Sunday, May 31, 2020

PERJALANAN SASTERA


                  HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU) 2015





KARYA YANG DISENARAI-PENDEKKAN 


32 Puisi Umum Disenarai -pendekkan ke Peringkat Akhir

1. Gurindam Kata - Hilmi Rindu @ Mohd Abdullah
2. Lidah Amarah - Ramlan Abdul Wahab
3. Perindu Pelabuhan - 
Azmi Yusoff
4. Bukan di Jarimu Tergenggam - 
Zainal Abidin Suhaili
5. Masih Setia - Ezani Haji Daud
6. Naratif Pangkor - Usman Gumanti Ibrahim
7. Solitaire 2 - A Rahim Abdullah
8. Doa Mansun - Zain Idris At Tobiari
9. Sekeping Luka Lama - 
Razali Mohd Yussof
10. Bil dan Pil - 
Shapiai Mohd Ramly
11. Rezeki - Nor Salmi Abd Rahim
12. MH17 dalam Rekwim - 
Puzi Puzihadi
13. Di Lengkung Langit Biru
 - Zain Idris At-Tobiari
14. Denting Waktu - Muz Ahmad
15. Perahu - Nazri Hussein
16. Menterjemah Sejumlah Sifir Tentang Manusia - 
Hani Salwah Yaakup
17. Seluar dan Baju - Hilmi Rindu
18. Berdiri di Anjung Piai - Syaidul Azam Kamarudin
19. Jerebu Luar Jendela - WB Rendra
20. Yang Tercipta Buat Kita - 
Ghazali Din
21. Senja di Pelabuhan - Muzaf Ahmad
22. Setugu Peringatan Melbourne - Za'im Yusoff
23. Aku Mahu Kau Lukis Mawar - 
Rositah Ibrahim
24. Jendela ke Jendela - Fauzan Zain
25. Mak, Bangunlah untuk Kembali Menjadi Matahari - 
Ratna Laila Shahidin
26. Catatan yang Ditemui dalam Mulut Seorang Pengemis yang Mati Pagi Ini - Fahd Razy
27. Mendepani-Mu, Takdirku - 
Salman Sulaiman
28. Dari Tanah ke Daun - 
Fauzan Zain
29. Dari Mimbar Jagalchi - Syafiq Zulakifli
30. Tubuh Bahasaku - 
Nazim Mohd Subari
31. Takut Kata Hina - A Rahim Abdullah
32. Kerana Melayu Itu Bahasaku, Kenapa Aku Harus Malu - Zain Idris At Tobiari




14 Cerpen Remaja Disenarai-pendekkan ke Peringkat Akhir

1. Trisomi Dua Puluh Satu - Zulaikha Adam
2. Menunggu Malam - 
Faridah Abdul Hamid
3. Kelana Kalbu - 
Fathul Khair Mohd Dahlan
4. Dunia Kecil Ayah - 
Nordin Saad
5. Kandil Mualim di Langit Malam - 
Nazri Hussein
6. Suluk - Fudzail
7. Sasar Unjur Kampung Belawi - Amaruszati Noor Rahim
8. Utusan Riwayat Cinta - 
Syuhada Salleh
9. Antologi Ramadhan Tercinta - Nazri Hussein
10. Usain Bolt dari Kampung Kami - Mohd Helmi Ahmad
11. Dengarkan Aku Bonda - Norma El-Abrar
12. Pertemuan di Ngilum - Siti Nur Hidayah @ 
Princess Pueh
13. Jalinan Benang Emas - Salina Ibrahim
14. Pelangi Musim Dingin - Saza S


27 Cerpen Umum Disenarai-pendekkan ke Peringkat Akhir

1. Apabila Saya ke Pengadilan - Che Soo Ismail
2. Cikgu Puisi - Malim Ghozali PK
3. Cinta Pigafetta - Nisah Haron
4. Dah Naik ke Langit Tak Reti Balik ke Bumi
5. Matrioshka - 
Jasni Matlani
6. Misteri Kehilangan Mulut Ayah - Dr. Azman Ismail
7. Serigala, Sebatang Pohon dan Jambatan - Jasni Matlani
8. Penghujung Nafasnya - Alina Idris
9. Rumah Ini Dinding Kacanya Kalis Cahaya - Siti Jasmina Ibrahim
10. Rakusonoraus - Dr 
Ghazali Lateh
11. Tinggal Jawa Demam - Saifullizan Yahaya
12. Rumah Doktor Salgari - 
Wan Nor Azriq
13. Ikan Puyu dalam Akuarium - 
Amelia Hashim
14. Rumah - Rebecca Ilham


15. ... Yang Jauh - Maskiah Haji Masrom
16. Basikal - Zalila Isa
17. Catatan Buat Tuhan - 
Ahmad Muziru Idham
18.
Gerbang - Zainol Idris
19. Hati Emas - 
Hafizah Iszahanid
20. Lobak Madu Sang Serigala - 
Norshahkang Shuaib
21. Mimpi Kodok - Mohd Fadzil Yusof
22. Pertemuan di Lembah Ihlara - Ghazali Lateh
23. Rodensia - 
Khairil Idham Ismail
24. Rumah Kopi - Rebecca Ilham
25. Rumah II - 
Chai Loon Guan
26. Suatu Perniagaan - Shapiai Mohd Ramly
27. Teori Konspirasi Encik Awanama - Khairil Idham Ismail


8 Rencana Disenarai-pendekkan ke Peringkat Akhir

1. Masih Pentingkah Sastera? - Wan Nor Azriq
2. Di Manakah Suara Sasterawan? - Azman Hussin
3. Buku Sastera Perlu diPerbanyakkan - Dr. 
Ami Masra
4. Bahasa Mengindahkan Karya Sastera - Dr. 
Ami Masra
5. Seni Mendeklamasikan Puisi - Ladin Nuawi
6. Esei Bukan Rencana - Wan Nor Azriq
7. Kamishibai Genre Sastera Kanak-kanak - 
Abd Rahim Omar
8. Novel Picisan Meracuni Remaja - Rasdan Ahmad

6 Novel Remaja Disenarai-pendekkan ke Peringkat Akhir

1. Semanis Kyuho - Ghazali Lateh
2. Empunya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
3. Nyanyian Musim Rusuh - Nazri Hussein
4. Lima Satu
5. Waris Penjaga Ketujuh
6. Lili Putih Sebrenica - 
Azida Ishak


PEMENANG HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU) 2015


KATEGORI NOVEL REMAJA




Kedua: Empunya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop 
Ketiga: Nanyian Musim Rusuh - Nazri Hussein
Sagu hati: Putih Sreberenica - 
Azida Ishak 
Sagu hati: Semanis Kyuho - 
Ghazali Lateh 



                                                            KATEGORI CERPEN REMAJA

Hadiah Utama
Suluk (Mingguan Malaysia, 31 Mei 2015) - 
Mohd Fudzail
Sesar Unjur Kampung Belawai (Mingguan Malaysia, 24 Mei 2015) - Amaruszati Noor Rahim
Trisomi Dua Puluh Satu (Mingguan Malaysia, 1 Mac 2015) - 
Zulaikha Adam 

Hadiah Penghargaan
Kandil Mualim di Langit Musim (Mingguan Malaysia, 10 Mei 2015) - 
Nazri Husseinn
Pertemuan di Ngilum (Mingguan Malaysia, 13 September 2015) - Siti Nur Hidayah Abdullah @ 
Princess Pueh
Utusan Riwayat Cinta (Mingguan Malaysia, 28 Jun 2015) - 
Syuhada Salleh
Jalinan Benang Emas ( Wanita, November 2015) - Salina Ibrahim
Menunggu Malam (Mingguan Malaysia, 15 Mac 2015) - 
Faridah Abdul Hamid
Dunia Kecil Ayah (Mingguan Malaysia, 3 Mei 2015) - 
Nordin Saad



