SILUET
Konflik dan Imej Manusia
oleh
SHAMSUDIN AHMAD
NOVE SILUET (2019),karya Zainol Idris merupakan terbitan Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI). Karya ini mengisahkan Pak Tuan atau nama sebenarnya Huseng bin Soleh, iaitu pesara kerajaan yang menentang pencerobohan alam sekitar demi kelestarian kehidupan manusia, serta flora dan fauna di kawasan pedalaman.
Huseng anak yatim piatu. Dia dijaga oleh datuk dan neneknya yang menetap di kampung Bukit Sekecung, Tobiar. Oleh sebab kecemerlangannya dalam pelajaran, beliau dapat memasuki sekolah berasrama penuh di bandar. Kemudian, melanjutkan pengajiannya di Universiti Oxford, England.
Di England, Huseng berkenalan dengan Mahani Bee, iaitu anak Datuk Ali Pitchay. Mahani Bee melanjutkan pelajaran di Universiti Cambridge, England dalam bidang pengajian English Literature, manakala Huseng pula dalam bidang Pentadbiran Awam. Perkenalan ini membawa ke jinjang pelamin, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Melalui pertolongan Datuk Ali pitchay, Huseng menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah kemudian menjadi Pegawai Daerah, dan seterusnya dilantik sebagai penolong Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada masa itu, Huseng bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah dan Sumber Alam, manakala Mahani Bee pula bekerja sebagai pensyarah di pusat Latihan Guru, di utara tanah air.
Oleh sebab kecemerlangan dalam pentadbiran, Huseng dipilih oleh parti pemerintah untuk bertanding dalam pilihan raya, iaitu sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Semasa berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Huseng dilantik sebagai Exco yang memegang portfolio Perhutanan, Galian dan Alam Sekitar. Malangnya, dalam pilihan raya yang berikutnya, nama Huseng tidak dicalonkan lagi.
Pak Tuan mempunyai dusun dan calet, dan dijaga oleh Pak Mega! iaitu penduduk tempatan yangbekerja sepenuh masa dengannya. Pak Tuan sering menerima aduan daripada Batin Ripin, ketua Orang Asli daripada suku Kensiu. Menurut Batin Ripin, ada kegiatan pembalakan haram yang dilakukan oleh satu sindiket yang tidak bertanggungawab. Dakwanya lagi, aktiviti tersebut memberikan kesan terhadap sumber pencarian rezeki puak mereka. Hal ini kerana, jumlah binatang buruan telah berkurang dan berlaku pencemaran sungai.
Konflik dalam Siluet
Rene Wellek dan Austin Warren (1966) dalam "Theory of Literature" menyatakan, sastera itu dapat memperlihatkan pandangan dunia (world-view) sesebuah masyarakat. Hal ini kerana, sastera mewakili kehidupan, dan kehidupan itu dalam ukuran yng lebih luas merupakan suatu realiti sosial. Oleh hal yang demikian, pendekatan sosiologis digunakan untuk melihat nilai dalam masyrarakat, institusi sosial, pandangan hidup individu yang tergambar dalam karya sastera (Baharuddin Zainal, 1979).
Konflik merupakan pertentangan atau pertaruangan yang timbul berdasarkan keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlarwanan dalam plot sesebuah cerita (Safian, 1985). Pada umumn, konflik yang dihadapi oleh manusia wujud kerana pertentangan antara unsur luaran dengan konflik yang wujud daripada unsur dalaman watak itu sendiri.
Konflik Luaran antara Manusia dengan Manusia
Konflik ini wujud oleh sebab terdapat pertentangan antara kumpulan manusia dalam Siluet, iaitu Batin Ripin sebagai ketua suku orang asli di daerah pedalaman dengan sindiket pembalakan haram di situ. Namun begitu pengarang tidak mewujudkan watak sindiket itu secara nyata, tetapi memaparkan konflik melalui teknik pengisahan sahaja. Keadaan ini sengaja disembunyikan pengarang sebagai siluet terhadap konflik yangdiwujudkan. Aduan Batin Ripin kepada Pak Tuan menggambarkan kegiatan sindiket ini berleluasa dan berlaku secara drastik. Kesannya, orang asli mengalami kesukaran untuk mencari rezeki.
"Ini Boss, aku ada dapat aduan dari anak-anak buah, hutan rimba kita sudah ada yang ganggu. Kata dia orang, sekarang hidup makin susah. Hasil hutan sudah kurang. Binatangbinatang buruan pun tak banyak macam dulu. Sungai tiba-tiba jadi keruh, ikan pun sudah tak banyak macam dulu." [Siluet 2019:62]
Pak Tuan sebagai bekas Exco berasa bertanggungjawab membendung kegiatan pencerobohan hutan. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang boleh menimbulkan persengketaan antara orang asli dengan orang tempatan.
Dalam diam-diam Pak Tuan berazam untuk menggali dan mendedahkan kelibat-kelibat yang merupakan "silhouette" hitam di sebalik fenomena itu semua hingga ke lubang cacing. (Siluet, 2019:104)
"Mereka sedang buat persiapan. Sedang mengumpul racun getah ipoh dalam tabung buluh." (Siluet, 2019:91)
Walau bagaimanapun, konflik ini tidak dileraikan oleh pengarang. Peleraian begini menunjukk penulis menyuarakan bahawa isu alam sekitar tidak pernah selesai sampai bila-bila selagi tiada kesedaran dalam diri manusia itu sendiri. Oleh sebab kehidrupan sebenarnya tidak mengenal kata akhir, maka akan terlihat peleraian secara keseluruhannya diserahkan kepada pembaca untuk menilainva (Safian, 1938).
