Tuesday, May 26, 2020

PERJALANAN SASTERA 7







MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SASTERA UTUSAN (HSKU) 2019


KUALA LUMPUR 27 Feb. - Karya 'Selendang Merah Balukhali' oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, 43, dinobatkan pemenang kategori Novel Remaja, pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2017 ke-33, hari ini.Sri Rahayu dari Ampang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 disampaikan Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar

        Tempat kedua kategori itu dimenangi Nazri Hussein melalui novel 'Si Penenun Cinta' dan Dayang Ku Mastura Pengiran Ismail dengan karyanya 'Ayah', masing-masing dengan hadiah wang tunai RM5,000 dan RM4,000.Nazri turut memenangi kategori Cerpen Remaja menerusi karya 'Dongeng Tonggak Sembilan dan Cerita Februari' bagi hadiah utama sebanyak RM2,500 dan hadiah penghargaan RM800 bagi kategori sama menerusi karya 'Hikayat Pesan Ibu' yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 27 Ogos 2017.
Anwar Ibrahim bersama pemenang Hadiah Utama
 bagi semua kategori

        Bagi kategori Cerpen Media Baharu pula, Norshah Aizat Shuaib diumumkan sebagai pemenang dengan karya 'Pondok Ayah' yang membawa pulang RM2,500.
Majlis penyampaian hadiah yang bertemakan Kesultanan Melayu itu, turut dihadiri lebih 1,000 hadirin, termasuk Sasterawan Negara Datuk Seri Abdul Samad Muhammad Said atau A. Samad Said dan artis tempatan.

        Kategori Puisi pula menyaksikan tiga pemenang utama iaitu Zain Idris Al-Tobiari dengan karya 'Lelaki Yang Keciciran Lidah', Ahmad Fadhil Mohamad Pakarul dengan karya 'Sejumlah Catatan Tentang Kesakitan' dan Syed Mohd Zakir Syed Othman dengan karya 'Lelaki dan Pari-pari' yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000.

         Sementara itu, bagi kategori Cerpen Umum, tiga pemenang utama yang membawa pulang RM3,000 iaitu Saeed Zubeir Zahari dengan karya 'Kaki Hantu', Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop dengan karya 'Pak Husin, Bas Buruk, Calon YB dan Saya' serta Azman Ismail dengan karya 'Titis Hujan di Rakhine'.
Zain Idris At-Tobiari

         Kategori Rencana Sastera, dimenangi Roslan Jomel dengan karya 'Penulis Terperangkap Dalam Lif' dan Ramlee Wahab dengan karya 'Karya Indie: Mencari Permata Dan Kaca', masing-masing membawa pulang RM1,000.

         Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya persembahan caklempong, demonstrasi seni silat, dan persembahan nyanyian lagu Melayu tradisional. - BERNAMA

No comments:

  DUNIA BUKU 15 CITRA BUDAYA DAN ORANG TUA   DALAM KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH  Oleh  Sohaimi Abdul Aziz  * (Pusat Pengajian Ilmu Keman...