                                                                       KATEGORI PUISI


Hadiah Utama
Catatan yang Ditemui dalam Mulut Pengemis yang Mati Pagi Ini (Mingguan Malaysia, 22 November 2015) Fahd Razy
Di Lengkung Langit Biru (Mingguan Malaysia, 16 Ogos 2015) 
Zainol Idris
Setugu Peringatan Melbourne (Mingguan Malaysia, 18 Oktober 2015) - 
Za'im Yusoff 

Hadiah Penghargaan
Dari Tanah ke Daun (Mingguan Malaysia, 6 Disember 2015) - Fauzan Zain
Denting Waktu (Mingguan Malaysia, 20 September 2015) - 
Muz Ahmad
Naratif Pangkor (Mingguan Malaysia, 15 Mac 2015) - Usman Ibrahim
Perahu (Mingguan Malaysia, 20 September 2015) - 
Nazri Hussein
Lidah Amarah (Mingguan Malaysia, 1 Februari 2015) - 
Ramlan Abdul Wahab
Yang Tercipta Buat Kita (Mingguan Malaysia, 11 Oktober 2015) - 
Ghazali Din 

                                                                     KATEGORI CERPEN

Hadiah Utama
Rumah Doktor Salgari (Mingguan Malaysia, 26 Julai 2015) Wan Nor Azriq
Rumah ini Dinding Kacanya Kalis Cahaya (Mingguan Malaysia, 4 Januari 2015) Siti Jasmina Ibrahim
Rumah, (Mingguan Malaysia, 5 Maca 2015) Hazwani Rebecca Ilham Rameli

Hadiah Penghargaan
Dah Naik ke Langit Tak Reti Turun ke Bumi (Mingguan Malaysia, 19 Julai 2015) - Zainal Rashid Ahmad
Ikan Puyu di dalam Akuarium - (Mingguan Malaysia, 12 Mac 2015) 
Amelia Hashim
Cikgu Puisi, (Mingguan Malaysia, 11 Januari 2015) Malim Ghozali Pk
Misteri Kehilangan Mulut Ayah (Mingguan Malaysia, 1 November 2015) DR Azman Ismail
Matrioshka, (Mingguan Malaysia, 3 Julai 2015) 
Jasni Matlani
Tinggal Jawa Demam (Mingguan Malaysia, 9 Ogos 2015) Saifullizan Yahaya

                                                         KATEGORI RENCANA SASTERA

Esei bukan Rencana (Minalaysia, 1 Mac 2015) - 
Wan Nor Azriq
Kamishibai Genre Sastera Kanak-kanak (Mingguan Malaysia, 26 Julai 2015) - 
Abd Rahim Omar 




Friday, May 29, 2020

PERJALANAN SASTERA 10


Mengangkat era gemilang persuratan Melayu



03 Mac 2019 4:00 PM

MAKA berlangsunglah majlis penyampaian hadiah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Hadiah ini umum mengenalinya sebagai HSKU. Edisi kali ini yang ke-33. Bertemakan ‘Kesultanan Melayu’ yang mengambil semangat era kegemilangan istana menaungi persuratan zaman lampau, dengan sekalian pujangga bermainkan tinta. Majlis diwarna-warnikan ruang dan suasana, semangat dan impian. Sangat bersemarak hadirin berbusana tradisional. Ada yang lengkap bertanjak, di sana sini terasakan sekali bagai di anjung laman istana yang terperi dalam kisah-kisah serta hikayat.




Demikian, pukauan awal memasuki Dewan Utusan. Penuh sesak dengan lebih seribu jemputan meraikan 37 pemenang HSKU 2017. Sekali gus ikut menjulang dan memartabatkan sastera. Enam kategori hadiah dipertandingkan dalam HSKU. Menobatkan karya terbaik yang diterbitkan dalam media Kumpulan Utusan; Mingguan Malaysia, Utusan Online dan majalah Wanita. Dewan Utusan sekali lagi bergemuruh mengalu-alukan tetamu kehormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson saat melangkah masuk selaku perasmi majlis. Yang Berhormat Datuk Seri seterusnya menyampaikan ucapan dan hadiah kepada para pemenang.


Panduan kedua-dua gambaran ini cukup untuk merasakan betapa bermaknanya majlis penyampaian hadiah HSKU kali ini. HSKU edisi ke-33 kembali tampak gah dan cukup mengujakan pemenang, penulis dan para undangan; Sasterawan Negara, pengarang tanah air, penggiat kesenian, pengarah, pelakon, penyanyi, pelukis dan tentunya pencinta kesusasteraan dari seluruh pelosok negara. Demikian, barisan Panel Hakim dan sebarisan panjang pemenang siap siaga menantikan detik-detik nama dipanggil ke pentas menerima hadiah setelah karya terpilih sebagai garapan terbaik sepanjang tahun penilaian.

HSKU bermula pada tahun 1986. Ia satu sejarah yang panjang. Kumpulan Utusan menjadi syarikat ulung menganjur dan memberikan hadiah tekal berterusan selama 33 tahun. Mempertaruhkan Kategori Cerpen dan Puisi kemudian berkembang dengan menambah Kategori Novel Remaja, Kajian dan Rencana Sastera. Hari ini ia cukup dewasa. HSKU hari ini kukuh dengan melengkapkan enam ketegori hadiah yang ditawarkan; Kategori Cerpen Umum, Cerpen Remaja, Cerpen Media Baharu, Puisi, Kajian dan Rencana dan Kategori Novel Remaja. Semua karya terdri daripada cerpen, puisi, kajian dan rencana merupakan karya yang telah sedia terbit atau tersiar dalam media terbitan Kumpulan Utusan. Kecuali, kategori Novel Remaja yang khusus menilai manuskrip yang diajukan ke sekretariat, di penghujung setiap tahun penilaian.

Manuskrip merupakan hasil karya yang belum pernah diterbitkan. Kategori Novel remaja terus hangat menjadi tarikan para penulis. Di HSKU ia menjadi antara kategori yang cukup dinamik apabila mendapat sambutan banyak pengarang berwibawa, sentiasa meningkat penyertaannya, dengan pengarang seakan berlumba-lumba untuk mengetengahkan idea atau subjek baharu dari setahun ke setahun dan mengaplikasikan teknik persembahan yang serba segar. Akhir-akhir ini cenderung pula memperlihatkan masukan atau muatan pelbagai ilmu baharu yang mengangkat teks.
Urusetia penyelenggara majlis Kumpulan Utusan bijak membangkitkan suasana atau mood tradisional yang mengasyikkan apabila menyediakan muzik gamelan dan caklempong, sesekali rancak sesekali mendayu, bersesuaian dekorasi serta hiasan. Peranan muzik penting; kesinambungan acara terasakan. Dibantu kepetahan dua pengendali; Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan seniman Sabri Yunus sekali gus membangkitkan aura dinamik. Kedua-duanya petah, maklumat untuk hadirin padat, tanpa leteran yang berlebihan, jenaka dan sekala-sekali menjolok tumpuan hadirin. Majlis tidak terasakan berlalu sekali pun telah mencecah lebih tiga jam.

Anwar jelas mencuri banyak tumpuan. Ucapannya yang ditunggu-tunggu mengajak pengarang mengangkat kesusasteraan bangsa kembali bertakhta. Sejarah persuratan bangsa besar, katanya. Kesusasteraan memainkan peranan penting dalam upaya melonjakkan nasionalisme dan dalam usaha menggerakkan kesejahteraan sosial. Beliau yang pernah merasmikan maj­lis dan menyampaikan hadiah serupa pada 1994 dahulu, memgulanginya dengan lontaran kata terpilih rapi terjaga, mengapungkan idealisme melihat bahasa Melayu kembali dijulang sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang tunggal. Tradisi persuratan menggunakan medium bahasa Melayu pernah hebat, dengan itu katanya dengan memartabatkan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa utama akan mengembalikan era kegemilangan persuratan kita.