Konflik Manusia dengan Alam Sekitar
Secara kebiasaannya, bulan Mei hingga Oktober berlaku monsun angin barat daya di kawasan Pantai Barat Semenanjung. Fenomena ini menyebabkan hujan turun dengan lebatnya. Akibat daripada kegiatan pembalakan haram menyebabkan ekosistem tidak seimbang. Maka apabila hujan mencurah-curah akan berlakunya geluncuran tanah di lereng bukit, berlumpur dan runtuhan batu-batan yang amat dahsyat
Pak Tuan melangkah ke ruang tamu lalu membuka pintu hadapan. Hatinya berdetak kuat. Kaki rasa lemah dan hampir terduduk bila terpandang beberapa bongkah batu seakan-akan sekawan gajah hampir memenuhi halaman chaletnya. Sebongkah batu yang paling besar seolah-olah induk gajah sedang menderum itu betul-betul mendarat di kaki tangga, malahan beberapa ketulan batu granite coklat kemerahan sebesar geruk cempedak bergeletakan di atas beranda. (Siluet, 2019:98-99)
Laluan golekan bongkahan batu-batu bersama tanah merah yang menuruni cerun itu melanda mana-mana pohonan buah-buahan di dusunnya itu. Pokok manggis, dokong, durian baka Raja Musang, Telur Buaya dan Tangkai Panjang yang baru belajar bebuah menyembam ke tanah (Siluet, 2019:62)
Melihat konflik luaran ini, ternyata novel ini merupakan satu rakaman sosial masyarat yang terus melanda kehidupan manusia moden kini. Konflik yang wujud ini terjadi kerana sifat serakah manusia untuk memiliki keuntungan dan kekayaan tanpa rasa cakna kepada orang lain.''Dalam ayat 81 surah An-NahI, Allah SWT mengingatkan fungsi hutan dan gunung-ganang' "Dan Allah menjadikan sebahagian ciptann-Nya tumbuhan menjadi naungan (yang melindungimu) dan dijadikan tempat-tempat tinggalmu di gunung-gunung"'
Konflik Dalaman
Konflik dalaman ini merupakan pertentangan yang terjadi dalam jiwa watak yang digarap dalam sesebuah karya. Melihat sebuah karya sastera dari aspek kejiwaan ini, maka teori psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud dijadikan rujukan. Prinsip Freud yang mempengaruhi kesusasteraan bawah sedar manusia sangat penting kerana menentukan cara berfikir dan bertindak seseorang (Mana sikana , 1990)
Berdasarkan teori ini, terdapat beberapa istilah psikologi yang digunakan untuk menggambarkan keadaan dalaman diri watak yang dibicarakan
Personaliti merupakan satu corak hidup keseluruhan tingkah laku individu. Personaliti berkembang berasaskan sumbangan pewarisan dan alam sekitar' Seterusnya, kognisi yang merupakan satu Proses berfikir yang melibatkan suatu tanggapan, pembinaan konsep, penilaian dan penyelesaian masalah. Selain itu, emosi yang berkaitan dengan perasaan yang timbul akibat daripada sesuatu pengalaman juga akan mempengaruhi tindakan manusia.
Namun demikian, para sarjana tempatan telah memperkenalkan beberapa teori kritikan sastera berdasarkan falsafah Islam. Mohd. Affandi Hassan memperkenalkan Pendekatan Tauhid melalui bukunya, Pendidikan Estetik Daripada Pendekatan Tauhid. Teori ini memberikan tiga dasar yang menjadi inti dalam pendekatan tauhid, iaitu hakikat tauhid, hakikat insan, hakikat ilmu dan amal serta fungsi sastera'
Hakikat tauhid merangkumi kesempurnaan kejadian insan, keistimewaan dan kelebihannya bagi menyempurnakan tanggu-jawab sebagai khalifah Allah SW T. Ilmu bermaksud hakikat nanusia mengenali Allah SWT melalui tanda yang diperlihatkan oleh-Nya. Ilmu mempunyai tiga sumber, iaitu akal, pengalaman serta wahyu dan hadis. Kesusasteraan pula memiliki konsep indah atau jamal yang berasaskan akal dan roh' dan memaparkan serta memancarkan nilai kebenaran.
Konflik Dalaman Jiwa Pak Tuan
Konflik dalaman Pak Tuan mula terlihat apabila dia dijodohkan dengan Mahani Bee. Datuk Ali Pitchey meminta Huseng berkahwin dengan anaknya, permintaan itu menyebabkan Huseng berasa serba salah. Hal ini kerana, Datuk Ali Pitchey banyak berbudi kepadanya. Selama ini perhubungan antara Mahani dengan Huseng hanya berstatus kakak dan adik angkat semata-mata. Jiwa Huseng berasa terbeban. Tambahan pula, di kampungTuk dan Tukwan sudah menentukan jodoh-Huseng. Menerima cadangan daripada Datuk Ali Pitchey bererti Huseng membeakangkan Tuk dan Tukwan yang sudah tentu tebal dengan adat dan budaya. dalam hal Penentuan jodoh perkahwinan. Namun begitu setelah niatnya itu, Tuk dan Tukwan hanya berdiam sahaia.
Setelah berkahwin selama sebulan, barulah Huseng mengambil keputusan untuk membawa isterinya bertmu denguh Tuk dan Tukwan di Bukit Sekecung. Namun begitu dalam batinnya dia menghadapi konflik akibat status sosial Mahani yang berasal daripada golongan berada.
Setelah berfikir Panjang walaupun mungkin telah lewat, akhirnya-dia membuat keputusan untuk membawa pulang isterinya, walaupun sekejap beriumpa Tuk dan Tukwan Dia seakan bangau yang kembali hinggap di belakang kerbau. Huseng kirim khabar kepada Tuk dan Tukwan yang dia akan pulang bersama isterinya. Cuma satu kekuatiran yang melata di sudut hatinya ialah bimbang kalau-kalau Mahani Bee tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung yang serba-serbi seadanya (Siluet, 2019.49)
Seperti jiwa Mahani begitulah juga dengan Huseng dalam menghadapi dilemma ketiadaan zuriat. Namun ketegangan ini dileraikan dengan kehadiran Farhan dan Farhana sebagai anak angkat. Kedua-dua beradik itu bukan orang lain, sebaliknya keluarga terdekat sebelah Mahani sendiri. Farhan berumur tujuh,tahun manakala adiknya Farhana lima tahun. Mereka berdua merupakan anak yatim. Huseng dapat merasakan tekanan jiwa kedua-dua beradik itu sebagai anak yatim, kerana dia juga adalah anak yatim yang dijaga dan dibela oleh anak yatim yang dijaga dan dibela oleh Tuk dan Tukwan.
