Pembentukan
Nilai Dalam Novel
PULAU KASIH
Karya
Zainol Idris Menerusi
Pemikiran Kerohanian Teori SPB4K
Oleh:
Dr.Husairi Hussin
(Angkatan Sasterawan Nasional Kedah
(ASASI)
( Di bentangkan di Simposium Penulis Utara, 26 – 28 Mei
2023 Di Resort Universiti Sultan Azlan
Shah (USAS) Kuala Kangsar Perak)
Pengenalan
MEMBACA NOVEL sering memberi kesan kepada khalayak
terutama dalam mencetuskan emosi. Dengan pembacaan yang berfokus dan penuh
penghayatan sudah pasti khalayak dapat merasai segala denyut nadi atau perasaan
atau intuisi yang hendak disampaikan oleh penulis. Kebanyakan penulis akan
meletakkan agenda atau objektif tertentu sama ada tersirat mahupun tersurat
dalam sesebuah karya mereka. Dalam keseronokan menghayati karya-karya tertentu agenda
tersebut akan meresap ke dalam sanubari atau pemikiran pembaca. Hal ini
seterusnyaakan membuahkan hasil untuk mendidik juga menyerapi pemikiran
seseorang. Ternyata perkara ini sudah lama dilakukan terutama untuk mengkritik
juga mendidik masyarakat terhadap sesuatu perkara.
Dalam hal ini,
novel yang mempunyai kepanjangan tertentu seperti jumlah perkataan antara 20 ribu patah perkataan sehingga 80 ribu patah
perkataan itu sudah pasti mempunyai banyak ruang dan kesempatan untuk
menyerapkan agenda tersebut. Besar harapan kita agar perkara yang hendak
diberikan kepada pembaca adalah sesuatu yang baik dan boleh dijadikan pedoman
dalam kehidupan mereka.
Mengikut Siti Emy Nor Shafeena Mohd Zain (2013), bahawa
penulisan kreatif sentiasa menekan suasana yang menarik dalam semua aspek penulisan
mereka agar pembaca terkesan. Oleh itu, pembentukan nilai terutama perkara yang
murni adalah dituntut daripada penulis.
Nilai sering kali
juga dikaitkan dengan sesebuah buku. Sehingga ada kata-kata yang terbit seperti sejelik-jelik sebuah buku pasti ada sesuatu
yang boleh dimanfaatkan. Oleh itu, kita tidak boleh hanya menilai sesebuah
karya hanya secara luaran seperti kata-kata yang sudah sebati dengan kita iaitu
don’t judge book by a cover. Maka pembaca perlu mendalami dan menghayati
sesebuah penulisan sebelum membuat ketetapan atau menjatuhkan hukuman sama ada
buku atau karya tersebut baik atau sebaliknya. Sehubungan dengan itu, nilai
merupakan satu aspek penting yang perlu ada dalam setiap diri manusia. Lebih
jelas lagi nilai ini bermaksud suatu perlakuan, perangai atau tindakan yang
baik atau murni sama ada dalam menjalinkan hubungan dengan manusia, alam dan Tuhan (Ezah Mat Hussain Et, al, 2021) .
Perkara ini boleh
dan mesti dijadikan pegangan dalam kehidupan. Nilai yang hendak diterapkan
supaya dihayati oleh pembaca atau khalayak sudah tentulah yang murni atau yang
baik-baik sahaja. Menurut teori SPB4K
oleh Mohd Yusof Hasan(2001) dalam pendekatan kerohanian, perkara nilai ini melibatkan
aspek ketuhanan yang suci dan tulus. Malah dijelaskan lagi aspek kerohanian ini harus
diletakan pada tempat yang sepatutnya iaitu mulia disisi pencipta. Jadi aspek nilai ini
akan diteliti berdasarkan teori Sistem Pemikiran Bersepadu (SPB4K) dalam karya
sastera novel Pulau Kasih karya
Zainol Idris (2022).
Objektif kajian
ini untuk mengenal pasti nilai murni yang terdapat dalam novel Pulau Kasih karya Zainol Idris
menggunakan pendekatan pemikiran kerohanian, seterusnya melihat cara
pembentukan nilai-nilai tersebut. sehubungan dengan itu, penganalisisan akan
dijalankan secara kualitatif iaitu secara analisis tekstual untuk meneliti
makalah, artikel dan buku-buku untuk menghimpunkan maklumat bagi menyokong
dapatan kajian.
