SILUET
NARATIF TENTANG KRISIS
oleh:
HASAN BASERI BUDIMAN
(Kertas kerja ini dibentangkan dalam proram Dialog Puncak Karyawan ASASI (DPKA) Angkatan SAterawan Nasional Kedah pada 5 Disember 2020, di Prbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar)
Hasan Baseri Budiaman, membentangkan kertas kerja
di Dialog Puncak Karyawan Kedah, 5 Dis.2020
1.0 Prolog
Saya mengulang-ulang membaca SILUET sebanyak tiga kali cuma untuk mencari kaitan antara Zainol ldris dengan Dialog Puncak, sesuai dengan matlamat ASASI yang setiap tahun akan bercakap tentang kemuncak karya penulis-penulisnya. Setelah menelitinya beberapa hari, akhirnya saya temui juga apa yang saya cari. Benar barangkali tanggapan saya ini, bahawa novelet yang saya baca ini adalah kemuncak kepada pengkaryaan Zainol Idris. Maksudnya, bermula daripada terbitnya cerpen pertama Zainol Idris, 'Si Keweh Masih di Caruk' yang tersiar dalam Dewan Sastera Julai 1980, sehinggalah saat ini, Zainol Idris tidak pernah menghasilkan novel. Dan SILUET ini rupanya novel pertama beliau.
Jadi tidak bersalahan kalau SlUET ini saya angkat sebagai karya puncak Zainol Idris. Walaupun barangkali apa yang saya angkat itu hanyalah karya seorang ahli ASASI sahaja, tetapi rasanya ia sudah cukup untuk memberikan semangat kepada ahli-ahli ASASI yang lain agar mengikut jejak dan kegigihan Zainol Idris dalam mengembangkan karya masing-masing, biar sentiasa berada di luar kotak keselesaan genre.
Kalau melihatkan kepada bentuk dan ketebalannya, SILUET mungkin boleh dianggap hanya sebuah novel kecil sahaja. Namun setelah membacanya, tahulah saya sebenarnya novelet setebal 131 halaman ini rupanya penuh dengan persoalan besar. Gaya penulisan dan pengolahan ceritanya sahaja, sudah cukup untuk saya membuat andaian bahawa penulisnya adalah seorang karyawan yang sudah lama berkecimpung dengan genre pernovelan. Mungkin agaknya, pengalaman Zainol Idris yang sejak sekian lama menukangi penulisan cerpen dan drama, telah memudahkan beliau menjadi begitu cepat dewasa untuk menghasilkan sebuah novel, walaupun hal ini cumalah percubaan pertama beliau berjinak- jinak dengan genre ini.
Saya fikir, keterujaan Zainol Idris untuk beralih angin menghasilkan genre yang lebih berat ini bermula apabila ASASI menganjurkan program Transformasi Teks Cerpen kepada Novel pada Disember 201,8. Dalam program ini, setiap perserta dikehendaki mentransformasikan cerpen masing-masing sebagai hipogram kepada penghasilan sebuah novelet. Zainol Idris menggunakan cerpen 'Pak Tuan dan Sebongkah Batu di Kaki Gunung' sebagai hipogramnya, dan telah menukanginya hampir enam bulan, akhirnya cerpen itu membesar menjadi SILUET .
SILUET mengisahkan tentang Pak Tuan (Huseng bin Soleh), bekas seorang PTD dan ahli politik, yang di hujung usianya terpaksa berhadapan dengan banyak hal. Pak Tuan bukan sahaja kehilangan isteri tuanya Mak Tuan (Mahani Bee) yang meninggal dunia akibat kanser rahim, tetapi turut hilang statusnya sebagai ahli politik setelah berlaku perebuatan pada peringkat bahagian. Pak Tuan yang tersisih akhirnya membawa diri menyendiri di chalet yang dibinanya di tengah hutan. Di sini pun masalahnya tidak selesai kerana ketika ini sedang berlaku penerokaan hutan yang agak berleluasa. Dan menariknya, yang sedang melakukan segala perbuatan khianat itu adalah isteri mudanya, Cik Puan (Zetty Azhari). Lebih menyedihkan, ketika dia mengunjungi Cik Puan yang tinggal bersendirin di kediamannya, di Kayangan Hight, dia berhadapan dengan satu lagi krisis, apabila dia mendapati Cik Puan sedang mencuranginya apabila sanggup bersama lelaki lain di dalam bilik tidurnya. Akhirnya kerana terlalu marah dan terkejut, Pak Tuan meninggal di situ.
Jika dirujuk pada halaman blurb novel ini, nyataan promosi SILUET ini memang jelas hanya merujuk kepada persoalan krisis alam sekitar, dengan Pak Tuan menjadi watak utama yang memperjuangkan isu ini. Namun sebenarnya setelah saya teliti, krisis yang dibawakan oleh Zainol Idris di dalam SILUET ini rupanya lebih besar daripada itu. Krisis ekologi itu hanyalah satu daripada beberapa krisis lain yang boleh ditemukan di dalam novelet ini. Dan pembaca tidak payah bersusah payah untuk disimpang-jauhkan oleh Zainol Idris tentang isu ini, kerana daripada mula plot cerita ini bergerak isu krisis itu sudah pun dapat dikesan
Membawa diri. Bersendirian. Bersunyi-sunyi. Meminggir berhari-hari ke kaki gunung yang terpencil itu bukanlah perbuatan waras! Pak Tuan buang tebiat. Pak Tuan Kesunyian. Pak Tuan kecelaruan. Pak Tuan dilandai sindrom kemurungan. Pak Tuan sedang hadapi depresi. Pak Tuan sedang menanggung penyakit misteri. Pak Tuan itu' Pak Tuan ini... Dalam pada itu, ada juga yang bersimpati. Mereka faham, Pak Tuan baru saja kehilangan orang yang dikasihi. Bukan mudah untuk berhadapan dengan musibah'
( hal.5l)
Tidak mungkin rasanya Pak Tuan akan membawa dirinya jauh ke dalam hutan jika tidak berlaku sebarang krisis kepada dirinya. Hal inilah yang meyakinkan saya bahaw;SILUET ini adalah sebuah naratif krisis. Jadi untuk berkongsi maklumat tentang semua ini saya akan cuba melengkapkan penelitian di dalam makalah ini nanti, dengan mengangkat beberapa isu dan wacana tentang krisis, naratif-naratif yang bertitik tolak kepada persoalan krisis, serta kritik dan peringatan yang Zainol Idris cuba sampaikan kepada pembaca melalui SILUETnya ini, berdasarkan krisis yang saya temui terjadi kepada Pak Tuan dan watak-watak lain yang ada di dalamnya.
