Citra Wanita Yang Terpenjara Dalam
MARIA PEREMPUAN ESTET
Oleh:
Samsudin
Ahmad
Feminisme merupakan aliran falsafah yang memperjuangan hak
dan kedudukan wanita dalam masyarakat, khususnya wanita di Eropah pada abad ke
18. Diskriminasi terhadap wanita dalam masyarakat Eropah terjadi kerana
struktur masyarakat itu sendiri, khususnya berkaitan dengan institusi gereja.
Apabila wujudnya golongan penulis wanita yang membawa dan
membicarakan permasalahan mereka sendiri, maka lahirlah aliran kritikan
ginokritik mengambil empat modul utama dalam menganalisis karya, iaitu:
·
Waita
dan biologi wanita
·
Wanita
dan bahasa
·
Wanita
dan psikologi
·
Wanita
dan budaya
Namun begitu
terdapat kelompangan kosong dalam modul ini dari sisi pandangan agama Islam.
Ulama tersohor, Yusof Al-Qardawi telah menambah peranan wanita sebagai:
·
Wanita
sebagai insan
·
Wanita
sebagai perempuan
·
W
anita sebagai ibu
·
Wanita
sebagai anak
·
Wanita
sebagai isteri
·
Wanita
sebagai anggota masyarakat
Gabungan pandangan ini telah melahirkan
kritikan Feminisme Talbiah yang berteraskan pada keyakinan tauhid dan keesaan
Allah SWT.
Feminisme di Alam Melayu
Perkataan'talbiah'
bermakna menyerahkan diri kepada Allah SWT. Wanita Melayu Islam seperti yang
tergambar dalam kesusasteraan Melayu klasik ialah perempuan yang dipandang
mulia. Hal ini kerana tingkah laku mereka yang sopan, memiliki peribadi yang
terpuji, dan berwajah ayu atau anggun. Mereka bertutur dengan santun dan lemah
lembut, serta menjaga kehormatan diri. Walau bagaimanapun, akibat daripada pemikiran
feudalisme, mereka agak ketinggalan dalam aspek pendidikan dan sosial.
Persoalan diskriminasi terhadap perempuan ini telah diangkat
dalam novel sebelum perang seperti Hikayat Faridah Hanum (1925) oleh
Syed Syeikh al-Hadi, Iakah Salmah? (t920-an) oleh Ahmad Rashid Talu,
Melur Kuala Lumpur (1930) oleh Harun Aminurrashid, dan Gadis
Hulu Muar (1941) oleh Abdullah Sidek. pada era pascamerdeka, lahirlah
golongan penulis wanita yang memperkatakan persoalan diri mereka dari sudut
pandang mereka sendiri, seperti yang terdapat dalam novel Badai Semalam
(1968) oleh Khadijah Hashim, Ombak Bukan
Biru (1977) oleh Fatimah Busu, Sebelum Berhujungnya Musim Bunga
(1972) dan Pesisir Hitam (1985) oleh Zaharah Nawawi. Penulis wanita
seterusnya seperti Aminah Mokhtar, Mawar Safei, Nisah Haron, dan Siti Jasmina
Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) turut memperkatakan hal yang sama.
Feminisme Talbiah
Perkataan'talbiah' membawa maksud menyerahkan diri kepada
Allah SWT secara tidak berbelah bagi. Firman Allah SWT:
Sesungguhnya solatku,
ibadahku dan matiku hanya untuk Allah. Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya
dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang pertama
ang menyerahkan diri (kepada Allah)
Menurut S. Othman
Kelantan (1992). Prinsip utama yang ditekankan dalam ajaran Islam ialah akidah.
Akidah paling utama ialah tauhid, mengesakan Allah SWT. Tauhid mampu membawa
pemikiran umat ke arah kemajuan kerana
terhapus daripada khuraf'at dan tahayul. Oleh itu talbiah membawa pengertian
bahawa orang Islam yang beriman mestilah berikrar dan berpegang kepada ajaran
tauhid demi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Konsep kritikan Feminisme Talbiah dibina untuk menganalisis keperibadian wanita Islanm dengan
bertunjangkan al-Quran, sunah dan pendapat para ulama. Percantuman kritikan
ginokritik Elaine Showalter dan pandangan ulama Islam Yusui al-Qardawi terhadap
tanggungjawab wanita Islam telah mencetuskan Feminisme Talbiah.
Pandangan ginokritik melahirkan aspek luaran yang terdiri
daripada tiga elemen, iaitu personiliti, ketakwaan dan budaya. Aspek ini dapat
dilihat kerana penempelaan pada perbuatan, kelakuan dan bentuk fizikal watak.
Manakala aspek dalaman terdiri daripada dua elemen utama, iaitu psikologi dan
kerohanian.
Latar Belakang Pengarang
Novel Maria:
Perempuan Estet karva Zainol Idris diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) pada tahun 2021. Zainol mula menulis sejak tahun 1980 dalam semua
genre kesusasteraan termasuklah cerpen, novel, sajak, dan skrip drama
televisyen. Antara karya beliau termasuk kumpulan cerpen Sekali Air Bah (ITBM,
2015), antologi cerpen bersama Jelapang 2 (Teks Publishing, 1983), Pulangnya
Pemuja Ombak (DBP, 1985), Tafakur (DBP 2011;'
Rusuh di Hati Putih (UUM Press, 2016), dan Sang Pencinta (Asasi,
2018). Dalam genre novel, beliau menghasilkan Siluet (ASASI, 2015) dan
Maria: Perempuan Estet (DBP, 2021).