Teori SPB4K dalam Karya
Sastera
Teori yang
diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan melalui buku Teori Pendidikan Pemikiran Global (2007) ini bertujuan untuk penyelidikan
serta kajian yang dijalankan bersesuaian dengan persekitaran negara kita yang mempunyai
pelbagai agama, bangsa dan budaya. Jadi sesuatu yang hendak dikaji atau
diteliti itu seharunya menggunakan acuan kita sendiri. Sehubungan dengan itu,
ramai pengkaji-pengkaji mula menerapkan teori ini dalam kajian dan juga
penulisan mereka terutama apabila mengkaji karya penulis tempatan. Hal ini, selaras
dengan tujuan pembentukan atau pembinaan teori pendidikan pemikiran global ini dikatakan
bersepadu, holistik dan whole brain (Mohd
Yusuf Hasan, 2007).
Teori Sistem
Pemikiran Bersepadu (SPB4K) meliputi empat kemahiran utama iaitu aspek kerohanian,
kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Kemahiran ini sudah pasti mencangkupi
semua perkara dalam sesebuah karya sastera seperti novel terutama dalam meneliti
aspek nilai-nilai kemanusiaan. Maka, kajian dan penelitian untuk karya yang
dipilih boleh dilakukan secara intrinsik dan ekstrinsik. Jadual di bawah dapat
menjelaskan dengan lebih terperinci padanannya untuk pemahaman bersama;
Teori SPB4K Kaedah Intrinsik Kaedah Ekstrinsik,
Pemikiran Kerohanian
·
Tema
dan Persoalan Falsafah dan kepercayaan
·
Pemikiran
Kebitaraan Perwatakan manusia Psikologi dan
kemanusiaan
·
Pemikiran
Kesaintifikan
·
Latar
dan Suasana Sejarah dan Kemasyarakatan
·
Pemikiran Kekreatifan
·
Teknik
dan Stail Estetika dan Keindahan Seni
Sehubungan itu,
bagi melihat aspek nilai dalam novel Pulau Kasih karya Zainol Idris, kaedah ntrinsik atau pendekatan dalam pemikiran kerohanian sahaja
akan digunakan. Persoalan nilai yang terkandung dalam pemikiran kerohanian akan
diteliti untuk dianalisis dan dibuktikan kewujudannya dan penerapannya.
Beberapa contoh nilai yang digunakan oleh penulis dalam karya ini akan dikutip
untuk dianalisis seperti yang dilakukan oleh Mohd Yusof Hasan dalam kajiannya
terhadap karya-karya Shahnon Ahmad (2009).
Penulisan Siti
Khariah Mohd Zubir dan Norol Nizam Sarkawi (2011), dalam kajian mereka bertajuk Pemikiran Pengarang dalam Novel Jeriji Kasih
karya Ramlah Abdul Rashid mengatakan teori ini sangat sesuai untuk mengkaji dan
meneliti keseimbangan nilai yang perlu ada dalam diri seseorang melalui
sesebuah karya. Selain itu menurut mereka lagi, sesebuah karya itu perlu
diteliti atau dibaca dengan menghayati pemikiran yang hendak disampaikan oleh
pengarang dan bukan semata-mata menumpukan kepada plot atau bahasa. Hal ini
kerana melalui keseronokan menghayati pemikiran pengarang secara tidak langsung
pengarang dapat mengutip nilai-nilai yang hendak disampaikan dalam sesebuah
karya sama ada secara tersirat mahupun tersirat.
Seterusnya, dalam
penulisan oleh Siti Khairiah Mohd Zubair (2015) berjudul Pembangunan Sahsiah Belia dan Teori SPB4K dalam Novel Nisah
Haron menjelaskan pendekatan kerohanian dapat mencungkil nilai-nilai baik untuk
diteladani seperti bertanggungjawab, beradab, bercita-cita tinggi dan
sebagainya. Sahsiah belia yang murni dan baik sudah tentu menjadi tunjang
kepada pembentukan negara yang lebih baik pada masahadapan. Menurut beliau
lagi, sering kita dengari bahawa untuk melihat masa depan sesebuah negara itu
sama ada gemilang dan terbilang perlulah melihat anak-anak mudanya pada masa kini.
Penulis menegaskan bahawa implikasi kajiannya dapat membangunkan sahsiah,
membina jati diri dan menghayati nilai-nilai serta bercita-cita untuk berjaya
dalam kehidupan. Maka,pengaruh pemikiran penulis dalam sesebuah karya sastera
seperti novel sangat kuat dalam pembentukan nilai kepada khalayak.