2.0 Krisis
Sebelum meniliti lebih jauh tentang krisis yang mungkin boleh dibongkar di dalam SILUET, elok kalau dilihat terlebih dahulu konsep asas tentang krisis, agar dapat menjadi titik panduan ketika kita melihat naratif krisis yang dibawa oleh Zainol Idris di dalam novelnya ini. Secara umumnya, krisis adalah keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian, keadaan yang lazimnya boleh mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, ketegangan dan keributan. fames dan Gilfiand di dalam buku mereka Strategy Intervention Crisis, telah mendefinisikan krisis sebagai sebuah persepsi atau pengalaman tentang sebuah peristiwa atau situasi yang boleh menimbulkan kesulitan, dan biasanya berada di luar kemampuan diri seseorang, termasuk hilangnya kemampuan untuk mengatasi masalah akibat gangguan emosi untuk sementara waktu.
Manakala Roberts dan Yeager pula di dalam buku mereka Crisis Intervention Handbook, menjelaskan bahawa krisis adalah merupakan suatu respons subjektif terhadap;uatu peristiwa hidup yang menekan, atau traumatik atau sederet peristiwa-peristiwalengan lain yang dirasakan oleh seseorang sebagai suatu hal yang berbahaya, mengancam,rtau amat mengganggu, yang tidak terpecahkan kalau sekadar menggunakan metod-metodrenyelsaian biasa. Menurut Rohany Nasir (2004), krisis adalah persepsi terhadap kejadian atau pengalaman yang tidak mampu diatasi seseorang dengan cara biasa, kerana terlalumengganggu personaliti, dan biasanya boleh mengancam diri.
Jadi, keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa krisis adalah merupakan suatusituasi yaang boleh menimbulkan rasa sukar, berbahaya, mengancam, dan amal mengganggu seseorang, sehingga orang itu memerlukan bantuan daripada orang lain untuk memecahkan segala permasalahannya, disebabkan kesulitan yang dialami berada di lualkemampuannya. Krisis boleh juga dianggap pemasalahan jiwa dan sering dikaitkan dengan konsep tekanan psikologi. Walaupun krisis itu bukannya suatu penyakit, tetapi tekanan disebabkan krisis boleh memaksa seseorang itu mengalami irritability. Hal inilah yang cub:diketengahkan oleh Zainol Idris Di dalam SILIJETnyaini. Zainol Idris cuba menggambarkarkeadaan Pak Tuan yang sering berada dalam keadaan tidak seimbang, dan mudah menjadmarah, cepat murung serta mudah kecewa atas segala peristiwa yang terjadi, Kesan krisityang datang bertimpa-timpa, telah memaksa Pak Tuan berhadapan dengan suatu keadaaryang kadang-kadang menyulitkan baginya untuk mengatasi masalah yang dilaluinya.
Menariknya, ada kalanya krisis yang dihadapi oleh Pak Tuan ini, Zainol Idris hidupkan sebagai ketegangan, yang datang tepat pada waktu dia berada dalam keadaan memang tidak bersedia untuk berhadapan dengan masalah-masalah tersebut'
Laporan yang Kami dapat , ada pebuata berdua-duan lelaki-perempuan yang bukan mahram di sini," tegas lelaki itu menguatkan suaranya. "Berdua-duaan?!!" soalnya perlahan dan sedikit gugup. jahanam hatinya berdetak kuat. Di teringatkan Fikri yang tiba-tiba saja mahu keluar membeli rokok dan meninggalkan Zetty bersamanya di situ. "Khalwat!! " dua orang lelaki, usia 30an yang berdiri di kiri kanan ketua mereka bersuara serentak. Lututnya tiba-tiba lemah. Semuanya bakal mengundang padah, rintihnya dalam hati.
(hal.81)
Pak Tuan memang mengharapkan orang lain untuk membantu mengatasi masalah-masalahnya, kerana ketika itu jiwanya masih tidak berfungsi dengan baik. Namun, ketika itulah dia kehilangan sokongan, dia tidak mendapat bantuan daripada sesiapa pun yang diaperlukan. Fikri bekas setiausahanya yang diharap dapat membatu, juga sudah tidak mahulagi bekerjasama dengannya.
Fikri, bekas setiausaha sulitnya dahulu. Soal mengatur sidang media memang kerjanya. Bila dia diundurkan dari jawatan exco, seterusnya dari dunia politik, Fikri terus disambar oleh Cik Puan sebagai pembantu peribadinya.
(hal. 108)
Dia mungkin boleh mengharapkan Pak Megat membantu menyelesaikan krisis yang dihadapinya namun dia juga faham;
Tugas Pak Megat bukan sekadar menjaga dusun dicerobohi oleh haiwan-haiwan pemusnah termasuk pencuri-pencuri. Dia jugalah yang mengawasi pekerja-pekerja Bangla menanam, membaja, merawat pokok-pokok buahan termasuk mengawasi kebersihan dusun tidak disemaki belukar dan rumput rampai
(hal 23)
Bukan mudah untuk berhadapan dengan musibah. Calang-calang orang kalau tidak kuat iman boleh terseret kepada perkara yang tidak diingini. Bercakap memang mudah, berat mata memandang tentulah berat lagi bahu yang memikulnya. Pak Tuan perlu dikaunselingi
(hal. 5)
Akhirnya krisis-krisis berlarutan sehingga menyebabkan Pak Tuan terus mengalami peningkatan ketegangan jiwa sehinggalah ke penghujungan keseluruhan masalah. Zainol Idris telah mematikan watak Pak Tuan.
3.0 Krisis dalam SILUET.
Sebagaimana diilustrasikan di atas, sesiapa sahaja boleh memandang suatu situasi atau peristiwa yang berkaitan dengan krisis ini dengan cara yang berbeda. Kita boleh sahaja memandangnya sebagai suatu tekanan, dan kemudian berusaha mengatasi rintangan tersebut. Atau kepada orang lain, hal ini mungkin saja suatu beban yang berat dan teramat sukar untuk menanggung situasi tersebut, yang kemudiannya membiarkan sahaja tekanan tersebut terus berada dalam keadaan krisis. Perbedaan ini mungkin berpunca daripada soal peribadi dan pengalaman masa lampau seseorang yang pernah mengalami stres, sehingga memberikan pengalaman yang menakutkan atau penuh ketidakpastian.
Apapun krisis tidak selalunya buruk. Kerana ada kalanya krisis boleh menjadi suatu titik yang sangat penting sebagai pengajaran di dalam kehidupan seseorang. Hal inilah yang mahu diperlihatkan oleh Zainol Idris melalui watak Pak Tuan ketika berhadapan dengan pelbagai krisis. Zainol Idris cuba memberitahu pembaca, dengan cuba membentul ketahanan mental dalam diri Pak Tuan, agar berani menyelesaikan semua krisis yang dihadapinya itu dengan cara-caranya yang tersendiri. Namun, dalam sebuah cerita yang penuh konflik, Zainol Idris sedar bahawa beliau harus melorongkan watak Pak Tuan agar kerap ketemui jalan kehancuran, supaya Pak Tuan tenggelam dalam kancah krisisnya itu Dan semua itu adalah titik pengajaran kepada pembaca yang dihantar oleh Zainol ldris supaya setiap kita lebih berhati-hati ketika menongkahi kancah kehidupan.
