Wednesday, March 20, 2024

 DUNIA BUKU 15


CITRA BUDAYA DAN ORANG TUA 

DALAM KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH 


Oleh 

Sohaimi Abdul Aziz *
(Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia) 

(disampaikan dalam seminar Wacana Pemikiran Karyawan Kedah 2018, di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah)

                    Pengenalan 

    Kumpulan Cerpen Sekali Air Bah (2015) karya Zainol Idris mengandungi 17 buah cerpen yang berkisar kepada tema-tema seperti sosiopolitik, kasih sayang, pengorbanan dan nilai budaya. Tulisan ini akan memberi perhatian kepada beberapa buah cerpen yang membincangkan kehidupan manusia di hujung usia. Naratif orang tua sering mendapat perhatian pengarang sastera kerana ia mempunyai nilai cerita yang tinggi. Dua pengarang Melayu yang terkenal dengan naratif orang tua ialah Shahnon Ahmad dan Azizi Haji Abdullah. Sungguhpun mereka telah meninggal dunia namun naratif orang tua mereka sangat mengesankan pembaca yang pernah membaca karya-karya mereka seperti novel Srengenge (1973) karya Shahnon Ahmad yang mengisahkan seorang lelaki tua bernama Awang Cik Teh yang berhasrat untuk memugar dan membersihkan Bukit Srengenge daripada aktiviti-aktiviti menganiaya haiwan seperti menjerat burung dan pelanduk. Manakala novel Seorang Tua di Kaki Gunung (1984) oleh Azizi Haji Abdullah mencitrakan seorang lelaki tua bernama Tukya. Ketuaan Tukya telah dicabar oleh orang-orang di sekitarnya termasuk anak dan cucunya. Tukya menyahut cabaran itu sehingga membawa padah kepadanya. Mengapa watak-watak orang tua telah menarik perhatian pengarang seperti Shahnon dan Azizi?. Siapakah golongan tua ini? Mereka dalam lingkungan 60 tahun ke atas.

    Zainol Idris juga berminat dengan dunia orang tua (old age people) yang berumur 70 tahun ke atas dan golongan dewasa_tua (elderly people) yang berumur 60 hingga 69 tahun seperti yang terdapat dalam cerpen-cerpennya yang bertajuk ',Sekali Air Bah,"Jantan," "Si Mandul Makin Tembun" dan "Si Keweh Masih di Caruk." Tulisan ini akan memberi perhatian kepada nilai budaya yang disampaikan melalui watak-watak orang tua dan dewasa-tua ini. 

Budaya 

    Pada mulanya budaya difahami dari aspek aesthetik iaitu budaya sebagai satu penghasilan intelektual atau artistik yang menyebabkan adanya budaya tinggi dan budaya rendah (Mathew Arnolds 1822-1888). Mereka yang berbudaya tinggi mempunyai taraf keintelektualan dan seni yang tinggi berbanding mereka yang berbudaya rendah. Kemudian pemahaman budaya itu diperluaskan mencakupi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undangundang, adat resam dan apa jua keupayaan dan kelaziman (Edward B. Tylor 1832-1917). Budaya ini diperoleh daripada masyarakat dan Tylor berpendapat budaya berkembangan secara evolusi, dari zaman kuno hingga ke zaman ketamadunan' Beliau telah meletakkan budaya sebagai satu karektor yang universal bagi semua budaya, Hal ini dinafikan oleh Franz Boas (1858-1942)yang dianggap sebagai bapa antropologi budaya. Beliau menekankan wujudnya keunikan budaya bagi budaya-budaya yang berbeza. Misalnya, budaya Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding dengan budaya Inggeris dan sebaliknya. Selain Taylor, Boas juga telah meletakkan kajian antropolgi dalam kerangka pendekatan sains mengkaji budaya dan masyarakat'

     Spencer-Oatey (2012) berpendapat bahawa budaya dimanifestasikan dalam tiga lapisan yang berbeza kedalamannya' Pada lapisan yang pertama, iaitu lapisan yang jelas budaya dapat diperhatikan melalui artifak-artifak seperti pakaian dan makanan' Pakaian dapat dilihat, disentuh dan dipakai' Manakala makanan dapat dilihat, dibau, dirasa dan dimakan. Lapisan pertama ini mudah didapati tetapi sukar ditafsir. Sehubungan itu, perlu adanya lapisan kedua ialah lapisan nilai. Maka setiap artifak itu mempunyai nilai yang mengawal sesuatu perlakuan itu. Lapisan ini sukar untuk diperhatikan secara langsung. Maka lapisan ketiga dikemukakan dalam manifestasi budaya di mana lapisan asumsi yang mendasar [basic underlying assumptions) yang tidak disedari seperti hubungan manusia dengan alam dan persekitaran, hubungan manusia dengan realiti dan hakikat aktiviti manusja. Hubungan-hubungan ini terjadi secara semula jadi dan tidak disedari. Maka aspek kepercayaan menjadi aspek penting dalam menjelaskan lapisan ketiga ini. Bagaimanakah dengan cerpen-cerpen karya Zainol ldris? 

Cerpen "Sekali Air Bah"

    Cerpen "Sekali Air Bah" mengisahkan seorang ibu/nenek yang tidak mahu berpindah dari rumahnya sungguhpun air sungai telah melimpah dan banjir mula melanda kampungnya. Ajakan Usop JKK untuk berpindah tidak diendahkan, Mak masih sayang untuk meninggalkan rumahnya. Hal ini kerana rumah itu mempunyai sejarah yang penting bagi Mak. Rumah itu telah dibangunkan bersama-sama dengan arwah suaminya. Sebelum meninggal, suaminya - Pak, berpesan: 

Pesanan arwah Pak masih Mak pegang; "selain masjid, rumahlah tempat paling selamat. Jangan sekali-kali tinggalkan rumah. Apa-apa pun yang terjadi cepat-cepat masuk ke dalam rumah," pesan arwah pak lagi. [hlm. 33). 

Selain itu, rumah itu punya pembinaannya yang kukuh dan belum pernah air banjir naik sampai menenggelamkan rumahnya. hanya sampai ke melupuskan empat anak tangga beranda sahaja [hlm. 36), ada nilai di sebalik tindakan Mak tidak mahu berpindah. Mengapakah Mak terus berpegang kepada pesan arwah suaminya supaya jangan berpindah dari rumah tersebut? Apakah nilai budayanya? Nilai itu ialah nilai patuh seorang isteri kepada suaminya walaupun suaminya telah lama meninggal dunia. Nilai setia ini ada kaitan dengan asumsi mendasar yang ada pada budaya yang dimiliki oleh Mak. Asumsi mendasar yang berada di sebalik nilai ini ialah budaya patriarki di mana kaum lelaki menguasai kaum wanita. Semasa Pak masih hidup, kehidupan Mak dibayangi oleh suaminya, Kata Mak lagi; "Mak tak rela meninggal rumah pusaka peninggaran arwah Pak.Rumah yang Pak bina dan tukangi dengan tangannya sendiri. (hal.38) . Di rumh itu bayangan Pak selalu bersama Mak. Wanita tua ini sering teringat  suaminya. Banvak kenangan bersama arwah suaminva dihidupkan oleh Mak lebih-lebih lagi hanya Mak sahaja yng masih tinggl di rumah  itu. Anak-anak dan cucu-cucunya telah berpindah dan tinggal di kota. Di akhirt cerpen ini  Mak terpaksa berpindah kerana air telah naik dan hampir mencecah lantai rumahnya' Keadaan memaksa Mak berpind dan bukan dengan kerelaannya.

