di Prbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar)


Hasan Baseri Budiaman, membentangkan kertas kerja
 di Dialog Puncak Karyawan Kedah, 5 Dis.2020









1.0 Prolog

        Saya mengulang-ulang membaca SILUET sebanyak tiga kali cuma untuk mencari kaitan antara Zainol ldris dengan Dialog Puncak, sesuai dengan matlamat ASASI yang setiap tahun akan bercakap tentang kemuncak karya penulis-penulisnya. Setelah menelitinya beberapa hari, akhirnya saya temui juga apa yang saya cari. Benar barangkali tanggapan saya ini, bahawa novelet yang saya baca ini adalah kemuncak kepada pengkaryaan Zainol Idris. Maksudnya, bermula daripada terbitnya cerpen pertama Zainol Idris, 'Si Keweh Masih di Caruk' yang tersiar dalam Dewan Sastera Julai 1980, sehinggalah saat ini, Zainol Idris tidak pernah menghasilkan novel. Dan SILUET ini rupanya novel pertama beliau. 

        Jadi tidak bersalahan kalau SlUET ini saya angkat sebagai karya puncak Zainol Idris. Walaupun barangkali apa yang saya angkat itu hanyalah karya seorang ahli ASASI sahaja, tetapi rasanya ia sudah cukup untuk memberikan semangat kepada ahli-ahli ASASI yang lain agar mengikut jejak dan kegigihan Zainol Idris dalam mengembangkan karya masing-masing, biar sentiasa berada di luar kotak keselesaan genre.

        Kalau melihatkan kepada bentuk dan ketebalannya, SILUET mungkin boleh dianggap hanya sebuah novel kecil sahaja. Namun setelah membacanya, tahulah saya sebenarnya novelet setebal 131 halaman ini rupanya penuh dengan persoalan besar. Gaya penulisan dan pengolahan ceritanya sahaja, sudah cukup untuk saya membuat andaian bahawa penulisnya adalah seorang karyawan yang sudah lama berkecimpung dengan genre pernovelan. Mungkin agaknya, pengalaman Zainol Idris yang sejak sekian lama menukangi penulisan cerpen dan drama, telah memudahkan beliau menjadi begitu cepat dewasa untuk menghasilkan sebuah novel, walaupun hal ini cumalah percubaan pertama beliau berjinak- jinak dengan genre ini.

        Saya fikir, keterujaan Zainol Idris untuk beralih angin menghasilkan genre yang lebih berat ini bermula apabila ASASI menganjurkan program Transformasi Teks Cerpen kepada Novel pada Disember 201,8. Dalam program ini, setiap perserta dikehendaki mentransformasikan cerpen masing-masing sebagai hipogram kepada penghasilan sebuah novelet. Zainol Idris menggunakan cerpen 'Pak Tuan dan Sebongkah Batu di Kaki Gunung' sebagai hipogramnya, dan telah menukanginya hampir enam bulan, akhirnya cerpen itu membesar menjadi SILUET .

        SILUET mengisahkan tentang Pak Tuan (Huseng bin Soleh), bekas seorang PTD dan ahli politik, yang di hujung usianya terpaksa berhadapan dengan banyak hal. Pak Tuan bukan sahaja kehilangan isteri tuanya Mak Tuan (Mahani Bee) yang meninggal dunia akibat kanser rahim, tetapi turut hilang statusnya sebagai ahli politik setelah berlaku perebuatan pada peringkat bahagian. Pak Tuan yang tersisih akhirnya membawa diri menyendiri di chalet yang dibinanya di tengah hutan. Di sini pun masalahnya tidak selesai kerana ketika ini sedang berlaku penerokaan hutan yang agak berleluasa. Dan menariknya, yang sedang melakukan segala perbuatan khianat itu adalah isteri mudanya, Cik Puan (Zetty Azhari). Lebih menyedihkan, ketika dia mengunjungi Cik Puan yang tinggal bersendirin di kediamannya, di Kayangan Hight, dia berhadapan dengan satu lagi krisis, apabila dia mendapati Cik Puan sedang mencuranginya apabila sanggup bersama lelaki lain di dalam bilik tidurnya. Akhirnya kerana terlalu marah dan terkejut, Pak Tuan meninggal di situ.

        Jika dirujuk pada halaman blurb novel ini, nyataan promosi SILUET ini memang jelas hanya merujuk kepada persoalan krisis alam sekitar, dengan Pak Tuan menjadi watak utama yang memperjuangkan isu ini. Namun sebenarnya setelah saya teliti, krisis yang dibawakan oleh Zainol Idris di dalam SILUET ini rupanya lebih besar daripada itu. Krisis ekologi itu hanyalah satu daripada beberapa krisis lain yang boleh ditemukan di dalam novelet ini. Dan pembaca tidak payah bersusah payah untuk disimpang-jauhkan oleh Zainol Idris tentang isu ini, kerana daripada mula plot cerita ini bergerak isu krisis itu sudah pun dapat dikesan

        Membawa diri. Bersendirian. Bersunyi-sunyi. Meminggir berhari-hari ke kaki gunung yang  terpencil itu bukanlah perbuatan waras! Pak Tuan buang tebiat. Pak Tuan Kesunyian. Pak Tuan  kecelaruan. Pak Tuan dilandai sindrom kemurungan. Pak Tuan sedang hadapi depresi. Pak Tuan sedang menanggung penyakit misteri. Pak Tuan itu' Pak Tuan ini... Dalam pada itu, ada juga yang bersimpati. Mereka faham, Pak Tuan baru saja kehilangan orang yang dikasihi. Bukan mudah  untuk berhadapan dengan musibah'

( hal.5l)

        Tidak mungkin rasanya Pak Tuan akan membawa dirinya jauh ke dalam hutan jika tidak berlaku sebarang krisis kepada dirinya. Hal inilah yang meyakinkan saya bahaw;SILUET ini adalah sebuah naratif krisis. Jadi untuk berkongsi maklumat tentang semua ini saya akan cuba melengkapkan penelitian di dalam makalah ini nanti, dengan mengangkat beberapa isu dan wacana tentang krisis, naratif-naratif yang bertitik tolak kepada persoalan krisis, serta kritik dan peringatan yang Zainol Idris cuba sampaikan kepada pembaca melalui SILUETnya ini, berdasarkan krisis yang saya temui terjadi kepada Pak Tuan dan watak-watak lain yang ada di dalamnya.

2.0 Krisis

        Sebelum meniliti lebih jauh tentang krisis yang mungkin boleh dibongkar di dalam SILUET, elok kalau dilihat terlebih dahulu konsep asas tentang krisis, agar dapat menjadi titik panduan ketika kita melihat naratif krisis yang dibawa oleh Zainol Idris di dalam novelnya ini. Secara umumnya, krisis adalah keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian, keadaan yang lazimnya boleh mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, ketegangan dan keributan. fames dan Gilfiand di dalam buku mereka Strategy Intervention Crisis, telah mendefinisikan krisis sebagai sebuah persepsi atau pengalaman tentang sebuah peristiwa atau situasi yang boleh menimbulkan kesulitan, dan biasanya berada di luar kemampuan diri seseorang, termasuk hilangnya kemampuan untuk mengatasi masalah akibat gangguan emosi untuk sementara waktu.

