MEMORY LANE, IPOH PERAK
Namanya pun agak unik dan sedikit puitis. Namun bagi sesetengah
orang sebut saja Memory Lane secara automatis ia akan segera digandingkan dengan Petaling Street, Lorong Kulit, Jonker street, Nat Kampung
Berjaya dan beberapa lagi lokasi yang sekelas dengannya.
Bagi peminat, pengumpul , lebih-lebih lagi pemburu barang-barang antik khususnya di Malaysia,
nama Memory Lane sudah pasti tidak
terlalu asing. Ia merupakan tempat
longgokan barang-barang terpakai dari
sekecil jarum peniti, skrew, nat, selipar jepun, keris, golok, cangkul, mangkok,
, kuali, sehinggalah kepada telefon
bimbit, cakera cd, tempayan, dulang tembaga, radio tahun 1940-an, gramorphone, tv hitam
putih, computer riba, basikal tua, beca,
kereta kuda. Pendek kata sebut apa saja mungkin ada di antara penjaja
barang-barang lusuh di sini dapat membantu anda menemuinya.
Memory Lane di Jalan
Hornley, Ipoh, Perak kepada antique
collector mungkin boleh dianggap lubuk emas,
kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu milik berbanding dengan harga yang diletakkan di antique gallery di Bandar-bandar besar.
Sebagai peminat barang-barang lama
secara kecil-kecilan, hasrat untuk
menjengok Memory Lane sebenarnya telah lama mengebu-ngebu –
lebih-lebih lagi apabila mendengar cerita-cerita dari teman-teman sehobi yang
pernah berpelisiran di sana. Antara
kekangan yang selalu muncul bagi
orang-orang di luar Perak seperti kami ialah jarak perjalanan dan masa . Lebih-lebih lagi pasar setiap Ahad itu,
seawal jam 6.00 pagi sudah beroperasi. Satu-satunya pilihan yang ada bagi
mereka yang datang dari luar ialah terpaksa bermalam di Bandaraya Ipoh.
Dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan mengambil barang-barang anak yang tamat belajar di
Foundation Programme UIAM, saya dan orang rumah transit sehari semalam semata-mata
untuk mengunjungi Memory Lane.
Kami sampai di Bandaraya Ipoh Sabtu
petang dan terus check in di Hotel Seri Malaysia di Jalan Sturrock.
Petang itu sambil
mencari restoran yang sesuai
untuk makan malam, kami meninjau sekitar
Ipoh untuk mengenalpasti lokasi yang
menempatkan Memory Lane. Dari informasi
yang diperolehi dari pelayan restoran
tempat kami menikmati makanan malam [ nasi arab] tidak terlalu sukar untuk kami
menemuinya.
Sama seperti pasar
barang-barang lusuh [pasar karat bagi sesetenga orang] lain,
Memory Lane juga mengambil tempat di
atas jalan dan lorong-lorong belakang bangunan atau rumah kedai [pejabat dan kedai-kedai ini
ditutup pada hari Ahad.] Pada sebelah
malamnya di sini di adakan pasar malam
di kenali sebagai “Di Ambang Malam”. Bagi peminat-peminat antik dari luar, masalah
lodging rasanya tidak timbul kerana beberapa
langkah saja dari pasar barangan lusuh itu terdapat Hotel Estern
yang agak selesa untuk bermalam.
No comments:
Post a Comment