 Cerpen "Jantan" 

    Cerpen "Jantan" mengisahkan 'seorang lelaki tua yang berumur 73 tahun memelihara seekor kerbau jantan untuk kerja-kerja di sawah. Sayag sungguh lelaki tua itu dengan kebau jantannya. Banyak masa dan tenaga digunkan untuk memeliharnya. sianya yang lanjut menyebabkan keluarganva menaruh  bimbang tentang kesihatan lelaki tua yang dikenali sebagai 'Pak', Pujukan demi pujukan dilakukan oleh kelulrganya' Pak tetap mahu memerihara kerbau jantannya. Bagi Pak  kerbau jantan itu sangat beriasa kepadanya sebagai seorang pesawah: 

    Kerbau itulah yang diperah kudratnya untuk menarik tenggala. Kerbaulah yang menarik sisir. Tarik badai untk ratakan tapk semai.Bila semai siap dicabut kerbau itulah yang megheret anok yang dimuatkan dengan unting-unting semai untuk dibawa ke tengah bendang.Bila padi  pecah pucuk' kerbau dikerah lagi untuk membawa baja tahi kelwar yang dipunggah dari gua-gua batu kapur dari sekitar Lembah Kodiang. Sampai padi masak lepas dikerat,  dibanting dalam tong sekali lagi kerbau dipaksa menyumbangkan tenaganya menarik guni-guni jalur hiju yang berisi padi naik ke jelapang. Tak habis di situ sja  bila padi mahu diproses jadi beras, kudrat empat kerat sang kerbau sekali lagi diperah memutar  Pengisar Padi' (hlm' 91)' 

    Begitu banyak kerla yang dilakukan oleh kerbau jantan membantu Pak mlaksanakan kerja-kerja di bendang pada waktu itu.Nilai budaya yang terdapat pada pak ialah membalas budi kepada orang yang berjasa dan makhluk yang berjasa itu ialah kerbau jantan yang dipeliharanya. pak ialah manusia tua yang mengamalkan nilai ,berbudi kepada yang berjasa., Oleh kerana kerbau jantan itu sangat berjasa kepadanya maka pak tetap mahu membalas budi kepadanya dengan memelihara kerbau jantan itu dengan sebaik mungkin. Nilai yang dipegang oleh pak diperlihatkan melalui tindakan-tindakannya seperti mengubati penyakit kuku dan mulut yang dihidapi oleh jantan:

     Pak berusaha mengubati Si Jantan dengan ikhtiarnya sendiri, Setiap petang, pak hidupkan unggun dekat kandang Jantan. Pak asap dan diang tubuh lantan dengan daun kesinai dan kayu mengkudu liar. Pak masak segala ramuan ubatan herba di dalam kawah besar dan seiukkan untuk air minum Jantan. Rumput sabit tak pernah luak, Pak bangun dinihari sembahyang halat minta Jantan sembuh. Kadang-kadang sambil tersenyum-senyum Mak usik pak, katanya pak jaga Jantan macam jaga Mak semasa beranak kecil pula. pak cuma ketawa terkekeh- kekeh dengan usikan Mak. [hlm,95].

     Pak menjaga kesihatan Jantan macam menjaga kesihatan isterinya ketika melahirkan anak mereka. Bukan itu sahaja, pak juga menolak nasihat anak-anaknya supaya tidak ragi membela Jantan dan jual binatang itu kerana usianya yang telah lanjut. Bagi Pak usianya yang terah lanjut itu bukan alasan untuk mengabaikan Jantan, lebih-lebih lagi menjualnya. 

    Walau bagaimanapun, nilai membalas budi kepada mereka yang berbakti semacam tidak panjang. Pak akhirnya menjual juga kerbau jantan itu kepada Mat Daging. Tindakan Pak ini terjadi selepas peristiwa Mak diserang oleh Jantan angkara sekumpulan tebuan menyerangnya. Kesan daripada peristiwa itu, Mak yang hampir terbunuh dan mengikut doktor, mungkin Mak tidak boleh berjalan lagi sepanjang hayatnya. Adakah nilai membalas budi ini telah berakhir pada watak Pak atau lebih menyerlah lagi dengan tindakannya menjual Jantan? Sebenarnya, Pak mengorbankan Jantan untuk membalas budi kepada isterinya yang telah tidak berdaya itu. 

    Tindakan membalas budi ini diperkukuhkan dengan kasih sayang suami kepada isterinya. Jasa isterinya kepada Pak tentu lebih besar berbanding kerbau jantan itu atau sama dengan kerbau jantan. Maka dikorbankan Jantan dengan menjualkannya untuk membeli sebuah kerusi roda untuk isterinya. Dalam proses untuk menjual kerbau jantan itu, pasti ada pergolakan di hati Pak, namun pengarang cerpen ini gagal untuk meneroka psikologi watak ini dengan baik.

 Cerpen "Si Mandul Makin Tembun" 

    Cerpen "Si Mandul Makin Tembun" juga mengisahkan tentang seekor kerbau dengan seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Lebai Man. Pada kali ini kerbaunya kerbau betina yang mandul. Lebai Man memelihara kerbau betina itu untuk dikorbankan sempena majlis perkahwinan anaknya Deraman yang bekerja di bandar dengan seorang gadis dari di kalangan orang berada. Deraman merupakan satu-satunya anak kelahiran Kampung Banggul Sena yang berjaya dari segi pelajaran dan pekerjaan.

                    Deraman atau Abdul Rahman merupakan anak Banggul Sena yang                          pertama berjaya melanjutkan pelajarannya ke peringkat universiti dan                      menjawat satu jawatan yang terhormat iaitu Penolong Pegawai                                Daerah.  Nilai budaya yang ingin disampaikan dalam cerpen ini ialah                        nilai  yang berkaitan dengan sikap merendahkan diri sungguhpun                              seseorang itutelah berjaya dan menghormati mereka yang berjasa. Nilai-                  nilai ini merupakan satu nilai murni yang dimililki oleh masyarakat yang                    belum terdedah dengan nilai-nilai materialistik khusus masyarakat di                        kampong seperti Kampong Banggul Sena. 

    Deraman merupakan watak yang tidak banyak dikenali oleh pembaca cerpen ini. Hanya melalui suratnya dan di beberapa tempat di dalam cerpen ini dikisahkan tentang Deraman. Namun tindakan ayahnya dan masyarakat Kampong Banggul Sena dapat memberi gambaran tentang nilai budaya yang dimiliki oleh Deraman. Semenjak berada di bandar dan mahu berkahwin dengan seorang gadis dari keluarga orang berada, Deraman telah berubah nilai berbanding dengan nilai-nilai yang dimiliki oleh kampong di Kampong Banggul Sena. Deraman tidak lagi dapat merendahkan dirinya di kalangan orang Kampung Banggul Sena. Deraman tidak mengendahkan lagi sikap orang kampong yang menghargai kejayaannya. Bagi Deraman tidak ada nilai rancangan orang Kampong Banggul Sena untuk bergotong royong bersama- sama meraikan majlis perkahwinannya seperti yang dirancang oleh keluarganya.

     Cerpen ini telah memberi satu deskripsi bagaimana keluarga Deraman mula melakukan satu persiapan yang menyeluruh bagi mengadakan majlis perkahwinan dan menerima bakal isterinya itu. Rumah di kampong yang sudah uzur itu dibaiki, air kumbahan yang kotor dan busuk itu diurus dengan tambakan tanah dan digali parit yang lebih dalam, telaga digali dekat dengan rumah dan jamban curah dibina untuk kemudahan Deraman dan bakal isterinya, Balai tempat jamuan yang lebih besar akan dibina bagai menampung jemputan yang ramai, Mak mula menganyam tikar mengkuang lagi dan pinggang mangkuk dan periuk belanga yang tidak elok telah diganti, lantai rumah dicuci dengan bersungguh-sungguh supaya dakinya tertanggal dan ayah akan gantikan pelita minyak dengan lampu gasoline supaya tiada asap yang melemaskan isteri Deraman nanti, Bagitu besar harapan keluarga Deraman akan majlis perkahwinannya: 

    Khabar Abang akan berkahwin tersebar ke seluruh ceruk liku dan lekuk Banggul Sena, Masing-masing melopong kagum dengan pilihan Abang, Masing-masing tumpang bangga dengan anak bertuah Banggul Sena itu, yang menjadi tumpuan ialah Ayah dengan Mak. Siang malam ada sahaja yang bertandang bertanya khabar. Jenuh juga Ayah dengan Mak melayan. Tapi hati Ayah senang. Hati Mak lebih-lebih lagi. Ayah terkekeh-kekeh sampai anak lidah bila diusik handai taulan. Mak juga senyum tak sudah. (hlm.188). 