        Manakala Roberts dan Yeager pula di dalam buku mereka Crisis Intervention Handbook, menjelaskan bahawa krisis adalah merupakan suatu respons subjektif terhadap;uatu peristiwa hidup yang menekan, atau traumatik atau sederet peristiwa-peristiwalengan lain yang dirasakan oleh seseorang sebagai suatu hal yang berbahaya, mengancam,rtau amat mengganggu, yang tidak terpecahkan kalau sekadar menggunakan metod-metodrenyelsaian biasa. Menurut Rohany Nasir (2004), krisis adalah persepsi terhadap kejadian atau pengalaman yang tidak mampu diatasi seseorang dengan cara biasa, kerana terlalumengganggu personaliti, dan biasanya boleh mengancam diri.

        Jadi, keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa krisis adalah merupakan suatusituasi yaang boleh menimbulkan rasa sukar, berbahaya, mengancam, dan amal mengganggu seseorang, sehingga orang itu memerlukan bantuan daripada orang lain untuk memecahkan segala permasalahannya, disebabkan kesulitan yang dialami berada di lualkemampuannya. Krisis boleh juga dianggap pemasalahan jiwa dan sering dikaitkan dengan konsep tekanan psikologi. Walaupun krisis itu bukannya suatu penyakit, tetapi tekanan disebabkan krisis boleh memaksa seseorang itu mengalami irritability. Hal inilah yang cub:diketengahkan oleh Zainol Idris Di dalam SILIJETnyaini. Zainol Idris cuba menggambarkarkeadaan Pak Tuan yang sering berada dalam keadaan tidak seimbang, dan mudah menjadmarah, cepat murung serta mudah kecewa atas segala peristiwa yang terjadi, Kesan krisityang datang bertimpa-timpa, telah memaksa Pak Tuan berhadapan dengan suatu keadaaryang kadang-kadang menyulitkan baginya untuk mengatasi masalah yang dilaluinya.

        Menariknya, ada kalanya krisis yang dihadapi oleh Pak Tuan ini, Zainol Idris hidupkan sebagai ketegangan, yang datang tepat pada waktu dia berada dalam keadaan memang tidak bersedia untuk berhadapan dengan masalah-masalah tersebut'

      Laporan yang Kami dapat , ada pebuata berdua-duan lelaki-perempuan yang bukan mahram di sini," tegas lelaki itu menguatkan suaranya. "Berdua-duaan?!!" soalnya perlahan dan sedikit gugup. jahanam hatinya berdetak kuat. Di teringatkan Fikri yang tiba-tiba saja mahu keluar membeli rokok dan meninggalkan Zetty bersamanya di situ. "Khalwat!! " dua orang lelaki, usia 30an yang berdiri di kiri kanan ketua mereka bersuara  serentak. Lututnya tiba-tiba lemah. Semuanya bakal mengundang padah, rintihnya dalam hati.

  (hal.81)

        Pak Tuan memang mengharapkan orang lain untuk membantu mengatasi masalah-masalahnya, kerana ketika itu jiwanya masih tidak berfungsi dengan baik. Namun, ketika itulah dia kehilangan sokongan, dia tidak mendapat bantuan daripada sesiapa pun yang diaperlukan. Fikri bekas setiausahanya yang diharap dapat membatu, juga sudah tidak mahulagi bekerjasama dengannya. 

        Fikri, bekas setiausaha sulitnya dahulu. Soal mengatur sidang media memang kerjanya. Bila dia  diundurkan dari jawatan exco, seterusnya dari dunia politik, Fikri terus disambar oleh Cik Puan sebagai  pembantu peribadinya. 

   (hal. 108)

        Dia mungkin boleh mengharapkan Pak Megat membantu menyelesaikan krisis yang dihadapinya namun dia juga faham;

    Tugas Pak Megat bukan sekadar menjaga dusun dicerobohi oleh haiwan-haiwan pemusnah termasuk  pencuri-pencuri. Dia jugalah yang mengawasi pekerja-pekerja Bangla menanam, membaja, merawat  pokok-pokok buahan termasuk mengawasi kebersihan dusun tidak disemaki belukar dan rumput rampa

  (hal 23)

     Bukan mudah untuk berhadapan dengan musibah. Calang-calang orang kalau tidak kuat iman boleh terseret kepada perkara yang tidak diingini. Bercakap memang mudah, berat mata memandang tentulah berat lagi bahu yang memikulnya. Pak Tuan perlu dikaunselingi 

  (hal. 5)

    Akhirnya krisis-krisis berlarutan sehingga menyebabkan Pak Tuan terus mengalami peningkatan ketegangan jiwa sehinggalah ke penghujungan keseluruhan masalah. Zainol Idris telah mematikan watak Pak Tuan.


3.0 Krisis dalam SILUET.

        Sebagaimana diilustrasikan di atas, sesiapa sahaja boleh memandang suatu situasi atau peristiwa yang berkaitan dengan krisis ini dengan cara yang berbeda. Kita boleh sahaja memandangnya sebagai suatu tekanan, dan kemudian berusaha mengatasi rintangan tersebut. Atau kepada orang lain, hal ini mungkin saja suatu beban yang berat dan teramat sukar untuk menanggung situasi tersebut, yang kemudiannya membiarkan sahaja tekanan tersebut terus berada dalam keadaan krisis. Perbedaan ini mungkin berpunca daripada soal peribadi dan pengalaman masa lampau seseorang yang pernah mengalami stres, sehingga memberikan pengalaman yang menakutkan atau penuh ketidakpastian.

Apapun krisis tidak selalunya buruk. Kerana ada kalanya krisis boleh menjadi suatu titik yang sangat penting sebagai pengajaran di dalam kehidupan seseorang. Hal inilah yang mahu diperlihatkan oleh Zainol Idris melalui watak Pak Tuan ketika berhadapan dengan pelbagai krisis. Zainol Idris cuba memberitahu pembaca, dengan cuba membentul ketahanan mental dalam diri Pak Tuan, agar berani menyelesaikan semua krisis yang dihadapinya itu dengan cara-caranya yang tersendiri. Namun, dalam sebuah cerita yang penuh konflik, Zainol Idris sedar bahawa beliau harus melorongkan watak Pak Tuan agar kerap ketemui jalan kehancuran, supaya Pak Tuan tenggelam dalam kancah krisisnya itu  Dan semua itu adalah titik pengajaran kepada pembaca yang dihantar oleh Zainol ldris supaya setiap kita lebih berhati-hati ketika menongkahi kancah kehidupan.