Zainol Idris juga
pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) /2012 melalui cerpen
"Dendam Apai" dalam Dewan Sastera februari 2012 dan HSPM/
20I3 dengan cerpen "Gadung"
dalam Dewan Sastera Februari 2013. Selain itu, beliau juga meraih hadiah
Penulisan Cerpen Berunsur Islam 1985,
Adaptasi Cerpen ke Drama Televisyen, Hadiah Karyawan Darul Aman 1996/1997,
dan dalam genre puisi beliau memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan HSKU
melalui sajak Di Lengkung Langit Biru(2015) dan “Lelaki Yang Keciciran Lidah
(2017) Novel Maria:Perempuan Estet memenangi Anugerah Sastera Darul Aman
(ASDA) 2022 katergori Novel Dewasa terbaik. Cerpen Babi Hutan (DS/Jan 2015)
ASDA, kategori Cerpen Terbaik.
Personaliti Maria
Watak utama dalam
novel Maria: perempuan Estet ialah Maryam
yang merupakan seorang wanita kampung yang tinggal di ladang getah. Ayahnya,
Haji Adam mendapat pendidikan agama melalui madrasah dan juga pengajian pondok.
Maryam bersekolah sehingga darjah enam Sekolah Melayu sahaja, namun dia
merupakan seorang pelajar yang cerdas kerana minatnya yang suka membaca. Maryam
ditawarkan untuk melanjutkan pendidikan di Malay Women Training Collage (Maktab
perguruan Perempuan Melayu) di Durian Daun, Melaka. Namun begitu, kerana.hasrat
ayahnya hendak berbesan dengan , sahabatnya yang sama_sama menuntut di sekolah
pondok dahulu, maka dia diberhentikan daripada melanjutkan pelajaran. Selepas
menjodohkan Maryam dengan Joned, kedua_dua orang tua mereka berangkat ke Mekah
menunaikan fardu Haji.
Demikianlah gambaran kehidupan masyarakat tradisional yang
dilakarkan pengarang. Dalam masyarakat feudal, anak perempuan seperti Maryam
wajib mengikut keputusan orang tua terhadap penentuan masa depannya. Pelajaran
tidaklah begitu penting sangat buat anak perempuan kerana mereka berpegang pada
ungkapan , “setinggi mana pun pelajaran anak perempuan, akhirnya ke ceruk dapur
juga". Pemikiran jumud dalam masyarakat feud.al seperti ini harus
ditanggung oleh Maryam. Anak perempuan wajib meneiim sahaja keputusan orang tua
atau ibu bapa tanpa diberi peluang untuk menyatakan pemikiran dan hasrat dalam
penentuan hidup sendiri. Zainol Idris secara bersahaja mengkritik adat dan
kebiasaan masyarakat feudal pada masa itu melalui petikan berikut:
Memang dia tidak ada
alasan untuk membantah pilihan orang tuanya. Walaupun dalam hati kecilnya,
terdetikjuga agar diberikan hak untuk mencorakkan hidup dan masa hadapanny,a
sendiri. Sekurang-kurangnya, diberi kesempatan bersuara dan membuat
pilihan, siapa yang bakal menemani hidupnya untuk masa yang mendatang.
(Maria:
perempuan Estet, Z02l:113)
Dalam mazhab Syafii, hanya bapa atau datuk,sahaj yang boleh
mengahwinkun perempuan di bawah umur,
manakala dalam mazhab hanafi, walaupun bapa boleh mengahwinkan anak di bawah
umur, namun anak-itu boleh membuat pilihan untuk menerima atau menolaknva
semasa dia mencapai umur baligh. peraturan di Malaysia di bawah undang_unding
keluarga Islam menetapkan bahawa umur minimi lelaki intuk berkahwin ialah 18
tahun dan untuk perempuan 16tahun. Namun begitu, peraturan Enakmen Keluarga islam perak tidak memperuntukkan had
umur minimum ini.
Maryam berkahwin ketika berusia 19 tahun, iaitu pada tahun
i945. Dia digambarkan sebagai gadis cantik di kampungnya. Setelah empat tahun berkahwin dengan Joned, barulah
mereka dikurniakan cahaya Lata. Wuiuupun sudah mempunyai anak, keanggunannya sebagai
wanita cerdas dan pintar masih terlihat
dalam keperibadiannya. jodohnya dengan Joned tidak kekal lama kerana akhirnya
mereka bercerai.
Semasa hidupnya di rumah banglo pengurus Ladang Getah Green
Hill Rubber Estete, Jim Godfrey amat terpesona dengan keanggunannya. Dia mula
membentuk peribadi dan personaliti sejak tinggal di situ sebagai pembantu rumah
Nyonya Guan. Bermula dari situ juga namanya bertukar kepada nama Maria. Nama
itu diberikan oleh majikannya sendiri.
Di rumah banglo itu, Maria mendapat tugasan untuk mengemas
bilik bacaan Jim Godfrey yang dipenuhi dengan buku dan manuskrip Melayu lama.