Kekuatan sesebuah novel itu tidak juga seratus peratus
terjelma dari dalam diri pengarang. Hal ini juga bergantung kepada cara sesebuah karya
itu dimanfaatkan sebagai bahan memperkembang nilai dan memperkasakan ilmu yang
terdapat dalam karya tersebut. Perkara ini sudah tentulah meliputi nilai-nilai
murni yang hendak disampaikan kepada pembaca. Menurut Kamaruzaman Abdullah
(2000), nilai merangkumi perbuatan dan tingkah laku yang menjurus ke arah
kebaikan. Cerita-cerita hikayat ini amat menekankan nilai murni dalam persoalan
dan juga gerak laku watak-wataknya. Jadi hal ini menepati kehendak yang
dijelaskan dalam pemikiran kerohanian dalam teori SPB4K melalui pendekatan
intrinsik.
`Selain itu nilai
juga menjadi kekuatan dalam sesebuah karya apabila dijelmakan melalui persoalan
yang menarik dan berkesan oleh pengarang kepada masyarakat. Pelbagai cara atau lebih
tepat teknik yang akan digunakan oleh pengarang untuk menerapkan nilai ini.
Selalunya khalayak akan lebih tertarik kepada sesebuah karya apabila kisah atau
cerita dalam karya itu menarik. Perkara ini dapat diteliti melalui penulisan
Eizah Mat Hussain, Tengku Intan Marlina dan Zahir Ahmad (2021) melalui kajian
mereka yang berjudul Analisis Nilai Murni dalam Manuskrip ‘Hikayat Saerah
dengan Suami’. Mereka menyenaraikan nilai-nilai berikut seperti kasih sayang,
ketaatan, amanah, beradab dan lain yang sangat perlu dalam kehidupan manusia.
Jadi persoalan nilai murni ini harus menjadi intipati utama
dalam setiap karya selain daripada jalan cerita yang menarik.
Sehubungan dengan
itu, setiap nilai yang terkandung dalam novel Pulau Kasih akan dianalisis dan disesuaikan dengan Teori SPB4K menggunakan
kaedah kerohanian melalui pendekatan intrinsik untuk melihat persoalan nilai.
Sekilas tentang Novel
Pulau Kasih
Secara ringkasnya,
novel Pulau Kasih merupakan sebuah kisah ataupun perjalanan yang panjang
menerusi watak Leh atau Solleh atau nama sebenarnya Sollehudin, bersama Bibah atau
Habibah dan juga Setopa atau Mustofa. Pengarang telah membawa kita menelusuri
serta menghayati kehidupan anak muda yang terperangkap dalam arena percintaan.
Cinta wujud dan pasti ada dalam diri semua orang. Walau bagaimanapun, cinta
yang digarap oleh Zainol Idris bukanlah cinta yang nihil semata-mata. Bukan
kosong, bukan buta atau bukan berlandaskan nafsu semata-mata.
Bermula dengan
persahabatan sejak zaman kecil kemudian ke sekolah rendah dan menengah berlatar belakangkan sebuah pulau kecil tempat
tinggal mereka bertiga. Daripada persahabatan itu mereka membesar bersama dalam
suka dan gembira lalu menerbitkan bibit-bibit percintaan. Cinta tiga segi ini
digarap dengan unsur darjat, hubungan kekeluargaan, terikat dengan agama juga darjat iaitu antara yang
kaya dengan si miskin. Faktor-faktor inilah yang menjadikan novel ini semakin
tinggi dengan nilai kemanusiaannya. Malah setelah remaja mereka bertiga
dipertemukan lagi di universiti yang sama walaupun sudah berhijrah daripada pulau
itu. Maka, konflik itu semakin menegang untuk pembaca terus meneliti jalan
cerita kisah cinta ini.
Cinta dalam novel
ini sudah tentu dihiaskan dengan keindahan atau estetika yang luar biasa.
Terutama pada latar tempat yang terpamer melalui beberapa gugusan pulau,
tatkala meletuskan permainan emosi yang mengasyikkan. Juga ditambah dengan
nilai murni yang terjaga dengan bijaksana oleh watak-wataknya. Malah kesudahan
cerita ini juga pasti mengejutkan pembaca. Selalunya yang kaya akan berkuasa
dan yang miskin akan dihina atau yang miskin selalu juga akan mengalah. Perkara
itu dilakukan oleh pengarang untuk menjurus ke situ. Namun pengakhiran yang
gembira dikejutkan oleh pengarang akhirnya dalam susah dan payah serta dugaan
Bibah dan Leh bersatu juga. lebih indah dan mulia lagi apabila Setopa merestuinya
walaupun dari awal cerita Setopa sentiasa menang dan tidak mahu mengalah. Nilai
sebeginilah yang perlu diterapkan kepada khalayak iaitu kalah bukan bererti
mengalah.