        Krisis yang dipaparkan melalui watak Pak Tuan ini kebiasaannya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja apabila sesorang itu berada dalam keadaan tidak seimbang, karena peristiwa yang terjadi mungkin sering datang menghantuinya secara berturutan. Mereka ini akan mengalami krisis apabila terpaksa berhadapan dengan suatu keadaan yang menakutkan serta sulit pula untuk mengatasi masalah yang tidak pernah dilalui sebelumnya. Hal-hal seperti ini sebenarnya memang banyak boleh dikesan di dalam novelet ini, dan nampaknya seperti sengaja dilakukan oleh Zainol Idris di dalam SILUET, bagi memancing perhatian pembaca. Hampir semua krisis yang boleh dikesan, ditonjolkan oleh Zainol Idris melalui peristiwa-peristiwa yang kebanyakannya menyebabkan Pak Tuan mengalami peningkatan  rasa tidak gembira dan ketegangan jiwa, sehingga ada ketikanya menjadikan dia tidak tahu apayang harus dilakukannya.

        Misalnya melalui krisis situasional, Zainol Idris sengaja membina watak Pak Tuan supaya sering merasakan, ada saat-saatnya dia merasa terancam apabila krisis itu datang tiba-tiba, dan kejadian yang sangat mengganggu itu datang sebagai bencana, berlaku pula secara tidak terduga, seperti

* kematian Mak Tuan, isteri yang dicintainya 

* saat mengetahuinya penyakit yang serius menimpa Mak Tuan

* gangguan sosial ketika mengetahui dirinya sudah diketepikan daripada dunia politik

* kehilangan pekerjaan dan sumber kemewahan

* kehilangan kehormatan, keistimewaan dan status sebagai pegawai daerah dan Exco

Manakala melalui krisis developmental pula, Zainol Idris cuba menampakkan krisisyang terjadi kepada Pak Tuan, menjadi lebih menyerlahkan pola pertentangan antara nilai baharu dengan perkembangan normatif kehidupan semulajadinya. Antaranya termasuklah

* detik mula Pak Tuan mulai bersekolah

* detik memasuki pengajian tinggi di luar negara (England)

* penyesuaian diri dan budaya baharu ketika Pak Tuan memasuki alam

    perkahwinan dengan Mak Tuan dan menjadi menantu Datuk Ali Pitchay

* kritikan diri ketika terpaksa meninggalkan Tukwan dan Tuk atas persoalardariat.

* kritikan diri ketika meninggalkan Tuk Wan dan Tuk atas persoalan darjat.

* kritikan diri Pak Tuan kertika meninggalkan budaya kekampungan yang diamalkan selama ini.

* detik berhadapan dengan masalah kerja ketika menjadi Pegawai Daerah dan Exco terutama berkaitan dengan masalah ekologi

* detik berhadapan dengan isteri muda, Cik Puan (Datin Zetty)

* detik berhadapan dengan karenah Fikri

* detik ketika berhadapan dengan penentangan anak buah Batin Ripin

        Dalam menghadapi kedua-dua lapisan pengertian krisis yang ditonjolkan oleh Zainol Idris di atas, ada ketikanya Zainol ldris sengaja membiarkan Pak Tuan berada di dalam situasi berjaya. Namun, ada ketikanya pula krisis itu terus dibiarkan mengganggu dan berjalan berpanjangan, sampailah ke akhir hayat Pak Tuan. Semuanya untuk pembaca SILUET mudah membuat pertimbangan memilih beberapa alternatif yang dikemukan oleh Zainol Idris untuk dihadam melalui konflik-konflik yang tercetus. Dan saya dapat melihat kehebatan Zainol ldris memainkan sentimen rasa pembaca apabila berjaya membina gangguan rasa nyaman dalant diri pembaca, dengan membiarkan pembaca terus merasai setiap peristiwa yang menekan kehidupan Pak Tuan, sebagai hal yang stress dan mengancam, melalui setiap krisis yang diwujudkannya.

         Hal ini dalam kehidupan seharian mungkin perkara biasa kepada mekanisma krisis, tetapi pengarang yang peka akan kerap menggarapkannya di dalam mana-mana karya mereka, kerana mereka mengerti dan menyedari bahwa hanya konflik sahaja yang akan menjadi unsur penting yang dapat menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya. Dan sebuah karya yang baik tidak akan melepaskan peluang untuk menggabungkan beberapa jenis konflik yang mungkin terbit daripada krisis yang dialami watak secara berulangan bagi membina suatu peristiwa atau masalah yang menekan. Biasanya kepelbagaian konflik yang dilalui oleh watak inilah  yang akan menjadi penentu, baik atau gagal sesebuan karya ketika berhadapan dengan emosi pembaca. 

        Kisah yang dipersembahkan sama ada yang melibatkan peristiwa-peristiwa manusiawi yang sensasi, atau yang bersangkutan satu dengan yang lain sehingga menyebabkan munculnya konflik-konflik yang kompleks, biasanya akan lebih cenderung diminati pembaca. Dan naratif yang berkisar kepada krisis inilah, yang digunakan ZainoIdris untuk membina kekuatan SILUET melalui sumber-sumbernya yang cukup memadai.

3.1. Krisis Ekologi

Krisis ekologi merupakan krisis yang paling menonjol boleh dikesan di dalam SILUET.Kepekaan Zainolldris menggunakan isu yang menjadi tantangan global umat manusia padaawal abad 21, yang kebelakangan ini telah marak diperbicangkan, jelas menampakkan Zainol Idris adalah pengarang yang peka terhadap isu-isu semasa. Zainol Idris mungkin cuba mawakili masyarakat dunia, untuk merasakan keprihatinan mendalam mengenai krisis lingkungan ini. Hal ini karena pada Zainol Idris, krisis yang meliputi seluruh sistem ekologi alami di bumi, termasuk hal-hal yang berkaitan dengan manusia; seperti udara yang kita hirup, makanan yang kita makan, air yang kita minum, termasuk sistem organ di dalam tubuh kita, adalah anugerah yang perlu dijaga.

        Secara filosofi, Zainol Idris melihat krisis ekologi ini sebagai refleksi krisis spiritual manusia modern yang telah menghilangkan Tuhan dalam hubungan mereka dengan alam.

    gunung-ganang, bukit-bukau sebagai pasak alam akan terusik tanpa sebab. Pak Tuan teringat pesanan yang sering dihebahkan khatib pada kebanyakan khutbah; Manusia dicipta Allah sebagai khalifah atau pengurus alam, namun seringkali tangan manusialah yang mencipta kerosakan. Dalam diam-diam Pak Tuan berazam untuk menggali dan mendedahkan kelibat-kelibat yang merupakan silhouette hitam disebalik fenomena itu semua hingga ke lubang cacing. 