    Begitu tinggi harapan keluarga Deraman dan orang Kampong Banggul Sena untuk meraikan majlis perkahwinannya. Deraman menjadi ikon kejayaan penduduk Kampong Banggul Sena, lebih-lebih Iagi keluarganya. Masyarakat Kampung Banggul Sena bercadang untuk menyambut majlis perkahwinan itu secara besar-besaran selama tiga hari tiga malam. Pelbagai pengisian akan dilakukan seperti mengadakan persembahan berzanji, pencak silat dan ghazal parti: 

"Kita buat besar-besaran!" usul Long Berahim pada suatu malam ketika bergebang ramai-ramai di serambi. Usul itu terloncat keluar bila hal Abang dibangkitkan' Ayah cuma senyum... "

"...sungguh Bang Lebai. Kita buat besar-besaran' Biar sengkang mata tiga hari tiga malam, Bila lagi nak naikkan nama Banggul Sena yang tersorok ni' Kali ini biar satu mukim buka mata," kata Pak Ngah Khamis" (hlm 188)

    Deraman jelas ikon kejayaan Kampong Banggul Sena bagi keluarganya dan orang kampong. Sebelum itu, ketika Deraman hendak melanjutkan pelaiarannya ke peringkat universiti, orang Kampung Banggul Sena juga berbangga dengan kejayaannnya. Pelbagai kegiatan diadakan seperti kenduri doa selamat, ada yang memberi sumbangan seringgit dua serta makan minum dan Deraman dihantar ke setesen keretapi seperi seorang jaguh. 

    Namun, harapan keluarga khasnya Ayah dan Mak tidak kesampaian. Begitu juga dengan harapan orang Kampong Banggul Sena. Mereka turut kecewa. Deraman tidak lagi memiliki nilai rendah diri dan di tengah-tengah dunia serba kebendaan. Deraman telah mengubah nilai yang ada pada dirinya yang diwarisi daripada kehidupan kampong yang cukup sederhana dan merendah diri Perubahan nilai budaya ini ada kaitan dengan asumsi yang mendasar kepada nilai baru ini iaitu materialism dan individualisme yang telah menguasai Deraman. Jawatan yang tinggi dan taraf hidup yang juga tinggi serta persekitaran yang berkisar kepada kemewahan serta mementingkan diri telah menguasai Deraman. Beliau lebih selesa mengadakan majlis perkahwinannya di bandar sesuai dengan tarafnya dan bakal mertuanya' Deraman tidak lagi peduli perasaan Ayah dan Ibunya serta masyarakat kampong yang sangat mengharap majlis perkahwinan itu berlangsung di kampong tempat asalnya' 

    Sekadar dengan sepucuk surat kepada, adiknya, Deraman berfikir memadai untuk memaklumkan keputusannya mengadakan majlis perkahwinan itu di bandar. Deraman tidak merasa bersarah kepada perubahan nirai budaya ini. "Human touch,, itu terah tidak ada lagi' Sebariknya dalam surat itu, Deraman terah menyalahkan bakal bapa mertuanya iaitu seorang berpangkat pegawai Daerah kerana telah mengaturkannnya sedangkan keputusan sebenarnya sewajarnya datang daripada dirinya sendiri. Deraman telah menjadi mangsa kepada arus pemikiran materialisme dan individualisme yang mula melanda kehidupan di kota. Dengan kata lain, Lebai Man tidak meneruskan rancangannya untuk menyembelih kerbau mandul itu kerana segala rancangannya telah tersekat kerana perubahan nilai budaya berlaku kepada anaknya itu. 

Cerpen "Si Keweh Masih di Caruk" 

    Cerpen ini mengisahkan Lebai Kasa seorang warga tua [perkataan Lebai itu ada membawa konotasi usia tua] dari Kampong Banggul Lalang yang prihatin kepada politik di kampongnya. Lebai Kasa mempunyai seorang isteri bernama Usu Besah dan seekor lembu yang digelarnya Si Keweh. Mereka bertiga hidup di sebuah rumah kampong yang sederhana tetapi berbahang dengan kesempitan hidup. Kos kehidupan yang meningkat telah menyebabkan keperitan hidup para petani seperti Lebai Kasa dan Usu Besah dan anak-anaknya terjejas. Namun tidak ada yang peduli hatta pihak pemerintah. wakil rakyatnya hanya sesekali muncur dan tidak mengambil tahu derita rakyat Sungguhpun usianya telah lanjut dan menghidapi beberapa penyaklt seperti semput Lebai Kasa, Usu Besah dan Mat piah masih sempat berfikir tentang nasib hidup mereka' Keluarga Lebai Kasa merupakan representasi keluarga Banggul Lalang yang terkesan dengan kenaikan harga barang-barang pengguna. Menurut Mat piah: 

"... Sudah lama kita hidup susah. Tanah bendang kita bukannya Iuas berelung-relung. Bendang kita sempit. Hasil padi kita sedjkit. Sekarang musim kemarau. padi kita kering. Tikus banyak, Ciak banyak, Kesin jenuh.

Hidup kita cuma bergantung pada padi' Padilah nyawa kita tanak jadi nasi. Padi itulah kita jual untuk ditukar dengan duit' Duit untuk kita belanja' Belanja kain baju anak bini' Belanja anak-anak sekolah' (hlm' 223)

 Lebai Kasa dan semua pesawah di Banggul Lalang bergantung pada padi yang mereka tanam' Semua keperluan hidup bergantung kepada sumber padi itu' Jika berlaku bencana seperti kemarau, pasti hasil padi akan merosot dan keperluan hidup akan terjeias teruk. Lebai Kasa dan para pesawah telah didera oleh kemarau yang melanda kawasan mereka dan keadaan ini bertambah parah apabila harga barangan keperluan harian telah meningkat seperti kata Mat Piah: 

"... Sekarang gula kopi naik harga' Minyak naik harga' Pakaian sekolah budak-budak naik harga' Ikan kering naik. Garam belacan naik' Semua naik' Naik lagi' Sekarang zaman inflasi' Radio pun sebut hari-hari' sekarang zaman harga barang naik. Cuma harga padi kita saja tak naik-naik...." (hlm' 223). 