Nilai Murni dalam Novel
Pulau Kasih
Teori SPB4K meletakan pendekatan pemikiran kerohanian itu
meliputi perkara atau perbuatan yang suci murni, tinggi darjat, kudus sifatnya
dan syahdu martabatnya (Mohd Yusof Hasan, 2007). Jadi dalam pendekatan
intrinsik atau penelitian langsung melalui karya Pulau Kasih, nilai-nilai baik
seperti bertanggungjawab, kasih sayang, sabar, rajin dan tekun serta patuh kepada
ajaran agama sangat jelas menonjol dan berkesan disampaikan oleh pengarang
iaitu ZainolIdris (2022). Berikut adalah persoalan nilai baik dan contoh-contoh
petikan yang terdapat dalam novel Pulau Kasih;
Nilai Bertanggungjawab
Bertanggungjawab
boleh difahami sebagai bersedia atau setia dalam melalukan sesuatu beban yang
diamanahkan. Mohd Yusof Hasan (2007) mengatakan perkara ini berkaitan dengan keimanan
yang jiwanya suci, dalam melakukan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan. Segala
beban iaitu tanggungjawab yang dipikul dibahunya akan dilakukan dengan
sebaik-baiknya. Malah sudah pasti tiada niat untuk mengkhianati atau merosakkan
tanggungjawab yang diberikan itu. Petikan-petikan berikut menjelaskan tentang nilai
bertanggungjawab yang terdapat dalam novel Pulau Kasih ini;
Tanggungjawab
menjaga haiwan peliharaan lebih-lebih lagi binatang tersebut menjadi tempat bergantung untuk mencari rezeki. Contohnya dalam
petikan berikut, iaitu bertanggungjawab memberi makanan kepada binatang peliharaan;
“Hari ini rehat,” kata
Leh kepada Aguk ketika menggantung sesikat pisang kelat di jemuran rumah Aguk.
“Kau boleh makan dan tidur sepuas-puasnya. ....”
(Halaman
23.)
Atas rasa
bertanggungjawab yang diberikan, Leh sentiasa memastikan binatang peliharaannya
iaitu beruk, diberi makanan yang secukupnya. Malah Leh juga menjaga kesihatan
binatang itu agar dapat berehat yakni tidur yang sempurna. Seterusnya bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang
diberikan sebaik dan
sedaya mampu. Contohnya dalam petikan berikut;
Bagi Leh, Encik Lee Eng Wah bukan sahaja
menguasai subjek yang diajarnya, tetapi seorang guru
yang sangat gigih dan berdedikasi dengan tugasnya.
(Halaman
26.)
Petikan tersebut
sudah jelas menyebut bahawa Encik Lee Eng Wah gigih dan berdedikasi yang bererti seorang yang bertanggungjawab dalam
pekerjaannya. Gigih mengajardengan penuh tanggungjawab terhadap
pelajar-pelajarnya, malah dengan penuh dedikasi yakni sepenuh hati
mendidik.Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab membantu antara satu
sama lain dalam kehidupan seharian. Contohnya;
Jambatan itu bukan
setakat menghubungkan dua buah kawasan geografi, tetapimenjadi titian
silaturahim bagi penduduk kedua-dua pulau. Sesuatu yang berlaku di Pulau Lada
akan cepat sampai kepada penduduk Pulau Dayang dan sebaliknya. Mereka akan
bertindak bersama-sama, tolong-menolong, bergotong-royong dalam
hal-hal kemasyarakatan. Pendek kata, hubungan kedua-dua buah pulau
itu terus kukuh sebagai sebuah komuniti.
(Halaman
49-50.)
Terlalu mulia dan
suci jiwa masyarakat di pulau itu apabila merasakan diri masing-masing bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara atau musibah
yang berlaku. Penerapan rasa tanggungjawab ini sudah pasti dapat mendidik pembaca
untuk menghayatinya dalam kehidupan. Selain itu terpadat juga nilai
bertanggungjawab terhadap keluarga untuk memastikan keselamatan ahli keluarga
terjamin seperti dalam petikan berikut;
“Eh, mana si Lutfi?”