[hal. 104]

Kesalahfahaman dan kegagalan manusia dalam memahami hakikat serta realiti alam menyebabkan sikap eksploitatif terhadapnya berlaku secara sewenang-wenang. Manusia yang menjadi hamba kepada kebendaan ini dengan sengaja telah menyelewengkan pemahaman mereka terhadap alam, dengan menganggap alam hanyalah sesuatu yang tidak pernah bernilai dan tidak memiliki nilai intrinsik dan spiritual, kecuali sebagai objek pemuas nafsu syahwat eksploitatif mereka sahaja.

        Pak Tuan sedar sebahagian besar dari bencana alam, puncanya oleh campur tangan manusia sendiri. Fitrah alam dicipta oleh Maha Pencipta dalam keadaan serba cukup dan saksama. Sebuah ekosistem terus berada dalam keseimbangan sehingga hadir campur tangan atau gangguan terhadap komposisi komponan sama ada biotik atau abiotik dalam suatu sistem tertentu.

(hal. 103)

        Sehingga akhirnya alam pada pandangan Zainol Idris telah menjadi seperti pelacur yang dilanyak tanpa rasa tanggungjawab. Semua bencana ekologi yang terjadi di bumi iniberkorelasi erat dengan tindak-tanduk dan tingkah laku manusia sebagai makhluk bumi yang sepatutnya berperanan memuliharanya. Malah krisis kemanusiaan melampau yang dialami kebanyakan umat manusia akhir-akhir ini, telah menjadi penyebab manusia

semakin agresif  untuk mengekploitasinya secara yang lebih superiour terhadap alam tanpa menghiraukan lagi akan kepentingan orang lain. Akhirnya, semua penghuni alam akanmerasai kesan daripada bencana kerakusan yang ditinggalkan

'Saya syak, ada gangguan menyebabkan binatang-binatang itu bercemperaan!"Pak Tuan cuma melihat kepada Pak Megat yang segar bertenaga. Tubuhnya berisi dengan muka berjambang lebat, sekali pandang iras Fidel Castro, pemimpin revolusi Cuba yang selalu menggusarkan Amerika itu.

''Air katok juga keruh, macam apa-apa," rungut Pak Megat berbau curiga Pak Tuan terus memandang ke dalam mata askar pencen di hadapannya itu dengan tanda tanya. "Saya syak ada kegiatan haran di lereng sebelah utara"

 (hal.25.)

        Alam sekitar sebenarnya adalah tempat ujian bagi manusia. Manusia diberi sepenuh kebebasan untuk menguruskannya demi penerusan kehidupan, namun kerana sikap dan pandangan manusia modern matakhir initerhadap alam jauh menyeleweng, manusia sudah tidak lagi beramanah malah gagal dalam ujian ini. Hak manusia untuk memakmurkan alam bertukar menjadi medan kerakusan sehinggakan alam terus mengalami 'kerencatan'yang serius. Semuanya telah merendahkan kualiti kehidupan termasuk juga kehidupan manusia sendiri. Menariknya SILUET ini kerana kemuncak krisis ekologi yang dihadapi oleh PakTuan ini diselsaikan jawapannya oleh Zainol ldris dengan mempalitkan sama krisis peribadinya, apabila dia mengetahui daripada Fikri bahawa penerokaan haram yang memusanahkan alam, di sekitar kaki gunung berhampiran cheletnya itu dilakukan oleh syarikat isteri mudanya sendiri. 

"Sabar Tuk," Fikri cuba meredakan suasana, mendengar suara  mantan Exco Kanan itu semakin meninggi dan mukanya sudah berubah menjadi udang bakar. "Tapi ada isu-isu yang tidak mustahil bakal menjadi boomerang lalu melantun kembali memalu kepala Datuk sendiri!" Sambung Fikri memicingkan matanya ke sisi,menunggu reaksi Pak Tuan.

"Apa??!!"                                                                                                                    

"Saya fikir Datuk mengundang padah!"                                                  

Ápa!!?

"Saya yakin, pasti akan timbul persoalan dan masyarakat di luar sana akan tertanya-tanya bagaimana Datuk tiba-tiba memiliki sebidang tanah dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai tanah adat yang dikhusus untuk Orang Asli." tukas Fikri sambil pandangannya terbenam ke dalam mata Pak Tuan yang tadinya bulat menjengil. Pak Tuan terdiam sejenak."Mengketengahkan isu ini, bermakna Datuk mengheret tangan Datin Zetty sendiri ke muka pengadilan!"

"Apa?!"                                                                                                                          "syarikat yang terlibat dalam pembalakan haram itu diterajui oleh Datin sendiri!'

[hal. 116]

        Identiti dalam konteks perbincangan ini, didefinisikan sebagai aspek-aspek tertentu yang dapat menunjukkan ciri-ciri dan merujuk kepada keadaan atau sifat seseorang. Dan identiti seharusnya sesuatu yang tekal, iaitu tidak mudah berubah-ubah. Apapun akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran budaya yang menghimpit, seseorang itu boleh sahaja ditimpa kecelaruan. Semua ini akan menjadikan amalan hidupnya sudah tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan asalnya. Malah boleh dianggap orang itu sudah hilang pertimbangan diri. Apabila timbul masalah peribadi seperti ini, Erik Erikson seorane ahli psikologi, telah mengistilahkannya sebagai krisis identiti. Krisis identiti menurut Erikson adalah konflik dalam diri sendiri yang akan timbul apabila kita berfikir dan mengaitkan kewujudan kita dengan enviroment yang baharu. Krisis ini sebenarnya adalah gangguan personaliti yang dicirikan oleh corak kehidupan jangka panjang mengenalperasaan penting diri yang berlebihan, atau keperluan pengaguman yang berlebihan terhadap sesuatu.

Dalam SILUET ini, Zainol Idris telah berjaya membina gangguan peribadi narsisistik dalam diri Pak Tuan, sehingga rasa empatinya terhadap Bukit Sekecung, Tuk danTukwannya sudah hilang.

Corak dan cara hidupnya walaupun tidak berubah secara drastik namun tetap berubah secara beransur-ansur, selepas berumah tangga. Kehadirannya dalam keluarga elitis Datuk Ali Pitchey menyebabkan sedikit demi sedikit nilai-nilai kekampungan meluntur dari laluan rutin hidupnya. Dia semakin melupakan Tuk dan Tukwan. Dia mula melupakan rumah papan kayu sayung di hujung kampung. Dia mula melupakan lorong, denai dan permatang sawah. Dia melupakan perigi jernih di becah rumbia dan sungai yang dirimbuni aur sepanjang tebing. Dia melupakan pelita minyak tanah dengan jelaga dan asap hitam berpintalan ketika menyiapkan kerja-kerja sekolah. Dia semakin melupakan Bukit Sekecung. jiran sekampung dan kawan-kawan sebaya yang sama-sama bermain lumpur menggagau keli atau menyerkap haruan. Menyauk ikan sempilai dengan kedua tangan di serokan bendang. Berlarian di antara tunggul-tunggul jerami di sawah kontang menaikkan wau di musim angin timur bertiup garang. Dia telah melupakan semuanya. Apa lagi bila Tuk dan Tukwan sudah lama tiada.