Pak Tuan yang pernah merasai pengalaman hidup sebagai anak yatim dan membesar di bawah penjagaan Tuk dan Tukwan. Siluet 2019:59)
Walaupun kehadiran Farhan dan Farhana sebagai penyeri hidup mereka,namun perasaan bawah Huseng masih menampakkan kegelisahan jiwanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui pertemuan antara Huseng dengan Dr. Ahmadi atau Abang Cik Sedaka yang membangkitkan persoalan kehidupannya dengan Mahani.
"Masih muda. Abang Cik rasa peluang kau memiliki zuriat masil bersinar terang di hujung terowong!" Kata Dr. Ahmadi@Abang Cik Sedaka... ."Jangan takut berhadapan dengan kebenaran, dalam pahit kadang tersembunyi manisnya... (Siluet, 2019 :122 -123).
Kehidupan Pak Tuan berasa kosong apabila Mak Tuan meninggal. Kekosongan dan kesedihan ini amat nenekan jiwa Pak Tuan sehinggalah dia mengambil keputusan untuk mengasingkan diri di daerah perdalaman dengan harapan dapat merawat kesedihan dan kekosongan jiwa yang dihadapinya.
Pak Tuan membawa diri. Bersendirian. Bersunyi-sunyi. Memingir berhari-hari ke kaki gunung yang terpencii itu bukanla perbuatan waras. Pak Tuan buang tabiat. pak Tuan kesunyian. P ak Tuan kecelaruan. Pak Tuan hidapi sindrom kemurungan. Pak Tuan hadapi depresi. Pak Tuan sedang menanggung penyakit misteri. (Siluet,2019:5)
Selain kematian Mak Tuan pelibatan Pak Tuan dalam politik juga memberikan tekanan dan konflik jiwa kepadanya. Setelah dua penggal menjadi wakil rakyat, pada penggal ketiga dia tidak dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU)berikutnya. Keputusan parti pada peringkat pusat itu berpunca daripada bahagian atau kawasan sendiri. sendiri. Pak Tuan berasa seolah-olah ada komplot untuk menjatuhkannya. Hasratnya untuk membuat hatrik dalam pilihan raya tidak kesampaian.
Kerja politik dirasakan suatu taktik permainan kotor. Perbuatan melobi untuk memberikan sokongan dan mengangkat seseorang calon merupakan teknik biasa dalam politik. Situasi ini pula disokong dengan strategi halus, sekiranya tidak berkesan mereka akan menukar pendekatan yang lebih agresif seperti berkonspirasi, memfitnah dan mengugut calon yang tidak disukai. Pak Tuan diugut sehingga kehidupannya menjadi tidak keruan, jiwanya kian gelisah.
Mereka mengugut untuk membocorkan rahsia pernikahan Pak Tuan dan Cik Puan yang mengikut kata mereka suatu pernikahan gelap dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin. Malah ada banyak skandal-skandal yang bakal didedahkan melalui dunia maya. (Siluet, 2079:74)
Fikri, bekas setiausaha akhbar Pak Tuan semasa menjawat Exco dahulu, memberikan satu tekanan jiwa yang sangat mendalam kepadanya. Akibat daripada geluncuran tanah dan banjir lumpur yang turut memusnahkan pokok buah dan longgokan lumpur serta batu-batan di kawasan chaletnya, PakTuan mengambil keputusan untuk mengadakan sidang media. Tuiuannya untuk mendedahkan kegiatan pembalakan haram di kanwasan itu. Namun begitu, kedatangan Fikri yang membocorkan rahsia menyebabkan jiwanya tertekan kerana tanpa pengetahuannya, sindiket itu diterajui oleh Cik Puan sendiri. Selain itu, pemilikan tanah yang diperoleh PakTuan secara gelap juga amat menekan jirwanya.
"Sava yakin, pasti akan timbul persoalan dan masyarakat di luar sana akan tertanya-tanya bagaimana Datuk tiba-tiba memiliki sebidang tanah dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai tanah adat yang dikhususkan untuk Orang Asli." Tukas Fikri sambil pandangannva terbenam ke dalam mata Pak Tuan yang tadinya bulat menjegil. Pak Tuan terdiam sejenak.
"Dengan mengketengahkan isu ini, bermakna Datuk mengheret tangan Datin Zetty sendiri ke muka pengadilan!"
" Apa?"
"Syarikat yang terlibat dalam pembalakan haram itu diterajui oleh Datin sendiri!"
(Siluet, 2079:715-16)
Pembongkaran Fikri ini menyebabkan batin PakTuan semakin tertekan, terutamanya hubungi antara Pak Tuan dengan Cik Puan. Walhal niat asalnya, untuk menghapuskan kegiatan pencurian balak dan kelestarian kehidupan manusia dan alam sekitar yang dahulunya begitu berkobar-kobar. PakTuan benar-benar terhimbau dalam daerah pemikiran yang amat rumit dan menggelisahkan batinnya.
Semasa dia pulang ke rumahnya di Kayangan Height setelah bertemu dengan Dr.Ahmadi keinginannya terlalu mendesak untuk bertemu dan bermesra dengan Cik Puan. Namun begitu, apabila sampai di hadapan pintu rumah kediaman Cik Puan sekali lagi batinnya terpukul dengan suatu keadaan yang terus meremuk-redamkan jiwanya. Rupanya selama ini dia dipermainkan oleh orang yang dipercayainya. Di hadapan pintu bilik Cik Puan, ada dua pasang kasut milik lelaki dan perempuan. Pada tumit kasut lelaki, masih terdapat kesan lumpur berwarna kuning. Pengarang memaparkan peristiwa itu secara objektif untuk difikirkan dan ditelaah oleh pembaca.