Bibah menggelabah mendapati adiknya tiba-tiba hilang.“Lutfi!!!” laung Bibah
cemas.
(Halaman 64.)
Bibah yang tiba-tiba
menyedari kehilangan adiknya menjadi runsing dan bimbang. Perasaan risau itu menunjukkan tanggungjawabnya untuk
memastikan keselamatan adiknya sentiasa terjaga.
Maka jelaslah
bahawa aspek tanggungjawab ini menjadi nilai yang baik untukc diteladani oleh pembaca. Dalam menghayati cerita terutama
secara intrinsik, khalayak dapat mencontohi nilai baik ini dalam kehidupan
seperti yang dikatakan oleh Mohd Yusof
Hasan (2007), pendekatan pemikiran kerohanian ini menjadikan jiwa seseorang
yakni hati manusia lebih kudus.
Nilai Kasih Sayang
Kasih sayang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
seperti kasih sayang kepadac keluarga, kepada sahabat, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Juga kasih sayangc merangkumi kepada alam sekitar dan makhluk lain seperti
haiwan peliharaan. Hal inilah yang ditegaskan oleh Mohd Yusof Hasan (2007)
dalam pendekatan pemikiran kerohanian secara intrinsik iaitu melibatkan
ketakwaan dan kejiwaan.
Kasih sayang dalam persahabatan melibatkan aspek kejiwaan
seperti perasaan suka atau jatuh cinta. Sebagai contoh dalam petikan berikut;
Persahabatan Leh dengan Bibah berterusan
sehingga melewati usia remaja.Mereka sama-sama
belajar di sekolah rendah. Seringkali waktu rehat merekac duduk di meja batu
bawah pokok Bintagor Laut, makan bersama bekalan yangdibawa dari rumah,
saling membahagi makanan yang dibawa masing-masing antara mereka berdua.
(Halaman
19)
Pengarang secara
langsung menjelaskan perasaan Leh dan Bibah berterusan sejak kecil hingga
dewasa dan terus selama-lamannya kekal. Hal ini menjelaskan bahawa perasaan
sayang dalam persahabatan itu adalah suci murni dan tinggi martabatnya (Mohd Yusof Hasan, 2007). Seterusnya nilai kasih sayang kepada
haiwan peliharaan juga tidak boleh diabaikan sewenang-wenangnya, seperti dalam
petikan berikut;
Hari demi hari Agok
bergelut tangan dan kaki. Berhempas-pulas menggugurkancbuah kelapa dari pokok
ke pokok yang menyayup tinggi mencecah awan. Sudahc tentu Aguk juga
perlukan rehat. Aguk pun tahu penat dan lelah. Leh tidak sampaichati mendera Aguk.
Kerja menurunkan beratus-ratus biji kelapa seharicbukannya kerja mudah.
(Halaman 21.)
Begitu juga dengan petikan berikut yang menjelaskan tentang
perasaan suci murnic tentang kasih sayang kepada haiwan peliharaan;
...Pok Nik pasti datang
dua tau tiga hari sekali untuk menjenguk Aguk. Mungkincmahu melepaskan rindu
kepada haiwan yang dipeliharanya bertahun-tahun itu,cmalah Aguk, katanya
telah dianggap seolah-olah anaknya.
(Halaman
23.)
Walaupun Pok Nik sudah lama menyerahkan Aguk (Beruk) kepada
Leh, namun
disebabkan aspek kejiwaannya kerana cinta dan sayang haiwan,
beliau masih mengunjungi binatang itu. Manakala Leh pula sangat menyayangi Aguk
dengan memberi layanan yang istimewa seperti makan telur dan kekacang serta
tempat tinggal yang selesa. Selain menyayangi haiwan, kasih sayang sesama insan
juga perlu dipupuk dan dipelihara sesuai dengan pemikiran kerohanian iaitu itu
aspek kejiwaan manusia itu sendiri. Contohnya melalui petikan berikut;
Leh memang mesra dengan
Pak Mid. Dia merasakan wujud keserasian ketikacberbual-bual dengan
mantan sahabat karib arwah ayahnya itu. Mengikut ceritacPak Mid, dia dan arwah
ayahnya bersahabat baik sejak kecil.