 (hal. 56-57)

        Sebagai manusia yang sudah mempunyai kedudukan yang agak cemerlang, Pak Tuan tentu akan menjadi begitu mudah menukar identitinya, apabila sering menghabiskan banyak masa untuk berfikir tentang citi-cita dan keupayaan mencapai kekuatan darkejayaan dalam hidupnya. Erikson percaya bahwa pengembangan kepribadian seseorangbergantung kepada apakah dia mampu menyelesaikan krisis dengan baik dalam kehidupannya atau tidak Inilah yang menjadi dilema kepada Pak Tuan apabila krisis identiti ini muncul dalam dirinya ketika dia sedang mengalami perubahan besar dalanhidupnya. Pak Tuan sedar, bukan mudah untuk dia menukar identitinya daripada seorangbudak kampung kepada orang bandar, kerana dia membesar dengan situasi kekampungaritu agak lama.

Huseng anak  kampung. Dia sendiri tidak pernah menafikan  bahawa dia adalah anak kampung di pedalaman... Jiwa Huseng masih jiwa kampung. Hatinya masih tersangkut di kampung. Sesekali tidur malamnya masih bermimpikan kampung. Seleranya masih selera kampung. Masih merindui asam pedas ikan puyu. lkan keli bakar dan air asam cabai patah. Sayur manis rebung dengan daun asin-asin. Ulam petai. Pekasam ikan lampam. Namun segala kerinduan itu sekadar bermukim dalam gua kenangannya cuma. Sekadar nostalgia masa lalu yang sukar untuk kembali berulang.

 [hal.31]

DIA telan liur lagi. Dia mengusap mukanya beberapa kali. Namun kerinduannyatetap menggebu. Kawan sebaya, saudara mara, jiran sekampung sekian lama tidak dijenguknya. Yang pasti dialah yang menjauh dan menjarakkan diri dengan kampung halaman. Tukwan dan Tuk pun sudah lama tiada. Yang masih wujud cuma dirinya yang akhir-akhir ini dirasakan bersendirian dalam ruang penuh kesunyian.

(hal.37) 

Namun segala-galannya boleh saja terjadi terjadi kalau keadaan terpaksa dan Pak Tuan harus akur dengan perubahan dirinya ketika itu, walaupun jauh di lubuk hatinya dia sebenarnya tidaklah sebegitu.

Kadang-kadang dia sendiri mengakui sikap kepura-purannya. Dunianya sekarang adalah dunia Pak Tuan, bukan lagi dunia seorang Huseng. (hal.31)

Bukit Sekecung juga hampir terpinggir dari ingatannya. Bertahun-tahun sudah tidak dijengah. Jangan-jangan tersesat kalau dia balik sekarang. Entahlah sejak terkepung dalam kerkalutan, segalanya jarang terhimbau walaupun dalam mimpi. Begitu juga dengan selera kekampungannya entah tersesat ke mana (hal.37)

Sebenarnya kejutan budaya yang dialami oleh Pak Tuan sudah bermula sejak dia mula bersekolah menengah di bandar lagi. Di Kolej Sultan, Pak Tuan sudah mula dikejutkan dengan sesuatu budaya baharu yang secara tiba-tiba berada di hadapannya. Dengan terdedahnya Pak Tuan kepada unsur-unsur kebudayaan yang lain, yang dia rasakan lebih tinggi tamadunnya, sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan tersisih di dalam hatinya jika dia tidak menurutinya bersama.

Sejak masuk ke Kolej Sultan di Ibu Negeri, Huseng dapati banyak berubah dlm, rutin hidupnya. Ibu Negeri bukan macam Bukit Sekecung atau Kepala Bukit. Ibu Negeri adalah bandar ilmu dan Kolej Sultan pula adalah adalah gedung ilmu. Masingmasing bergulatan dengan buku-buku saja. Tak kira siang, tak kira malam. Tak ada masa lagi untuk bincang fasal masuk belukar lastik merbah kapur atau murai cacing. Atau ke denai paya rumbia jerat ruak-ruak. Atau masuk hutan nipah cari anak sempilai. Apa lagi bergelumang selut timba kubang atau berpesta lanyau kolam di musim timur, menggagau haluan dan keli. 

Huseng memang benar-benar berubah. Tukwan tahu. Tuk pun sedar. Betis Huseng tidak lagi kertang bersisik sampai boleh dibuat papan tulis bila diguris dengan kuku, terutama bila musim kemarau menjengah. Baju seluar Huseng juga bersih dan kemas, walaupun bukan dari jenama mahal. Huseng tidak lagi selekeh dan berlemos macam kebanyakan budak-budak Bukit Sekecung (hal.35)


Menurut Ericson krisis identiti sebegini adalah suatu detik kritikal untuk seseorang membuat pertimbangan, walaupun detik ini merupakan masa terbaik untuk menganalisis secara intensif dan penerokaan cara yang berbeza, untuk melihat realiti diri sendiri. Sesungguhnya, proses membentuk identiti Pak Tuan yang digambarkan oleh Zainol Idris didalam SILIIET ini adalah sebahagian daripada contoh perlakuan penting dalam kehidupanseseorang manusia' Identiti Pak Tuan sengaja dibiarkan terus berkembang dan berubahsepanjang hayatnya, oleh Zainol Idris, sehingga di penghujung kehidupannya, pak Tuan terpaksa berhadapan dengan keadaan dan situasi yang cukup berlainan, sehingga menjadi cabaran baru pula kepada watak Pak Tuan untuk menilai siapa dirinya yang sebenar berbanding kehidupannya yang asal yans pernah dilaluinya

Kerinduan itulah yang memanggil-manggilnya segera pulang ke Bukit Sekecung bila cuti penggal tiba. Kalau tidak tertahan lagi, Huseng akan terpa balik pada cuti hujung minggu yang dibenarkan sebulan sekali untuk budak-budak Kolej Sultan. Huseng akan naik Kenderaan Bas Mara dari Ibu Negeri dan turun tepi jalan, di Kepala Bukit. Kemudian dia akan berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke Bukit Sekecung. Kalau nasib Huseng baik, ada gerek yang lalu-lalang, Huseng boleh tumpang bertenggek di karier sampai ke rumah.