Bagi Mat Piah dan juga Lebai Kasa serta pesawah-pesawah yang lain harga barang keperluan meningkat harganya dengan begitu pantas. Tapi sumber pendapatan masih sama' Harga padi masih sama' Para pesawah merasa nasib mereka tidak terbela' Hak mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih baik tidak dipedulikan oleh pemimpin mereka' Kerajaan yang mereka pilih untuk membela nasib pesawah seperti Lebai Kasa tidak melaksanakan amanah yang telah diberi oleh rakyat seperti para pesawah. wakil rakyat atau Yang Berhormat yang dipilih jarang datang untuk mengetahui keadaan mereka' Jika datang pun ,nrngkin Yang Berhormat itu tersesat atau secara tidak sengaja sampai ke Kampong Banggul Lalang (hlm' 222)' Sehubungan itu' Lebai Kasa dan rakan-rakannya telah bersepakat untuk ke bandar beramai-ramai untuk menyuarakan kegelisahan dan beban yang ditanggung kerana keadaan ekonomi yang meruncing itu kepada pihak yang brkenaan' Bukan itu sahaja' pesawah-pesawah dari Banggul Lalang akan ke bandar tetapi juga para pesawah dari 

kampong-kampong yang lain seperti Sungai Mati, Balik Bukit, Titi Kera, Lahar Dalam, permatang Limau, Alor Pak Ngah, Alor Cina, Alor Tebuan dan Lubuk Keriang (hlm. 222).Jika selama ini, para pesawah menerima sahaja apa jua keadaan yang terjadi ke aras mereka, kini mereka telah berani menuntut hak mereka sebagai rakyat di mana masalah mereka perlu didengari oleh pemimpin. Nilai baru ini telah menguasai para pesawah  sehingga menyatukan mereka dalam masalah yang sama .Oleh kerana ia suatu  nilai budaya yang baru, maka ada yang was-was atau sangsi rentang tindakan yang akan mereka laku seperti Lebai Kasa yang kurang yakin bahawa suara para petani akan didengari:

                    "Kalau dia orang tak mahu dengar? Soal Lebai Kasa. Masih sangsi,                                                    "Kita cakap sampai dia dengarl Tegas Mat piah.                                                                                    "Kalau dia masih tak mahu dengar?,,                                                                                                      "Kita cakap kuat_kuat sampai dia denar"                                                                                              "Dia terus buat tak dengar?,,                                                                                                                    "Kita laungkan, kita jeritkan",,                                                                                                                "Dia tetap tak mahu dengar?,,                                                                                                                  "Kita Iaungkan ramai-ramail Kita jeritkan ramai_ramai "                                                                  " Ramar-ramai?"                                                                                                                                        " Ramai-ramai !" (hlm. 223)

                                                                                                                            Nilai baru ini merupakan satu nilai berani dan nilai ini berasaskan asumsi yang mendasar iaitu kapitalisme yang mengamalkan prinsip perdagangan bebas, Melalui kapitalisme, eksploitasi menjadi terhadap golongan bawahan seperti buruh dan petani perkara bjasa demi meraih sebanyak mungkin keuntungan. para pedagang atau pekedai menaikkan harga barang_ barang mereka untuk mendapat keuntungan maksimum. Golongan bawahan pula akan dimangsakan oleh kerakusan ini. Campur-tangan pemerintah untuk menolak kapitalisme yang keterlaluan yang menekan sangat diperlukan oleh golongan bawahan/buruh seperti Lebai Kasa dan pesawah_pesawah yang lain. Namun keadaan mereka ddak dibela oleh pihak pemerintah yang telah diamanahkan untuk melakukannya. Desakan ini telah menyebabkan satu nilai baru muncul dan menguasai golongan bawahan untuk menyuarakan kehendak mereka.

    Walau bagaimanapun nilai baru ini telah dikekang oleh pihak yang berkuasa. Lebai Kasa dan teman-temannya yang lain seperti MatPiah telah ditangkap(h|m.226)'Tajuk cerpen ini iaitu;"Si Keweh Masih diCaruk,,boleh ditafsirkan tentang nilai baru ini telah dikekang dan nilai lama disuburkan' Golongan bawahan seperti para pesawah telah dinafikan hak mereka untuk bersuara tentang masalah mereka' 

    Cerpen-cerpen yang telah dibincangkan mengenegahkan watak-watak daripada kalangan orang tua' Mengapakah golongan tua ini dipilih untuk membawa nilai budaya yang telah dibincangkan? Pada umumnya, orang tua merupakan manusia yang sering dihinggapi pelbagai jenis penyakit seperti tekanan perasaan atau murung, masalah mengingat (amnesia), kurang berminat atau tidak bersemangat, ingatan yang singkat, masalah tidur' hilang keupayaan mencerakin kejadian, keupayaan bercakap terjejas dan sebagainya. Dengan kata lain, psikologi orang tua menjelaskan bahawa kategori manusia tua merupakan kategori yang bermasalah.  

    Namun golongan ini pula mendapat tempat di hati ramai pengarang' Dapatkah golongan tua ini membawa nilai-nilai budaya yang sering mencabar mereka? Orang tua yang dibebani dengan pelbagai penyakit telah diberi tugas-tugas khas yang lebih mampu dibawa oleh orang muda' Bagi pembaca, realiti teks ini kelihatan aneh namun kebenaran realitinya yang sebenar itulah yang mencabar mindanya' 

    Dari segi psikologi pembaca' kehadiran watak-watak tua membawa sesuatu yang mencabar seperti mencabar nilai budaya yang kadang-kadang melawan arus' Orang tua yang sepatutnya menjadi manusia terpinggir telah memberi kekuatan kepada minda pembaca' Sungguhpun keadaan fizikal yang lemah, namun keadaan mental yang masih kukuh memberi kelebihan kepada watak-watak tua ini beraksi dalam minda pembaca sebagai hero' Penampilan watak seperti ini telah memberi kepuasan kepada pembaca kerana sesungguhnya dalam dunia real, sukar untuk mencari kebenarannya. Dengan kata lain, psikologi orang tua dan masalah yang dihadapnya memberi kekuatan kepada perwatakan watak-watak tersebut' 

    Kesimpulannya, citra budaya dalam cerpen_cerpen yang dikaji menunjukkan nirai budaya merupakan satu aspek yang tidak dapat dirihat atau dipenggang (intangibreJ terah dapat difahami dengan merujuk kepada asumsi_asumsi mendasar bagi setiap nilai yang temui. Penggunaan watak_watak daripada golongan tua dalam cerpen-cerpen yang dikaji menunjukkan ia merupakan satu strategi naratif pengarang untuk memancing perhatian pembaca. 

Rujukan 

Azizi Haji Abdullah. (1984). Seorang Tua di Kaki Gunung. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka 

Shahnon Ahmad. (1973). Srengenge. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Spencer-Oatey. (2012), What is culure? A compilation of Quotations. dimuat turun daripada http//www.warwick.ac.uk/globalpadintercultural, 30 Julai 2018 

Zainol Idris. [2015]. Kumpulan Cerpen Sekali Air Bah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malavsia. 

                     

 

----------------------------------------

* Prof Datuk Dr.Sohaimi Abd.Aziz, ialah Profesor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian, Universiti Sains Malaysia

*(makalah ini diterbitkan  dalam buku SPEKTRUM PEMIKIRAN KARYAWAN KEDAH, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah [ASASI], 2018, sempena Wacana Pemikiran Karyawan Kedah 2018. Penyelengara SAADIN ABDULLAH dan MOHAMAD PUZI A. HADI )

Tuesday, November 21, 2023

DUNIA BUKU 14

 

                   REMANG DARI KUALA,

                           PROSES KREATIF SEBUAH NOVEL

 

                             

        

 

            PROSES KREATIF adalah jejak perjalanan dan laluan penerokaan yang ditempuhi seseorang karyawan dalam menghasikan sesebuah karya seni, tidak kira dalam apa bidang sekalipun. Ia merupakan satu sisi pengalaman seni bersifat subjektif dan penuh kerahsiaan yang hanya dimaklumi dan dirasai oleh karyawan itu sendiri; Bermula dari cetusan idea/ ilham sehinggalah sesebuah karya itu siap dihidangkan kepada khalayak. Tempoh masa yang diambil tidak menentu. Ada karya yang mampu dilahirkan dalam masa yang singkat. Ada yang memakan masa bertahun-tahun. Ia boleh merupakan suatu pengalaman yang selesa dan menyeronokkan tidak kurang juga sebaliknya. SN A.Samad Said  ketika menukangi karya  sulungnya, Salina, pernah menyimpulkannya sebagai satu tempoh derita yang bahagia