Dia melangkah senyap menghampiri bilik tidur. Detak jantungnya bertambah kencang bila kuping telinganya menangkap suara berdesus-desas. Garau dan halus bercampur-baur. Berselang-seli suara terkekeh-kekeh kegelian. Darahnya tiba-tiba saja menyirap. Tangannya memekup dadanya sebelah kiri yang darjah degupan memuncak kencang. Kepalanya tiba-tiba terasa berat sungguh.
(Siluet, 2079:130)
Pengisahan yang dipaparkan secara objektif terhadap pelukisan watak Pak Tuan ini dengan menyentuh aspek kejiwaannya menjadikan watak itu hidup, bertenaga dan meninggalkan kesan mendalam dalam fikiran pembaca. Dalam banyak aksi yang melibatkan watak ini, pengarang seolah-olah tidak campur tangan dalam memberikan alasan terhadap aksi yang berlaku, sebaliknya membiarkan pembaca membuat andaian dan menelah sendiri sebab-musabab tindakan atau aksi watak yang dipaparkan.
Konflik Dalaman ]iwa Mak Tuan
Mak Tuan yang menghidapi kanser yang kronik disorot melalui teknik pengisahan sahaja. Pengarang tidak menyelami pergolakan batin pesakit kronik, apatah lagi sebagai isteri orang kenamaan yangterpaksa hidup dalam kesibukan melakukan pelbagai kerja termasuklah aktiviti persatuan. Mak Tuan digambarkan seorang yang aktif dalam aktiviti bermasyarakat, akhirnya hanya mampu bergerak di atas kerusi roda dengan bantuan orang gaji.
Rambut gugur serta berat badannya merosot begitu cepat sekali. Semangatnya untuk berhadapan dengan sel-sel kanser itu juga semakin merosot. Katanya dia pasrah dan mahu mengaku kalah kepada sel-sel kanser yang ganas lagi agresif itu.
(Siluet, 2079:72)
Watak Mak Tuan tidak mendapat sorotan kejiwaan yang mendalam daripada pengarang. Wataknya hidup dalam karya semasa muda lagi, khususnya semasa perkenalan mereka di luar negara. Selepas berkahwin watak Mak Tuan sebagai isteri kepada wakil rakyat,sentiasa sibuk dengan kerja amal dalam Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat, sehingga dia mengabaikan kesihatan diri. Akibatnya, dia mengidup penyakit kanser pangkal rahim " Cervical Intraepithelial Neoplasia" sehingga menyebabkan kematian.
Konflik ini diabaikan oleh pengarang daripada menyentuh aspek kejiwaan wataknya. Maka itu, perwatakan Mak Tuan kaku dan tidak berkembang dalam cereka. Pengarang lebih menyorot pada penykit kanser secara mendalam dan angkah rawatan daripada menyorot isi batin sebagai penderita penyakit kronik. Sorotan itu pun hanya melalui teknik pemaparan sahaja.
Konflik Batin Cik Puan
Cik Puan atau nama sebenarnya Zetty Azhari ialah peragawati terkenal yang tenggelam dalam dunia glamor. Sebagai peragawati, sudah tentulah dia amat menitikberatkan kecantikan dan penonjolan dirinya sebagai duta fesyen pakaian dan produk yang hendak diiklankan. Zetty juga mengusahakan "ZettyBeauty" , Iaitu perniagaan berasaskan kecantikan. Dia juga pernah melibatkan Pak Tuan untuk merasmikan beberapa buah salon kecantikannya. Bagi menambat hati Pak Tuan, dia menyatakan bahawa Pak Tuan merupakan ikon yang menjadi idolanya. Manakala,Pak Tuan pula pernah bergurau mempelawa Zetty menjadi isterinya. Oleh sebab itu, Zetty tidak kisah walaupun dia ditangkup berkhalwat dengan Pak Tuan.
Selepas peristiwa itu, Pak Tuan berkahwin dengan Zetty di Betong, Selatan Thailand melalui bantuan Pak Megat. Walau bagaimanapun, hubungan antara Cik Puan dengan Pak Tuan agak dingin. Pak Tuan langsung tidak mempedulikan Cik Puan malah tiada sistem giliran yang adil untuk kedua-dua isterinya itu.
Ada ketika-ketikanya, Pak Tuan seakan terlupa akan keberadaan Cik Puan dalam ruang litup kehidupannya. Biarpun mereka mempunyai ikatan yang sah, anehnya dia sendiri kurang merasakan hakikat sebenarnya akan pertalian yang mengikat kedua mereka. Tidak seperti keadaannya bersama MakTuan; bagai terdapat benang-benang halus yang terjalin dan memberkas sehingga menjadi satu kesatuan yang intim dan tak mudah dirungkai lagi.
Keadaan konflik jiwa yang dialami Zetty tidak disentuh oleh pengarang. Walaupun pengarang mempunyai alasan tersendiri, namun ketiadaan pelukisan psikologi ini menyebabkan watak Cik Puan itu tidak jelas dan tidak dapat meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.
Konflik Dalaman Tuk dan Tukwan
Pembaca diperlihatkan dengan kehidupan Tuk dan Tukwan yang tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah. Sebagai orang yang membesarkan Huseng dengan penuh kasih sayang sudah tentulah mereka ingin melihat Huseng hidup bahagia.
Huseng memberitahu Tuk dan Tukwan tentang perkahwinannya dengan Mahani Bee anak Datuk Ali Pitchey, dan majlis walimatulurus itu diadakan di sebuah hotel di bandar. Namun begitu, pada hari perkahwinan Huseng, Tuk dan Tukwan tidak hadir. Pengarang tidak memberikan alasan mengapa mereka tidak hadir, sebaliknya pengarang memberikan ruang kepada pembaca untuk menyatakan sendiri alasannya. Adakah mereka tidak suka kepada isteri pilihan Huseng? Atau mereka tidak berduit untuk hadir? Atau mereka tidak betah dengan majlis yang diadakan di hotel? Apatah lagi mahu bercampur dengan orang kaya dan ternama.