Krisis yang dipaparkan melalui watak Pak Tuan ini kebiasaannya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja apabila sesorang itu berada dalam keadaan tidak seimbang, karena peristiwa yang terjadi mungkin sering datang menghantuinya secara berturutan. Mereka ini akan mengalami krisis apabila terpaksa berhadapan dengan suatu keadaan yang menakutkan serta sulit pula untuk mengatasi masalah yang tidak pernah dilalui sebelumnya. Hal-hal seperti ini sebenarnya memang banyak boleh dikesan di dalam novelet ini, dan nampaknya seperti sengaja dilakukan oleh Zainol Idris di dalam SILUET, bagi memancing perhatian pembaca. Hampir semua krisis yang boleh dikesan, ditonjolkan oleh Zainol Idris melalui peristiwa-peristiwa yang kebanyakannya menyebabkan Pak Tuan mengalami peningkatan rasa tidak gembira dan ketegangan jiwa, sehingga ada ketikanya menjadikan dia tidak tahu apayang harus dilakukannya.
Misalnya melalui krisis situasional, Zainol Idris sengaja membina watak Pak Tuan supaya sering merasakan, ada saat-saatnya dia merasa terancam apabila krisis itu datang tiba-tiba, dan kejadian yang sangat mengganggu itu datang sebagai bencana, berlaku pula secara tidak terduga, seperti
* kematian Mak Tuan, isteri yang dicintainya
* saat mengetahuinya penyakit yang serius menimpa Mak Tuan
* gangguan sosial ketika mengetahui dirinya sudah diketepikan daripada dunia politik
* kehilangan pekerjaan dan sumber kemewahan
* kehilangan kehormatan, keistimewaan dan status sebagai pegawai daerah dan Exco
Manakala melalui krisis developmental pula, Zainol Idris cuba menampakkan krisisyang terjadi kepada Pak Tuan, menjadi lebih menyerlahkan pola pertentangan antara nilai baharu dengan perkembangan normatif kehidupan semulajadinya. Antaranya termasuklah
* detik mula Pak Tuan mulai bersekolah
* detik memasuki pengajian tinggi di luar negara (England)
* penyesuaian diri dan budaya baharu ketika Pak Tuan memasuki alam
perkahwinan dengan Mak Tuan dan menjadi menantu Datuk Ali Pitchay
* kritikan diri ketika terpaksa meninggalkan Tukwan dan Tuk atas persoalardariat.
* kritikan diri ketika meninggalkan Tuk Wan dan Tuk atas persoalan darjat.
* kritikan diri Pak Tuan kertika meninggalkan budaya kekampungan yang diamalkan selama ini.
* detik berhadapan dengan masalah kerja ketika menjadi Pegawai Daerah dan Exco terutama berkaitan dengan masalah ekologi
* detik berhadapan dengan isteri muda, Cik Puan (Datin Zetty)
* detik berhadapan dengan karenah Fikri
* detik ketika berhadapan dengan penentangan anak buah Batin Ripin
Dalam menghadapi kedua-dua lapisan pengertian krisis yang ditonjolkan oleh Zainol Idris di atas, ada ketikanya Zainol ldris sengaja membiarkan Pak Tuan berada di dalam situasi berjaya. Namun, ada ketikanya pula krisis itu terus dibiarkan mengganggu dan berjalan berpanjangan, sampailah ke akhir hayat Pak Tuan. Semuanya untuk pembaca SILUET mudah membuat pertimbangan memilih beberapa alternatif yang dikemukan oleh Zainol Idris untuk dihadam melalui konflik-konflik yang tercetus. Dan saya dapat melihat kehebatan Zainol ldris memainkan sentimen rasa pembaca apabila berjaya membina gangguan rasa nyaman dalant diri pembaca, dengan membiarkan pembaca terus merasai setiap peristiwa yang menekan kehidupan Pak Tuan, sebagai hal yang stress dan mengancam, melalui setiap krisis yang diwujudkannya.
Hal ini dalam kehidupan seharian mungkin perkara biasa kepada mekanisma krisis, tetapi pengarang yang peka akan kerap menggarapkannya di dalam mana-mana karya mereka, kerana mereka mengerti dan menyedari bahwa hanya konflik sahaja yang akan menjadi unsur penting yang dapat menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya. Dan sebuah karya yang baik tidak akan melepaskan peluang untuk menggabungkan beberapa jenis konflik yang mungkin terbit daripada krisis yang dialami watak secara berulangan bagi membina suatu peristiwa atau masalah yang menekan. Biasanya kepelbagaian konflik yang dilalui oleh watak inilah yang akan menjadi penentu, baik atau gagal sesebuan karya ketika berhadapan dengan emosi pembaca.
Kisah yang dipersembahkan sama ada yang melibatkan peristiwa-peristiwa manusiawi yang sensasi, atau yang bersangkutan satu dengan yang lain sehingga menyebabkan munculnya konflik-konflik yang kompleks, biasanya akan lebih cenderung diminati pembaca. Dan naratif yang berkisar kepada krisis inilah, yang digunakan ZainoIdris untuk membina kekuatan SILUET melalui sumber-sumbernya yang cukup memadai.
3.1. Krisis Ekologi
Krisis ekologi merupakan krisis yang paling menonjol boleh dikesan di dalam SILUET.Kepekaan Zainolldris menggunakan isu yang menjadi tantangan global umat manusia padaawal abad 21, yang kebelakangan ini telah marak diperbicangkan, jelas menampakkan Zainol Idris adalah pengarang yang peka terhadap isu-isu semasa. Zainol Idris mungkin cuba mawakili masyarakat dunia, untuk merasakan keprihatinan mendalam mengenai krisis lingkungan ini. Hal ini karena pada Zainol Idris, krisis yang meliputi seluruh sistem ekologi alami di bumi, termasuk hal-hal yang berkaitan dengan manusia; seperti udara yang kita hirup, makanan yang kita makan, air yang kita minum, termasuk sistem organ di dalam tubuh kita, adalah anugerah yang perlu dijaga.
Secara filosofi, Zainol Idris melihat krisis ekologi ini sebagai refleksi krisis spiritual manusia modern yang telah menghilangkan Tuhan dalam hubungan mereka dengan alam.
gunung-ganang, bukit-bukau sebagai pasak alam akan terusik tanpa sebab. Pak Tuan teringat pesanan yang sering dihebahkan khatib pada kebanyakan khutbah; Manusia dicipta Allah sebagai khalifah atau pengurus alam, namun seringkali tangan manusialah yang mencipta kerosakan. Dalam diam-diam Pak Tuan berazam untuk menggali dan mendedahkan kelibat-kelibat yang merupakan silhouette hitam disebalik fenomena itu semua hingga ke lubang cacing.