Sebanyak 37 orang pengarang diraikan karya mereka dalam majlis kali ini. Kategori Cerpen Umum menyaksikan 10 cerpen disenarai pendekkan setelah 65 dibaca panel. Lapan daripadanya diangkat pemenang. Pemenang Hadiah Utama Kaki Hantu oleh Saza S, Pak Hussin, Bas Buruk, Calon YB dan Saya karya MK Riza dan Titis-titis Hujan di Rakhine tulisan Azman Ismail yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia. Sementara pemenang Hadiah Penghargaan, Memberikan Telinga (Saifullizan Yahya), Kuroshio (Hafizah Iszahanid), Hari yang Bergelar Kematian (Juri Durabi), Neraca Akal (Maznida Mahadi) dan Paduka Raja & Kota Yamani karya Zainal Rashid Ahmad. Rata-ratanya sebelum ini adalah pemenang HSKU melalui kategori sama.

Kategori Cerpen Remaja pula menyenarai pendekkan 16 cerpen untuk diteliti di saringan akhir. Daripada jumlah itu, lapan diberikan hadiah dengan Dongeng Tonggak Sembilan dan Cerita Februari (Husna Nazri), Rahmat Bahagia (Maskiah Masrom) dan Perginya yang Tercinta dan Indahnya Legenda (Zainal Rashid Ahmad) diberikan Hadiah Utama sementara Bujang Berani (Clayton Robert), Hikayat Pesan Ibu (Husna Nazri), Imam Air Mata (Ramli Abdul Halim), Rimba Nan Satu (Seroja Salim) dan Semarak Jiwa Wardah oleh Baktiar Omar diberikan Hadiah Penghargaan.

Kategori yang baru diperkenalkan, Kategori Cerpen Media Baharu, sejak 2015 menerusi karya yang tersiar di Utusan Online menghimpunkan sejumlah 39 buah karya. Jumlah ini meningkat mendadak daripada 19 pada tahun penilaian sebelumnya. Cerpen kategori ini mengkehendaki penulis menghasilkan naratif yang mengangkat medium baharu ini dengan penggunaan teknologi komunikasi mutakhir bagai belum dihayati secukupnya kalangan penulis. Karya kategori ini bermaksud memberi nilai tambah kepada kemajuan dalam kehidupan dan peradaban, penggunaan pelbagai kemudahan aplikasi media sosial dalam konteks pembinaan sahsiah diri, kerjaya dan dalam ranah keilmuan juga.

Karya yang sampai ke penelitian panel sedikit di bawah paras mengujakan. Sebahagian besar karya sekadar menamakan jenis-jenis aplikasi yang diguna tanpa menunjukkan bagaimana ia berfungsi meninggalkan impak dalam segenap ruang kehidupan- mengembangkan kerjaya, mengkualitikan ragam interaksi dan dalam urusan-urusan besar, seumpama dakwah. Sungguhpun demikian, sebanyak 12 karya disenarai pendekkan, panel menamakan karya Pondok Ayah oleh Shahkang, untuk diberikan Hadiah Utama. Manakala, Intan di Antara Kaca oleh Zalila Isa, Aki Popular oleh Nurimas SN, Cucu Tok Wan, oleh Alang Budiman, Rumahku di Desa Hati Abah oleh Wardah Puteh dan Kuih Peneram Pak Jais oleh Abdullah Hussaini Mohd Ghazali diberikan Hadiah Penghargaan.

Kategori Puisi sentiasalah popular dan ‘meriah’ saban tahun. Banyak karya disiarkan media Kumpulan Utusan. Panel membaca 286 karya kali ini. Daripadanya, 20 disenaraipendekkan. Sementara, lapan diangkat menjadi pemenang. Puisi pemenang kali ini, Lelaki yang Keciciran Lidah karya Zain Idris Al-Tobiari, Lelaki dan Pari-pari, karya S. M. Zakir dan Sejumlah Catatan Tentang Kesakitan karya Fahd Razy diberikan Hadiah Utama. Hadiah Penghargaan pula diberikan kepada Tali (Zalila Isa), Sakti Naskhah (Raihani Mohd. Said), Membuka Pintu Rumah Agam-Mu, (Ezani Haji Daud), Pemain Ular (M. Arif) dan Bagaimana untuk Ditangiskan (Siti Zaiton Ahmad).

Pemenang Kategori Kajian dan Rencana cuma dua orang. Sejak beberapa tahun lepas, karya kajian tidak dinilai. Hanya rencana yang diteliti. Banyak hasil penulisan yang terbit di media Kumpulan Utusan, terutama Mingguan Malaysia. Namun, dalam penilaian panel lazimnya mengetepikan tulisan yang bersifat laporan peristiwa sastera, ulasan atau resensi buku, termasuk reaksi yang sangat tipis sorotannya untuk diambil ilmu dan kekuatan idea. Enam rencana dibawa ke penilaian akhir. Dua, masing-masing Penulis Terperangkap dalam Lif oleh Roslan Jomel, dan Karya Indie: Mencari Permata dan Kaca karya Ramlee Wahab diperakukan panel untuk diberikan hadiah. Ini berdasarkan adanya pandangan-pandangan baharu yang memberangsangkan, hasil penulisan santai yang memikat pembacaan serta adanya elemen pembangunan buah fikiran yang boleh dijana khalayak.

Kategori Novel Remaja antara pencapaian paling membanggakan pada pandangan barisan panel pada tahun penilaian kali ini. Daripada 13 manuskrip novel remaja yang diterima sekretariat, sebagaimana amalan sebelum ini juga setiap panel menelitinya secara halus menggunakan Kriteria Penilaian Umum dan Skop Penilaian Khusus yang disediakan. Lapan berjaya dalam perbincangan akhir. Enam daripadanya terpilih diberikan hadiah. Pemenang Hadiah Pertama, Selendang Merah Balukhali karya Sri Rahayu Mohd Yusop dilihat paling menonjol. Penulis yang sama memenangi hadiah serupa bermula tahun 2000 dengan manuskrip Bukan Legasi Lalang’ kemudian memenangi lagi kategori ini pada 2002, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011. Kecuali tahun 2002, setiapnya merupakan 

Pemenang Tempat Pertama.
Selendang Merah Balukhali mengangkat subjek keperitan hidup manusia di Kem Pelarian Balukhali Cox’s Bazar, Bangladesh, antara sebuah kem pelarian antarabangsa terbesar di dunia.

Pemenang Kedua, Si Penenun Cinta karya Husna Nazri, mengangkat kesenian tenunan songket. Husna Nazri juga merupakan pemenang yang kerap memenangi HSKU. Karya-karya Husna seringkali mengujakan pembacaan. 

Pemenang Ketiga, Ayah oleh Dayang Ku Mastura Pengiran Ismail, pengarang terkenal dari Sabah, juga sebuah karya hebat yang mampu menginspirasikan keperibadian remaja unggul. 

Pemenang Penghargaan terdiri daripada Pekan Berembang (Salina Ibrahim), Antara Dua Titik (Abang Median Abang Said) dan Maka, Berbuatlah Emas (Norazida Ishak). Selain subjek yang sentiasa memukau panel, karya kali ini sebagaimana beberapa tahun belakangan memperlihatkan ketekunan penulis melakukan kajian atau penyelidikan tatkala menghasilkan karya. Ia tentunya sesuatu yang menakjubkan. Ada kecenderungan penulis mencuba pelbagai teknik persembahan gaya baharu yang memikat. Penggunaan bahasa yang tebal estetik membanggakan panel.

HSKU sesungguhnya terus memberi sumbangan besar dalam mendukung kemajuan dan perkembangan kesuasteraan kebangsaan. Bauran pemenang lama dan baharu, kerencaman pemikiran yang dibawa dan keindahan penukangan sastera yang terjaga, menjadi ramuan cantik karya pemenang HSKU 2017. Jika ditanya, apakah HSKU masih relevan, rata-rata pencinta menyetujui bahawa Kumpulan Utusan wajar meneruskannya, untuk jangka masa yang panjang lagi dalam upaya kita memartabatkan kesusasteraan. Dewan Utusan yang penuh sehingga ke penghujung acara, tertunggu-tunggu kemunculkan Haziq AF sebagai penyanyi undangan, diikuti Datuk Seri Siti Norhaliza di akhir majlis yang melengkapkannya dengan aluan gemersik Cindai dan Anta Permana.

