Sunday, June 18, 2023

DUNIA BUKU 6

 ``

ulasan novel


Semangat Waja Seorang Wanita Melayu

Zaman Akhir Kolonial


MARIA PEREMPUAN ESTET

 Oleh Zaidin Abadi 




Novel Maria Perempuan Estet, hasil karya Zainol Idris pasti meninggalkan suatu kesan yang sangat mendalam kepada pembaca yang menyukai novel "epik" yang tampil dengan peristiwa yang panjang, sepertt Gone with the Wind dan East of Eden Apatah lagi novel ini seperti menghidupkan latar era sebelum Tanah Melayu merdeka (dan pascamerdeka), sewaktu Malaya masih lagi dijajah oleh kolonial Inggeris. 

Kisah penuh emosi dengan penjalinan watak dan peristiwa yang dramatik pada setiap babaknya ini turut mengambil sisi pandangan seorang wanita peribumi sebagai protagonisnya, menampilkan suatu suara pascakolonial yang jarangjarang ditimbulkan oleh pengarang tempatan. Suara segar ini hadir sebagai saksi dan penggerak pada peristiwa era penguasaan kolonial Barat di Tanah Melayu. 

Novel ini mengisahkan seorang wanita yang menghabiskan hampir 30 tahun usianya di dalam rumah agam yang didiami oleh pengurus estet berbangsa Inggeris, setelah hidup mudanya digonggong penderitaan demi penderitaan. Maryam, akibat bertelingkah dengan suaminya Joned, menyebabkan rumah tangga mereka bergoncang, dan telah nekad meninggalkan kampung bersama-sama anak tunggalnya, Semangat Waja Seorang Wanita Melayu Zaman Akhir Kolonial, Maria, memperjudikan nasib mencari sinar membina kehidupan di sebuah estet getah, iaitu Green Hill Rubber Estate.

Dalam melalui keperitan hidup sebagai pekerja estet, untuk mencari rezeki membesarkan anaknya, Maryam diterjah dugaan apabila dia hampir diperkosa sewaktu beliau sedang menoreh di ladang getah itu. Akan tetapi, mujurlah dengan kudrat kewanitaannya yang tiba-tiba menyinga, dia dapat menyelamatkan diri, apabila menggunakan pisau torehannya, menoreh dahi Mandor Sharip hingga menyembur darah dan meninggalkan kesan parut vang kekal pada muka lelaki hidung belang itu. Serentak peristirva hitam tersebut, nasib Maryam terus dirobek apabila foned merampas anak lelaki tunggalnya yang dijaga oleh pengasuh sewaktu dia bekerja menoreh di ladang. Dan, lebih malang lagi, foned telah menceraikan Maryam. 

Dalam keadaan hati remuk redam, hampir putusasa oleh nasib yang menimpa Maryam meninggalkan rumah kongsi estet dalam cuaca hujan pada waktu hampir malam, sehingga dia terjatuh dan pengsan di tengah jalan akibat keletihan. Dia ditemui oleh Jim Godfrey, pengurus ladang getah tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari pejabatnya. Dengan bantuan pemandu yang bernama Kadeer, Maryam dibawa pulang ke banglo di puncak bukit yang sunyi dan terhindar daripada pengetahuan masyarakat luar. Maryam akhirnya diberikan tugas sebagai pembantu rumah, membantu Nyonya Guan yang sudah lama berkhidmat di rumah itu. Mulai detik itulah nasib Maryam semakin berubah. 

Jim Godfrey merupakan seorang lelaki Inggeris yang berasal dari England, bertugas sebagai  pengurus Green Hill Rubber Estate. yang terletak di utara Malaya, dan merupakan seorang yang meminati  budaya dan adat resam Melayu. Jim amat gemar membaca buku bersangkutan dengan budaya Melayu,  mengkaji, mengumpul buku-buku, manuskrip dan artifak berhubungan di dalam sebuah bilik di tingkat atas banglo dua tingkat yang didiaminya. Setelah beberapa lama bekerja di banglo itu, Maryam dibenarkan untuk mengemas bilik bacaan yang sarat dengan buku milik Jim Godfrey, pengurus ladang yang masih belum berkahwin itu. Sambil melakukan tugas mengemas bilik tersebut, secara senyap-senyap Maryam ikut membaca, meneruskan rninatnya sejak di Sekolah Melayu dahulu yang tertangguh akibat kemiskinan keluarganya. 