[hal. 104]
Kesalahfahaman dan kegagalan manusia dalam memahami hakikat serta realiti alam menyebabkan sikap eksploitatif terhadapnya berlaku secara sewenang-wenang. Manusia yang menjadi hamba kepada kebendaan ini dengan sengaja telah menyelewengkan pemahaman mereka terhadap alam, dengan menganggap alam hanyalah sesuatu yang tidak pernah bernilai dan tidak memiliki nilai intrinsik dan spiritual, kecuali sebagai objek pemuas nafsu syahwat eksploitatif mereka sahaja.
Pak Tuan sedar sebahagian besar dari bencana alam, puncanya oleh campur tangan manusia sendiri. Fitrah alam dicipta oleh Maha Pencipta dalam keadaan serba cukup dan saksama. Sebuah ekosistem terus berada dalam keseimbangan sehingga hadir campur tangan atau gangguan terhadap komposisi komponan sama ada biotik atau abiotik dalam suatu sistem tertentu.
(hal. 103)
Sehingga akhirnya alam pada pandangan Zainol Idris telah menjadi seperti pelacur yang dilanyak tanpa rasa tanggungjawab. Semua bencana ekologi yang terjadi di bumi iniberkorelasi erat dengan tindak-tanduk dan tingkah laku manusia sebagai makhluk bumi yang sepatutnya berperanan memuliharanya. Malah krisis kemanusiaan melampau yang dialami kebanyakan umat manusia akhir-akhir ini, telah menjadi penyebab manusia
semakin agresif untuk mengekploitasinya secara yang lebih superiour terhadap alam tanpa menghiraukan lagi akan kepentingan orang lain. Akhirnya, semua penghuni alam akanmerasai kesan daripada bencana kerakusan yang ditinggalkan
'Saya syak, ada gangguan menyebabkan binatang-binatang itu bercemperaan!"Pak Tuan cuma melihat kepada Pak Megat yang segar bertenaga. Tubuhnya berisi dengan muka berjambang lebat, sekali pandang iras Fidel Castro, pemimpin revolusi Cuba yang selalu menggusarkan Amerika itu.
''Air katok juga keruh, macam apa-apa," rungut Pak Megat berbau curiga Pak Tuan terus memandang ke dalam mata askar pencen di hadapannya itu dengan tanda tanya. "Saya syak ada kegiatan haran di lereng sebelah utara"
(hal.25.)
Alam sekitar sebenarnya adalah tempat ujian bagi manusia. Manusia diberi sepenuh kebebasan untuk menguruskannya demi penerusan kehidupan, namun kerana sikap dan pandangan manusia modern matakhir initerhadap alam jauh menyeleweng, manusia sudah tidak lagi beramanah malah gagal dalam ujian ini. Hak manusia untuk memakmurkan alam bertukar menjadi medan kerakusan sehinggakan alam terus mengalami 'kerencatan'yang serius. Semuanya telah merendahkan kualiti kehidupan termasuk juga kehidupan manusia sendiri. Menariknya SILUET ini kerana kemuncak krisis ekologi yang dihadapi oleh PakTuan ini diselsaikan jawapannya oleh Zainol ldris dengan mempalitkan sama krisis peribadinya, apabila dia mengetahui daripada Fikri bahawa penerokaan haram yang memusanahkan alam, di sekitar kaki gunung berhampiran cheletnya itu dilakukan oleh syarikat isteri mudanya sendiri.
"Sabar Tuk," Fikri cuba meredakan suasana, mendengar suara mantan Exco Kanan itu semakin meninggi dan mukanya sudah berubah menjadi udang bakar. "Tapi ada isu-isu yang tidak mustahil bakal menjadi boomerang lalu melantun kembali memalu kepala Datuk sendiri!" Sambung Fikri memicingkan matanya ke sisi,menunggu reaksi Pak Tuan.
"Apa??!!"
"Saya fikir Datuk mengundang padah!"
Ápa!!?
"Saya yakin, pasti akan timbul persoalan dan masyarakat di luar sana akan tertanya-tanya bagaimana Datuk tiba-tiba memiliki sebidang tanah dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai tanah adat yang dikhusus untuk Orang Asli." tukas Fikri sambil pandangannya terbenam ke dalam mata Pak Tuan yang tadinya bulat menjengil. Pak Tuan terdiam sejenak."Mengketengahkan isu ini, bermakna Datuk mengheret tangan Datin Zetty sendiri ke muka pengadilan!"
"Apa?!" "syarikat yang terlibat dalam pembalakan haram itu diterajui oleh Datin sendiri!'
[hal. 116]
Identiti dalam konteks perbincangan ini, didefinisikan sebagai aspek-aspek tertentu yang dapat menunjukkan ciri-ciri dan merujuk kepada keadaan atau sifat seseorang. Dan identiti seharusnya sesuatu yang tekal, iaitu tidak mudah berubah-ubah. Apapun akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran budaya yang menghimpit, seseorang itu boleh sahaja ditimpa kecelaruan. Semua ini akan menjadikan amalan hidupnya sudah tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan asalnya. Malah boleh dianggap orang itu sudah hilang pertimbangan diri. Apabila timbul masalah peribadi seperti ini, Erik Erikson seorane ahli psikologi, telah mengistilahkannya sebagai krisis identiti. Krisis identiti menurut Erikson adalah konflik dalam diri sendiri yang akan timbul apabila kita berfikir dan mengaitkan kewujudan kita dengan enviroment yang baharu. Krisis ini sebenarnya adalah gangguan personaliti yang dicirikan oleh corak kehidupan jangka panjang mengenalperasaan penting diri yang berlebihan, atau keperluan pengaguman yang berlebihan terhadap sesuatu.
Dalam SILUET ini, Zainol Idris telah berjaya membina gangguan peribadi narsisistik dalam diri Pak Tuan, sehingga rasa empatinya terhadap Bukit Sekecung, Tuk danTukwannya sudah hilang.
Corak dan cara hidupnya walaupun tidak berubah secara drastik namun tetap berubah secara beransur-ansur, selepas berumah tangga. Kehadirannya dalam keluarga elitis Datuk Ali Pitchey menyebabkan sedikit demi sedikit nilai-nilai kekampungan meluntur dari laluan rutin hidupnya. Dia semakin melupakan Tuk dan Tukwan. Dia mula melupakan rumah papan kayu sayung di hujung kampung. Dia mula melupakan lorong, denai dan permatang sawah. Dia melupakan perigi jernih di becah rumbia dan sungai yang dirimbuni aur sepanjang tebing. Dia melupakan pelita minyak tanah dengan jelaga dan asap hitam berpintalan ketika menyiapkan kerja-kerja sekolah. Dia semakin melupakan Bukit Sekecung. jiran sekampung dan kawan-kawan sebaya yang sama-sama bermain lumpur menggagau keli atau menyerkap haruan. Menyauk ikan sempilai dengan kedua tangan di serokan bendang. Berlarian di antara tunggul-tunggul jerami di sawah kontang menaikkan wau di musim angin timur bertiup garang. Dia telah melupakan semuanya. Apa lagi bila Tuk dan Tukwan sudah lama tiada.