(Halaman 28)
Keserasian yang dikatakan wujud ketika berbual atau bertemu
menggambarkancpemikiran penulis untuk memperlihatkan nilai kasih sayang
sesama insan. Aspek kejiwaan dalam diri manusia lumrahnya memerlukan perhatian
terutama berkasih sayang. Tidak lupa juga dalam aspek kekeluargaan perkara ini
juga diperlihatkan dengan jelas oleh pengarang. Sebagai contoh dalam petikan
berikut;
Setelah dipujuk dengan
alasan kedatangan mereka nanti juga bersempenacdengan majlis
pertunangannya, ibunya akhirnya lembut hati. Sebentar lagi akancberlaku pertemuan
bersejarah, semestinya penuh beremosi antara anak dengancibu bapa yang terpisah
hampir tiga dekat.
(Halaman
224.)
Biarpun terpisah lama pertemuan itu telah mencantumkan
kembali nilai kasih sayang yang sudah lama terhalang. Pengarang dengan sangat berhemah
meletakan pemikiranckerohanian dari segi kejiwaan untuk menyentuh naluri pembaca
agar menghargai kasih sayangdalam kekeluargaan, kasih sayang sesama insan dan juga kasih
sayang kepada makhluk Allah yang lain (Siti
Khairiah Mohd Zubair et. al., 2011)
Nilai Sabar
Ada kalanya dalam kehidupan ini, manusia akan diuji dengan
dugaan dan cabaran untukmelihat ketakwaan kepada pencipta seperti dalam pemikiran
kerohanian (Mohd Yusof Hasan, 2007).
Sesekali akan
manusia dihina atau dicerca, juga barangkali mendapat kecelakaan seperti kemalangan
dan derita penyakit. Sedangkan semua itu belum pasti suatu kesilapan atau kesalahan
yang insan itu lakukan. Hanya kerana perasaan tidak puas hati atau tidak suka
di mata orang lain lalu dipandang hina (Siti Khariah Mohd Zubir, 2015). Jadi
nilai kesabaran sangat dituntut agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini seperti perbalahan atau pergaduhan. Sebagai contoh melalui petikan
berikut;
Bibah cuma membenamkan
pandangannya ke mata Leh. Hairan dia melihat reaksi anak muda itu
yang bersahaja, tanpa mempamerkan emosi marah atau terganggu dengan
panggilan bernada ejekan, beraura menghina itu. Malah masih sempat
melemparkan senyuman.
Dalam keadaan diri
Leh diejek, dia masih tersenyum, malah tidak beremosi seperti yang dikatakan
oleh Bibah. Hal ini menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam diri Leh bertepatan
dengan keteguhan iman dalam dirinya yang menerima dengan reda segala ujian,
iaitu aspek keimanan dalam pemikiran kerohanian (Mohd Yusof Hasan, 2007).
Seterusnya, masyarakat yang sabar dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Sebagai contoh,
penduduk kampung di pulau itu sabar menanti hujan untuk menanam padi; Padi cuma ditanam
sekali setahun, jenis padi yang kurang memerlukan air seperti jenis padi
bukit. Oleh demikian, selepas musim menuai, terdapat masa senggang hampir lima
atau enam bulan, menggun musim hujan datang lagi.
(Halaman 55)
Apabila berurusan dengan alam, aspek ketakwaan (Mohd Yusof
Hasan, 2007) sangatdituntut. Oleh itu pengarang menggambarkan bahawa penduduk
pulau itu begitu tenang dan sabar untuk menempuh ujian tersebut. Selain itu
juga, Leh sabar dalam debaran menanti jawapan kepada pengakhiran cintanya
dengan Bibah. Contohnya dalam petikan berikut;
“Hal-hal yang
bersangkutan dengan perkara syariat jangan dipandang remeh. Kadang-kadang perkara
yang kecil dan remeh-remeh itu mempunyai kesan yang besar dan tak mungkin
dapat diundur kembali.”
(Halaman
218.)
“Daripada penjelasan
yang dinyatakan oleh Kakak Sidah tadi, dia masih dikira sekali saja menyusukan
anak itu, ... Habibah tidak cukup syarat untuk dianggap anak susuan Kakak Sidah
atau boleh diiktiraf sebagai saudara susuan kepada Solehuddin anak Kak
Sidah.”
(Halaman
222.)
Maka penantian Leh
dalam mengharungi suka duka percintaan berakhir dengan bahagian. Sabar itu buahnya indah, sangat realistik
diungkapkan oleh pengarang melalui pemikiran kerohanian ini.