            Dalam tradisi penulisan di negara kita tidak banyak buku-buku yang digarap oleh pengarang khusus menceritakan proses kepengarangan yang dilalui dalam menghasikan sesebuah karya. Begitu pun kita menghargai kehadiran beberapa buah buku dalam kategori ini yang dapat dijadikan sumber rujukan khususnya kepada karyawan muda yang mahu berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Di antara yang sempat dikesan termasuklah;  Dari Salina Ke Langit Petang oleh SN A.Samad Said (DBP, 1979). Jejak Kreatif, Arenawati (DBP, 1996), Dari Banggol Besi ke Jalan Lain Ke Hamovniki, A.Rahmad (Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, 2005),  Kuras-Kuras Kreatif, Azizi Haji Abdullah (DBP,2007), Proses Kreatif, Satu Pengalaman Rohani, SN Abdullah Hussain (DBP, 2010) atau Bagaimana Saya Menulis, proses penciptaan cerpen  oleh 17 orang penulis mutakhir, selenggaraan Mawar Safei dan Nisah Haji Haron (DBP, 2011), Pengakuan Penyair, Proses Kepenyairan 34 Penyair Malaysia, ITBM, 2012. Selebihnya terselit di sana sini dalam buku-buku biografi atau memoir yang dihasilkan oleh beberapa pengarang.

            Ada pendapat yang mengangggap proses kreatif dalam penulisan adalah satu seni (art of writing ) bukan keahlian maupun kemahiran dalam menukangi sesebuah karya (craft of writing).  Oleh yang demikian sebagai satu proses seni, sudah pasti  aspek-aspek pengalaman hidup dan persekitaran sosial, nilai, budaya, geografi, ekonomi, politik dan lain-lain seputar kehidupan karyawan ini mempunyai kesan  langsung terdapat penglahiran sesebuah karya. Secara kasar proses penulisan atau lebih tepat proses pengkaryaan dari awal sehingga sempurna dihidangankan kepada khalayak pembaca melalui lima peringkat iaitu persediaan sebelum penulisan atau mengarang (prewriting), penulisan (writing), semakan/ menulis semula  (revision/ rewriting), suntingan (editing) dan akhir sekali menerbitkan karya tersebut (publishing).     

            Peringkat persediaan sebelum memulakan penulisan (prewriting) adalah sangat penting dan menjadi asas keunggulan sesebuah karya. Ia melibatkan cetusan idea, percambahan idea di mana idea pokok itu dibangunkan, merancang bentuk  pencerekaannya.  Seterusnya dalam proses penulisaan, pengarang akan melalui fasa  pembinaan jaluran naratif berdasarkan idea-idea pencerekaan terdahulu sehingga terbangunnya sebuah fiksyen.  Dalam fasa cetusan idea awal yang akhirnya melahirkan sebuah fiksi dapat dipadankan dengan  teori sastera yang pada asasnya di cetuskan oleh Plato dan Aristotle iaitu;

o   Teori Mimesis (peniruan/ imitasi).

o   Teori Effect ( Kesan) dan

o   Teori Ekspresi/ Perasaan

           Melalui Mimesis, sastera dianggap sebagai hasil pantulan dari cermin kehidupan (pengalaman manusia) yang ditafsirkan semula oleh pengarang. Teori Effect pula karya sastera lahir daripada pengamatan pengarang dari pembacaan, penontonan atau pendengaran yang melibatkan kesan psikologi, emosi perasaan atau mood. Lewat Teori Ekspresi pula karya sastera dianggap sebagai kebijaksanaan dalaman yang diilhamkan Tuhan secara spontan ke dalam diri pengarang.

            Jarang ditemui sebuah karya fiksi sama ada novel, filem atau seumpamanya yang mengangkat proses kreatif sesebuah karya sebagai subjek utama lalu dibincangkan secara mendalam dalam jalur naratifnya dari awal ke akhir. Suatu yang lazim ditampilkan dan hampir menjadi klise ialah watak utama (lazimnya sang pengarang) pergi ke suatu destinasi atau lokasi tertentu, biasanya tempat peranginan atau sebuah rumah tua kebetulan muram dan menyeramkan bertujuan mencari idea penulisan. Tinggal di sana berapa hari. Di sini bermulalah kemunculan satu demi satu insiden misteri yang mohon dirungkaikan.

            Terdapat kelainan, mungkin pertama dalam arena pernovelan tanahair bila proses kreatif dalam menghasilkan sebuah novel diangkat sebagai subjek utama. Inilah yang ditemui seusai mengkhatami novel Remang Dari Kuala (RDK) oleh Zulkefle Dollah (Asasi. 2018), Aspek-aspek pengkaryaan bermula daripada cetusan dan garapan idea, pemilihan serta pembinaan watak dan perwatakan, latar peristiwa, rujukan-rujukan dan isu-isu lain dalam kraf ketukangan sebuah fiksi dihuraikan secara mendalam.

            RDK  ialah salah sebuah karya yang memenangi hadiah dalam Sayembara Penulisan Karya Kreatif , anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi), 2017. Ia merupakan novel kedua dari Zulkefle Dollah yang sebelum ini muncul dengan karya sulungnya sebuah novel autobiogrfi, Sejarah Putih Batas Rindu (UUM Press, 2016). Seterusnya Anissa (Asasi, 2019), merupakan novel beliau yang ketiga.

Zolkefle Dollah

Text Box:            Remang Dari Kuala sebenarnya judul kepada sebuah novel yang sedang dalam perancangan dan bakal ditulis oleh watak utama, Che Morad Pora Hashim, seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Che Morad, 50 tahun, tiba-tiba begitu teruja untuk menghasilkan karya kreatif berlatarkan sejarah Negeri Kedah.

Segalanya timbul kesan dari pembacaan buku yang dihadiahkan isterinya, Aisyah Osborn, iaitu The Blockade of Kedah In 1838, A Midshipman’s Exploits in Malayan Water oleh Sherard Osborn ( naskah asal: My Journal in Malayan Water or The Blockade of Quedah by Captain Sherard Osborn, Longman, 1857).

            Aishah Osborn atau nama asalnya Shirley Osborn, wanita Inggeris, lepasan School of Oriental and African Studies (SOAS), London, begitu mencintai budaya timur. Jiwa dan pendiriannya amat kontras dengan nenek moyangnya yang pernah menjajah negeri ini suatu ketika dulu. Berkenalan dan berkahwin dengan Che Morad Pora Hashim, ketika beliau menuntut dalam bidang kejuruteraan di sana. Hidup bahagia dan dikurniakan tiga orang anak.

            Pembaca jangan keliru, Aishah Osborn @ Shirley Osborn bukanlah anak kepada Sherard Osborn pengarang The Blockede of Kedah. Kebetulan saja nama bapanya sama namanya dengan pengarang tersebut yang telah meninggal 143 tahun dahulu (lahir: 1822, meninggal: 1875). Sedangkan novel Remang Dari Kuala berlatarkan era millennium, di mana ada disebut isu-isu semasa seperti 1MDB, Bersih 5, Donald Tump dan lain-lain.(saya tidak menjangkakan novel Remang Dari Kuala berkonsepkan aliran realism margis)

            Ketika 15000 tentera Sukhotai dengan kelengkapan perang termasuk 3000 ekor gajah menyerang dari darat dengan ganasnya, dari laut pula dibantu oleh bedilan meriam bertalu-talu dari armada laut British dari kapal induk HMS Hyacinth, maka ranaplah Kota Kuala Bahang sebagai benteng terakhir Kedah. Angkatan Tunku Muhammad Saad yang bertahan di dalam kota hanya tinggal 200 orang terus berjuang hingga titisan darah terakhir.”