(hal. 56-57)
Sebagai manusia yang sudah mempunyai kedudukan yang agak cemerlang, Pak Tuan tentu akan menjadi begitu mudah menukar identitinya, apabila sering menghabiskan banyak masa untuk berfikir tentang citi-cita dan keupayaan mencapai kekuatan darkejayaan dalam hidupnya. Erikson percaya bahwa pengembangan kepribadian seseorangbergantung kepada apakah dia mampu menyelesaikan krisis dengan baik dalam kehidupannya atau tidak Inilah yang menjadi dilema kepada Pak Tuan apabila krisis identiti ini muncul dalam dirinya ketika dia sedang mengalami perubahan besar dalanhidupnya. Pak Tuan sedar, bukan mudah untuk dia menukar identitinya daripada seorangbudak kampung kepada orang bandar, kerana dia membesar dengan situasi kekampungaritu agak lama.
Huseng anak kampung. Dia sendiri tidak pernah menafikan bahawa dia adalah anak kampung di pedalaman... Jiwa Huseng masih jiwa kampung. Hatinya masih tersangkut di kampung. Sesekali tidur malamnya masih bermimpikan kampung. Seleranya masih selera kampung. Masih merindui asam pedas ikan puyu. lkan keli bakar dan air asam cabai patah. Sayur manis rebung dengan daun asin-asin. Ulam petai. Pekasam ikan lampam. Namun segala kerinduan itu sekadar bermukim dalam gua kenangannya cuma. Sekadar nostalgia masa lalu yang sukar untuk kembali berulang.
[hal.31]
DIA telan liur lagi. Dia mengusap mukanya beberapa kali. Namun kerinduannyatetap menggebu. Kawan sebaya, saudara mara, jiran sekampung sekian lama tidak dijenguknya. Yang pasti dialah yang menjauh dan menjarakkan diri dengan kampung halaman. Tukwan dan Tuk pun sudah lama tiada. Yang masih wujud cuma dirinya yang akhir-akhir ini dirasakan bersendirian dalam ruang penuh kesunyian.
(hal.37)
Namun segala-galannya boleh saja terjadi terjadi kalau keadaan terpaksa dan Pak Tuan harus akur dengan perubahan dirinya ketika itu, walaupun jauh di lubuk hatinya dia sebenarnya tidaklah sebegitu.
Kadang-kadang dia sendiri mengakui sikap kepura-purannya. Dunianya sekarang adalah dunia Pak Tuan, bukan lagi dunia seorang Huseng. (hal.31)
Bukit Sekecung juga hampir terpinggir dari ingatannya. Bertahun-tahun sudah tidak dijengah. Jangan-jangan tersesat kalau dia balik sekarang. Entahlah sejak terkepung dalam kerkalutan, segalanya jarang terhimbau walaupun dalam mimpi. Begitu juga dengan selera kekampungannya entah tersesat ke mana (hal.37)
Sebenarnya kejutan budaya yang dialami oleh Pak Tuan sudah bermula sejak dia mula bersekolah menengah di bandar lagi. Di Kolej Sultan, Pak Tuan sudah mula dikejutkan dengan sesuatu budaya baharu yang secara tiba-tiba berada di hadapannya. Dengan terdedahnya Pak Tuan kepada unsur-unsur kebudayaan yang lain, yang dia rasakan lebih tinggi tamadunnya, sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan tersisih di dalam hatinya jika dia tidak menurutinya bersama.
Sejak masuk ke Kolej Sultan di Ibu Negeri, Huseng dapati banyak berubah dlm, rutin hidupnya. Ibu Negeri bukan macam Bukit Sekecung atau Kepala Bukit. Ibu Negeri adalah bandar ilmu dan Kolej Sultan pula adalah adalah gedung ilmu. Masingmasing bergulatan dengan buku-buku saja. Tak kira siang, tak kira malam. Tak ada masa lagi untuk bincang fasal masuk belukar lastik merbah kapur atau murai cacing. Atau ke denai paya rumbia jerat ruak-ruak. Atau masuk hutan nipah cari anak sempilai. Apa lagi bergelumang selut timba kubang atau berpesta lanyau kolam di musim timur, menggagau haluan dan keli.
Huseng memang benar-benar berubah. Tukwan tahu. Tuk pun sedar. Betis Huseng tidak lagi kertang bersisik sampai boleh dibuat papan tulis bila diguris dengan kuku, terutama bila musim kemarau menjengah. Baju seluar Huseng juga bersih dan kemas, walaupun bukan dari jenama mahal. Huseng tidak lagi selekeh dan berlemos macam kebanyakan budak-budak Bukit Sekecung (hal.35)
Menurut Ericson krisis identiti sebegini adalah suatu detik kritikal untuk seseorang membuat pertimbangan, walaupun detik ini merupakan masa terbaik untuk menganalisis secara intensif dan penerokaan cara yang berbeza, untuk melihat realiti diri sendiri. Sesungguhnya, proses membentuk identiti Pak Tuan yang digambarkan oleh Zainol Idris didalam SILIIET ini adalah sebahagian daripada contoh perlakuan penting dalam kehidupanseseorang manusia' Identiti Pak Tuan sengaja dibiarkan terus berkembang dan berubahsepanjang hayatnya, oleh Zainol Idris, sehingga di penghujung kehidupannya, pak Tuan terpaksa berhadapan dengan keadaan dan situasi yang cukup berlainan, sehingga menjadi cabaran baru pula kepada watak Pak Tuan untuk menilai siapa dirinya yang sebenar berbanding kehidupannya yang asal yans pernah dilaluinya
Kerinduan itulah yang memanggil-manggilnya segera pulang ke Bukit Sekecung bila cuti penggal tiba. Kalau tidak tertahan lagi, Huseng akan terpa balik pada cuti hujung minggu yang dibenarkan sebulan sekali untuk budak-budak Kolej Sultan. Huseng akan naik Kenderaan Bas Mara dari Ibu Negeri dan turun tepi jalan, di Kepala Bukit. Kemudian dia akan berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke Bukit Sekecung. Kalau nasib Huseng baik, ada gerek yang lalu-lalang, Huseng boleh tumpang bertenggek di karier sampai ke rumah.