Sebagai seorang perempuan yang minat membaca, dia teruja dengan bahan bacaan
yang banyak di bilik itu. Pengarang seolah-olah menyatakan bahawa betapa
pentingnya bahan bacaan dalam kehidupan manusia. Sikapnya yang suka membaca
menyebabkan Maria menjadi lebih pintar dan cerdas. Ciri-ciri sebagai seorang
perempuan janda dari ladang getah telah hilang daripada perawakannya. Petikan
di bawah menggambarkan personaliti Maria dari sudut pandangan Jim Godfrey:
Dalam kesenyapan, dia
telah lama memerhatikan, membaca, dan menilai keperibadian penbantunya yang
seorang itu. Setelah beberapa larna berada di situ, Jim Godfrey sudah dapat
menelah yang Maria bukan sebarang pernbantu rumah. Renungan matanya yang
bersinar, gerak lakunya yang lincah, pantas dengan tutur bicaranya yang petah,
dia tahu wanita varrg seorang irri memiliki ciri-ciri intelektual vang sepadan.
(Maria Perempuan Estet, 2021 :7 7 )
Atas keterujaan itu,
maka Jim Godfrey menyatakan hasratnya untuk memiliki Maria sebagai isteri yang
sah di sisi syarak. Dengan pertolongan sahabatnya Mubin Sheppard, perkahwinan
mereka pun diatur dan berlangsung di Kuala Lumpur. Setelah berkahwin, status
Maria di rumah banglo itu berubah. Nyonya Guan tidak lagi memanggilnya Maria,
sebaliknya Puan Maria, Manakala Kadeer, pemandu Jim Godfrey memanggiln sebagai
Mem Maria. Namun kedudukan itu tidak membawa apa-apa erti bagi Maria. Dia tetap
seperti dahulu, merendah diri dan melakukan kerja rumah seperti biasa bagi
membantu Nyonya Guan.
Sebagai wanita yang progresif, dia sentiasa belajar daripada
suaminya, ]im Godfrey. Keinginannya untuk mempelajari bahasa Inggeris direstui
oleh )im Godfrey dengan menjemput seorang guru bahasa Inggeris, iaitu Mr.
Arokiasamy s/o Mariadas dari Bukit Mertajam. Sikap ingin memajukan diri tersebut
memberikannya peluang untuk terus membaca buku-buku dalam bahasa Inggeris
daripada penulis-penulis agung dunia.
Maria digambarkan
sebagai seorang perempuan yang gigih dan suka menyambut cabaran. Dia belajar menunggang
kuda milik suaminya. lim Godfrey mendatangkan seorang joki kuda, Julian Agustin
untuk mengajar Maria kemahiran menunggang kuda. Pada setiap hari minggu, mereka
akan keluar menikmati keindahan alam di Green Hill. Jim akan menunggang Black
Arrow, manakala Maria menunggan, kuda yang lebih kecil, Head Wind.
W anita ini pantang dicabar dan akan menyambut cabaran dengan
tabah dan cekal hati. Ketika berada di Tanjung Penunggu, Maria dicabar oleh
suaminya untuk menggunakan senapang menembak
burung belibis dan akhirny dia menjadi penembak yang mahir . Jim Godfrey
mempercayai kebolihan dan bakat Maria serta berharap Maria menyelesaik memoir yang sedang
ditulisnya tentang kehidupan seorang
bekas pegawai Malayan Civil Seivice (MCS).
Hasil daripada daripada pembelajaran dan pengalaman menjadikan
Maria seorang yang berani. Dengan menungang kuda Black Arrow dan sepucuk
senapang sepucuk senapang laras dua ,dia merernpuh ke tengah kumpuln buruh yang
sedang berdemonstrasi di ladang Bukii
Tengah.
Demi menyelamatkan suaminya yang sedang mententeramkan penunjuk perasaan yang bertindak liar, Maria terpaksa melepaskan
tembakan amaran dan terpaksa bertindak merempuh kumpulaan penunjuk perasaan itu
dengan kuda tunggangannya. Akhirnya, kedatangan pihak berkuasa Berjaya menyuraikan keadaan dan
bberapa orang penghasut telah ditangkap, termasuklah mandur Sharip.
Babak ini seperti sedutan sebuah firem koboi Hollywood, tetapi Maria
ditampilkan sebagaii "hero”yang menyelamatkan suaminya daripada kumpulan
orang lelaki Dapatlah disimpul bahawa Maria berubah perwatakannya kerana semakin berilmu dan
menerima pengaruh kemodenan Barat, merangkul identiti wanita "moden"
yang individualis dan sanggup memperjuang kepercayaannya.
Maria dari Aspek
Ketakwaan
Perkataan takwa membawa maksud ketaatan dalam mengerjakan
perintah Allah SWT atau kesolehan yang lahir daripada rasa takut terhadap-Nya.
Perasaan takut terhadap kemurkaan Allah SWT di samping menyedari dirinya
sebagai seorang hamba akan menjadikan manusia itu melakukan segala suruhan-Nya,
dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dalam agama Islam juga, ilmu tentang
akidah sangat dititikberatkan. Hal ini kerana, akidah melahirkan keimanan dan
mendorong manusia untuk bertakwa kepada Allah SWT.