Persoalan ini merupakan konflik jiwa bawah sedar yang dihadapi Tuk dan Tukwan. Dari suatu sudut, sudah tentulah mereka ingin sangat untuk meraikan perkahwinan cucunya. Apabila Huseng menyatakan hasratnya untuk berkahwin.
Bila perkara itu diajukan kepada Tukwan dan Tuk. Tukwan senyap. Tuk lebih-lebih lagi. Tuk tengok muka Tukwan. Tukwan tengok muka Tuk kemudian bungkam.
(Siluet, 2019:47)
Walaupun demikian sikap Tuk dan Tukwan, tetapi mereka tetap menerima pilihan Huseng. Kegembiraan tergambar di hati mereka apabila diberitahu kepulangan cucunya bersama-sama isteri ke kampung. Tukwan sembelih tiga ekor kambing dan menjemput jiran untuk menolong menyediakan makanan dan persiapan. Katil dan tilam baharu dibeli untuk menyambut pengantin. Tetapi kegembiraan itu telah membawa konflik jiwa yang lebih dahsyat, apabila Huseng dan isterinya tidak bermalam di rumahnya, sebaliknya mereka memilih untuk balik ke pekan dan bermalam di hotel. Sekali lagi pengarang membiarkan pembacanya menduga dan merasakan konflik yang dihadapi oleh kedua-dua watak ini.
Tuk tengok muka Tukwan. Tukwan tengok muka Tuk. Diam. Tuk tengok muka Huseng. Huseng tengok muka Tuk kemudian tunduk perlahan. Di celah-celah daun pintu itu, Tuk boleh nampak katil bertilam lima inci dan siap berkelambu itu tidak terusik. Huseng tengok muka Tukwan sekali lagi, kemudian tengok muka Tuk. Huseng nampak mata Tuk tiba-tiba berkelip-kelip kemudian berkaca. (Siluet, 2079:52)
Pelukisan begini memberikan gambaran betapa sedih dan sayunya hati kedua-dua orang tua itu kerana terlalu kecewa dengan tindakan cucunya yang mengambil keputusan untuk kembali ke bandar dan bermalam di hotel. Suasana itu dilakar dengan amat tragis antara mereka.
Tukwan dan Tuk sebelum itu terpaksa mengekang rindu yang lama, selepas Huseng melanjutkan pelajaran di luar negara. Rindu itu terakam dalam surat yang dikirim Tukwan kepada cucu kesayangan dan kebanggaan mereka yang berada di England. Konflik ini wujud sebagai bentuk bawah sedar wataknya.
Imej Manusia
Dalam pengertian umum, imej bermaksud gambaran atau cerminan. Dalam konteks ini imej bermaksud, keperibadian seseorang atau watak yang terpapar pada pandangan orang lain. Dalam pengertian kesusasteraan imej, gambaran atau tiruan bentuk seseorang atau sesuatu objek yang tergambar dalam fikiran. Bentuk ini dicipta atau digambarkan untuk menjadi model bagi menyatakan sesuatu pengertian
(Safian, 1988).
Meneliti Siluet, memperlihatkan imej Manusia dalam pelbagai dimensi. Watak manusia yang digambarkan mendukung keperibadian dan nilai moral sesebuah masyarakat.
Golongan Masyarakat Atasan
Watak Pak Tuan memperlihatkan imej golongan elit Melayu yang memegang tampuk kekuasaan dan pemerintahan. Imej Pak Tuan semasa beliau dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomat (PTD) digambarkan sebagai seorang yang dihormati dan disanjung dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana perwatakannya yang bertanggung-jawab, aktif dan inovatif. Oleh itu, banyak orang menghormatinya dengan memanggilnya "tuan" sehinggalah nama sebenarnya hampir tidak dikenali. Apabila dia dipilih oleh parti pemerintah untuk bertanding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) dia menang kerana pengaruhnya sebagai orang mulia dan menjadi wakil rakyat selama dua penggal. Sejak itu, orang mengenalinya sebagai "Pak Tuan".
Oleh sebab kekosongan Jawatan Exco Kanan Kerajaan Negeri, maka dia dilantik untuk mengisi kekosongan tersebut dengan memegang portfolio tanah, perhutanan dan sumber asli. Sejak itu, watak Pak Tuan berubah daripada imej seorang penjawat awam kepada imej ahli politik.
Politikus yang digambarkan pengarang melalui Pak Tuan berpegang pada falsafah "politik adalah seni mencari pengaruh dan mempertahankan kuasa". Politik digambarkan sebagai medan perebutan. Maka itu, dalam politik ada puak atau kem yang menyokong clan mengangkat seseorang tokoh untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Dalam perebutan itu, wujudlah komplot untuk menaik dan menjatuhkan satu-satu puak.
Bagi mencapai tujuan itu, kem dalam politik tidak teragak-agak untuk mengadakan dan mencipta konspirasi yang berlandaskan perasaan hasad dengki. Begitulah yang terjadi kepada Pak Tuan. Setelah dua penggal menjadi wakil rakyat, niat di hati Pak Tuan,dia mahu membuat hatrik dalam kerjaya politiknya, tetapi tidak kesampaian apabila berlaku perebutan dan melobi untuk menjadi calon. Setiap orang dalam kem politik akan menggunakan pelbagai strategi, termasuklah yang tidak bermoral seperti menyerang peribadi seseorang yang bertujuan menjatuhkan maruah, yang tidak seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin demi mengangkat pemimpin yang lain.
Sosok seorang politikus seumpama seorang selebriti vang menjadi tarikan dan tatapan umum. Ada ketikanva ia menjadi ikon yang dipuja-puji, ke sana sini disanjung, dijulang, berbunga manggar bersirih junjungdan berpermaidani merah. Pada sisi lain silap langkah lebih banyak pula menjadi titik tuju kencaman sumpah-seranah dan maki-hamun sehingga mahu dihumban ke dalam longkang.