Setiap kali Huseng balik, Tuk dengan Tukwan pasti ke hulu ke hilir cari itu, cari ini. Masak itu masak ini. Tuk Wan dengan Tuk faham benar kegemaran Huseng. Mereka tahu selera Huseng. Mereka tak mahu Huseng kempunan bila balik ke asrama nanti. Huseng bukan mahukan gulai ayam. Redang atau kurma daging bukan selera Huseng. Huseng cuma gemarkan keli bakar. Gulai ikan baung kuning yang terperangkap dalam bubu Tukwan. Sayur lemak rebung. Kerabu paku rawan. Dan yang tidak boleh tidak tentulah air asam cabai burung patah. [hal. 36)
Zainol Idris sengaja membina krisis identiti dalam diri Pak Tuan, supaya pembaca dapat menilai tahap ketelusan peribadi manusia ketika berhadapan dengan dilema seperti itu. Dan apabila perubahan yang paling besar terpaksa dihadapi oleh Pak Tuan melalurkrisis identitinya ini berlaku, Pak Tuan diatur oleh Zainol Idris supaya menyesuaikan diri dengan gaya hidupnya dengan anggota yang lain, yang sediki sebanyak telah menimbulkan kejutan budaya daripada pelbagai aspek di dalam kehidupannya.
Segala-galanya bermula bila dia balik dari Oksford. Huseng sebenarnya tidak balik sendirian. Dia balik bersama Mahani Bee, anak dara Datuk Ali Pitchey yang sama-sama menuntut di England; seorang di Oksford dan seorang di Cambridge...Mahani Bee adalah anak perempuan Datuk Ali Pitchey, pegawai kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri
(hal.37 & 44)
Majlis perkahwinan Huseng tidak lagi didahului dengan adat risik merisik. Tiada rombongan pinang meminang. Tiada kenduri-kendara yang perlukan persiapan itu dan ini makan masa berminggu-minggu. Tak perlu lagi dirikan balai untuk marhaban dan berzanji. Tak perlu susah payah buat bangsal kedohok untuk masak nasi dan gulai kawah. Tak ada lagi kerbau atau lembu yang akan tumbang. Tak ada pencak silat bunga sambut pengantin.
(hal.38)
Kadang kadang dia sendiri dapat merasakan terdapat sesuatu yang berperang sesama sendiri dalam dirinya. Dia tahu, sama ada disedari atau tidak telah ada suatu kuasa asing yang mulai meresap dan menulari percaturan hidupnya. Dan dia tahu unsur luar itu kalau tidak cermat ditangani berhati-hati akan menukarkan dirinya menjadi buah bidak di papan catur.
[hal.45]
Dalam menghadapi dilema ini , Pak Tuan sedar, tidaklah semudah itu untuk dia melupakan orang yang disayangi, atau atau melupakan asal usulnya, atau melupakan jasa Tuk dan Tukwan kepadanya. Namun semuanya terpaksa juga berlaku kerana wujudnya krisis identiti dalam diri Pak Tuan, sehingga ada ketikanya dia hilang pertimbangan untuk menentukan bagaimana harus membuat pilihan.
Dari celah daun pintu bilik pengantin yang renggang itu Tuk nampak, Mahani Bee seperti sedang bersiap-siap.
"Kami, nak keluar" kata Husing sambil melepaskan nafas berat.
"Ke mana?"
"lbu negeri."
"Buat apa?"
"Bermalam di sana."
"Bermalam?"
"Di hotel. Dah tempah."
Tuk tengok muka Tukwan. Tukwan tengok muka Tuk. Diam. Tuk tengok muka Huseng. Huseng tengok muka Tuk kemudian tunduk perlahan. Dicelah-celah daun pintu bilik itu, Tuk boleh nampak katil bertilam lima inci dan siap berkelambu itu tidak terusik. Huseng tengok muka Tukwan sekali lagi, kemudian tengok muka Tuk. Huseng nampak mata Tuk tiba-tiba berkelip-kelip kemudian berkaca.
(hal. 52)
3.3 Krisis politik
Otto von Bismarck seorang negarawan Germany, pernah menyebutkan bahawa Politics is the art of the possible, the attainable iaitu seni serba kemungkinan, sesuatu yang dapat dicapai. Maksudnya dalam politik, serba kemungkinan boleh berlaku. Sesuatu yang tidak dijangkakan mungkin sahaja boleh berubah daripada tidak mungkin kepada menjadi mungkin, atau daripada mungkin terjadi, berubah kepada mungkin tidak menjadi.Semuanya bergantung kepada kerja para seniman politik. Mereka ini kebanyakannya memang sedia memiliki kemahiran dan bakat yang diperoleh daripada pengalaman mereka sepanjang bergelumang dengan dunia politik. Di tangan merekalah segala kemungkinan boleh berlaku, dan di tangan mereka jugalah senario politik boleh berubah dari masa ke masa, kerana inilah sebenarnya hakikat berpolitik. Zainol Idris melihat situasi ini sebagai sesuatu yang cukup bermakna untuk ditonjolkan. Hal inilah yang dijadikan beliau modal cerita tentang dunia politik.
Kancah politik: satu medan persilatan hidup yang penuh permaianan silap mata, muslihat, kilasan dan sepak terajang. Kancah politik bak sebuah rumah kaca, di mana setiap gerak laku yang kadangkala lebih mirip kepada lakunan pemain-pemainnya, menjadi subjek yang diperhatikan setiap masa. (hal.72)
Politik adalah seni kepintaran merebut kuasa dan pengaruh. Sebagai satu seni yang matlamatnya merabut mahkota kekuasaan sudah pasti mempunyai strategi dan muslihat tertentu (hal.73)
Dan keterlibatan Pak Tuan dalam dunia politik bukannya suatu kebetulan, tetapi memang dirancang oleh Zainol Idris bagi memperlihatkan bahawa manusia hanya boleh merancang dengan secara terbaik mungkin, tetapi dalam dunia politik yang memang penuh kecelaruan itu, segala-galanya boleh terjadi.
Pak Tuan sendiri sedar, dalam politik tiada yang mustahil. Tidak mustahil sahabat karib boleh bertukar menjadi musuh durjana. Sekelompok penyokong yang suatu ketika menjunjung-julangnya tiba-tiba bertukar menjadi puak yang mahu menghumbannya ke dalam jurang jahanam. Sudah terlalu lama berada pada suatu kedudukan tinggi dan selesa pasti ada yang mahu menjatuhkan, malah lebih sadis lagi ada yang tergamak mahu memijak-mijak kepalanya.
[hal. 73]
Krisis politik sebenarnya penuh dengan segala macam strategi persis strategi perang.Sejak bermulanya detik pertama saat menentukan siapa di atas dan siapa pula harus dibawah pun, seniman politik sudah mula berkisah. Art possible dalam politik inilah sebenarnya yang banyak membantu Zainol Idris membina seni kemungkinan kepada watak Pak Tuan. Sesuatu yang Pak Tuan jangkakan mungkin berlaku, tetapi telah diubah oleh Zainol Idris menjadi sebaliknya melalui beberapa krisis, sehingga pembaca dapat melihat betapa kotornya para seniman politik itu mengatur langkah.
Bukan Pak Tuan tidak sedar yang sudah mula wujud gerakan-gerakan dari kelompok tertentu untuk menjatuhkannya. Dia sudah lama menghidu terutama menjelang pemilihan kepimpinan parti, juga tempoh pilihanraya umum yang semakin dekat. Sudah ada kem-kem yang terbentuk untuk tujuan melobi tokoh-tokoh tertentu. Peringkat permulaan kumpulan-kumpulan ini menjalankan strategi secara halus, namn jika tidak berkesan, mereka akan menukar pendekatan kepada yang lebih agresif; Bekonspirasi, memfitnah dan mensabotaj adalah amalan biasa [hal.73]
Dia pernah di dekati oleh sekumpulan orang-orang tertentu untuk memujuknya menarik diri dari percalonan pilihanraya akan datang.... Keengganannya menerima pujuk rayu secara lembut dan berahsia menyebabkan mereka menukar strategi gelap. Mereka mengugut untuk membocorkan rahsia pernikahan Pak Tuan dan Cik Puan yang mengikut kata mereka suatu pernikahan gelap dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin. Malah ada banyak skendal-skendal yang bakal didedahkan melalui dunia maya. (hal.74)
Dalam politik, strategi adalah senjata yang sangat penting, dan menjadi bahagian yang tersendiri dalam berpolitik. Apa sahaja strategi yang dijalankan dalam dunia politik semuanya adalah permainan yang sudah menjadi perkara biasa kepada para senimannya. Dalam konteks cerita ini, saya melihat Zainol Idris sengaja menjadikan Pak Tuan sebagai mangsa strategi politik yang sedang berlangsung kerana Pak Tuan asalnya bukan orangpolitik. Dalam mana-mana strategi politik, apa yang berlaku bukan sekadar seni yangbermain-main dengan duit ringgit atau permainan kata-kata sahaja, tetapi ia juga bolehberlaku lebih daripada itu, termasuk fitnah-memfitnah, cantas mencantas atau mungkin bunuh membunuh. Segala-galanya hanya kerana suatu tujuan, iaitu kekuasaan. Dan PakTuan tidak diberikan kepandaian ini oleh Zainol Idris.
Satu insiden yang berlaku tidak lama kemudian, menimbulkan seribu tanda tanya kepada Pak Tuan hingga kini. Walaupun peristiwa ini kemudian menjadi pemangkin kepada perkahwinannya dengan Cik Puan, terdetik juga dalam hati kecilnya adakah ianya suatu konspirasi terancang untuk merudumkan kariernya dalam politik. Dia tidak yakin ianya direncanakan oleh kuncu-kuncu parti lawan. Tapi dia mensyakkinya sebagai satu strategi gerakan dalaman kalangan orang-orang tertentu dalam partinya sendiri, kerana berikutan dengan insiden itu dia diserang bertalu-talu dengan menjadikan hal-hal peribadi sebagai peluru. (hal. 79)
Syak dan keraguan tentang konspirasi terancang terus timbur tenggelam dalamdirinya berhubung dengan peristiwa itu. Tidak mungkin semua yang berlaku secara kebetulan kalau tiada yang merancang; Siapa yang berkomplot merencanakan konspirasi ini? orang-orang politik yang siang tadi berpesta durian di dusunnya mungkin? Apakah Fikri juga salah seorang dari mereka? Bagaimana dengan Zetty, tidak mungkinkah dia diperalatkan dan sanggup diperaratkan? (hal. 83)
Krisis politik yang ditonjolkan oleh Zainol Idris di dalam SILUET ini jelas menampakkan bahwa seni politik memiliki seninya tersendiri dalam urusan pengaruh-mempengaruhi. Inilah kelemahan Pak Tuan yang tidak mampu mengubah tingkah laku dirinya untuk menjadi pembunuh kepada seluruh keinginannya sebelum ini. Pak Tuan banyak berserah kepada takdir sedangkan Zainol ldris mahu menyakinkan pembaca bahawa di dalam dunia politik, 'seniman'nya mesti berani melakukan apa sahaja, kerana kekuasaan politik tidak pernah ada istilah kompromi untuk menyelesaikan segalanya dengan jalan damai.
Ilmu politik mungkin merupakan ilmu murni yang membahas tetang teori-teori dalam berpolitik dan juga sebagai ilmu terapan yang menyangkut seni dalam berpolitik, tetapi praktikalnya tidak sebegitu. Betullah kata pujangga, politik adalah seni serba kemungkinan. kawan harini boleh jadi lawan keesokan hari, begitu juga sebaliknya musuh hari ini boleh menjadi rakan esok hari. Tuntasnya, tiada teman atau musuh sejati dalam dunia politik ini. Inilah realiti yang dialami oleh Pak Tuan dalam SILUET.
Situasi sebenarnya dia sudah tahu awal-awal lagi, bahawa sudah wujud satu gerakan konspirasi musuh-musuh politik dalam parti sendiri yang mahu menjatuhkannya. Setiap kali menjelang pilihanraya terlalu ramai yang tergiur mahukan nama masing.masing diketengahkan sebagai calon. Tekanan bertalu-talu dari segenap penjuru;Mahu tidak mahu dia terpaksa mengundur diri. Lebih-lebih lagi tekanan dan asakan itu atas restu pucuk kepimpinan parti sendiri, dengan alasan kehendak dari ahli-parti akar umbi (hal.109)
3.4. Krisis Moral
Moral secara umumnya boleh membawa erti akhlak budi pekerti, kelakuan, tabiat dan perangai. Menurut Kamus Dewan, moral ialah ajaran atau pegangan buruk bailisesuatu perbuatan sama ada dari segi kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain; yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil. Kata moral yang berasal dari kata latin, moresbererti adat kebiasaan, dan kebiasaan inilah yang kerap kali dikaitkan dengan akhlak atau kesusilaan, yang membawa maksud tata tertib dalam hidup. Jadi apabila dikaitkan moral inidengan krisis, bolehlah kita simpulkan sebagi, segala sesuatu yang tertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia yang baiI berakhlak,berbudi pekerti, berkelakuan serta bertabiat baik, telah diselewengkan. Penyelewengan moral boleh terjadi disebabkan seseorang manusia itu gagal mematuhi nilai-nilai yang sepatutnya dijadikan pegangan dan pedoman, bagi kesejahteraan diri, orang lain atau halhal lain, secara baik untuk bertindak sebagaimana mestinya.