Kota Kuala Bahang @ Kota Kuala Kedah

            Perlukisan penuh kejujuran tanpa berselindung oleh Sherard Osborn, seorang anggota armada laut British berpangkat kapten yang terlibat dalam pengkhianatan membantu tentera Dinasti Chankri menumpaskan pertahanan Kedah dalam perang 1838, menerusi bukunya The Blockade of Kedah, cukup mendera perasaan Che Morad. Berbagai bentuk penyeksaan oleh penjarah-penjarah Sukhotai ke atas rakyat Kedah dibayangkannya tidak ubah seperti yang ditimpakan pada umat Rohingya oleh penjenayah-penjenayah perang Mynmar. Semangat nasionalisme Che Morad bercerucupan menyemarak ketika membaca pernyataan Sherard Osborn, tentang kehebatan semangat pejuang-pejuang Kedah; “Like spaniels, the native of the whole sea-board of the Indian peninsula lick the hand the that chastises them. Not so the Orang Melayu and we the Englishmen should be the first to honors race who will not basely submit to abuse the tyranny”.

            Bagi Che Morad, untuk memadukan unsur-unsur sejarah, yang sarat dengan fakta bersama imaginari fiksi dalam sebuah cereka kreatif mengenai tumbangnya Kota Kuala Bahang iaitu sebuah kota terakhir bagi Kesultanan Kedah, bukanlah mudah. Beliau sedaya upaya berusaha untuk memantapkan pembinaan naratif fiksi yang bakal digarapinya kelak dengan perbagai cara, termasuk dengan menghadiri seminar sejarah, menemu-bual tokoh-tokoh yang berwibawa dalam sastera dan persejarahan, berdiskusi dengan kawan-kawan dan kenalan selain dengan isterinya sendiri, Aisyah Osborn, selaku rakan runding tetap.

            Aisyah Osborn yang berpengalaman dalam penulisan kreatif iaitu penterjemahan novel-novel barat ke bahasa Melayu, pernah meyarankan kepada suaminya, “ penulisan kreatif bukan kerja main-main. Ini kerja pemikiraan. Abang kena berfikir ayat demi ayat, perenggan demi perenggan  bab demi bab. Dalam wacana itu pula abang perlu fikir mengenai kekuatan bahasa, keberkesanan watak, kesesuaian latar dan jalinan peristiwa yang koheran!”

            Dalam satu seminar sejarah, khusus mengenai perjuangan wira-wira Kedah menentang penjajahan Siam dalam  Perang Musuh Bisik (1821-1842), Che Morad Pora Hashim begitu tertarik dengan penampilan seorang peserta seminar termuda, Nur Faedah Mohd Kamil, yang bangun dan dengan lantang mempersoalkan kenapa sejarah perjuangan rakyat Kedah yang begitu hebat seolah dipinggirkan dari jalur persejarahan nasional dan tidak dimasukkan dalam kurikulum yang dipelajari pelajar-pelajar sekolah. Sebagai contoh, katanya ketokohan pejuang-pejuang seperti Dato Maharaja Lela, Bahaman, Dol said, Abd.Rahman limbung, Mat Salleh atau Sharif Mashor ditonjolkan sebagai nasionalis bangsa; namun tiada siapa pun peduli dengan kehebatan wira-wira Kedah seperti Syed Zainal Abidin (Tengku Kudin), Tunku Mohammad Saad, Tok Moris (Syed Idris) dan lain-lain yang bangkit mempertaruhkan jiwa raga menentang penjajahan tentera Sukhothai yang menjajah hampir 88 tahun.

            Sebaik selesai seminar Che Morad merapati peserta seminar termuda tapi lantang menyuarakan pendapat dan pendirian itu. Dalam diam-diam beliau berhasrat mengheret masuk watak Nur Faedah, pelajar tahun dua dari Universiti Malaya itu ke dalam fiksi Remang Dari Kuala yang sedang berkembang dalam mindanya sebagai watak utamanya. Kebetulan pula Nur Faedah merupakan anak kelahiran Kuala Kedah,di mana bertempatnya lokasi tragis Kota Kuala Bahang,

            Kunjungan Che Morad ke Kota Kuala Bahang seterusnya, turut menjebaknya ke dalam situasi dan konfliks kekeluargaan Nur Faedah yang terperangkap dalam kemerlut sosial mutakhir yang mengharukan. Namun bagi Che Morad segala yang ditempuhi itu dapat dijadikan rempah rencah untuk dieksploit ke dalam novel yang sedang rancak berkembang dalam minda kreatifnya.

            Berjayakah Che Morad Pora Hashim memadukan semua fakta-fakta sejarah dan bahan-bahan terkumpul dalam sebuah wacana kreatif. Berhasilkah seorang jurutera JPS merealisasikan hasratnya menyiapkan penulisan novelnya dalam tempoh enam bulan seperti yang dirancangkan. Bersetujukah Nur Faedah yang perwatakan dan sisi kehidupan peribadinya mahu diseret masuk ke dalam kancah kehidupan sebuah fiksi. Semuanya terjawap dengan membaca RDK hingga halaman akhir.

            Yang nyata RDK tidak digarap secara santai berlandaskan inspirasi dan imaginasi pengarang semata-mata, tapi terhasil dari kajian, penyelidikan dan rujukan yang teliti daripada perbagai sumber, termasuk teori dan disiplin dalam penulisan dan pengkaryaan sastera.  Ini tidaklah menghairankan kerana pengarangnya,  Zulkefle Dollah, graduan lulusan Universiti Sains Malaysia ini, merupakan seorang guru yang terlibat lebih tiga dekad dalam pengajaran subjek Kesusasteraan Melayu peringkat SPM dan STPM. Selain daripada itu giat dalam penulisan makalah, kritikan sastera dan resensi buku sekitar era 1980an,1990an hingga kini, yang banyak tersiar dalam majalah Dewan Sastera. Dalam penulisan beliau pernah menggunakan nama pena sebagai M.I. Zulkif dan Zulfarda MD.

            Remang Dari Kuala wajar sekali menjadi bahan bacaan peminat-peminat sastera dan sejarah, terutama penulis-penulis muda yang berjinak-jinak dengan bidang penulisan dan ingin menekuni jalur dan laluan proses kreatif sebuah karya fiksi.

            (Peminat kesusasteraan yang berminat memilik novel Remang dari Kuala boleh berhubung terus dengan pengarangnya)

 

Rujukan:

 

1.      Remang Dari Kuala,  Zulkefle Dollah, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi),  2018

2.       Pengenalan Kritikan Sastera, M.K.Danziger & W.S.Johnson, DBP, 1991.

@@@@@

Monday, November 20, 2023

DUNIA BUKU 13

 KRITIKAN:

KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH

 Buah Karya Cerpenis Realis Terbaik Mutakhir Ini

Oleh: Ibnu Din Assingkiri

 

Pandangan Awal Tentang Naskah Ini

NASKAH ini menghimpunkan 17 buah cerpen yang ditulis rentang masa antara tahun 1980 – 2013 yang membawa kepelbagaian tema. Di antara cerpen yang dimuatkan dalam naskah ini ada yang memenangi hadiah sastera di peringkat kebangsaan. Membaca tulisan “blurb” pada naskah pasti meletakkan satu sasaran yang agak tinggi terhadap mutu tulisan Zainol Idris, seorang pesara guru Sains yang berkhidmat selama 32 tahun. Sebelum memulakan pembacaan, saya sudah meletakkan sasaran tinggi dan merasakan patut berbuat demikian dek kerana reputasi penulisnya yang pernah meraih Hadiah Penulisan Cerpen Berunsur Islam (1985), Hadiah Penulisan Skrip Drama TV Berdasarkan Cerpen (1991), Hadiah Karyawan Darul Aman (1996/1997) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 (Cerpen).