Setiap kali Huseng balik, Tuk dengan Tukwan pasti ke hulu ke hilir cari itu, cari ini. Masak itu masak ini. Tuk Wan dengan Tuk faham benar kegemaran Huseng. Mereka tahu selera Huseng. Mereka tak mahu Huseng kempunan bila balik ke asrama nanti. Huseng bukan mahukan gulai ayam. Redang atau kurma daging bukan selera Huseng. Huseng cuma gemarkan keli bakar. Gulai ikan baung kuning yang terperangkap dalam bubu Tukwan. Sayur lemak rebung. Kerabu paku rawan. Dan yang tidak boleh tidak tentulah air asam cabai burung patah. [hal. 36)

Zainol Idris sengaja membina krisis identiti dalam diri Pak Tuan, supaya pembaca dapat menilai tahap ketelusan peribadi manusia ketika berhadapan dengan dilema seperti itu. Dan apabila perubahan yang paling besar terpaksa dihadapi oleh Pak Tuan melalurkrisis identitinya ini berlaku, Pak Tuan diatur oleh Zainol Idris supaya menyesuaikan diri dengan gaya hidupnya dengan anggota yang lain, yang sediki sebanyak telah menimbulkan kejutan budaya daripada pelbagai aspek di dalam kehidupannya. 

Segala-galanya bermula bila dia balik dari Oksford. Huseng sebenarnya tidak balik sendirian. Dia balik bersama Mahani Bee, anak dara Datuk Ali Pitchey yang sama-sama menuntut di England; seorang di Oksford dan seorang di Cambridge...Mahani Bee adalah anak perempuan Datuk Ali Pitchey, pegawai kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri 

(hal.37 & 44)

Majlis perkahwinan Huseng tidak lagi didahului dengan adat risik merisik. Tiada rombongan pinang meminang. Tiada kenduri-kendara yang perlukan persiapan itu dan ini makan masa berminggu-minggu. Tak perlu lagi dirikan balai untuk marhaban dan berzanji. Tak perlu susah payah buat bangsal kedohok untuk masak nasi dan gulai kawah. Tak ada lagi kerbau atau lembu yang akan tumbang. Tak ada pencak silat bunga sambut pengantin. 

(hal.38)

Kadang kadang dia sendiri dapat merasakan terdapat sesuatu yang berperang sesama sendiri dalam dirinya. Dia tahu, sama ada disedari atau tidak telah ada suatu kuasa asing yang mulai meresap dan menulari percaturan hidupnya. Dan dia tahu unsur luar itu kalau tidak cermat ditangani berhati-hati akan menukarkan dirinya menjadi buah bidak di papan catur.

 [hal.45]

Dalam menghadapi dilema ini , Pak Tuan sedar, tidaklah semudah itu untuk dia melupakan orang yang disayangi, atau atau melupakan asal usulnya, atau melupakan jasa Tuk dan Tukwan kepadanya. Namun semuanya terpaksa juga berlaku kerana wujudnya krisis identiti dalam diri Pak Tuan, sehingga ada ketikanya dia hilang pertimbangan untuk menentukan bagaimana harus membuat pilihan.

Dari celah daun pintu bilik pengantin yang renggang itu Tuk nampak, Mahani Bee seperti sedang bersiap-siap.

"Kami, nak keluar" kata Husing sambil melepaskan nafas berat.

"Ke mana?"

"lbu negeri."

"Buat apa?"

"Bermalam di sana."

"Bermalam?"

"Di hotel. Dah tempah."

Tuk tengok muka Tukwan. Tukwan tengok muka Tuk. Diam. Tuk tengok muka Huseng. Huseng tengok muka Tuk kemudian tunduk perlahan. Dicelah-celah daun pintu bilik itu, Tuk boleh nampak katil bertilam lima inci dan siap berkelambu itu tidak terusik. Huseng tengok muka Tukwan sekali lagi, kemudian tengok muka Tuk. Huseng nampak mata Tuk tiba-tiba berkelip-kelip kemudian berkaca. 

(hal. 52)

3.3 Krisis politik

Otto von Bismarck seorang negarawan Germany, pernah menyebutkan bahawa Politics is the art of the possible, the attainable iaitu seni serba kemungkinan, sesuatu yang dapat dicapai. Maksudnya dalam politik, serba kemungkinan boleh berlaku. Sesuatu yang tidak dijangkakan mungkin sahaja boleh berubah daripada tidak mungkin kepada menjadi mungkin, atau daripada mungkin terjadi, berubah kepada mungkin tidak menjadi.Semuanya bergantung kepada kerja para seniman politik. Mereka ini kebanyakannya memang sedia memiliki kemahiran dan bakat yang diperoleh daripada pengalaman mereka sepanjang bergelumang dengan dunia politik. Di tangan merekalah segala kemungkinan boleh berlaku, dan di tangan mereka jugalah senario politik boleh berubah dari masa ke masa, kerana inilah sebenarnya hakikat berpolitik. Zainol Idris melihat situasi ini sebagai sesuatu yang cukup bermakna untuk ditonjolkan. Hal inilah yang dijadikan beliau modal cerita tentang dunia politik.

Kancah politik: satu medan persilatan hidup yang penuh permaianan silap mata, muslihat, kilasan dan sepak terajang. Kancah politik bak sebuah rumah kaca, di mana setiap gerak laku yang kadangkala lebih mirip kepada lakunan pemain-pemainnya, menjadi subjek yang diperhatikan setiap masa. (hal.72)

Politik adalah seni kepintaran merebut kuasa dan pengaruh. Sebagai satu seni yang matlamatnya merabut mahkota kekuasaan sudah pasti mempunyai strategi dan muslihat tertentu (hal.73)

Dan keterlibatan Pak Tuan dalam dunia politik bukannya suatu kebetulan, tetapi memang dirancang oleh Zainol Idris bagi memperlihatkan bahawa manusia hanya boleh merancang dengan secara terbaik mungkin, tetapi dalam dunia politik yang memang penuh kecelaruan itu, segala-galanya boleh terjadi.

Pak Tuan sendiri sedar, dalam politik tiada yang mustahil. Tidak mustahil sahabat karib boleh bertukar menjadi musuh durjana. Sekelompok penyokong yang suatu ketika menjunjung-julangnya tiba-tiba bertukar menjadi puak yang mahu menghumbannya ke dalam jurang jahanam. Sudah terlalu lama berada pada suatu kedudukan tinggi dan selesa pasti ada yang mahu menjatuhkan, malah lebih sadis lagi ada yang tergamak mahu memijak-mijak kepalanya. 

[hal. 73]

Krisis politik sebenarnya penuh dengan segala macam strategi persis strategi perang.Sejak bermulanya detik pertama saat menentukan siapa di atas dan siapa pula harus dibawah pun, seniman politik sudah mula berkisah. Art possible dalam politik inilah sebenarnya yang banyak membantu Zainol Idris membina seni kemungkinan kepada watak Pak Tuan. Sesuatu yang Pak Tuan jangkakan mungkin berlaku, tetapi telah diubah oleh Zainol Idris menjadi sebaliknya melalui beberapa krisis, sehingga pembaca dapat melihat betapa kotornya para seniman politik itu mengatur langkah.