(Siluet, 2019:73)
Individu yang menjadi penyokong kuat atau sahabat karib yang selalu berdamping dengan pemimpin tidak segan berubah menjadi musuh dalam politik. Itulah keadaan yang dihadapi oleh Pak Tuan bagi menyuguhkan imej politik masyarakat kini. Imej pemimpin politik yang digambarkan sudah rosak akhlaknya kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin Islam. Imej politikus yang digambarkan merupakan manusia rakus kuasa yang bercakaran. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mencapai impian. Mereka sanggup bermain dengan taktik kotor seperti menyerang peribadi lawan untuk memalukan musuh di mata awam. Bahkan, mereka sanggup berdusta kepada masyarakat dengan mencipta konspirasi yang bertujuan menjatuhkan maruah musuh politiknya.
Konspirasi merupakan suatu teori yang diperkenalkan di Barat. Ciri-ciri konspirasi itu amat mendekati sifat bangsa Yahudi. Konspirasi dicipta oleh organisasi yang berpengaruh dan berkuasa seperti kumpulan Freemason dan Illuminati. Mereka berusaha menjelaskan punca sesuatu peristiwa yang dirancang untuk memperdayakan masyarakat melalui suatu pembohongan yang dirahsiakan. Apakah taktik kotor yang melibatkan pembohongan ini yang hendak diikuti oleh pemimpin Islam? Ternyata imej politikus kini sudah rosak dan berantakan kerana jiwa mereka sendiri telah rosak dan sakit akibat daripada pengaruh syaitan.
Pak Tuan diberi imej lelaki yang berpoligami. Namun begitu, dia tidak mengamalkan prinsip keadilan terhadap isteri-isterinya seperti yang diwajibkan dalam peraturan kekeluargaan Islam. Dari aspek kemampuan ekonomi, Pak Tuan mempunyai gaji besar, tetapi layanan dan pembentukan sebagai seorang isteri Pak Tuan gagal melakukannya. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Cik Puan (Zetty) bermain kayu tiga dan berlaku curang kepadanya.
Selain itu, Pak Tuan digambarkan sebagai orang yang berjaya dalam hidupnya, berpangkat dan berjawatan tinggi. Namun dari sudut yang lain, dia umpama kacang lupakan kulit. Setelah lama tinggal di bandar dia semakin melupakan alam kelahirannya sebagai seorang budak kampung. Segala amalan dan budaya hidup di kampung yang dahulunya sering dirindukan, sedikit demi sedikit terkikis dalam hidupnya. Bahkan, orang yang paling berjasa dalam hidupnya, iaitu Tuk dan Tukwan pun dilupakan.
Pak Tuan dengan semangat dan keazaman yang berkobar-kobar ingin menyelesaikan masalah alam sekitar yang dihadapi oleh Batin Ripin. kerana masalah itu bersifat sejagat. Dia akan membongkar sehingga lubang cacing dan menyeret pihak tidak bertanggungawab ke muka pengadilan. Tetapi apabila kes itu melibatkan dirinya sendiri seperti isu pemilikan Tanah Adat Orang Asli dan isu pembalakan haram yang melibatkan Cik Puan, dia seolah-olah bersikap melepas tangan. Oleh sebab sikapnya itulah menyebabkan isu alam sekitar tidak pemah dapat diselesaikan. Adakah sikap Pak Tuan itu menepati ciri-ciri sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi?
Demikianlah imej yang tergambar pada watak Pak Tuan sebagai pegawai tinggi kerajaan. Pak Tuan ialah jelmaan imej manusia yang gagal memainkan peranan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Oleh sebab kegagalan Pak Tuan itulah, maka dia ingin berhijrah untuk memisahkan dirinya dengan masyarakat, sebagai satu bentuk pelarian "eskapisme" daripada jiwanya yang gagal.
Selain Pak Tuan, watak Mak Tuan juga dicirikan dengan perwatakan golongan atasan. Hal ini dapat dibuktikan apabila Mak Tuan digambarkan sebagai imej wanita golongan atasan yang aktif dalam persatuan dan kegiatan NGO.
Masa berlalu begitu senyap sekali. Rumah tangga yang dibina telah berusia hampir dua dekad. Masing-masing, suami isteri seakan larut dalam alam pekerjaan masing-masing.Mula-mula masing-masing menganggap soal zuriat bukan hal yang perlu digundahkan. Masing-masing sibuk dan tenggelam dan asyik dengan kerjaya seolah-olah dilandai wabak sindrom mabuk kerja. Sedar-sedar usia sudah lewat dan mereka telah ketinggalan kereta api... .
(Siluet, 2079:57)
Imej yang digambarkan merupakan imej perempuan yang bergelumang dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Selain itu, Mak Tuan tidak ditakdirkan mempunyai zuriatnya dan pada penghujung hayatnya, dan terpaksa menanggung derita akibat penyakit kronik sehingga merubah seluruh keadaan fizikalnya. Walaupun demikian, dia reda dan pasrah pada ketentuan Allah SWT. Sikap reda itu memperlihatkan kemuliaan budi Mak Tuan dengan ketentuan Ilahi. Dia ditakdirkan tidak mempunyai zunat dan
Doktor Ahmadi atau Abang cik sedaka ialah bekas penjawat awan yang berkedudukan tinggi. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Perubatan Negeri. Setelah bersara, Dr. Ahmadi bergiat aktif dalam persatuan pengguna dan aktif dalam sebuah yayasan dakwah dan kemanusiaan. Imej Dr.Ahmadi ditonjolkan sebagai manusia mulia. Kerja kemanusiaannya bukan sahaja sekadar memberikan rawatan percuma pada hari-hari tertentu di kliniknya, bahkan beliau juga pernah terlibat dengan misi kemanusiaan di Gaza.