 Pandangan Saya tentang Genre Cerpen

            Secara umumnya cerpen adalah cerita yang relatif pendek. Ia adalah prosa naratif yang selalunya berkisar dalam satu kejadian (“event”). Skopnya terhad dan terdapat pengenalan, isi dan kesimpulan. Walaupun cerpen ada banyak persamaan dengan novel, tetapi ia ditulis dengan ketepatan yang lebih berbanding novel. Cerpen terbina dari elemen-elemen latar, watak serta perwatakan, plot serta struktur, narator dan sudut pandang, konflik serta klimaks, tema serta amanat, gaya serta nada dan mematuhi aliran penulisan tertentu.

 

Latar

            Walaupun “Dendam Apai” (Anugerah Sastera Perdana 2013) ditulis berdasarkan kisah benar yang dibaca oleh penulis dalam akhbar (beliau memberitahu ketika saya tanya beliau di sebuah majlis anjuran ASASI) dan kemudian ditokok imaginasi kreatif penulis, saya yakin ia bukan sekadar “backdrop” kepada aksi-aksi yang berlaku dalam cerita. Latar di dalam naskah ini dicipta dengan ‘detail’ dan kebanyakannya memakai teknik memperlihat (visualisasi atau pencitraan -“visualize”) melebihi teknik memberitahu (“telling”). Teknik memperlihat ini memerlukan kemahiran menukangi bahasa dan alat susastera (“literary devices”). 

            Latar “Sekali Air Bah” ‘memperlihatkan’ rumah kampung dengan bergaya dan hampir sempurna, “Tiang rumah mak tinggi....Kolong rumah mak bukan sahaja lulus budak berlari, kerbau lembu pun boleh memboloskan diri, tak bimbang tanduknya tersangkut kayu rasuk. Sekali-sekala kalau Kifli balik, kereta lampu mata belalangnya berlengkar di bawah kolong rumah itu.” Perbandingan kerbau lembu dan kereta Mercedez yang mampu melepasi kolong rumah Mak itu memperlihatkan ketinggian tiangnya dan (secara pra sedar) meminimakan kebimbangan pembaca terhadap keselamatan rumah itu dari ditenggelami air bah. Inilah teknik memperlihat (visualisasi) yang saya maksudkan. Latar di Kedah mempengaruhi dialek dalam dialog dan ia membantu merealisasikan nuansa kedaerahan dan tentunya menambah kekuatan atmosfera dan keadaan sosial (“sosial circumstances”) cerpen-cerpen dalam naskah ini.

 

Watak dan Perwatakan

            Pemilihan watak protagonis Apai yang merupakan seekor beruk spesis Macaca Nemestrina (ejaan Namestrina dalam naskah) yang cerdik (dan bulat pula wataknya) adalah alegori dan keterbalikan sifat manusia yang dikalahkan spesis beruk. Watak Apai diperincikan melalui sikapnya yang sensitif dan penyayang terhadap Indai pada salah satu kalimat yang berbunyi, “Semuanya membuatkan Apai turut tidak jerab tidur. Apai turut menangis sendirian...” Dalam masa sama Apai juga gagah berani dan sentiasa melindungi pasangannya seperti dalam kalimat ini, “Tetapi sesekali amarah kejantanan menyirap naik, Apai dapat merasa urat darah, otot, sendi dan tulang belulangnya seakan dijalari sesuatu...” Watak Apai bulat dan berubah-rubah dan sangat manusiawi sedangkan Apai adalah seekor beruk. Inilah yang saya maksudkan sebagai alegori (keterbalikan) sifat manusia. 

            Watak Apai dan Indai juga diperincikan melalui dialog, “Kau nak makan apa, biar aku cari,” menunjukkan bahawa Apai suami yang bertanggungjawab. “Jagung pulut muda, wangi dan manis sungguh.... Tapi aku tak mahu menyusahkan kau.” Dialog Indai pula sangat tipikal (dan manusiawi) dari kata-kata isteri yang mungkin ikhlas tidak ingin menyusahkan suami atau mungkin mengumpan suami dengan kata-kata itu agar suaminya belas kepadanya dan mendapatkan jagung yang diidamkannya. Penulis berjaya memperincikan watak dengan keterampilan fizikal spesis beruk, fikiran dan perasaan dan juga interaksi antara watak. Watak-watak hidup dan realistik (“beleivable”) kerana penulis berusaha keras menghidupkan watak dan perwatakan dengan elemen-elemen yang disebutkan tadi.

 

Plot dan Struktur

          Saya mencabut secara rawak “Bukan Hentian Terakhir” terbit di tahun 1981 untuk membincangkan tentang plot dan struktur cerpen. Kitaran kejadian (“events”) dalam cerpen ini tertumpu kepada detik penting (“significant moment”) Tukiman menunggu Jonah keluar mencari makanan. Berkisar dari detik penting itu ada kilas balik kepada peristiwa yang baru berlaku semalam. “Kalau dapat boleh buat bekalan. Roti tak mudah basi.” Itu lah kata-kata terakhir Jonah ketika meninggalkan gerabak buruk, rumah persinggahan mereka senja tadi.  Selain itu plot cerpen ini dibina selari, secara urutan kronologi dan tidak berubah-ubah. Plotnya realistik dan boleh dipercayai (“beleivable”), struktur  seperti yang selalu digemari oleh kebanyakan cerpenis realis.

 

Narator dan Sudut Pandang

            Cerpen-cerpen dalam naskah ini memakai sudut pandang ke 3 dan sudut pandang serba tahu. Tiada cerpen yang ditulis memakai sudut pandang pertama. Nampaknya penulis tidak memberi peluang kepada watak menjadi narator. Beliau lebih menyukai pandangan dari mata ke 3 dan mata serba tahu.

Sudut pandang ke 3 (dia):

Dendam Apai, Sepuntung Kaki untuk Cah, Pak Yet Politik, Hujan, Ustaz, Orang Kuat Parti, Pingat, Bukit-bukit Gondol, Penunggu Fajar, Benteng Air.

Sudut pandang serba tahu:

Gadung, Sekali Air Bah, Usul Tergempar, Jantan, Simandul Makin Tembun, Bukan Hentian Terakhir, SiKeweh Masih di Caruk.

 Sudut pandang pertama (aku):

Tiada.

 

Konflik dan Klimaks

            Konflik yang merupakan tekanan (“tension”) selalunya di jantung cerpen dan berkait watak utama. Dalam cerpen selalunya ada satu perjuangan utama (“main struggle”). Konflik utama mungkin disebabkan keadaan sekeliling atau persekitan. Konflik utama mungkin juga berpunca dari konflik dalaman watak. Dalam “Bukit-Bukit Gondol” konflik Kraktin yang terpaksa meragas bukit batu kapur dalam musim hujan yang boleh meragut nyawa demi mencari baja tahi kelawar kerana kesempitan wang diletakkan di permulaan cerita. Ini adalah salah satu cara yang digemari oleh kebanyakan cerpenis realis. Cara ini juga berkesan kerana telah disematkan awal-awal konflik dalam pemikiran pembaca, jadi langkah seterusnya adalah peleraian konflik hingga ke akhir cerita. Pembaca dari awal lagi sudah terkesan dan bersimpati dengan protagonis. 

            Klimaks adalah titik puncak di mana tekanan paling tinggi berlaku dalam cerpen. Ia juga boleh mengakibatkan titik perubahan (“turning point”) di mana berlaku perubahan besar, seringkali yang tidak disangka sebelum semuanya berakhir dan disudahkan oleh penulis. Dalam “Orang Kuat Parti,” penulis membuat titik perubahan yang tak disangka-sangka oleh pembaca. Penulis menyudahkan ceritanya dengan klimaks yang memberikan kejutan dan mengakibatkan terjadinya titik perubahan besar yang mempengaruhi cerita, serta pandangan pembaca terhadap watak utama serta watak-watak lain. Penulis telah berjaya melakukan terjahan mengejut dengan baik dan hampir tidak disedari kerana ralit diulit kelancaran cerita.