Bukan Pak Tuan tidak sedar yang sudah mula wujud gerakan-gerakan dari kelompok tertentu untuk menjatuhkannya. Dia sudah lama menghidu terutama menjelang pemilihan kepimpinan parti, juga tempoh pilihanraya umum yang semakin dekat. Sudah ada kem-kem yang terbentuk untuk tujuan melobi tokoh-tokoh tertentu. Peringkat permulaan kumpulan-kumpulan ini menjalankan strategi secara halus, namn jika tidak berkesan, mereka akan menukar pendekatan kepada yang lebih agresif; Bekonspirasi, memfitnah dan mensabotaj adalah  amalan biasa [hal.73]

Dia pernah di dekati oleh sekumpulan orang-orang tertentu untuk memujuknya menarik diri dari percalonan pilihanraya akan datang.... Keengganannya menerima pujuk rayu secara lembut dan berahsia menyebabkan mereka menukar strategi gelap. Mereka mengugut untuk membocorkan rahsia pernikahan Pak Tuan dan Cik Puan yang mengikut kata mereka suatu pernikahan gelap dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin. Malah ada banyak skendal-skendal yang bakal didedahkan melalui dunia maya. (hal.74)

Dalam politik, strategi adalah senjata yang sangat penting, dan menjadi bahagian yang tersendiri dalam berpolitik. Apa sahaja strategi yang dijalankan dalam dunia politik semuanya adalah permainan yang sudah menjadi perkara biasa kepada para senimannya. Dalam konteks cerita ini, saya melihat Zainol Idris sengaja menjadikan Pak Tuan sebagai mangsa strategi politik yang sedang berlangsung kerana Pak Tuan asalnya bukan orangpolitik. Dalam mana-mana strategi politik, apa yang berlaku bukan sekadar seni yangbermain-main dengan duit ringgit atau permainan kata-kata sahaja, tetapi ia juga bolehberlaku lebih daripada itu, termasuk fitnah-memfitnah, cantas mencantas atau mungkin bunuh membunuh. Segala-galanya hanya kerana suatu tujuan, iaitu kekuasaan. Dan PakTuan tidak diberikan kepandaian ini oleh Zainol Idris.

Satu insiden yang berlaku tidak lama kemudian, menimbulkan seribu tanda tanya kepada Pak Tuan hingga kini. Walaupun peristiwa ini kemudian menjadi pemangkin kepada perkahwinannya dengan Cik Puan, terdetik juga dalam hati kecilnya adakah ianya suatu konspirasi terancang untuk merudumkan kariernya dalam politik. Dia tidak yakin ianya direncanakan oleh kuncu-kuncu parti lawan. Tapi dia mensyakkinya sebagai satu strategi gerakan dalaman kalangan orang-orang tertentu dalam partinya sendiri, kerana berikutan dengan insiden itu dia diserang bertalu-talu dengan menjadikan hal-hal peribadi sebagai peluru. (hal. 79)

Syak dan keraguan tentang konspirasi terancang terus timbur tenggelam dalamdirinya berhubung dengan peristiwa itu. Tidak mungkin semua yang berlaku secara kebetulan kalau tiada yang merancang; Siapa yang berkomplot merencanakan konspirasi ini? orang-orang politik yang siang tadi berpesta durian di dusunnya mungkin? Apakah Fikri juga salah seorang dari mereka? Bagaimana dengan Zetty, tidak mungkinkah dia diperalatkan dan sanggup diperaratkan? (hal. 83)

Krisis politik yang ditonjolkan oleh Zainol Idris di dalam SILUET ini jelas menampakkan bahwa seni politik memiliki seninya tersendiri dalam urusan pengaruh-mempengaruhi. Inilah kelemahan Pak Tuan yang tidak mampu mengubah tingkah laku dirinya untuk menjadi pembunuh kepada seluruh keinginannya sebelum ini. Pak Tuan banyak berserah kepada takdir sedangkan Zainol ldris mahu menyakinkan pembaca bahawa di dalam dunia politik, 'seniman'nya mesti berani melakukan apa sahaja, kerana kekuasaan politik tidak pernah ada istilah kompromi untuk menyelesaikan segalanya dengan jalan damai.

Ilmu politik mungkin merupakan ilmu murni yang membahas tetang teori-teori  dalam berpolitik dan juga sebagai ilmu terapan yang menyangkut seni dalam berpolitik, tetapi praktikalnya tidak sebegitu. Betullah kata pujangga, politik adalah seni serba kemungkinan. kawan harini boleh jadi lawan keesokan hari, begitu juga sebaliknya musuh hari ini boleh menjadi rakan esok hari. Tuntasnya, tiada teman atau musuh sejati dalam dunia politik ini. Inilah realiti yang dialami oleh Pak Tuan dalam SILUET.

Situasi sebenarnya dia sudah tahu awal-awal lagi, bahawa sudah wujud satu gerakan konspirasi musuh-musuh politik dalam parti sendiri yang mahu menjatuhkannya. Setiap kali menjelang pilihanraya terlalu ramai yang tergiur mahukan nama masing.masing diketengahkan sebagai calon. Tekanan bertalu-talu dari segenap penjuru;Mahu tidak mahu dia terpaksa mengundur diri. Lebih-lebih lagi tekanan dan asakan itu atas restu pucuk kepimpinan parti sendiri, dengan alasan kehendak dari ahli-parti akar umbi (hal.109) 

3.4. Krisis Moral

Moral secara umumnya boleh membawa erti akhlak budi pekerti, kelakuan, tabiat dan perangai. Menurut Kamus Dewan, moral ialah ajaran atau pegangan buruk bailisesuatu perbuatan sama ada dari segi kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain; yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil. Kata moral yang berasal dari kata latin, moresbererti adat kebiasaan, dan kebiasaan inilah yang kerap kali dikaitkan dengan akhlak atau kesusilaan, yang membawa maksud tata tertib dalam hidup. Jadi apabila dikaitkan moral inidengan krisis, bolehlah kita simpulkan sebagi, segala sesuatu yang tertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia yang baiI berakhlak,berbudi pekerti, berkelakuan serta bertabiat baik, telah diselewengkan. Penyelewengan moral boleh terjadi disebabkan seseorang manusia itu gagal mematuhi nilai-nilai yang sepatutnya dijadikan pegangan dan pedoman, bagi kesejahteraan diri, orang lain atau halhal lain, secara baik untuk bertindak sebagaimana mestinya.

Dalam membangkitkan persoalan ini, Zainol ldris telah menjadikan Pak Tuan sebagai pengantara untuk mendedahkan krisis moral masyarakat seperti yang digambarkannya di dalam SILUET. Semua yang ditonjolkan, sama ada hal tersebut berlakukepada diri Pak Tuan sendiri, atau kepada watak-watak lain yang disabitkan dengan krisis tersebut, ia adalah realiti yang terjadi dalam masyarakat di sekeliling kita. Inilah kebijaksanaan Zainol Idris, apabila menjadikan krisis moral ini sebagai hal yang universal, yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, selagi dia bernama manusia.