Nilai Rajin dan Tekun
Sikap rajin dan
tekun juga dapat memupuk pembaca lebih bermotivasi dalam menempuh hidup yang
semakin sukar masa kini. Ketidakstabilan politik juga menjejaskan ekonomi
langsung memberi tekanan kepada semua orang. Jadi nilai tekun dan rajinlah yang
dapat membantu seseorang hidup dengan lebih senang. Menurut Teori SPB4K dalam
pendekatan kerohanian, hal ini boleh diteliti melalui aspek ketakwaan. Malah
agama Islam juga menuntut manusiauntuk berusaha bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu pekerjaan lalu berserah kepada Allah (Mohd Yusof Hasan,
2007). Perkara ini jelas dapat dilihat melalui sikap rajin dan tekun Leh boleh dijadikan iktibar
Sudah beberapa hari Leh
bersama-sama Aguk bertungkus-lumus menurunkan kelapa di ladang Tuan
Soh .... Pendek kata, sejak selesai musim peperiksaan dua bulan lalu, tiada ruang
masa langsung untuk Leh bersantai-santai. Apa lagi untuk berpelesiran sana
sini ....
(Halaman
8 - 9.)
Begitu juga dengan petikan berikut;
“Seorang bakal
mahasiswa bertungkus-lumus bekerja memanjat dan menjual petai ke sana dan ke
sini, semata-mata untuk mengumpul dana dan membolehkan dia
mendaftar di universiti.”
(Halaman
15.)
Dalam petikan-petikan di atas, pengarang jelas memperlihatkan
usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan
hidup. Dalam hal ini adalah untuk melanjutkan pelajaran. Selainnya mereka
berserah yakni bertakwa kepada Allah. Sehubungan dengan itu, rajin dan tekun
ini juga perlu ada keberanian dalam diri seseorang seperti yang dilakukan oleh
Setopa. Petikan ini menjelaskan hal tersebut;
...cuma si pemberani
sahaja berhak terhadap cinta. Dalam hal ini, Setopa sudah pasti telah membuktikan
keberaniannya, lalu mendahuluinya.
(Halaman
57.)
Bagi mencapai cita-cita dan hajat hati Setopa melangkah
dengan berani untuk menyatakan hasrat hatinya. Urusan diterima atau sebaliknya
semuanya terserah kepada takdir.
Sikap terpuji
sebegini harus ada dalam diri khalayak. Persoalan nilai baik ini yang hendak diterapkan
oleh pengarang. Sikap rajin bekerja juga dapat dilihat pada watak ibu Leh.
Setiap hari akan pergi bekerja di rumah Tuan Soh. Seperti dalam petikan
berikut;
Sidah, ibu Leh, seperti
biasa akan ke tempat kerjanya; di gedung beratap zink terletak tidak jauh di
belakang rumah Tuan Soh.
(Halaman
60-61.)
Kegigihan yang
ditunjukkan oleh ibu Leh pula memberi mesej kepada kita bahawa usaha dan terus berusaha tanpa mengenal lelah. Hasil dan
kejayaannya terserahlah kepada
Allah. Pemikiran kerohanian ini harus menjadi titik-tolak
yang utama dalam hidup semua orang. Jadi konsep hubungan manusia dengan
pencipta (Hablumminallah) (Mohd Yusof Hasan,
2007), sangat jelas dalam novel Pulau kasih ini.
Nilai Patuh Ajaran
Agama
Menunaikan suruhan agama seperti mengerjakan solat,
menunaikan haji, reda, bersedekah, bersyukur dan lain-lain adalah tanda
keimanan seseorang (Mohd Yusof Hasan, 2007). Asas ini sangat dituntut dalam
Teori SPB4K melalui pendekatan kerohanian ini. Pengarang yang bijak selalunya
tidak bersembunyi, sebaliknya secara intrinsik meluahkan dalam karyanya untuk diteladani.
Perkara ini jelas dilaksanakan dengan baik oleh Zainol Idris (2022). Petikan
berikut menjelaskan hal tersebut;
Dia tidak seharusnya
ragu-ragu. Semuanya kekal asli, seperti titipan Tuhan sejak azali, bisiknya
sendirian sambil meraba-raba raut mukanya.
(Halaman 7.)
Leh (dia) reda
malah bersyukur dengan nikmat yang Allah anugerahkan di pulau mereka. Walaupun dalam serba kekurangan. Perasaan syukur itu
lebih jelas dalam petikan berikutnya;
Dia gembira dan
bersyukur, sekurang-kurangnya jeda masa menunggu keputusan peperiksaan
dalam tiga hingga empat bulan, terisi dengan aktiviti bermanfaat.
(Halaman
9.)