Dalam penelitian
konsep ketakwaan tersebut, Maria tidak boleh dibanggakan sebagai wanita Muslim
yang kukuh imannya. Dia tidak pernah digambarkan bersolat, baik semasa
kehidupannya bersama Joned mahupun semasa bersuamikan Jim Godfrey, sedangkan
solat merupakan perintah utama Allah SWT kepada sekalian hamba-Nya. Oleh itu,
bolehlah disimpulkan bahawa Maria bukanlah perempuan Melayu Islam yang beriman
dalam erti kata yang sebenarnya. Hal ini mungkin cerminan realiti orang Melayu
masa itu yang tidak mendapat pedoman dan hidayah yang betul, apatah lagi pada era
kolonial Barat dilihat lebih dominan dan mempengaruhi peribumi. Dalam hal
Maria, dia lebih terpesona dan menuruti pengaruh yang berlangsung di
sekitarnya, dalam hal ini, pengaruh kebaratan suaminya, Jim Godfrey, dan bekas
suaminya yang juga bukan Melayu Islam yang baik, Joned.
Semasa hidupnya bersama Joned, berlaku perselisihan yang
berpunca daripada anting-antingnya yang dicuri oleh Joned. Perselisihan itu
menyebabkan Joned menampar pipinya dan menghalau dia keluar dari rumah.
Kemudian, ketika bekerja sebagai buruh di Ladang Estet Green Hill, foned pernah
datang ke rumah kongsinya dan memujuknya dengan mengatakan bahawa dia bersalah
dan insaf atas kesalahannya. Namun begitu, Maria tetap berkeras hati tidak mahu
kembali hidup bersama ]oned. Petikan yang berikut menggambarkan betapa kerasnya
hati Maria:
'Aku sangka hati awak
dah berubah, dah lembut. Sekeras-keras kerak nasi iika direndam, akan lembut,
rupanya tidak."
"Kerak nasi ini
tak mungkin lembut walau direndam setelaga air kerana sudah hangus, sudah
rentung jadi arang!"
"Jadi, awak berkeras!"
"Kalau saya kata,
ya?"
"Jenis manusia
kepala batu!"
"Habis?"
"Kamu tahu ganjarannya?"
(Maria: Perempuan Estet, 2021:184-85)
Ketika itu, Joned dengan Maria masih lagi dalam hubungan
suami isteri. Maria tidak mahu memaafkan suaminya itu. Apakah tindakan Maria
itu dapat dianggap ingkar atau nusyuz? Kita lihat keingkaran Maria untuk
kembali kepada foned bukanlah kerana anting-antingnya, tetapi Iebih kepada
alasan Joned yang sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami. Inilah alasan
utama yang menyebabkan Maria tawar hati untuk kembali hidup bersama foned,
seolah-olah dia mengetahui masa depan foned yang tidak pernah akan berubah.
Adakah tindakan Maria dan telahannya itu benar?
Maria juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak
yang menderhaka terhadap ayahnya, Haji Adam. Sebagai seorang ayah, Haji Adam
cuba memujuk anaknya agar kembali kepada suaminya:
"Walau apa pun
alasan kamu, Yam, bapa tetap kata tindakan kamu
ini salah. Ikut hukum berdosa besar tahu. seorang isteri lari meninggalkan
rumah lllgg" dengan tidak ada keizinan suami”,
(2021:128).
. Namun begitu, alasan Maria pula sebaliknya:
"Batas kesabaran saya sudah sampai ke
penghujungnya bapa,.Mak Teh. Lagi pun
saya bukan lari, saya dihalau macam binatang.,(ibid)
Semasa Maria tinggal dan bekerja di rumah banglow,pengurus
ladang, Jim Godfrey, berita tersebar ke kampungnya. Apabila mendengar khabar
angin dan fitnah orung kampung yang mengatakan bahawa Maria telah menjadi
"gundik” orang putih, Haji Aoam dengan bersusah payah pergi ke rumah
banglo itu dengan berbasikal. Di rumah
itu, Haji Adam melihat anaknya tidak menunjukkan ciri_ciri Muslimat yang
sebenarnya. Contohnya, apabila Maria memakai pakaian ceongsam yang tidak
menutup aurat. Sebagai seorang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, dia
merasakan perbuatan anaknya itu sudah jauh terpesong daripad a ajaran Islam
yang sebenar.
Haji Adam mahu mengajak anaknya pulang dan meninggalkan
banglow tersebut. Petikan berikut menunjukkan alasan Maria untuk tidak kembali
bersama ayahnya:
"Bapa, sudah
sekian lama hidup saya bernaung di bawah payung keluarga. Saya patuh atas
apa-apa keputusan keluarga walaupun kadang- kadang, saya sedar yang saya tidak
lebih daripada bidak di papan catur. Dan sekarang, berilah peluang untuk saya
mencatur peta perjalanan hidup saya sendiri pula”.
(Maria: Perempuan Estet, 2021:72)
Dalam keadaan tegang
antara Maria dengan bapanya itu, muncul Jim Godfrev yang pulang ke rumah untuk
mengambii barang.yang tertinggal. Melihat Jim Godfrey, Haji Adam terus
menunjukkan sikap lengkel kepada b.angsa penjajah ltu. Bagi Haji Adam, Inggeris
bukan sahaja mengaut kekayaan negaranya,
bahkan turut menenggelamkan akidah bangsanya, termasuk anaknya sendirii. Dengan
perasaan marah, kecewa dan benci terhadap bangsa penjajah itu, dia meludah di hadapan
pengurus besar ladang itu dan meninggalkannya dengan menghambur kata-kata
kesat.
Adakah kebenaran berpihak kepada Maria dengan sikap dan
tindakannya? Adakah dia anak derhaka? Sebagai isteri, adakah dia ingkar atau
nusyuz kepada suaminya? Segala persoalan ini amat berkaitan dengan hokum-hakam
agama Islam.
Terdapat dua sumber
utama hukum dalam agama Islam. pertama, syariat yang bersumberkan Al-Quran dan
sunah Rasulullah SAW Kedua, hukum fiqah, iaitu hukum hasil pentafsiran dan
pemahiman ulama Islam dalam sesuatu perkara. Menurut pendapat TM Hasbi Ash
Shiddieqy (1975:156-212), hukum dalam Islam bersifat universal dan berlaku secara
abadi untuk umat Islam seluruhnya serta tidak merujuk sesuatu tempat sahaja.
Tujuan hukum dalam.Islam pula adilah untuk menghormati martabat manusia sebagai
kesatuan ,unsur jiwa, rohani dan jasmani, serta memelihara kemuliaan manusia
dan kemanusiaan.
Dari aspek ketakwaan Maria, dia sama seperti perempuan Melayu
Islam lain yang sejak kecil ditanam dengan konsep tauhid. Namun begitu, konsep
tauhid yang diyakini itu tidak mendatangkan ketakwaan dan keimanan yang teguh. Mengapa
keadaan ini terjadi? Tauhid ialah keyakinan dan kepercayaan tentang keesaan
Allah SWT. Maria yakin dan percaya bahawa segala-galanya merupakan ketentuan
daripada kekuasaan Allah SWT. Namun dia sebenarnya tidak mengenali hakikat
Allah SWT yang sebenarnya. Dia tidak mengenali tentang zat-Nya dan af'al-Nya.
Oleh itu, konsep tauhid yang diyakininya itu tidak mendatangkan keimanan kerana
ketakwaan atau tauhid itu tidak tumbuh daripada rasa takut, gentar dan berharap
kepada Allah SWT.
Menurut pendapat Abu Ishaq al-Shatibi, tujuan hukum dalam
Islam adalah untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Kemaslahatan
hidup manusia bukan sahaja merangkumi jasmani dan rohani, bahkan termasuk
individu dan organisasinya. Tujuan sesuatu hukum Islam itu adalah untuk
memenuhi lima aspek kehidupan, yakni memelihara agama, jiwa, akal, keturunan,
dan harta.
Keingkaran Maria terhadap ayahnya berkaitan dengan jiwa dan
fikirannya. Sebagai wanita berstatus janda yang sudah matang dan berilmu, dia
berhak memilih dan menentukan jalan hidupnya sendiri. Haji Adam bimbang anaknya
akan menjadi murtad. Namun hal tersebut dinafikan sendiri oleh Maria:
'Astaghfirullah! Bapa,
saya tidak akan sampai ke situ."
(2021:72).
Kata-kata itu membuktikan keyakinan terhadap tauhid sudah
terpahat kukuh dalam dada Maria. Namun begitu, keimanan yang mendatangkan rasa
patuh kepada suruhan dan larangan Allah SWT masih nipis dalam dadanya.
Selain itu, adakah dia
harus menanggung dosa atas sikapnya terhadap Joned? Apabila menoleh kembali
sejarah hidupnya berumah tangga dengan Joned, jiwanya tidak pernah tenteram dan
fikirannya kacau-bilau akibat sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.
"Itu sahaja yang
abang tahu. Balik rumah kerana hendak makan, hendak tidur. Kalau macam itu apa
guna ada suami. Tak bertanggungjawab. Laki tak ada tulang belakang!"
(Maria: Perempuan Estet, 2021:124-25)
Petikan di atas merupakan sebahagian daripada rintihan jiwa
Maria. Bukankah hukum dalam Islam adalah untuk memelihara jiwa dan akal
manusia? Kalau keadaan Maria sudah begitu, adakah dia dapat digolongkan sebagai
perempuan yang ingkar? Bukankah tindakannya itu untuk memelihara jiwa dan
akalnya? Maka, atas sebab itu. Maria memilih untuk menentukan jalan hidupnya
sendiri atau dia memilih untuk meniadi dirinya sendiri.
Maria dalam Citra Budaya
Maria sebenarnya berada dalam dunia yang sangat sempit.
Penempatan penduduk di ladang getah merupakan penempatan yang berselerak.
Komuniti keluarga dengan keluarga lain berada agak jauh menyebabkan perhubungan
terbatas. Maria hidup dalam masyarakat feudal dan terhimpit. Kedatangan tentera
Jepun menyebabkan anak-anak dikahwinkan walaupun masih di bawah umur. Keadaan
ini untuk mengelakkan daripada kekejaman tentera Jepun. perkahwinan merupakan
Perkahwinan merupakan pertemuan jodoh yang diaturkan oleh keluarga. Mereka
tidak diberi kuasa untuk menyatakan pendapat, apatah lagi untu memilih.
Setelah berkahwin dia
berpindah ke rumah suaminya. Di sana juga kehidupannnya agak tertutup. Wak
Salamon, penoreh di Kebun pusaka Jonedlah yang sering berhubung
dengannnya. Maria pernah meminta bantuan
Salamon untuk _menyiasat kegiatan Joned di luar rumah. Dia mendengar fitnah
daripada jiran yang mengatakan suaminya terlibat dengan aktiviti, perjudian.
Setelah disiasat ternyata tuduhan orang-orang kampung itu merupakan fitnah semata-
mata.
Maria mula belajar
hidup bermasyarakat semasa tinggal di rumah kongsi ladang getah Green Hill. Budaya hidup saling
bcrgorong-royons dipaparkan menerusi watak Kiah, Subamah, Sarojathewi dan Perumal.
Bukanlah mudah bagi seorang perempuan muda
berstatus janda sepertinya untuk menjalani
hidup secara aman. Gangguan dan ancaman terhadap kehidupannya datang daripada
Mandur Sharip, suami Kiah yang menjaga anaknya. Sharip pernah datang dan cuba menodai maruahnya sebagai seorang perempuan ketika sedang menoreh. Namun dia dapat menyelamatkan
dirinya dengan mencederakan dahi Sharip dengan pisau torehnya. Parut akibat torehan itu
berbekas di dahinya,hingga ke akhir hayatnya.
Setelah berkahwin dengan fim Godfrey,rumah banglow itu
membawa ilmu pengetahuan kepadanya. Dia terus terperosok dalam timbunan buku yang
banyak mengajar tentang kehidupan. Selama 30 tahun Maria mengunci diri daripada
masyarakat. Kehidupan di rumah Kehidupan di rumah banglow itu hanya ditemani oleh Nyonya Guan dan Kadeer, pemandu mereka.
Dia tidak tahu bagaimana keadaan masyarakar di sekelilingnya tidak pernah
berhubung mereka. dengan sesiapa selain mereka.
Setelah kemarian Iim
Godfrey, dia diarahkan berpindah krerana kawasan pejabat besar lidang itu akan dijadikan sebagai
Green Hill Industrial Estate. Mereka berpindah ke Tanjung Penunggu di Kaki
Gunung Jerai. Tanjung Penunggu merupakan kawasan masyarakat nelayan dan petani
yang terbuka. Di sini Maria mula
terdedah denan masyarakat luar yang selama ini terlalu asing baginya. Secara
kebetulan juga, Sharip merupakan anak jati Tanjung penunggu. Di kampungnya itu dia dikenali sebagai Lebai
Sharip.Krehadiran maria di rumah besar itu dapat dihidu oleh lebagai sharip.
Semasa menetap di
situ, Maria terpaksa menghadapi pelbagii ruduhan. Tuduhan itu berpunca daripada
perasaan marah dan rasa tidak.berpuas hati yang seterusnya menumbuhkan perasaan dengki dan khianat.
Krisisnya berpunca daripada Maria yang ikhlas menyumbangkan wang dalam jumlah
yang besar besar kepada masjid kampung. Tindakan Maria itu memberi peluang
keada Lebai Sharip yang sudah berdendam dengannnya.Petikan berikut
menggambarkan hal tersebut:
“Saya sangsi, sama ada
kita boleh menerima duit yang banyak ini!, kata Lebai Sharip sambil mara ke
hadapan ...
"Kenapa pula Lebai
Sarip?,” tanya Imam Haji Muslim, agak terperanjat ...
"Kita tidak pasti halal atau tidak wang
ini sebagai infak sedekah jariah kepada masjid.Masjid, Rumah AIlah!, jelas Lebai
Sharip.
”Saya tak faham rnaksuad
Lebai?" kata imam Haji Muslim sambil mengerutkan dahinya,
“Perempuan yang
menghulurkan sumbangan itu, saya masih ragu-ragu pegangan agamanya!', (Maria: perempuan Estet, 2021:276-77 )
Lebai Sharip bahkan cuba mempengaruhi msyarakt tanjung
Penunggu supaya tidak menrima sumbangan itu. Bkan itu sahaja bahkan menuduh Maria sudah murtad. Hukum
Lebai sharip lagi:
“Perempuan itu sah murtad, maknana sudah terkeluar daripada
agama. Maka kalau dia mati pun, dia tak layak dikuburkan di tanah perkuburan
bersama-sama orang lain.”
(2021:
291)
Lebai Sharip telah mempengaruhi beberapa orang pemuda yang
dipercayai untuk membakar rumah banglow
separuh kayu, separuh batu milik Maria. Namun begitu tindakan tersebut tidak
berjaya dilaksanakan kerana telah dihalang oleh sekumpulan pemuda lain. Mereka
telah menangkap pemuda-pemuda upahan itu dan akhirnya dibawa ke masjid.
Imam Haji Muslim seakan tidak mempercayai bahawa semua
angkara itu berpunca daripada Lebai
Sharip, seorang daripada karyahnya yang sering datang berjemaah di masjid. Selain
daripada itu kehadiran Maria di kampong
itu menggugat kedudukan Lebai Sharip sebagai orang beragma yang alim. Kealiman
itu terletak pada statusnya sebagai “lebai”. Lebai Sharip juga bimbaang rahsia
parut luka di dahinya akan terbongkar. Oleh sebab itulah dia berusaha dengan
apa-apa cara sekalipun untuk menyingkirkan Maria daripada terus tinggal di
Tanjung Penunggu.
Maria sedar bahawa selama ini sifatnya yang hidup dalam
cangkerang buatannya sendiri itu telah membawa pelbagai tuduhan, tohmah dan
fitnah terhadap dirinya sendiri. Namun demikian, sebagai seorang wanita yang
berpendirian, dia tidak menuding jari menuduh kesalahan orang lain. petikan di
bawah mengukuhkan kenyataan ini:
Menyedari pandangan
wanita separuh baya, tetapi masih kelihatan anggun yang menyilau seperti kilat
itu, Lebai Sharip cepat_cepat menjatuhkan pandangannya ke tanah. “Saya kenal siapa Lebai Sharip atau Mandur
Sharip, kerana saya pernah bekerja di bawahnya, malah kami pernah tinggal
berjiran. Tidak perlulah saya ceritakan segala kisah yang berlaku ... saya
pun dah lupakan semuanya."
(Maria Perempuan Estet
2021:320),
Dalam kesempatan itu
juga, sebagai seorang wanita yang pintar, Maria telah menjelaskan kedudukan dan
pendiriannya yang menyebabkan desas_desus masyarakat terhadap dirinya selama
ini. Maria beranggapan bahawa segala peristiwa itu merupakan istidraj daripada kealpaan, kedegilan
dan keegoan dirinya sendiri sehingga menimbulkan syak dan fitnah - yang
berlarutan. Maria langsung berucap,
"Tapi tuan-tuan,
percayalah selemah_lemah iman saya, saya tak sampai menurunkan maruah saya
serendah_rendahnya sampai menjual agama."
(2021:320).
Inilah pengakuan jujur
daripada seorang perempuan yang selama ini dianggap sebagai murtad. Dengan ini
juga, Maria telah memecahkan kepompongnya selama ini yang membuatnya "
sentiasa.terkepung dengan pilihan dan tindakannva.
Maria dalam Citra Psikologi
Latar masa dalam novel ini agak panjang, iaitu melebihi 30
tahun. Dalam jangka masa itu, pengarang menggambarkan watak Maria dalam
beberapa fasa kehidupan yang ditempuhinya. Fasa pertama adalah ketika Maria
remaja, iaitu dalam usia l9 tahun apabila dia dipaksa berkahwin dengan Joned.
Perkahwinan itu diterima bukan atas kerelaannya sendiri, kerana hasrat sebenar
dalam hati kecilnya ingin melanjutkan pelajaran di maktab perguruan. Namun,
atas kehendak ayahnya yang ingin berbesan dengan sahabatnya Haji Mahyan, maka
Maria menerimanya, walaupun terpaksa mengorbankan hasratnya yang sebenar.
Setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga, Joned berubah sikap dan
melupakan tanggung jawab nya sebagai suami. Kebahagiaan rumah tangga yang
diimpikan oleh seorang isteri tidak pernah dirasai. Dalam krisis rumah tangga
tersebut, Joned telah bertindak kasar terhadapnya mealui tindakan, perbuatan
juga kata-kata. Segala keadaan ini menyebabkan Maria kecewa dan bertekad tidak
mahu lagi hidup bersama dengan suaminya.
Fasa kedua nula adalah semasa Maria hidup di rumah kongsi
ketika berkerja sebagai buruh di Green Hill Estatel. Dalam fasa ini,dia
mennghadapi ancaman daipada Mandur
Sharip. Keadaan ini menjadikan jiwa dan kehidupannya tidak aman. Kekecewaan
dalam hidupnya menjadi semakin parah apabila anaknya dilarikan oleh Joned. Kehilangan
anaknya itu sebagai kehilangan segala-galanya. Dalam situasi itu juga, dia diceraikan
oleh Joned.
Oleh itu dia mengambilkeputusan untuk keluar dari rumah
kongsi pekerja estet. Bersama-sama dengan perasaan jiwa yang nekad itu , Maria
melangkah meredah, kegelapann malam dalam suasana hujan dengan membawa sebuah
kopor usang. Pengarang melakarkannya seperti petikan n berikut:
Dia terus melangkah
mengheret dirinva yang semakin tidak bermaya. Dia seperti tidak memperdulikan
apa-apa lagi, walaupun siang semakin
jauh ditelan maghrib. Angin kencang
berciut-ciut apabila menyisir ranting-ranting getah d kiri dan kanan
jalan. Angin barat daya yang kencang itu,membawa bersaama hujan peroalakan yang
ketibaannya diiringi kilat dan petir.
(Maria: perempuan Estet
2021:197)
Fasa ketiga ialah ketika Maria mengambil keputusan untuk
terus tinggal di banglow pengurus itu . Dia memohon kerja daripada Jim Godfrey sebagai pembantu Nyonya Guan. Dia
memilih untuk untuk hidup dengan caranya sendiri. Keadaan dan suasana rumah banglow
itu memungkinkah Maria untuk melarikan diri daripada kehidupan dalam masyarakat
umum yang selama ini mendera dirinya.
Setelah itu, kehidupaan Maria tidak habis-habis dirundung
malang. Pemergian suaminya, Jim Godfrey untuk mendapatkan rawatan di England terus memukul jiwa dan
emosinya. Berita yang dibawa oleh David Brown tentang kematian suaminya benar-benar
memukul jiwanya. Maria bukan saja mengalami tekanan emosi, bahkan sifat
fizikalnya juga turut berubah seperti yang dilihat oleh Nyonya Guan:
Maria sebenarnya masih
terendam dan terpendam dalam danau kedukaan. Dia cukup kenal, Maria dulu bukin
seperti itu. Penampilannya sentiasa kemas dan penuh keyakinan. Wajahnya cerah
dan berseri-seri. Bukan seperti sekara rambutnya tidak dirapikan. Dengan gaun
labuh berwarna cokelat tanpa corak itu,
wajahnya yang putih kuning itu kelihatanpucat
dan cekung seakan-akan pelita yang sedang kehabisan minyak.