Sekeretariat HSKU kali ini jelas cemerlang. Majlis yang hampir seluruhnya sempurna, santai dan berimpak. Tercapai hasrat tema dipilih, ‘Kesultanan Melayu’ yang seolah-olah menerawang ‘daulatnya’ memenuhi setiap ruang dewan, juga dalam seluruh acara yang berlangsung demi mengangkat kembali era kegemilangan persuratan Melayu. Tahniah Kumpulan Utusan atas segala usaha murni. Syabas Sekretariat yang gigih bertungkus lumus, mempersembahkan juga tujuh terbitan terbaru, di bawah kelolaan Tintarona Publications Sdn. Bhd, antologi karya eceran Kuroshio, dan enam novel pemenang, HSKU edisi ke-34 mudah-mudahan menyusul, dengan edisi yang ke-33 kekal menggamit kenangan.

Thursday, May 28, 2020

PERJALANAN SASTERA 9


DI LENGKUNG LANGIT BIRU: 

NILAI KEROHANIAN PENYAJAK ZAIN IDRIS AT-TOBIARI

Oleh SAS Puzi Hadi




Pada majlis Dialog Puncak Karyawan ASASI (2019) dan Dialog Tiga Wilayah (DTW) di BDB Darulaman, Jitra, Kedah pada 28-30 November 2019, kumpulan puisi karya Zain Idris At-Tobiari berjudul Di Lengkung Langit Biru telah dilancar oleh Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan.

Zain Idris At-Tobiari nama pena 
Zainol Idris tidak asing dalam arena sastera tanah air. Beliau lahir di Tobiar, Pendang, Kedah. Pendidikannya di SK Haji Idris, Tajar dan Raudzatul Ulum, Langgar, Kedah dan di Kolej Islam Kelang, Selangor. Mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang dan ditempatkan di SMK Seri Mahawangsa, Jitra dan SMK Paya Kemunting, Jitra. Bersara pada tahun 2011 sesudah 32 tahun berkhidmat sebagai guru sains.

II

Zainol Idris giat dalam bidang sastera mulai tahun 1979 dalam genre skrip drama pentas dan pada awalnya menumpu genre cerpen, rencana dan skrip drama TV. Skrip drama TV pertama beliau, "Lampu" tersiar dalam slot Drama Minggu Ini di RTM/TV1. Diikuti seterusnya cereka, antaranya: Bahtera, Nurhidayah, Al-Infithaar, Farah Al-Mansor, Siew Peng, Deru Ombak (adaptasi novel sasterawan Jepun, Yukio Mishima), Mount Estate, Kamalia dan Langit Maghrib.

Beliau menghasilkan antologi cerpen bersama Jelapang 2 (1983), Pulangnya Pemuja Ombak (1985), Tafakkur (2011), Rusuh di Hati Putih (2016) dan Sang Pecinta (2018). Kumpulan cerpen perseorangan pertama ialah Sekali Air Bah (2015). Dunia sajak dimasukki sedikit terkemudian dan terhimpun dalam antologi puisi bersama terbitan ASASI iaitu Sang Pecinta (2018), Jelapang Lahuma (2018), Ceritera dari Pulau (2019) dan Suara Tiga Wilayah (2019). Terkini karya novel sulung beliau, Siluet (ASASI, 2019).

Beliau berjaya memenangi pelbagai hadiah genre cerpen dan puisi, antaranya Hadiah Penenulisan Cerpen Berundur Islam (JAKIM/DBP, 1985), Hadiah Penulisan Adaptasi Cerpen ke Drama TV (RTM/DBP, 1991) dan Hadiah Karyawan Darul Aman (1996/1997).
Memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012 dan 2013 bagi genre cerpen. Turut meraih kemenangan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2015 dan 2017 bagi genre puisi. Dalam penulisan puisi, beliau menggunakan nama pena Zain Idris At-Tobiari dan lain-lain genre dengan nama pena Zainol Idris.  Beliau telah diangkat sebagai Karyawan Bulan Ini dalam majalah Dewan Sastera (DBP, Bil. 1, Januari 2019).

III

Kumpulan puisi perseorangan pertama Zain Idris At-Tobiari iaitu Di Lengkung Langit Biru (DLLB) diterbitkan di bawah Skim Galakan Penerbitan ASASI.

Himpunan sajak dalam DLLB ada belum tersiar dan ada pernah tersiar dalam akhbar iaitu Berita Harian BH Ahad, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Harakah; dalam majalah Dewan Sastera dan Dewan Tamadun Islam (TI) terbitan DBP Kuala Lumpur. Tajuk buku DLLB diambil daripada judul puisi yang memenangi HSKU 2015.

Menariknya wajah DLLB dicetak dengan bentuk lanskap dengan 50 buah puisi digiringi 44 buah sketsa hitam-putih. Puisinya diagih kepada tiga subtopik, iaitu bab Zikir Hujan (13 buah sajak) bertema kerohanian; bab Hibernasi (22) bertema pemikiran sejagat dan personal; dan bab Doa Monsun (14) bertema peristiwa. Buku DLLB ini memuatkan kata pengantar oleh pengkritik/penyajak Azmi Rahman @ 
Mohamad Azmi Ab Rahman  iaitu mantan pensyarah UUM Sintok, Kedah.

IV

Setinggi tahniah ðŸ’¯ Zain Idris At-Tobiari yang berjaya menzahir karya sajaknya dengan kekuatan tersendiri untuk dikongsi oleh kita semua

Wednesday, May 27, 2020

PERLALANAN SASTERA 8

          SAYA, DARI HUJUNG KAMPUNG

 

           Saya cuba-cuba memberanikan diri mendekati arena persuratan kira-kira  pertengahan tahun 1977, iaitu ketika mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang. Begitu pun sudah pasti bibit-bibit tarikan kepadanya  sedia berputik lebih awal lagi; secara perlahan-lahan  dan tidak disedari. Rangsangan-rangsangan  yang  pada awalnya sekadar  cebisan angan-angan dan impian, lama-kelamaan bercantuman sama sendiri, mendap, lalu terjelma dari sekadar suka-suka  berubah menjadi kecintaan (passion)  yang kekal berlangsungan.

         Saya lahir dan besar di kampung, dalam sebuah komuniti Melayu yang menggunakan dialek Siam (Thai) sepenuhnya, sebagai wadah komunikasi harian  (sekadar  bertutur saja    tapi tidak tahu menulis atau membaca aksara Thai]. Kelompok kecil yang masih wujud di beberapa daerah di Kedah hingga kini, adalah saki baki tinggalan dari penaklukan Siam ke atas Kedah (1821-1842). Pembelajaran dan amalan penggunaan  bahasa Melayu sepenuhnya , bagi saya cuma bermula bila menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

       Kegemaran saya ketika zaman kanak-kanak ialah mendengar cerita lisan yang disampaikan oleh nenek saya (sebelah bapa) , almarhumah Hajah Mariam  Ishak. Kerapkali saya akan bermalam di rumahnya, yang terletak tidak jauh dari rumah kami, semata-mata untuk mengikuti cerita-cerita  (mi than) yang dituturkan sepenuhnya dalam dialek Siam. Di antara cerita yang masih samar-samar dalam  ingatan seperti Nang Sip Song (Puteri Dua Belas),  Hin Tham (Batu Belah)  dan Lok Chang (Anak Gajah). Setiap satu disampaikan dengan penuh perasaan,  mengandungi  dialog dan kata-kata berirama seumpama gurindam dan seloka dalam  versi Siam. Menariknya hampir keseluruhan cerita yang ditutur sering diasosiasikan  dengan  mitos unsur-unsur pewarnaan setempat. Sebagai contoh dalam cerita Nang Sip Song, dua belas  puteri yang dicungkil biji mata oleh Permaisuri kaum gergasi, disembunyikan di bawah tangkupan kawah besar. Mengikut nenek, kawah besar itu tidak lain tidak bukan iaitu Gunung Jerai, yang tersergam  sebagai puncak tertinggi di Kedah sekarang.