Krisis moral biasanya timbul apabila wujud manusia yang tidak bermoral. Mereka ini tentunya golongan yang lebih mementingkan diri, atau ada kepentingan diri, keluarga atau kroni, sehingga dalam situasai tertentu, sanggup meletakkan nilai akhlak, kewajipandan lain-lain yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil, di belakang. Kelompok ini tentunya tidak pernah memikirkan soal untuk menjaga kepentingan umum. Mereka yang mengalami krisis moral seperti ini tidak lagi memperdulikan kesan yang ditinggalkan kepada sosio ekonomi setempat serta kebaikan dan kebajikan demografi penduduk sekitarkerana akhlak mereka telah dirosakkan oleh keuntungan yang sedikit.

"Mugkin ada gangguan terhadap habitat mereka?" Soal Pak Tuan yang tidak kurang pengetahuan mengenai kajian alam sekitar dan ekologi, hubungan antara populasi dan habitat.

"Saya syak ada gangguan menyebabkan binatang-binatang itu bercemperaan. Air katok juga keruh macam apa-apa, rungut Pak Megat berbau curiga. "Saya syak ada kegiatan haram di lereng sebelah utara." (hal.25)

Perbuatan menyalahi undang-undang kerana melibatkan salah guna kuasa untuk  mencari kekayaaan dengan mudah, juga antara krisis moral yang telat diketengahkan oleh Zainol ldris di dalam novel ini. Pak Tuan menjadi mangsa keadaar kerana dipaksa terjebak dengan gejala tidak bermoral yang diatur oleh bapa mentua nya Datuk Ali Pitchey, yang akhirnya krisis ini telah menjerat dirinya sendiri.

Setelah pulang dari Oxford Huseng tidak menunggu lama untuk memasuki alam pekerjaan kerana dia terus diserap masuk ke dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, itu pun kerana pertolongan Datuk Ali Pitchey. Huseng tahu semua itu tidak lain tidak bukan malainkan kerana hubungannya dengan Mahani Bee. Kalau tidak dia pasti akan ke hulu ke hilir minta kerja. Lebih-lebih lagi anak kampung sepertinya, kepada siapa mahu dituju untuk mendapat sokongan. (hal. 45)

Bila tiba-tiba namanya diajukan  olen parti sebagal calon sebuah pilihanraya kecil akibat kematian mengejut wakil rakyatnya , tanpa banyak soal dia menerimanya. Sedangkan dia masih berbaki dua tahun lagi untuk bersara wajib sebagai warga pentadbir kumpulan PTD. Mahu tidak mahu dia terpaksa meletak jawatan. Pak Tuan percaya percalonan namanya yang ketika itu sekadar ahli biasa parti, tidak dapat tidak hasil dari pelobian yang dilakukan bapa mentuanya sendiri; Datuk Ali Pitchey selaku veteran yang masih berbisa buah tuturnya 

(hal.67)

Syak dan keraguan tentang konspirasi terancang terus timbul tenggelam dalam dirinya berhubung dengan peristiwa itu. Tidak mungkin semua yang berlaku secara kebetulan kalau tiada yang meancang. Siapa yang berkomplot merencanakan konspirasi ini?! Orang-orang politik yang tadi berpesta durian di dusunnya? Apakah Fikri juga salah seorang daripada mereka? Bagaimana dengan Zetty (Cik Puan), tidak mungkinkah dia diperalatkan dan sanggup diperalatkan? (hal.84)

KemuncaK krisis  moral dalam SILUET ini rasanya sengaja digambarkan oleh Zainol ldris dengan situasiyang cukup tragis dan sekaligus menjadi kemuncak cerita. Isteri mud;Pak Tuan menghadapi krisis moral yang cukup meruncing apabila berlaku curang kepada suami. Hal ini mungkin perkara biasa kepada masyarakat tidak bermoral, tetapi perbuatarCik Puan menduakan suaminya ini adalah suatu pengajaran kepada pembaca. Zainol Idrirsengaja menojolkan watak Cik Puan sebagai isteriyang selama inihidup terlalu bebas, tanpzkongkongan suami, dan kedayusan suami yang tidak ambil peduli terhadap nafkah isteriboleh meninggalkan kesan buruk kepada kehidupan berumah tangga. Walaupun kita harurmempercayai qada' dan qadar yang ditentukan Allah SWT, tetapi peranan setiap manusia  untuk mematuhi syariat Islam dalam urusan rumah tangga perlu diambil kira

Di melangkah senyap menghampiri bilik tidur. DEtak jantyungnya bertambah kencang bila kuping telingannya menangkap suara berdesus-desas. Garau dan halus bercampur-baur. Berselang seli dengan suara terkekeh-kekeh kegelian. Darahnya tiba-tiba saja menyirap.Tangannya memekup dadanya sebelah kiri yang darjah degupan memuncak kencang. Kepalanya tiba-tiba terasa berat sungguh.

'Bangsat!" Tempikannya seperti halilintar itu sekadar tersekat di kerongkongannya

[hal.130]

4.0.Epilog

Secara Keselurunannya, naratif tentang Krisis yang terdapat dalam dalam SILUE' ini jika diperincikan, mungkin boleh dikutip lebih banyak lagi daripada apa yang dikemukakan didalam makalah ini. Namun rasanya sudah memadai untuk pembaca SILUET menjadikanempat naratif krisis yang dikemukakan di atas sebagai suatu muhasabah diri. Sesuailah dengan peranan sastera untuk memberikan nilai kebijaksanaan kepada pembacanya dengan membawa pembaca melihat dirinya dan persekitarannya, maka SILUET pada saya boleh digunakan untuk menjelaskan siapakah diri kita dalam interaksi dengan lingkungan sosial kita.

SILUET yang walaupun hanya setebal 131 halaman sahaja, tidak bermakna ia sebuah buku bacaan ringan, kerana novelet ini sebenarnya penuh dengan mesej mental yang muncul bersama dengan rangsangan emosi yang dianyam dengan sebegitu rupa. Percayalah di dalam SILUET pembaca bukan sekadar boleh menikmati satu pengalaman estetik yang mampu memberikan nikmat yang tersendiri, tetapi pembaca juga mampu mengutip gambaran kehidupan manusia secara halus melalu krisis-krisis ditojolkan dengan secara yang cukup indah, tersusun dan bermotif, untuk disimpan sebagai rakaman dan renungan.#

  DUNIA BUKU 15 CITRA BUDAYA DAN ORANG TUA   DALAM KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH  Oleh  Sohaimi Abdul Aziz  * (Pusat Pengajian Ilmu Keman...