MASJID TUA DAN MAKAM ABI WAQQAS
|
Pengambaran Usrah Tv9 |
Hari ini 28 Julai 2011. Jam 9.00 pagi kami berkumpul di lobi
hotel menunggu bas untuk membawa kami
menziarahi masjid tua dan makam
Abi Waqas. Turut serta ialah crew Tv 9 serta Uztaz Muhammad Abdullah yang akan
membuat rakaman Rancangan Usrah.
|
Kedai daging halal |
Mengikut Ustaz Muhammad terdapat sedikit kekeliruan dari segi pensejarahan,samada jasad yang
dimakamkan itu ialah Saad bin Abi waqqas, sahabat Rasullullah SAW juga perawi
hadist itu atau kemungkinan saudara atau individu lain dari keluarga Abi Waqas; kerana mengikut Imam Malik, Saad
Abi Waqqas, meninggal di Madinah (tak mungkin dibawa menyeberangi benua untuk
dimakamkan di Quangzhao ).
|
Antara makam sahabat
bersama ekspedisi Dakwah Abi Waqqas |
|
Depan makam Abi Waqqas |
Masjid dimana terdapatnya makam Abi Waqqas, dikenali sebagai Masjid Hua Sheng, terletak di Guang Ta Lu. Sebuah lagi masjid tua dikenali sebagai Masjid Xiao Dongying, di Yue Hua Road, Yio Dong Ying.
|
depan Masjid Hua Sheng |
Walau apa pun kesahihannya, mereka adalah daei dan syuhada
yang telah Berjaya mengembangkan Islam ke Asia Timur. Kata Ustaz Muhammad.
Antara dialog yang pernah diucapkan oleh Abi Waqas dan para sahabatnya ialah;
Sama ada syahid atau Berjaya menyampaikan seruan Islam ke China’ untuk berpatah
kembali tidak sekali-kali.
Jam lebih kurang
10.30 pagi ketika kami bas yang membawa kami melewati sebuah lorong yang redup dan lengang. Kelihatan lelaki dan wanita berwajah cina tapi
berkopiah dan bertudung. Mereka adalah China muslim hasil peninggalan dari
ekspedisi dakwah kira-kita 1400 tahun yang lalu. Terdapat deretan rumah kedai yang agak
tradisional menjual makanan halal ;daging
kambing, buahan, kekacang dan lain-lain.
Melangkah kaki ke kawasan masjid dan makam yang terletak di sebuah
anak bukit, berpayungkan pohon-pohon yang hijau, redup , dingin seolah
menyimpan rahsia mistik berabad. Kiacauan burung seakan melantun-lantun dari suatu
daerah purba .
|
rumah api berhampiran Masjid Xiao Dongying |
|
Shabi Well- peringi peninggalan masyarakat Islam terawal di China
|
|
bersama Imam (kanan) dan pegawai masjid (kiri) HuaSheng.
|
Sebelum tiba ke kawasan permakaman dengan mendaki sebuah
cerun landai kita akan ketemu sebuah masjid di kiri jalan.
Makam Abi Waqqas terletak dalam sebuah bangunan lama yang
sempit dan suram. Ditutupi sehelain kain
satin berwarna hitam. Dijagai oleh seorang lelaki berwajah campuran
arab-cina. Di luar bangunan makam itu terdapat lebih dari sepuluh buah makam
para sahabat Abi Waqqas yang sama-sama bertaruh jiwa raga dalam ekspedisi suci
itu. Di celah-celah bangunan purba itu turut kelihatan ialah sebuah menara
rumah api yang dikatakan turut di bina oleh para sahabat tersebut.
Selepas solat sunat di masjid tua itu, saya tidak
melepaskan peluang untuk meneguk air
dari perigi tua yang berusia lebih dari seribu tahun tapi terus
mengalirkan airnya yang jernih dan dingin. Perigi dikenali sebagai Sahabi Well, mengikut keterangan dari
seorang penjaga (yang ramah) di situ, ia juga turut digali oleh para pendakwah
dari semenanjung arab tersebut.
No comments:
Post a Comment