SEMINAR MEMBORONG
SUBUH pertama di bumi Tiongkok itu kami dikejutkan melalui
morning call jam 4.00 pagi. Ketika waktu begini kita di tanahair mungkin masih
menarik selimut; kecualilah pada bulan Ramadhan untuk bangun sahur. Namun di sini bagi umat Islam adalah rutin kerana jam 4.35 sudah masuk
waktu solat subuh. Manakala syuruknya pula jam 5.35 pagi. Sinar matahari pagi
semakin menyelinap ufuk dilurah-lurah bukit yang landai.
Perbengkelan di Dewan Seminar |
8.30 pagi bemula
Kursus memborong di China oleh En.Shabuddin (Anzac Consultant )yang telah lama dan
berpengalaman dalam selok belok perniagaan
di China. Beliau mempunyai pejabat dan gudang untuk urusan pembelian , pembungkusan dan penghantaran barangan ke tanahair.
En.Shahabuddin turut
memperingatkan peserta keperluan membawa sebotol air bila berjalan-jalan (untuk keperluan berintinja) kerana
kebanyakan tandas samada persendirian
atau awam tidak menyediakan pili
air.
Depan Nur Bostan |
Tengahari ini kami
akan lunch di Nur Bostan, sebuah restoran Turkey. Menunya hampir sama dengan
lain-lain restoran yang memakai label Halal Abdullah.
Bersama Ust.Muhammad Abdullah |
Ustaz Mohammad
membuat pembentangan mengenai
perniagaan, pengurusan kewangan dan pengurusan stress.
makan jangan tak makan |
♥
Sambil menikmati hidangan , pengunjung retoran dihiburkan
dengan tarian dari penari-penari jalanan (berpindah dari sebuah hotel ke hotel
lain untuk mengadakan pertunjukan) dari suku Uyhur. Kebanyakan dari mereka adalah penganut Islam
mendiami bahagian baratdaya benua
China.(kini dizalimi oleh kerajaan China kerana perjuangan mereka untuk
mendapatkan kuasa autonomi). Wajah
mereka mirip bangsa uzbeg. Seakan-akan campuran arab-Cina. Selain dari costume, rentak dan ritma
muziknya mirip Arabian music.