 

Tema

            Naskah ini berkisar di tiga tema utama iaitu kasih sayang (kekeluargaan), sosio-politik dan keagamaan. Tema kasih sayang (kekeluargaan) dan pengorbanan dalam cerpen “Gadung”, “Dendam Apai”, “Sekali Air Bah”, “Sepuntung Kaki untuk Cah”, “Jantan”, “Bukit-bukit Gondol”, “Si Mandul Makin Tembun”, “Bukan Hentian Terakhir” dan “Penunggu Fajar”. Tema sosio-politik dalam “Pak Yet Politik”, “Usul Tergempar”, “Orang Kuat Parti” dan “Si Keweh Masih di Caruk”. Tema keagamaan dalam “Hujan” dan “Ustaz.” “Benteng Air” pula bertemakan perjuangan hidup. 

            Tema kasih sayang suami isteri terpancar dalam “Sepuntung Kaki untuk Cah”, “Harapannya untuk melihat Cah melangkah ke sana sini akan terkabul tidak lama lagi. Cah tidak lagi terkedang di tengah rumah....Yang penting Cah boleh boleh membebaskan diri dari kejemuan yang memualkan...” Betapa kasih-sayang kepada Cah akhirnya mengorbankan kaki Pok’heng sendiri. Kesudahan yang tragis itu seakan pengukuhan kepada tema kasih sayang akhirnya melahirkan sub-tema pengorbanan. “Dendam Apai” pula bukan sahaja bertemakan kasih sayang (kekeluargaan), malah kisah cinta agung yang melahirkan sub-tema pengorbanan dan sekaligus perjuangan spesis tertindas (simbol beruk) melawan ketidakadilan spesis yang menindas (simbol pemburu).

 

           Gaya dan Kepengarangan

           Gaya penulisan ada ‘sedikit’ perbezaan jika dibandingkan karya awal di tahun 80’an dengan karya terkini.  Gaya bahasa, penggunaan bahasa figuratif, citraan dan perkakas susastera lainnya dalam “Dendam Apai” tampak lebih berkesan membentuk nada dan perasaan jika dibandingkan dengan “Ustaz”. Teks dari “Dendam Apai,” “Kelompok-kelompok awan kelabu yang bergayutan di sana sini menjadikan sinarnya tidak segarang biasa; hening dan malap. Sisa-sisa malam masih menyelubungi lembah itu.” Penulis memanafaatkan perorangan dan perlambangan yang secara simbolik memperlihat suasana hati protagonis. Kata-kata dipilih dengan cermat dan berjaya menimbulkan kesan yang diharapkan.  

            Cerpen “Ustaz” saya rasa amat dekat dengan penulis kerana ia menceritakan tentang guru subjek Sains yang dikatakan sebagai ‘ustaz melebihi ustaz.’ Sesuatu yang dekat dengan diri penulis akan menghasilkan latar, nada, perasaan dan nuansa yang realistik dan berkesan.  Petikan gaya bahasa dalam “Ustaz,” - “Selesai mengemaskan buku-buku dan kertas nota yang berkecamuk di atas meja, dia melangkah longlai lalu menolak pintu ke bilik persediaan.” Walau agak berkesan memperlihat suasana hati, namun jika ingin dibandingkan dengan “Dendam Apai” bagi pendapat saya, “Dendam Apai” lebih berkesan dalam memperlihat suasana hati (“mood”) wataknya kerana kata-katanya ditukangi dengan cermat dan memakai perkakas susastera yang bersesuaian. 

                Secara umumnya karya-karya dalam naskah ini tidak terperangkap di dalam nada ‘monotoni’ yang boleh membuatkan penulis menjadi klise dengan diri sendiri. Rentang masa 30 tahun pengkaryaan, mungkin salah satu elemen yang membantu. Jelaslah bahawa rentang masa tiga dekad tidak berlalu sia-sia kerana penulis telah berjaya menajamkan pisau karya dan kepengarangannya.

 

Aliran Penulisan    

            Menurut Mana Sikana (2013) aliran penulisan realisme ialah satu aliran besar dan dianggap telah mencapai naratif besar (“grand narrative”). Menurut beliau lagi, realisme amat akrab hubungannya dengan sosial dan masyarakat. Realisme banyak berbicara tentang bidang ekonomi, pendidikan, status dan stratifikasi masyarakat, politik dan apa juga yang berhubungan dengan pembentukan sosial, kenegaraan dan kehidupan massa. Dalam naskah ini kita menemui hampir kesemua elemen tadi dan ini menunjukkan aliran penulisan naskah ini secara umumnya adalah realisme yang terpecah menjadi realisme formal yang mengemuka apa-apa yang wujud dalam masyarakat, realisme protes yang mengkritik sesuatu gejala, realisme sosialis yang menjadi alat propaganda politik sosialisme dan realisme batin yang cuba meneroka ke alam bathiniah dan manusiawi.

            “Gadung” membawa pembaca jauh ke latar perkampungan orang asli dan telah berjaya memperkenalkan pembaca dengan kehidupan masyarakat pedalaman yang jauh dari kehidupan bandar dan juga kampung. Ceritanya berkait kehidupan sosial masyarakat, maka ia merupakan prosa naratif aliran realisme. Begitu juga dengan semua kisah lain yang membicarakan tentang kehidupan sosial masyarakat secara langsung dan juga secara simbolik seperti dalam “Dendam Apai” dan “Jantan.” 

 

Kesimpulan

            Dalam menganalisis karya, selalunya kita tidak dapat lari dari membuat perbandingan karya para penulis mapan dan para kanon sastera dengan karya atau naskah yang diulas. Walaupun ia menjadi suatu perbandingan yang subjektif dan terkadang tidak adil, tetapi kecenderungan melakukannya akan sentiasa berlaku. Hampir tidak ada perbandingan ‘epal kepada epal’ dalam karya sastera kerana setiap penulis adalah individu yang berbeza-beza dan tentunya memiliki latar belakang dan pengalaman hidup yang juga berbeza-beza.     Setidak-tidaknya ia masih boleh dilakukan dengan membandingkan antara aliran penulisan sama iaitu antara ‘realis vs realis.’

Dengan mengasingkan aliran ‘realisme magis,’ saya suka membandingkan keterampilan mengarang Zainol Idris dalam naskah ini dengan Che Husna Nazri, “Melor in Perspective” realisme berlatarkan budaya dan sosio-politik negeri Kelantan. Seorang penulis lagi mungkin Azmi Iskandar Merican, “Aci Patmabi” novel realisme berlatarkan zaman pendudukan British di Pulau Pinang. Akan tetapi kedua-dua mereka hanya mendapat empat bintang (saya beri di Goodreads) sedangkan Zainol Idris telahpun berjaya mendapat pengiktirafan lima bintang. Demikianlah pendapat saya tentang Kumpulan Cerpen Sekali Air Bah: Buah Karya Cerpenis Realis Terbaik Mutakhir Ini!

 

Bicara Karya ASASI 1 Mei 2016


Rujukan:

David CL Lim et al, 2011. Introduction to Novel and Short Stories. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Mana Sikana, 2013. Dari Barat ke Timur. Teori dan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roger Webster, 2004. Mengkaji Teori Sastera, Satu Pengenalan (Terjemahan Shamsuddin Jaafar.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Catatan:

1. Pertama kali dibentangkan dalam Program Bicara Karya Angkatan sasterawan Nasional Kedah   (ASASI) pada 1 Mei 2016, Pej.AVON, Jitra, Kedah.

2. Tersiar dalam Promosi, Ulasan dan Kritikan Prbukuan malaysia Blogspot.com, 26 Jun 2023. 



  DUNIA BUKU 15 CITRA BUDAYA DAN ORANG TUA   DALAM KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH  Oleh  Sohaimi Abdul Aziz  * (Pusat Pengajian Ilmu Keman...