            Ketika menduduki  pendidikan dasar di SK Haji Idris,Tajar, Alor Setar (1962-1967), terdapat satu sudut  berhampiran bilik guru yang dijadikan kutub khanah, di mana kami murid-murid darjah lima dan enam mendapat keistimewaan  meminjamnya. Di antara judul koleksi buku-buku yang masih kekal dalam ingatan, ialah novel-novel dari Indonesia seperti Layar Terkembang oleh Sutan Takdir Alishahbana, Siti Nurbaya, (Marah Rusli) termasuk juga novel-novel autobiografi-politik oleh Ruhi Hayat  seperti Api Dan Airmata dan Api Itu Masih Membara. Novel Tulang-Tulang Berserakan (Usman Awang), disamping buku-buku  yang lahir dari sayembara seperti  Bahagia Sesudah Derita ( Md.Akhir Leman) dan antologi cerita pendek, Aku Di Sebuah Pulau. Koleksi buku-buku sastera (yang kami panggil sebagai buku cerita)  agak tinggi untuk dihadami oleh seorang murid baya kami. Buku-buku tersebut mungkin dibeli mengikut  citarasa guru-guru, untuk mereka baca  sendiri. Sebaliknya, sudah pasti kami lebih teruja dan  berebutan  untuk meminjam buku-buku hikayat dan penglipurlara seperti Hikayat Raja Donan,  HikayatTerong Pipit,  Hikayat Bungsu Pinang Peribut , Hikayat Anggun Cik Tunggal dan lain-lain (sekadar yang masih terlintas dalam ingatan) yang sesuai dengan tahap imaginasi dan daya fantasi seorang kanak-kanak. 

            Saya  mendapat pendidikan menengah rendah (1969-1971), di sebuah sekolah agama rakyat, Raudzatul Ulum,  terletak tidak jauh dari Makam Diraja, Langgar, Kedah.

Perpustakaan (maktabah) pula seadanya, berisi kitab-kitab arab yang tercetak di Beirut dan Kaherah. Buku-buku akademik  dan agama berbahasa Melayu, termasuk karya sastera  Melayu dan Indonesia agak  terbatas; antara yang saya masih ingat dan pernah meminjamnya  ialah, Hikayat Faridah Hanum (Syed Sheikh Al Hadi), Tenggelamnya Kapal Ven Der Vicjk (Hamka),  Desa Pinggitan (Ibrahim Omar), Subuh (Atan Long), Hud dan Patah Sayap Tebang Jua (A.Samad Ismail.)  

Cerpen pertamaku Dewan Sastera, Julai 1981

            Seperti kebanyakan sekolah agama rakyat, gerakerja  kokurikulumnya lebih tertumpu kepada bidang bahasa dan kebudayaan.Tiada  aktiviti sukan dan pemainan kerana ketiadaan gelanggang atau  padang permainan disebabkan keluasan tanah yang terhad. Setiap hari Sabtu kami dikehendaki menghadiri  Majlis Muhadhoroh ; perjumpaan mingguan yang diisikan dengan kegiatan bahasa dan kebudayaan.  Pada majlis ini setiap pelajar akan tiba juga gilirannya untuk mengambil bahagian  dalam bidang-bidang seperti  berqasidah, bacaan al Quran, nashid, syarahan, debat, deklmasi puisi, bersyair, drama, pentomin, tablo, nyanyian  dan lain-lain.  Saya pernah  sekali dua  muncul di pentas mendeklamasi sajak. Sajak pilihan saya yang masih terakam dalam ingatan  tidak lain dari Ke Makam Bonda (Usman Awang) dan Aku (Chairil Anwar).

      Memandangkan kedudukan rumah kami lebih kurang 4 kilometer ke jalanraya, sayaterpaksa tinggal di rumah nenek (sebelah ibu), almarhumah Hajah Saadah Yunus, di kampong Titi Haji Idris, memudahkan berulang alik ke sekolah dengan kenderaan bas Mara, ke Pekan Langgar hampir 12 kilometer. Di sini, saya berkawan dengan abang sepupu , AbuBakar Ali (almarhum) yang sama belajar di Rauzatul Ulum. Dia lima tahun senior daripada saya. Beliau sangat berminat dengan kesusasteraan dan menulis  sajak menggunkan nama pena  A.R. Asmardi. Sajak-sajak tulisannya sering dideklamisikan dalam majlis Muhadhoroh .Tidak pasti sama beliau ada menghantar sajak-sajak beliau kepada akhbar atau majalah. Beliau yang meminati dan sering menggayakan penampilan seniman Nordin Ahmad,  juga kerap berlakun  drama dalam majlis-majlis tersebut.  Kegemarannya ialah memegang watak-watak antagonis. Saya selalu menumpang baca  ruangan sastera yang menyiarkan cerpen dan sajak dalam akhbar  Berita Minggu dan Utusan Zaman yang dilangganinya. Beliau juga melanggan majalah Mastika dan  Majalah Filem. Apabila majalah Dewan Sastera diterbitkan mulai Januari 1971, saya  berkesempatan memilikinya.  Dewan Sastera ketika itu cuma  berharga 50 sen senaskah,  boleh dapatkannya di kedai  Pak Mansor, seorang tukang jahit, di Pekan Langgar,  yang juga menjual buku, majalah dan akhbar. Berbekalkan duit belanja makan 40 sen sehari yang saya jimatkan, saya mampu memiliki Dewan Sastera setiap keluaran  termasuk, mingguan Utusan Pelajar dan  majalah Dian yang diterbitkan di Kota Baharu. Walaupun laras dan langgam  bahasa Dewan Sastera agak tinggi, sedikit-sedikit saya mampu menghadami seadanya, lagipun ketika itu saya sudah berada dalam tingkatan tiga (marhalah thalisah).  Menerusi Dewan Sastera, saya mulai mengagumi  Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah, S.Othman Kelantan, Latif Mohidin (selain dari puisi beliau juga menyumbangkan sketsa pada setiap keluaran), T.Alias Taib, Mohamad Haji Salleh, Zaihasra, Zurinah Hassan dan ramai lagi. Cerpen-cerpen Shahnon dan Azizi sangat mengesani jiwa saya mungkin kerana kami lahirkan dan membesar dalam latar sosial-budaya-ekonomi yang hampir sama ; masyarakat tani dan sawah padi di Kedah.

            Melewati dekad-dekad pasca merdeka; penghujung 50-an, 60-an dan awal 70-an, radio adalah media komunikasi dan hiburan  utama bagi masyarakat kampung. Walaupun televisyen telah mulai di perkenalkan di tanahair mulai 1963, siaran radio tetap menjadi wadah pilihan bagi  masyarakat kampung kami, yang masih  ketiadaan bekalan  elekrik. Sebagai sebuah desa yang tersorok di ceruk perdalaman persawahan, kami cuma mendapat menikmati kemudahan elektrik mulai pertengahan 1970-an. Pada awalnya keluarga saya memiliki sebuah peti radio besar jenama Normande, buatan Germany,  menggunakan bateri yang besar dan berat . Dua batang buluh terpaksa digunakan untuk meregang wayar  antenna. Pada penghujungan 1960-an kemudian barulah bertukar kepada radio  transistor , kecil, ringan serta menggunakan sel kering. Masih mendap dalam ingatan, menjelang malam-malam  Ramadhan,pasti  ada jiran-jiran berandangl  untuk mengikuti Musabaqah Al Quran  yang disiarkan secara langsung menerusi radio.

            Drama radio  boleh dikatakan ke udara saban hari,  bukan saja dari  Radio Malaysia malah dari Siaran Melayu Radio Singapura juga boleh dicapai dengan jelas. Lakonan suara  Salim Bachik, Z. Roslee, Jahlelawati, Rubiah Suparman, Jorah Ahmad, Osman Zailani,  SM  Alkaf dari Radio Singapura, manakala dari Radio Malaysia pula  Karim Mohamad, Helan Abu, Mahani Ujang, Norhiyah Mohd Isa, Norlela Samad    adalah familiar bagi kami.  Radio Malaysia menyediakan  slot-slot  drama seperti  Sandiwara Radio, Bangsawan Di Udara, Purbawara, Drama Dalam Syair,serta drama bersiri seperti Kebun Pak Awang, Keluarga Cikgu Ali dan Fajar Di Bumi Permata. Semuanya meninggalkan kesan-kesan tertentu dalam diri saya.

