TEH LEMON DAN STRAWBERRY
|
pasarmalam Brinchang |
Kali terakhir kami ke Cameron Hinglands kira-kira 14 atau 15 tahun lampau. Kedatangan
kali ini sekadar transit sehari
semalam dalam perjalanan ke KL.
Perjalanan mendaki dari Simpang Pulai ke Cameron lebih kurang 1 jam saja mengambil jarak 102 km, berbanding menggunakan jalan Tapah – Cameron Highlands [hampir 2 jam].
Tiba di Brinchang hampir jam 5 petang. Terus check in di
Noraini Chalet, sebuah rumah tumpangan sederhana diubah suai
dari sebuah rumah kediaman. Oleh kerana sekarang bukan pick time ,
suasana di Brinchang agak lengang. Angin
senja sesekali menderu mencelahi pohonan dan batu-batu bukit masih terasa
dingin [mungkin tak sedingin lebih
seratus tahun dahulu ketika mulai diterokai olehWilliam Cameron ] Bukitan dan lembah hijau kebiruan
itu seperti tercedera dengan parut-parut luka di sana sini kerana aktiviti manusia.
|
Rimbunan teh di cerun beralun |
Dalam tahun 1885, selaku jurukur kerajaan, William Cameron
telah menjalankan satu ekspedisi di kawasan Banjaran Titiwangsa dan telah
melaporkan bahawa beliau telah menemui satu daratan tinggi yang bercerun.
Gunung-gunung yang melindungi dataran ini kelihatan rendah jika diukur daripada
paras ketinggian dataran yang dijangkakan iaitu antara 1372.5 meter
hingga 1403 meter dari paras laut.
|
Di Cameron-Bharat Plantation |
|
Lebah kelulut di Bee Farm |
Adalah diakui bahawa
beliaulah orang yang pertama menyerlahkan kawasan ini dalam sejarah.
Selanjutnya beliau telah mengadakan satu ekspedisi penjelajahan di kawasan ini
mulai bulan Februari 1885 dan berakhir pada 1 September pada tahun yang sama. Dengan
itu, kawasan tanah tinggi ini dinamakan sebagai Tanah Tinggi Cameron atau
CAMERON HIGHLANDS bagi mengenang jasa dan kerja-kerja penerokaan William
Cameron dan pasukan ekpedisinya.
|
merah strawberry terus memukau |
Pada asalnya, Nama
"
Hill Station" buat pertama kali telah disebut dalam satu minit
mesyuarat oleh Residen Negeri Perak pada tahun 1888. Beliau telah memberikan
pandangan mungkin sebuah sanatorium boleh diwujudkan di Cameron Highlands di
mana tempat-tempat peranginan, rumah-rumah istirehat, taman-taman dan
kawasan-kawasan pertanian boleh diusahakan.
|
Lembah Sungai Boh h |
Walau apa pun perubahan
wajah oleh hakisan masa dan mekanikal;
Cameron masih unggul sebagai destinasi
liburan dalam kelasnya . Kalaupun bukan
faktor suhunya, sekurang-kurannya
perkebunan teh di lereng-lereng dan cerun hijau yang beralun itu masih
mampu menyihir pelancung. Kemerahan
strawberry terusan menggecurkan liur pengunjungnya.
Dari satu sisi saya melihat Cameron tidak kurang
untuk dibariskan bersama destinasi-destinasi peraginan ternama seperti Kashmir [lokasi popular seringkali menghiasi filem-filem hindi], namun kesempatan ini kurang dimanfaatkan oleh penggiat-penggiat sinema kita
sebagai lokasi perfileman.
|
Tanaman Strawberry kaedah hydroponic |
Petang itu sambil keluar untuk mengenalpasti restoran yang
sesuai untuk makan malam nanti, kami sempat menjengok ke pasar malam Brinchang. Jualannya sudah
pasti hasil produk utama bumi Cameron, strawberry, limau, sayuran segar,
makanan kering, jeruk, madu lebah , bunga-bunga segar, bunga-bunga kering,
pokok orkid, kaktus dll. Idealnya jika
mahu membeli item-item tersebuat lebih
baik mendapatkannya di pasar malam dari mendapatkannya langsung dari ladang (walaupun dibenarkan memilih dan
memetik buahnya sendiri - harganya akan lebih sekali ganda) . Selanjutnya kami menghala ke Tanah Rata, tapi nampaknya Bandar utama di daerah perbukitan Banjaran Titiwangsa itu, sudah mati di awal
malam.
Aneka Bungaan di Bee Farm |
|
|
pemandangan dari puncak Hillview |
Boh Plantation bermula
apabila satu geran yang dianggarkan berjumlah 5,000 ekar tanah telah diberikan
kepada Kompeni Boh di Lembah Sungai Boh pada tahun 1929. Stesen-Stesen
Percubaan Kerajaan telah dibuka oleh Jabatan Pertanian, Negeri-Negeri Selat dan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada awal tahun 1926. Sebuah kilang teh yang
kecil telah dibina pada tahun 1931.
|
Rumah pekerja di Boh Plantation |
|
Di Cactus point |
|
antara bunga yang dijual di Cactus pointint.
|
Sebelum melanglah
pulang kami sempat singgah di Bee Farm, melihat dari dekat bagaimana
pemeliharaan lebah secara komersial dijalankan. Walau pun dikatakan sebagai
lebah peliharaan , namun lebah-lebah ini
bebas secara natural mengutip
madu dari bungaan rimba belantara terbuka. Di sini juga terdapat ladang strawberry serta satu kawasan luas yang dipenuhi tanaman
pelbagai bunga mungkin untuk menarik perhatian sang lebah agar terus
bermastautin di situ.
No comments:
Post a Comment