Dalam membangkitkan persoalan ini, Zainol ldris telah menjadikan Pak Tuan sebagai pengantara untuk mendedahkan krisis moral masyarakat seperti yang digambarkannya di dalam SILUET. Semua yang ditonjolkan, sama ada hal tersebut berlakukepada diri Pak Tuan sendiri, atau kepada watak-watak lain yang disabitkan dengan krisis tersebut, ia adalah realiti yang terjadi dalam masyarakat di sekeliling kita. Inilah kebijaksanaan Zainol Idris, apabila menjadikan krisis moral ini sebagai hal yang universal, yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, selagi dia bernama manusia.
Krisis moral biasanya timbul apabila wujud manusia yang tidak bermoral. Mereka ini tentunya golongan yang lebih mementingkan diri, atau ada kepentingan diri, keluarga atau kroni, sehingga dalam situasai tertentu, sanggup meletakkan nilai akhlak, kewajipandan lain-lain yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil, di belakang. Kelompok ini tentunya tidak pernah memikirkan soal untuk menjaga kepentingan umum. Mereka yang mengalami krisis moral seperti ini tidak lagi memperdulikan kesan yang ditinggalkan kepada sosio ekonomi setempat serta kebaikan dan kebajikan demografi penduduk sekitarkerana akhlak mereka telah dirosakkan oleh keuntungan yang sedikit.
"Mugkin ada gangguan terhadap habitat mereka?" Soal Pak Tuan yang tidak kurang pengetahuan mengenai kajian alam sekitar dan ekologi, hubungan antara populasi dan habitat.
"Saya syak ada gangguan menyebabkan binatang-binatang itu bercemperaan. Air katok juga keruh macam apa-apa, rungut Pak Megat berbau curiga. "Saya syak ada kegiatan haram di lereng sebelah utara." (hal.25)
Perbuatan menyalahi undang-undang kerana melibatkan salah guna kuasa untuk mencari kekayaaan dengan mudah, juga antara krisis moral yang telat diketengahkan oleh Zainol ldris di dalam novel ini. Pak Tuan menjadi mangsa keadaar kerana dipaksa terjebak dengan gejala tidak bermoral yang diatur oleh bapa mentua nya Datuk Ali Pitchey, yang akhirnya krisis ini telah menjerat dirinya sendiri.
Setelah pulang dari Oxford Huseng tidak menunggu lama untuk memasuki alam pekerjaan kerana dia terus diserap masuk ke dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, itu pun kerana pertolongan Datuk Ali Pitchey. Huseng tahu semua itu tidak lain tidak bukan malainkan kerana hubungannya dengan Mahani Bee. Kalau tidak dia pasti akan ke hulu ke hilir minta kerja. Lebih-lebih lagi anak kampung sepertinya, kepada siapa mahu dituju untuk mendapat sokongan. (hal. 45)
Bila tiba-tiba namanya diajukan olen parti sebagal calon sebuah pilihanraya kecil akibat kematian mengejut wakil rakyatnya , tanpa banyak soal dia menerimanya. Sedangkan dia masih berbaki dua tahun lagi untuk bersara wajib sebagai warga pentadbir kumpulan PTD. Mahu tidak mahu dia terpaksa meletak jawatan. Pak Tuan percaya percalonan namanya yang ketika itu sekadar ahli biasa parti, tidak dapat tidak hasil dari pelobian yang dilakukan bapa mentuanya sendiri; Datuk Ali Pitchey selaku veteran yang masih berbisa buah tuturnya
(hal.67)
Syak dan keraguan tentang konspirasi terancang terus timbul tenggelam dalam dirinya berhubung dengan peristiwa itu. Tidak mungkin semua yang berlaku secara kebetulan kalau tiada yang meancang. Siapa yang berkomplot merencanakan konspirasi ini?! Orang-orang politik yang tadi berpesta durian di dusunnya? Apakah Fikri juga salah seorang daripada mereka? Bagaimana dengan Zetty (Cik Puan), tidak mungkinkah dia diperalatkan dan sanggup diperalatkan? (hal.84)
KemuncaK krisis moral dalam SILUET ini rasanya sengaja digambarkan oleh Zainol ldris dengan situasiyang cukup tragis dan sekaligus menjadi kemuncak cerita. Isteri mud;Pak Tuan menghadapi krisis moral yang cukup meruncing apabila berlaku curang kepada suami. Hal ini mungkin perkara biasa kepada masyarakat tidak bermoral, tetapi perbuatarCik Puan menduakan suaminya ini adalah suatu pengajaran kepada pembaca. Zainol Idrirsengaja menojolkan watak Cik Puan sebagai isteriyang selama inihidup terlalu bebas, tanpzkongkongan suami, dan kedayusan suami yang tidak ambil peduli terhadap nafkah isteriboleh meninggalkan kesan buruk kepada kehidupan berumah tangga. Walaupun kita harurmempercayai qada' dan qadar yang ditentukan Allah SWT, tetapi peranan setiap manusia untuk mematuhi syariat Islam dalam urusan rumah tangga perlu diambil kira
Di melangkah senyap menghampiri bilik tidur. DEtak jantyungnya bertambah kencang bila kuping telingannya menangkap suara berdesus-desas. Garau dan halus bercampur-baur. Berselang seli dengan suara terkekeh-kekeh kegelian. Darahnya tiba-tiba saja menyirap.Tangannya memekup dadanya sebelah kiri yang darjah degupan memuncak kencang. Kepalanya tiba-tiba terasa berat sungguh.
'Bangsat!" Tempikannya seperti halilintar itu sekadar tersekat di kerongkongannya
[hal.130]
4.0.Epilog
Secara Keselurunannya, naratif tentang Krisis yang terdapat dalam dalam SILUE' ini jika diperincikan, mungkin boleh dikutip lebih banyak lagi daripada apa yang dikemukakan didalam makalah ini. Namun rasanya sudah memadai untuk pembaca SILUET menjadikanempat naratif krisis yang dikemukakan di atas sebagai suatu muhasabah diri. Sesuailah dengan peranan sastera untuk memberikan nilai kebijaksanaan kepada pembacanya dengan membawa pembaca melihat dirinya dan persekitarannya, maka SILUET pada saya boleh digunakan untuk menjelaskan siapakah diri kita dalam interaksi dengan lingkungan sosial kita.
SILUET yang walaupun hanya setebal 131 halaman sahaja, tidak bermakna ia sebuah buku bacaan ringan, kerana novelet ini sebenarnya penuh dengan mesej mental yang muncul bersama dengan rangsangan emosi yang dianyam dengan sebegitu rupa. Percayalah di dalam SILUET pembaca bukan sekadar boleh menikmati satu pengalaman estetik yang mampu memberikan nikmat yang tersendiri, tetapi pembaca juga mampu mengutip gambaran kehidupan manusia secara halus melalu krisis-krisis ditojolkan dengan secara yang cukup indah, tersusun dan bermotif, untuk disimpan sebagai rakaman dan renungan.#
No comments:
Post a Comment