(Maria: Perempuan
Estet , 2021:1 54
Fasa keempat adalah apabila dia berpindajh ke Tanjung Penunggu.
Ketika itu, dia benar-benar berada di tengah-tengah . Suasana dan keadaan masyarakat yang ditempuhi . kini menyebabkan
jiwanya semakin tertekan. Adakah dia harus merempuh pintu dan meruntuhkan
tembok yang selama ini memnjarakan dirinya. Pengarang melakarkan hal ini
demikian:
sekali pula dia
merasakan bahawa penjara itu sebenarnya tidak pernah mempunyai tembok atau
pintu tapi dia sendirilah yang sengaja mencipta dinding dan bentengnya. Dia
sendiri yang memasang selak dan mangga pada pintunya.
(Maria: perempuan Estet, 2021:279)
Namun demikian, tekanan emosi dan kesedihan akibat ke;hilangan
suami, sedikit demi demi sedikit dapat dipulihkan. Malah, Maria berasa gembira
apabila mengetahui Nyonya Guan telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan
Kadeer. Dia juga sering melihat mereka berulang-alik ke masjid. Dia juga senang
berasa terpanggil apabila mendengar suara azan dan ayat- ayat suci al-Quran.
Selama ini. dia bukan sahaja melarikan diri daripada masyarakat sebagai suatu
bentuk eskapisme, bahkan dia berasa terpisah jauh daripada Allah SWT sebagai
pencipta-Nya. Perasaan inilah yang menekan' jiwanya sejak berpindah ke Tanjung
Penunggu. Selama 30 tahun dia memisahkan dirinya daripada masyarakat
menyebabkan dia terpenjara dalam dunia ciptaannya sendiri.
Setelah meneliti novel Maria: Perempuan Estet karya Zainol
Idris daripada pendekatan feminisme, boleh dianggap bahawa novel ini merupakan
novel yang berjaya mengetengahkan kehidupan seorang perempuan yang berjuang
untuk menentukan corak kehidupan masa hadapannya sendiri. Pembinaan perwatakan
yang kemas oleh pengarang menyebabkan segala konflik yang melanda hidup watak
utamanya, sama ada yang datang dari luar diri dan dalam diri watak. dapat
dileraikan dengan sikap watak yang tabah dan gigih. Watak Maria amat meyakinkan
kewujudannya dalam imaginasi pembaca.
Tidak dapat dinafikan bahawa pendekatan feminisme dengan
menggunakan kaedah berdasarkan konsep talbiah dapat melihat sejauh mana faktor
keyakinan keagamaan watak utama yang kemudian mempengaruhi pemikiran dan
tindak-tanduknya. Perwatakan Maria pada awalnya menunjukkan beberapa
penentangan terhadap hukum agama, demi kesejahteraan rohani dan jasmani
hidupnya pada masa hadapan. Anjakan paradigma terhadap kontradiksi hukum itu dilakukan
dengan penuh kesedaran dan keinsafan sebagai seorang hamba yang menuju
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Namun demikian, kehidupan Maria yang ekstrem kerana
memutuskan hubungan dengan masyarakat luar dan hidup dalam dunia cangkerangnya
sendiri menyebabkan dia dilanda konflik batin yang parah. Tindakannya itu
menyebabkan dia difitnah dengan tohmahan yang mengerikan. Namun akhirnya. dia
dapat juga memecahkan kunci yang selama ini memenjarakan dirinya sendiri.
Rujukan
A.Halim Ali.
"Menempatkan Wanita dalam Kerangka Takwa" dlm. Dewan Sastera 49:3,
hlm. 15-19, Mac 2019.
lda Roziana Abdullah. ,Citra Muslimah dalam Novel Terapan Konsep
Feminisme Talbiah,' dlm. Dewan Sastera 49:3, hlm. g-14, Mac 2019.
lmam Abu Hamid Al-Ghazali, 1977. Ihva Ulumiddin Jilid 1. Jakarla,
Menara Kudus.
Mohd. Dalinee Upar@Ali.,Citra Wanita dalam Novel Kaing-Kaing. Satu
Analisis (:ilnokritik dlm. Dewan sastera 45:3, hlm.26-31, Mac2015.
Raja Rajeswari Seetha Raman. ,,lkon Perjuangan Hawa dalam Mawar
Magenta" dlm. Dewan Sastera 43:10, hlm. 30-36, Oktober 2013
Razali Nawawi , 1983. pendekatan Islam terhadap Keadilan Sosla/.
Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Rozi Bainon, 1999. Wanita penghapusan Diskriminasi dari
perspektif-lslim dan Undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.
Siti Hajar Che Man. ',Keperkasaan Wanita dalam Novel Lukanya
Merah', dlm. Dew^an Sastera 39:9. hlm. 24_30, Ogos 2009.
Zainol ldris. Saya dari
Hujung Kampung, dlm. Dewan Sastera 49:1. hlm i9-25, Januari 2019.
Zainol ldris, 2021. Maria: perempuan Estet. Kuala Lumpur
(Fokus Kritikan Karya
Dewan Sastera Bil. 8/ 2023 & Bil.9/2023)
No comments:
Post a Comment