Kehadiran Maryam di dalam rumah agam itu amat disenangi bukan sahaja oleh Nyonya Guan dan Kadeer, malah Jim Godfrey sendiri sudah mula terpikat pada sopan santun dan tinggi budi pekerti Maryam. Jim Godfrey sendiri memanggil Maryam dengan nama "Maria", tanpa memberitahu kenapa nama itu menjadi pilihannya. Hubungan majikan-pekerja antara Iim Godfrey dengan Maryam sedikit demi sedikit bertukar menjadi hubungan yang melibatkan perasaan, sehingga pada suatu hari Iim Godfrey melamar Maryam menjadi isterinya. 
 
Setelah kahwin, Maria telah belajar banyak perkara untuk menyesuaikan dirinya sebagai isteri kepada seorang pengurus ladang berbangsa Inggeris. Maria belajar menunggang kuda, menggunakan senjata api; pistol dan senapang, selain protokol kehidupan seorang "mem". Meski pun begitu, Maryam masih kekal dengan susila orang Melayu. 

Peristiwa rusuhan pekerja ladang getah yang membantah pemberhentian beramai-ramai akibat keputusan pihak pengurusan menukar tanaman getah kepada kelapa sawit, mengakibatkan Jim Godfrey mengalami kecederaan serius pada tulang belakangnya. Namun begitu, rusuhan yang hampir meragut nyawa pengurus ladang itu telah diselamatkan oleh Maria yang muncul dengan menunggang kuda dan melepaskan tembakan senapang ke udara, menyebabkan pekerja-pekerj a ladang yang merusuh itu lari bertempiaran sebelum polis tiba untuk mengambil tindakan selanjutnya. 

Akibat kecederaan yang dialami, Jim Godfrey terpaksa menjalani rawatan di England tanpa ditemani oleh Maria. Perpisahan itu merupakan kali terakhir pertemuan Maria dan Iim Godfrey. Tidak lama kemudian, Iim Godfrey meninggal dunia di tanah airnya sendiri. Zainol Idris telah menyusun cerita novel ini dengan cukup menarik, menggunakan tarikh dan tahun sebagai latar waktu pada setiap bab dalam novel ini, contohnya'April 1951" pada bab pertama, dituruti bulan Iun dan September 1951 pada bab kedua. Pada bab tujuh, Zainol telah mengundurkan garis masa ke bulan Februari 1949 dan terakhirnya Zainol melatarkan ceritanya pada bulan |ulai 1976. Hal ini memudahkan pembaca untuk memahami jalur cerita pada garis masa yang dinyatakan. Selari dengan garis masa yang dipaparkan, 

Zainol juga telah menyelitkan beberapa nama tokoh yang tercatat dalam sejarah waktu itu, seperti Tunku Abdul Rahman dan Mubin Shepard. Bukan itu sahaja, judul-judul buku yang tersimpan di dalam bilik bacaan Iim Godfrey juga menjadi tarikan untuk dikaji. Kepintaran penulis memintal cerita dari satu garis waktu ke satu garis waktu dengan watak-watak serta plot cerita yang kemas dan meyakinkan, telah menjadikan novel Maria: Perempuan Estet amat sesuai untuk menjadi bacaan umum, khususnya peminat kisah sejarah Malaysia sebelum merdeka. 

(Dewan Sastera, November 2022)

No comments:

  DUNIA BUKU 15 CITRA BUDAYA DAN ORANG TUA   DALAM KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH  Oleh  Sohaimi Abdul Aziz  * (Pusat Pengajian Ilmu Keman...