            Ketika sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), saya sempat menghasilkan dua buah skrip drama radio, berdasarkan contoh skrip  yang saya pohon dari Radio Malaysia Pulau Pinang.   Saya telah menghantar kedua-dua skrip bertulisan tangan di atas kertas fullskap yang dikoyak dari baki buku nota sains kepada penerbit drama Radio Malaysia Pulau Pinang. Tidak lama kemudian saya menerima kembali skrip-skrip tersebut dengan contengan dakwat merah oleh penerbitnya, Hashim Embi (almarhum). Komen-komen yang diberi amat memberangsangkan dan minta diperbaiki dan hantar kembali. Bagaimanapun  impian untuk menjadi penulis skrip drama radio terpaksa saya pendamkan kerana beberapa hari kemudian, di awal tahun 1972, setelah keputusan peperiksaan SRP keluar dan saya memperolehi keputusan yang agak baik, saya menerima surat tawaran menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh,  Kolej Islam Kelang (KIK),  dalam jurusan sains.

            Peralihan suasana pembelajaran dari sebuah sekolah agama rakyat yang bergerak dalam keadaan serba kekurangan kepada sebuah sekolah berasrama penuh , berhadapan pula dengan aliran sains yang ‘dipaksakan’, bagi saya seorang anak tani yang hidup di hujung kampung  tersorok adalah suatu kejutan. Sementelahan pula ketiadaan buku-buku teks subjek sains dan matematik dalam bahasa melayu berhadapan pula dengan guru-guru sains dan matematik yang keseluruhannya didatangkan dari Indonesia, menyebabkan bahasa dan sastera semakin menjarak dari saya.  Kesibukan menghafal dan memahami istilah dan frasa-frasa sains bersama teori, hipotesis, dan formula yang berbagai-bagai menyebabkan hampir tiada masa untuk saya bermesra dengan  buku-buku sastera yang memang banyak di perpustakaan KIK (alangkah bertuahnya kawan-kawan dari aliran sastera).

            Begitupun oleh kerana saya dilantik sebagai pengawas perpustakaan, sambil bertugas saya masih berpeluang walaupun tidak berleluasa meladeni novel-novel seperti Ranjau Sapanjang Jalan (Shahnon Ahmad), Atheis, Achdiat K.Miharja, Jalan Pulang( Anas K.Hadimaja), Cerita Dari Blora,  Di Tepi Kali Bekasi dan Keluarga Gerilya ( Pramoedya Ananta Toer), Salina ( A.Samad Said), Sandera ( Arenawati)   dan lain-lain termasuk kumpulan puisi Sungai Mekong, A.Latif Mohidin,  sebagai satu terapi dan pelarian sejenak  dari dunia sains yang terlalu mengasak-asak,  kadang-kadang membaji  minda. 

               Apabila  terpilih mengikuti kursus perguruan  di Maktab Perguruan Persekutuan P.Pinang, sebuah institusi perguruan khusus untuk melahirkan guru-guru sains dan matematik  kesempatan untuk saya kembali memesrai sastera kembali  terbuka, walaupun nanti saya akan keluar sebagai guru terlatih yang akan mengajar subjek sains. Suasana pembelajaran di sini tidaklah seketat pembelajaran di alam  persekolahan. Saya kembali melanggan Dewan Sastera termasuk Dewan Budaya. Saya juga mula mengasah bakat menghasilkan karya cerpen dan puisi yang diterbitkan dalam bulletin dan majalah maktab.

            Di maktab saya mula belajar berjinak-jinak dengan pementasan drama dengan menganggotai kelab drama  sebagai memenuhi syarat kegiatan kokurikulum.  Saya mulai belajar mengenali seni persembahan  menerusi penasihat kelab kami Mutalib Hashim dan .Noordin Hassan (sekarang  Datuk, Sasterawan Negara). Bermula sebagai crew pementasan drama-drama  Cikgu Noordin iaitu, Tiang Seri Tegak BerlimaPintu , The Journey ( versi Melayunya, Jangan Bunuh Rama-Rama) ,  termasuk sebuah drama opera Inggeris lakunan pensyarah dan kakitangan maktab (lupa judul),  sekadar bertugas sebagai propmen iaitu memasang set dan peralatan sebelum latihan atau pementasan kemudian mengemas dan menyimpanya kembali  dalam stor apabila semuanya tamat. Biasanya kamilah yang datang lebih awal dan pulang paling akhir untuk suatu event . Rupa-rupa sambil duduk-duduk di belakang pentas mengikuti latihan saban malam,  secara tidak langsung menyuntik banyak ilmu  seni persembahan dan  pementasan kepada saya.

Dari Pentas ke Tv, skrip dramaku yang pertama,
, lakunan Ahmad Yatim,  RTM1, 12 Julai 1981

             Mulai tahun 1978, ketika di tahun dua pengajian,  saya mulai menulis dan mementaskan drama. Sepanjang berada di Maktab Perguruan Persekutuan saya sempat menulis dan mementaskan drama adaptasi dari novel Atheis karya Achdiat K. Mihardja , serta dua buah naskah tulisan sendiri, Lampu dan Bahtera. Drama Lampu telah menjuarai pertandingan di Pesta Drama Maktab-maktab Perguruan seluruh Malaysia yang diadakan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur dengan merangkul tiga hadiah utama skrip terbaik, pengarah terbaik dan drama terbaik.

            Penglibatan dalam drama pentas jugalah yang membawa saya ke arena drama televisyen. Abd.Aziz Abas, ketua drama RTM  merupakan salah seorang hakim  di Pesta Drama Maktab-Maktab Perguruan Malaysia 1978 (disamping Krishen Jit dan Shuhaimi Baba) beliau  kemudian telah menawarkan  untuk membawa drama Lampu yang menjurai pertandingan tersebut dari pentas ke kaca tv, memandangkan ketika itu terdapat usaha-usaha membawa teater ke tv, giat diusahakan oleh RTM. Ia dipelupori  dengan drama-drama seperti Bukan lalang Di Tiup Angin karya Nordin Hassan, Alang Rentak Seribu dan Menuju Utara oleh Syed Alwi. Di samping skrip drama  luar seperti Malam Jahanam (Montinggo Boestje), Jenazah (Rabindranath Tagore) dan Saksi  (dari drama Jepun Rashomon) . Akhirnya drama saya, Lampu telah disiarkan menerusi sloat Drama Minggu Ini, pertengahan  tahun 1981 diterbitkan oleh Zohara Gany Batusha, dengan pelakun utama Ahmad Yatim, dikuti oleh  drama pentas kedua saya Bahtera (1982) lakunan oleh Khalid  Salleh terbitan oleh penerbit yang sama.
     Bermodalkan dua buah skrip itulah, atas bimbingan, inisitif dan jasa baik Atondra (Datuk Mohd Nordin Abdul Rahman), yang bertugas sebagai penyunting skrip di Unit Drma Tv  RTM,  saya diberi peluang beberapa kali memperdalami selok belok  penghasilan skrip drama tv (teleplay) di Institut Penyairan Tun Abdul Razak (IPTAR), terletak bersebelahan Angkasapuri. Menerusi ilmu yang diperolehi saya berjaya menghasihkan beberapa buah skrip termasuk untuk siri drama khas Panggung RTM Seperti Nurhidayah , Al Infithaar, Deru Ombak (adaptasi dari novel Yukio Mishima), Siew Ping([adaptasi cerpen Mawar Merah Di Jambangan, Khadijah Hashim),  dan beberapa mini siri seperti Farah Al mansor, Kamalia, Mount Estate dan lain-lain.

            Skrip drama tv saya yang terakhir ialah Panggung RTM  Langit Maghrib  drama khas untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2002. Selepas itu saya tidak lagi menulis skrip drama tv memandangkan trend drama-drama mutakhir  lebih menjurus ke arah komersialisme. Pengiklan-pengiklan yang menajai sesuatu sloat drama kelihatannya secara tidak langsung lebih berkuasa menentukan tema dan nuasa sesebuah karya. Kisah-kisah cinta  yang mengobrak-abrikkan  emosi  audien,  jalur cerita  asyik-maksyuk yang  sengaja dipanjang leretkan,  lebih mudah lulus pitching  berbanding yang mengutamakan nilai-nilai intektual. Contoh paling mudah ialah keghairahan  mengadaptasikan novel-novel cinta popular  yang menguasai sloat-sloat drama berantai di stesen-stesen tv masakini.

Dari Pentas ke TV, Bahtera, RTM 1, 29 Oktober 1982

            Pencapaian terbaik dalam arena penulisan naskah drama termasuklah:  Hadiah Penulisan Darul Aman (Drama)1980/ 1981, Hadiah Penulisan Adaptasi Cerpen ke Drama Tv, DBP/ RTM,1994.  Hadiah Karyawan Darul Aman, (Drama) 1996/ 1997, Skrip drama “Komedi Al Kahfi 2” memenangi Hadiah Utama, (Kategori.Drama Pendek), Sayembara Penulisan Kreatif ASASI  2017)

             Dalam penulisan cereka Tv juga turut menampakkan hasil yang memberangsangkan di mana beberapa  karya berjaya dicalunkan ke peringkat akhir anugerah/ oskar Sri Angkasa (ASA), iaitu: DMI Bahtera (ASA 1981) PRTM Nurhidayah (ASA 1983), PRTM   Al Infithaar ( ASA 1984) PRTM   Deru Ombak (ASA 1991), mini series Mount Estate  dipilih  mewakili Malaysia ke Asia Tv Festival, Hong Kong,  1997)

            Dalam genre cerpen, saya mula dengan mengasah bakat melalui bulletin dan majalah maktab. Beberapa buah cerpen tersiar melalui Bulletin M4P dan majalah Sinaran.  Cerpen pertama saya yang tersiar melalui media awam ialah “Si Keweh Masih Di Caruk”, Dewan Sastera, Julai 1981. Cerpen ini digarap bersumberkan idea dari kisah benar, iaitu peristiwa demonstrasi petani-petani di hadapan Wisma Negeri (bangunan pusat pentadbiran kerajaan negeri Kedah),  Alor Setar, pada akhir tahun 1980. Kaum tani dari ceruk rantau negeri  berhimpun menuntut kenaikan harga padi, yang ketika itu dianggap terlalu rendah dan menekan kehidupan pesawah-pesawah padi. . Ada orang kampung yang tidak mengerti apa-apa tujuan perhimpunan itu, sanggup berbasikal berbatu-batu ke sana. Ramai yang terpaksa tidur di dalam lokap, termasuk mereka dari kampung saya.

             Saya bukanlah penulis yang prolifik.  Sehingga kini sekitar  40 buah cerpen saja yang diterbitkan secara eceran dalam beberapa majalah dan akhbar tanahair. Sekali Air Bah (ITMB, 2015) ialah kumpulan cerpen persendirian saya yang memuatkan 17 buah cerpen pilihan yang dihasilkan dalam dua dekad yang berbeza iaitu 1980-an dan dekad pertama mellenium. Beberpa buah cerpen saya juga ikut termuat dalam antologi bersama seperti   Jelapang 2,(Teks Publishing,1983), Pulangnya Pemuja Ombak        

( DBP, 1985),  Tafakkur ( DBP, 2011),  Rusuh Di Hati Puteh ( UUM Press, 2016),   Sang Pecinta ( Asasi, 2018)

            Terdapat beberapa buah cerpen turut terpilih memenangi sayembara dan hadiah penulisan ini termasuklah , cerpen Hujan (Hadiah Penulisan Cerpen Berunsur Islam, Jakim/ DBP, 1985). Dedam Apai ( DS, Bil.1/ 2012), Hadiah Sastera Perdana Malaysia ( HSPM) 2012, Gadung ( DS.Bil.2/ 2013), HSPM  2013., Cerpen Pak Tuan Dan Sebongkah Batu Di Kaki Gunung dan Bintang Mengerdip Di Ulu Legong,  memenangi Hadiah Sayembara Penulisan Kreatif Asasi 2017.

Puisiku 'Di Lengkung Langit Biru', memenangi hadiah utama puisi,
 HSKU 2015

             Lazimnya dunia perpuisian  adalah gelanggang bagi anak muda. Mungkin sedikit keganjilan  bila  saya katakan  mula melangkah ke alam puisi  ketika usia menjejaki zon warga emas, iaitu setelah memasuki  usia persaraan wajib dalam kerjaya pada tahun 2011. Melangkah kaki ke lopak  kedua dekad mellinium, saya cuba memberanikan diri mengenengahkan puisi-puisi ke media cetak dengan mempertaruhkan nama pena Zain Idris At-Tobiari (Tobiar ialah kampung kelahiran saya   terletak dalam Daerah Pendang Kedah). Alhamdulillah nampaknya kehadiran saya diterima seadanya,

Sekali lagi puisiku 'Lelaki Yang Keciciran Lidah' memenangi
hadiah utama puisi, HSKU 2017

     Begitu pun sejak mula meminati dan menceburi seni persuratan, minat saya terhadap puisi tidak pernah dikesampingkan. Masih tetap membaca, menikmati dan merasai keanjaiban sebuah puisi, disamping tetap mencoret  bait-bait  puisi walaupun sekadar untuk bacaan dan simpanan sendiri. Menulis senikata lagu sekolah dan lirik lagu-lagu puisi untuk pelajar-pelajar ke pertandingan lagu puisi yang diadakan setiap tahun.

            Proses pengkaryaan  puisi bagi saya menduduki strata yang sangat istimewa, kerana terpaksa melalui tempoh dan fasa yang agak sukar dan berhati-hati, dalam penglahiran sesebuah karya. Proses pematangan  karya menagih renungan dan  pemikiran  pada jeda masa yang tidak menentu. Walaupun  berpengalaman melebihi tiga dekad menceburi dunia penulisan prosa, genre cerpen, skrip drama pentas, cereka Tv dan essei; menghasilkan sebuah puisi rupa-rupanya berbeza sekali. Bagi saya puisi adalah percakapan dan kata-kata jiwa, bukan lahir lewat akal fikiran semata. Puisi adalah intipati daripada segala jujukan intelektual, perasaan, emosi, sentimen, persepsi, tanggapan,  pemikiran, takkulan dan apa saja yang dituang ke dalam acuan  persuratan dan kesusasteraan. Seorang penulis yang berjaya menghasilkan beberapa naskah novel  berketebalan ratusan halaman belum pasti mampu melakar sebuah sajak yang terdiri daripada beberapa stanza, seperti pernah diakui Shahnon Ahmad.

Pemenang-Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017

             Saya melihat sebuah puisi lebih mendekati sebuah karya seni visual. Tidak kiralah apa pun acuan dan alirannya; realisme,  abstraks, sebuah kolaj atau sebuah arca. Kedua-duanya mempunyai persamaan pada bingkai  yang kecil tapi  merakam dan menyimpan segunung  perasaan, pemikiran, gagasan atau falsafah. Kedua-duanya dilakar dan dibentuk lewat   isme-isme tertentu. Bezanya seniman pelukis memilih warna, garisan dan bentuk. Penyair pula memanfaatkan medium bahasa  lewat alat susastera; laras, langgam,  pola perlambangan, kiasan, ritma dan sebagainya. Dan untuk menikmatinya, sekali lagi kedua-duanya; catan dan puisi perlukan sesi apriasiasi yang mampu melahirkan pelbagai tafsiran. Di sinilah mungkin terpancar estetik dan mistiknya sebuah catan atau sebuah puisi.  

              Puisi pertama saya yang terbit di media arus perdana ialah“Sukma Perbukitan” (Mingguan Malaysia, 2 April 2015). Percubaan saya menduga nasib pada kedalaman lautan puisi menampakkan hasil, di mana  pada tahun tersebut, dari empat  buah puisi saya yang tersiar dalam Mingguan Malaysia sepanjang 2015, tiga  disenarai-pendekkan untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU). Hasilnya, puisi Di Lengkung Langit Biru, terpilih menerima hadiah utama kategori puisi bagi HSKU 2015. Pada Disember 2017, Kumpulan puisi kecil saya  Biarkan Aku Di Sini, Seketika Menyendiri, Menelaah  Atlas Peribadi, terpilih memenangi Sayembara Penulisan Karya Kreatif 2017, anjuran Angkatan sasterawan Nasional Kedah (ASASI).  Selain daripada tersiar secara eceran dalam akhbar dan majalah tempatan, puisi-puisi saya turut terkumpul dalam antologi Sang Pencinta (Asasi, 2017) dan Jelapang Lahuma (Asasi, 2018) serta kumpulan puisi persendirian Di Lengkung Langit Biru (Asasi, 2019)

Kumpulan cerpenku, memuatkan
 17 buah cerpen, ITBM, 2015

            Saya mula memasuki alam  perkerjaan pada April 1979 bila ditempatkan di SMK Seri Mahawangsa, di Jitra, Kedah.  Minat dan kecintaan pada drama dan pementasan menggerakan saya dan beberapa rakan yang sebahagian besarnya kalangan guru menubuhkan Grup Teater Kelana. Kumpulan ini tidak panjang usianya dan cuma sempat mementaskan sebuah drama saja,Bahtera. Saya kemudian bergerak bersama Majlis Teater Sekolah-Sekolah Kedah (MTSK). MTSK yang diterajui dramatis Hashim Yasin   banyak terlibat dalam persembahan dan pementasan kebudayaan di bawah naungan Jabatan Pendidikan Kedah. Ramai tokoh-tokoh drama yang menggabungkan diri dalam MTSK selaian daripada Hashim Yasin (almarhum), Samad Salleh (almarhum, Prof. Madya), Badrul Munir Md.Isa, Mutalib Hashim, Yusof Hussain, Aishah Jali, Najlah Wafdah (almarhumah)  dan lain-lain.

            Selain dari bergerak dalam aktiviti seni persembahan dan pementasan saya juga berpayung di bawah  persatuan penulis. Satu-satunya persatuan penulis di Negeri Kedah yang kekal unggul sehingga kini,  telah berusia 43 tahun, ialah Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI). Ia didirikan atas percantuman dua buah persatuan penulis, iaitu Gabungan Sasterawan Sedar (GATRA) pimpinan Shahnon Ahmad (almarhum, Prof.Dato’) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Kedah (3PSK) diketuai Nazril Mohd Zain (almarhum) pada 14 Ogos 1975. Gabungan itu di namakan sebagai Persatuan Penulis Nasional Kedah (PENULIS). Kemudian melalui mesyuarat agungnya pada 22 Mei 1978, PENULIS ditukar kepada ASASI,  akronim kepada Angkatan Sasterawan Nasional Kedah.

            Saya diterima menjadi ahli ASASI pada Disember 1979, yang  ketika itu masih lagi diterajui oleh Shahnon Ahmad sebagai Ketua Satu. Saya masih ingat aktiviti pertama ASASI yang saya sertai ialah Kursus Asas Penulisan, merangkumi  genre cerpen, drama radio, drama Tv dan penulisan berita dan rencana bertempat di Tapian Gelanggang, Alor Setar. Ceramah  disampaikan oleh Azizi Haji Abdullah (cerpen),  MZ Halim Hassan (drama radio),  Noorjaya(drama Tv) , manakala berita dan rencana di sampaiakan oleh Saad Taib.  Yang masih kekal dalam minda hingga kini ialah, kata-kata yang dipetik oleh Saad Taib, pemberita sambilan Berita Harian, ketika menyampaikan ceramahnya  ialah, ‘ Anjing gigit orang bukanlah berita, tapi kalau orang yang gigit anjing, barulah  berita’.

              Hampir empat dekad bernaung di bawah rimbun teduhan ASASI,  meletakkan diri saya  seakan seekur tikus terjatuh ke dalam tempayan beras. Betapa beruntungnya diri dapat menumpang limpahan ilmu dan pengalaman  dari tokoh-tokoh besar sasterwan dan penulis yang turut benaung dalam ASASI. Nama-nama besar seperti  Shahnon Ahmad (almarhum, SN, Prof. Dato’), Mohd Yusof Hassan (Prof.Dato’), Noorjaya (almarhum), Wan Shamsuddin Mohd Yusuf ( Dato’, Dr.)  Azizi Hj.Abdullah (almarhum), Afrini Adham (almarhum), Abdul Halim R (Dato’ ).  A.Rahmad (almarhum, Dato’), Zurinah Hassan (Dato’ SN), Jamaluddin.D (almarhum), Shaari A.B (almarhum), Saad Taib (almarhum),  MZ Halim Hassan, SAS Puzi Hadi, Ismail Restu, Osman Ayob, Hassan Basri Budiman, Amelia Hashim, Zaidin Abadi dan lain-lain sering memberikan bimbingan menerusi  aktiviti-aktiviti yang dianjurkan khususnya kepada kami yang  cuba-cuba menduga kedalaman  lautan sastera dan persuratan.         

            Sebuah persatuan penulis bukan kilang yang mampu melahirkan sekelompok manusia bergelar penulis, sasterawan atau pujangga, kerana seorang karyawan mempunyai dunia tersendiri; berkarya dalam ruang peribadi yang sunyi dan terasing. Proses kreatif seorang penulis mempunyai seninya yang tersendiri. Namun begitu sebuah kelab atau persatuan membuka ruang untuk  bergaul, berkomunikasi,  bersilang  pendapat  dan aspirasi di kalangan mereka yang mempunyai minat yang homogenous. Selain dari aktiviti-aktiviti yang membekalkan nilai tambah kepada bakat ilmu dan kemahiran berkarya menerusi penganjuran seminar, kursus, diskusi, apresiasi dan sumpamanya  Khabar berita dari teman-teman yang giat berkarya dan prolifik pasti menimbulkan sedikit  rasa irihati ( yang positif),  menghangat dan menyalakan unggun semangat yang malap dan hampir padam. Keinginan untuk kembali mengasah  kreativiti yang lengai dan tumpul, melangkah masuk kembali ke dalam litar, berlumba-  berlumba menghasilkan karya-karya  bermakna. Sepanjang berada dalam ASASI saya pernah terpilih menduduki barisan jawatankuasa bagi sesi 1988/89, 2015/2016 dan 2017/2018.

                        Situasi mutakhir,  ketika mana  ramai karyawan terutama kalangan generasi muda dengan bergaya, berlumba-lumba   menelusuri dan mendalami aliran-aliran avant-garde, saya masih setia menyenangi dan menekuni jalur dan warna-warna realisme. Dalam  perjalanan merentasi asar ke sempadan maghrib yang makin hampir, saya sekadar seekor kunang-kunang kesiangan, yang terapung dan terpana di lautan cahaya. Selagi  embun ilham terus menitis membasahi minda kreatif dan jari-jari pula masih  berupaya mengetik butang-butang papan kekunci, saya akan cuba  terus berkarya, walaupun selambat kura-kura melintasi gurun pasir.

                         Di ambang senja ini, saya sempat melahirkan sebuah novelet, Siluet (Asasi, 2019), serta masih setia menanti  kelahiran naskah   novel kedua, 
Maria 'Perempuan Seorang Manejar Estet '.

 

@@@ (Teks ini tersiar dalam ruanagn Karyawan Bulan Ini, Dewan Sastera, Januari 2019)

     

  DUNIA BUKU 15 CITRA BUDAYA DAN ORANG TUA   DALAM KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH  Oleh  Sohaimi Abdul Aziz  * (Pusat Pengajian Ilmu Keman...