Tuesday, April 16, 2019


PERJALANAN SASTERA 6


Tahun: 2015

Kumpulan Cerpen:

SEKALI AIR BAH
by 
it was amazing 5.00  ·  Rating details ·  3 ratings  ·  2 reviews
Kumpulan cerpen ini menghimpunkan 17 buah cerpen yang dihasilkan antara tahun 1980-2013 dan mencakupi pelbagai tema. Ada antara cerpen yang dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini yang memenangi hadiah sastera pada peringkat kebangsaan; hal ini membuktikan bahawa gaya penulisannya telah mencapai mutu yang tinggi.
Cerpen Sekali Air Bah pula mengisahkan seorang wanita tua yang tinggal berseorangan di Kampung Bangguli. Beliau enggan berpindah ketika seluruh kampungnya teruk dilanda banjir. Semua penduduk telah mematuhi arahan untuk berpindah kecuali beliau. Mampukah kasih sayang anaknya menyelamatkan nyawa ibunya itu ketika keadaan banjir semakin buruk? 




Penerbit: ITBM
Halaman: 229
Harga: RM25.00


Loading

 | 
Ibnu Assingkiri
Dec 27, 2015Ibnu Assingkiri rated it it was amazing
Tidak kurang dari 5 bintang!

Cikgu 
Zainol Idris adalah tukang cerita yang hebat. Orang kedah kalau baca, terus rasa lapar dan terliur bila baca bab makanan tempatan. Nuansa bendang dan kampung yang terasa amat dekat dengan nostalgia silam. Latarnya detail dan hidup seperti menonton filem. Teknik memperlihat (visualisasi) yang berkesan membawa pembaca memasuki cerita. Walaupun tak sampai menjatuhkan air mata, ada ketikanya bergenang juga di dalam kelopak....

Naskah ini patut dijadikan rujukan dan penanda aras penulisan cerpen kepada penulis pemula (termasuk saya). Naskah ini adalah saingan hebat Anugerah Sastera Perdana Malaysia 2015. Membaca naskah ini menemukan saya dengan seorang cerpenis realis terhebat mutakhir ini. Dahsyat! 
(less)
SyaMimi
Jul 15, 2018SyaMimi rated it it was amazing
Sedap! Bagai menjamah kek velvet dengan cream cheese berlemak tu. Latar belakang kampung dan desa dan masyarakat kampung biasa. Walau terdapat beberapa watak yang sama dalam cerpen yang berlainan namun ceritanya berbeza, ada yang sedih dan ada yang mengejutkan.

Antara cerpen yang saya suka
1. Dendam Apai
2. Jantan
3. Sekali Air Bah

  DUNIA BUKU 15 CITRA BUDAYA DAN ORANG TUA   DALAM KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH  Oleh  Sohaimi Abdul Aziz  * (Pusat Pengajian Ilmu Keman...