SELESAI makan malam di Muhammadan Muslim Restaurant [ di sini ada ruang-ruang/ bilik yang diberi nama “Kelantan”,” Kedah” dan lain-lain…..eih, hebat juga negeri kita] malam itu Ah Hong memaklumkan bahawa kami akan di bawa berpelisiran sambil berwindow shopping ke Beijing Loo. Beliau tidak lupa mengingatkan kami agar melihat-lihat
saja, tidak digalakan berbelanja besar .
Ada tempat lain nanti khusus untuk shopping sakan.
Beijing Loo dikatakan satu daerah yang menempatkan shopping
complex yang bertaraf elit. Manusia bertali arus menyusuri gedung-gedung
perniagaan besar termasuk yang berjenama antarabangsa.
Sekilas pandang seolah-olah badai kapitalisme Eropah telah melanda lalu menggerhanakan komunisme China begitu hebat sekali setelah berakhirnya era perang dingin. Dan ramai
pakar ekonomi meramalkan bahawa dalam
jarak terdekat China akan mengatasi Amerika dan Eropah lantas menerajui ekonomi
dunia.
Gelandangan |
Berjaja di bahu jalan |
No comments:
Post a Comment