Dia antara sukarelawan yang ikut serta dalam kapal Flotilla Al-Auda, misi kemanusiaan ke Gaza. Kapal yang membawa 116 kargo ubatan bersama-sama 22 aktivis itu kemudian dikepung dan dirampas oleh tentera laut Israel ketika berada kira-kira 49 batu nautika dari Gaza pada 29 Julai 2018. (Siluet 2019:124)
Setiap kali pertemuan dengan Abang Cik Sedaka ada-ada sahaja ilmu terapi yang diguna dan diterapkan .Pertemuan dengan sahabatnya, bukan sahaja menghiburkan tetapi jugu memberikan nasihat dan ilmu dalam bualannya. Imej yang digambarkan pengarang terhadap watak ini merupakan mereka yang sudah terdidik jiwanya dengan keimanan terlatih hatinya daripada godaan syaitan.
Masyarakat Golongan Pertengahan
Golongan ini diwakili oleh Fikri danZetty Azhari Fikri, bekas wartawan hiburan, kemudian menjadi setiausaha akhbar kepada pak Tuan digambarkan sebagai manusia hipokrit dengan sikap oportunis terhadap sebarang keadaan yang mendatangkan keuntungan atau keselesaan dirinya. Imej ini digambarkan melalui beberapa peristiwa. Semasa dia menjadi wartawan hiburan, berita ditulisnya selalu menjadi sensasi kerana dia mencari berita tentang gosip panas para artis. Apabi disaman dan tindakan mahkamah akan diambil terhadapnya, dia segera memohon maaf dan menarik balik tulisannva itu.
Dia masih ingat, ketika Fikri bekerja bersamanva dulu, pemuda itu seperti lipas kudung lagaknya. Kadang-kadang belum pun dia membuka mulut mengeluarkan arahan, Fikri seakan sudah dapat menebak isi hatinva, malah tahu apa yang perlu dikerjakan, sehingga kadang-kudang timbul juga di dalam hatinya persepsi negatif yang pemuda tinggi renjong itu, sebagai lebih membodek.
(Siluet, 2019:772)
Fikri diberi imej sebagai pemuda yang bermoral dan rendah nilai akhlaknya. Apabil Tuan meminta bantuannya untuk mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian geluncuran tanah di chaletnva, dia telah menempelak bekas majikan dengan ugutan yang beralaskan kepada kepentingan sendiri. Fikri sepatutnya tidak bertindak demikian kerana Pak Tuan bukan sahaja bekas majikanya bahkan Pak Tuan lebih tua daripadanya. Selain itu Fikri juga diperlihatkan sebagai manusia curang bermain kayu tiga dengan Pak Tuan. Hal ini bekerana dia mempunyai hubungan intim dengan Cik Puan, bahkan hubungan itu membawa ke bilik Itidur.
Daripada sikap yang digambarkan menampakakan terdapat wartawan ini sudah kehilangan nilai moral kerana kepentingan diri sendiri. Mereka tidak berfungsi sebagai khalifah di muka bumi untuk mendidik dan membentuk masyarakat dengan mata Pena mereka Imej Fikri menggambarkan ciri-ciri manusia hipoklit, yakni orang yang berpura-pura berperangai baik, namun keadaan dirinya dan perangai yang sebenarnya tidaklah sedemikian.
Imej kedua yang mewakili golongan ini dgambarkan melalui watak Cik Puan. Zetty terlibat dalam dunia glamor melalui kariernya sebagai peragawati' Oleh itu tidak hairanlah sekiranya Zetty mengenali Fikri terlebih dahulu daripada Pak Tuan. Sebagai seorang usahawan, pastinya zetty amat berminat untuk berdamping dengan orang yang mempunyai Pengaruh dan kuasa, demi kepentingan perniagaanya.
Peluang terbuka apabila dia diperkenalkan oleh Fikri kepada Mak Tuan, kemudian diperkenalkan pula dengan PakTuan melalui Mak Tuan. Oleh sebab itu, Zetty, tidak berasa gelisah dan cemas semasa dia ditangkup kerana berkhalwat dengan Pak Tuan. Demi kepentingan dirinya, dia tidak akan mensia-siakan peluang yang terbuka di hadapan matanya.
Zetty mengatakan sejak sekian lama Pak Tuan meniadi idolanya. Bermula secara guraun dia mempelawa Zetty menjadi isterinya. Namun tidak didugannya Zetty mengambil serious perkara itu. Dan dia seperti tiada pilihan lain lagi terutama dengan keletah Zetty yang manja tak sudah itu'
(Siluet, 2019:85)
Pengarang memberikan imej watak selebriti dalam karyanya ,sudah kehilangan nilai moral dan akhlak. Zetiy tidak membawa imel sebagai wanita Islam yang sejati. Dia mempunyai hubungan akrab dengan Fikri Bahkan hubungan itu membawa ke bilik tidur'
Wanita yang sudah kehilangan iman itu sanggup melakukan dan diperlakukan apa-apa saja asalkan maksud dan impiannya tercapai. Dia sanggup memperalatkan dan diperalatkan orang lain demi menggapai maksud dan hasratnya. Dia memperalatkan Fikri dan dia juga sanggup dipelalatkan oleh orang politik dalam konsprasi menjatuhkan karier politik Pak Tuan.
Imej Orang Kampung
Masyarakat kampung digambarkan dalam Siluet terdiri daripada golngan petani, pekebun dan Orang Asli. Masyarakat petani diwakili oleh watak Tukwan dan Tuk yang membawa -imej kemiskinan, kegigihan, kejujuran dan berbudi bahasa. Walau bagaimanapun Tukwan mementingkan pendidikan cucunya
Bila sampai masa masuk sekolah Tukwan hantar Huseng bersekolah di Kepala Bukit. Maka bermulalah rutin baru Tukwan; menghantar Huseng setiap pagi ke sekolah dengan gerek tuanya. Kemudian ketika tengah rembang dia akan ke sekolah lagi mengambil Huseng balik. Tukwan terus menendang pedal gerek tuanya berulang-alik tidak krang dari enam kilometer setiap hari melalui ban sungai dengan Huseng terkocoh di keriar belakangnya. Kadang-kadang Tukwan tercungap-cungap penatan bila mendaki gon.
(Siluet, 2019:33)
Imej orang Asli dalam novel ini digambarkan sebagai manusia yang berbudi bahasa dan menghargai persahabatan yang mulia. Batin Ripin tidak pernah datang ke chalet Pak Tuan dengan tangan kosong. Ada saja buah tangan seperti petai, madu lebah, ikan sungai dibawa dan diberikan kepada Pak Tuan.
Hari itu awal-awal Pagi lagi Batin Ripin sudah sampai bersama seekor ikan toman sebesar betis. Ikan itu masih hidup. Ketika dibawa keluar dari raga motor kapcai dan dijinjingnya ke rumah ekor ikan itu terkodek-kodek menyentuh tanah.
(Siluet , 2019:88)
Masyarakat orang Asli bukan sahaia setia kepada pemimpin, khusunya tok batin, tetapi sangat berpegang pada janji. Apa yang dikata pasti dikotakan.Sikap inilah yang menyebabkan Pak Tuan bimbang apabila Batin Ripin memberitahunya bahawa anak buahnya sudah siap sedia dengan sumpit beracun ipoh. Selain itu, digambarkan lagi bahawa mereka amat kuat mempercayai bomoh, penunggu dan kepercayaan yang berkaitan dengan animisme.
Pak Tuan tahu sangat, biasanya masyarakat Orans Asal ini tidak akan bercakap kosong' Apa yang mereka cakap, itulah yang akan dikotakan. Kepercayaan terhadap kuasa ghaib karei menoi dan cenou tapan walaupun semakin menipis bagi mereka yang telah memeluk Islam, namun sesetengahnya masih berpegang kuat kepadanya, terutamanya yang terus teguh dengan kehandalan halak atau tok pawang dengan mantera dan jampinya menghalau hantu yang mahu mengganggu anak cucu'
(Siluet, 2019:90-97)
Masyarakat golongan ini, sungguhpun pada zahirnya kehidupan mereka agak miskin dan tidak berpelajaran tinggi, namun mereka memiliki nilai budi yang luhur. Imej mencintai alam sekitar memang sudah sebati dengan jiwa mereka kerana itulah alam kehidupan mereka. Selain itu, imej Orang Asli digambarkan masih berpegang kuat pada unsur animisme yang rapat dalam kehidupan mereka walaupun antara mereka telah memeluk agama Islam.
Demikianlah konflik yang diketengahkan Zainol Idris lewat novel terbarunya Siluet. Konflik yang tidak mudah ditangani sejak negara mencapai kemerdekaan berlarutan hingga kini.Konflik alam sekitar inilah yang menjadi subjek utama dalam novel ini. Apa yang menyebabkan konflik ini tidak dapat diselesaikan, adalah kerana tangan yang menjadi siluet, di sebalik isu ini, melibatkan orang yang memegang kuasa dan pengaruh yang besar dalam masyarakat. Selama ini, mereka terseret sama dalam kes yang membayangi isu yang diperkatakan.
Walaupun novel ini bukanlah sebuah karya yang mengangkat persoalan psikologi yang utama, tetapi jalinan plotnya bergerak atas dasar pemikiran wataknya. Imej watak yang ditonjolkan memperlihatkan imej manusia abad pascamerdeka yang lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri daripada hakikat insan yang sebenarnya, iaitu sebagai Khalifah Allah SWT di muka bumi. Walaupun demikian, watak yang dikemukakan bukanlah tuntas menggambarkan kumpulan masyarakat itu secara keseluruhannya. Masih ramai manusia yarrg berhati jujur dalam masyarakat, namun yang diangkat oleh pengarang dalam novelnya merupakan sekelumit manusia yang ada dalam realiti masyarakatnya sendiri.
Dari aspek lain, dengan penggunaan gaya bahasa yang lancar, sesekali dengan lenggok dialog utaranya menjadikan karya ini sebuah novel sosiologi yarrg berjaya dengan stail penulisannya yang langka dan tersendiri. @
RUIUKAN
1. Baharuddin Zainal, 1975. Mendekati Kesusasteraan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Gorys Keraf, 7987. Diksi dan Gaya Bahasa.Jakarta: PT Gramedia.
3. Ghazali dan Al Imam, 1980. Ihya Ulumiddin jilid 5). Jakarta: Penerbit Asli.
4. Hashim Awang, 1997. Kritikan Kesusasteran: Teori dan Penulisnrt. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Hamka, 1981 . Tafisir AI-Azhar: juzu' XVll.Surabaya: Yayasan Latimojog.
6. Muhammad Hi. Salleh, 1986. Cermin Diri: Esei-esei Kesusnsternr?n. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
7. Mana Sikana , 1990. Pendekatan Kesusasteraan Moden Bandar Baru Selangor: Penerbit Karyawan.
8. Mohd. Affandi Hassan, 1992. Pendidikan Estetika daripendekatan Tauhid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Rozi Bainon , 1999.Wanita: Penghapusan Diskriminasi dari Perspektif Islam dan Undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Safian Hussain ed al., 1988. Glosari Kesusasteraan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Sahlan Mohd. Saman, 1999. Tokoh dan Kecenderungan Kritikan Sastera Mutakhir. Bangi: Persafuan Penulis Selangor.
12. Umar Junus, 1984,Sasteran Melayu Moden: Fakta dan lnterpritsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
13. Wallek, R dan Austin Warren 1988. Teori Kesusasteraan (Diteiemah oleh Wong Seng Tong). Kuala Lumpur: Denwan Bahasa dan Pustaka.
14. Zainol Idris, 2019. Siluet. Bandar Darul Aman Jitra: Angkatan Sastera Nasioonal Kedah(ASASI).
(Dewan Sastera, Disember 2020)
No comments:
Post a Comment