PERSARAAN BERSINERGI
Di luar dugaan apalagi dirancang, pada 25 Julai 2011, jam
1.45 tgh.,saya melangkah turun dari pesawat MAS NH376 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, di Propinsi Kwantung,
China selatan. Perjalanan ini
sebenarnya adalah sebahagian dari
package Seminar Pra Persaraan Bersinergi anjuran Tabung Haji (TH) khusus bagi
kakaitangannya yang bakal memasuki alam
persaraan, bersama pasangan masing-masing.( Kebetulan orang rumah saya kakitangan TH dan telah memilih skim persaraan
awal).
Logiknya Guangzhou dipilih sebagai venue seminar,
berkemungkinan besar atas pertimbangan
kota ini sebagai lokasi trading terbesar
dunia - yang sudah pasti
meransang minda bakal para pesara TH menceburi bidang perniagaan yang mengikut Ust.Muhammad Abdullah, salah seorang fasilitator program,mafhum
hadis Rasulullah menyatakan; perniagaan menjanjikan 9/10 dari rezeki .
Bersama isteri di Baiyun International Airport |
Bagi generasi lama, Guangzhou merupakan nama yang asing berbanding
dengan Canton. Canton ialah nama yang diberikan oleh orang-orang barat kepada
Guangzhou. Canton dikenali dalam sejarah dunia sebagai lokasi utama Perang
Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860).
Peperangan secara terbuka itu berlaku apabila pihak China (Dinasti
Qing) cuba menyekat perdagangan candu
yang cuba dibawa masuk oleh pihak barat
. Dari satu pihak, barat mendapati Perdagangan ini sangat menguntungkan
dan berjaya mengimbangi (dari segi tukaran wang) perdagangan dua
hala China-Barat. Bagi China kemasukan
candu yang tidak terkawal adalah gejala buruk yang dipaksakan kepada mereka. Peperangan
yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada
barat yang dikepalai British,
Perancis dan US ini membwa kepada Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjing. Melalui perjanjian yang berat sebelah ini berakhir dengan Hong Kong dan Semenanjung Kowloon terlepas dari kedaulatan China lebih dari satu abad.
Perang Candu mengorbankan 2800 di pihak Barat dan 47790 di pihak China |
Perang Candu ini juga
menjadi titik tolak kepada dasar-dasar luar China; China terpaksa membuka pintu kingdomnya kepada dunia luar (untuk dilihat dan melihat
ke luar) terutamanya dalam dunia perdagangan bebas. Ia juga membawa kepada
bibit-bibit kejatuhan dinasti terakhir
China , Qing, menuju kepada pemerintahan
rakyat .
Sebelum mendarat
,pilot kami Faizal Ahmad, menyampaikan maklumat mengenai cuaca yang
ternyata tidak jauh bezanya dengan kita. Suhu antara 37-42 darjah celcius . Yang
berbeza Cuma di sini panas tapi kering sedangkan cuaca negara kita panas dan
lembab. Dengan kedudukannya dalam zon garisan lintang yang hampir sama dengan
Malaysia menyebabkan kita tidak perlulagi mengubah jarum jam.
Di Baiyun International Airport, sedia menunggu En.Shabuddin
dari Anzac Consultant, pihak yang diberikan tanggung jawap menguruskan program tersebut. Kami dibawa dengan bas ke tempat kursus
dan penginapan di Mandrin Hotel. Sebelum itu walaupun agak lewat kami singgah makan tengahari pada jam 3.30 ptg di Restoran Abdullah dengan
menu masakan Cina Islamnnya.
Matahari senja di Guangzhou dari tingkat 10 Mandrin Hotel |
Bersama isteri untuk dinner di Xinyue Muslim Restauran di Bostan Hotel |
Hampir jam 5.00 ptg baru kami sampai di Mandrin Hotel. Malam
nanti belum ada program resmi. Cuma para peserta seminar yang berjumlah 44
orang itu diminta berkumpul di lobi jam 8.00 malam untuk dibawa ke Xinyue
Muslim Restaurant di Bostan Hotel untuk
makan malam. Jam 6.15 sudah masuk waktu maghrib.
No comments:
Post a Comment