Begitu juga dengan petikan berikut;
‘Syukurlah kerana
semuanya tidak berjangkit pada Bibah,’ bisik Leh sendirian, sambil menujah pedal
basikal roda tiganya.
(Halaman
12.)
Seterusnya nilai patuh kepada ajaran agama ini adalah
bersedekah seperti dalam petikan berikut;
Pak Mid memang
melanggan surat khabar dari sebuah toko buku di Pulau Seri Negeri yang dipesannya
melalui bot penambang. Senaskhah akhbar rumi dan senaskhah akbar jawi.
Kata Pak Mid, menyediakan bahan bacaan untuk pelanggan pun dikira
sedekah juga, selain daripada menggalakkan masyarakat membaca.
(Halaman
15.)
Seterusnya
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah menunaikan
ibadah haji seperti dalam contoh berikut; Beberapa bulan sebelum
berangkat ke Mekah menunaikan fardu haji, Pok Nik menumpangkan Aguk di
bawah jagaan Leh. Kemudian, selepas balik dari Mekah Pok Nik tidak
mahu lagi meneruskan kerjanya bersama Aguk. Katanya, dia telah membuat
keputusan itu semasa di Tanah Suci lagi. Lalu, Aguk diserahkan terus kepada
Leh.
(Halaman
9.)
Dengan kepatuhan kepada ajaran agama yang diterapkan dalam
novel ini, maka terserahlah akan pendekatan kerohanian itu dapat membentuk
nilai baik pembaca. Mohd Yusuf Hasan (2001) menyatakan bahawa aspek keagamaan
harus menunjangi setiap perbuatan dalamkehidupan kita.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, novel Pulau Kasih nukilan Zainol Idris
telah mencetuskan pemikiran-pemikiran yang berkonsepkan kerohanian, di samping
menerapkan nilai dan juga pengajaran kepada khalayak yakni pembaca. Hal ini
dapat dibuktikan menerusi pendekatan pemikirankerohanian yang terkandung dalam
teori SPB4K. Teori yang dihasilkan oleh Mohd. Yusof Hasan (2007) ini sedikit
sebanyak memberikan jalinan terhadap pemikiran yang ingin diketengahkan oleh pengarang
novel ini.
Menelusuri hal ini, nilai-nilai yang tersingkap dalam novel
ini sememangnya berkait antara manusia dengan manusia dan juga manusia dengan alam.
Watak-watak yang digerakkan dalam novel ini melengkapkan nilai-nilai seperti
sifat bertanggungjawab, berkasih sayang sesama insan, nilai kesabaran,
kerajinan dan ketekunan, serta pengabdian diri kepada Tuhan.
Perkara ini
diperkemaskan lagi dengan adanya hubungan manusia dengan alam yang menjadi latar
dalam naskhah ini. Tidak lupa juga, pengarang telah memfokuskan watak haiwan,
iaitu Aguk (beruk), tatkala dihidangkan kepada khalayak pembaca dengan
nilai-nilai yang mempunyai keserasian dengan manusia. Oleh yang demikian, novel
Pulau Kasih ini selayaknya menjadi bacaan kepada segenap usia, tidak kira yang
muda mahupun yang sudah berusia. Hal ini disebabkan oleh nilai yang digarap
oleh Zainol Idris menjadi pemangkin kepada sifat baik seseorang insan.
Bibliografi1. Eizah Mat Hussain, Tengku Intan
Marlina Tengku Mohd. Ali dan Zahir Ahmad. 2021. Analisis nilai murni dalam manuskrip ‘Hikayat Saerah dengan Suami.’
International Journal of the Malay Word and Civilisation 9 (2). (12-23) Bangi: UKM.
2. Kamaruzaman Abdullah. 2010. Nilai
Murni Cerpen Diari Seorang Pengawas. Berita Harian, 10 Oktober 2010. NSTP: Kuala Lumpur.
3. Mohd. Yusof Hasan. 2001. Sistem
Pemikiran Bersepadu 4L. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. .
5. Mohd. Yusuf Hasan. 2009. Pemikiran
Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
6. Siti Khairiah Mohd. Zubir. 2015.
Pembangunan sahsiah belia dan Teori SPB4K dalam novel Nisah Haron. Jurnal Melayu. Bil. 14 (1). (120-135). Bangi:
UKM.
7. Siti Khairiah Mohd Zubir dan Norol
Nizam Sakrawi. 2011. Pemikiran UPSI
8. Zainol Idris. 2022. Pulau Kasih. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustak