Saga, Utusan Publication,1976 |
SAGA YANG MASIH BERBARA
PKP menghadkan pergerakan luar. Banyak aktivti
bertumpu kepada gerakerja dalaman. Salah
satu daripadanya sudah pastilah aktiviti membaca. Saya memanfaatkan
peluang ini untuk kembali menelah beberapa buah buku yang ada dalam
koleksi. Semestinya setiap orang mempunyai kreteria tertentu memilih buku untuk dibaca
kembali. Ada membuat cabutan buku mengikut bidang yang diminati. Karya dari penulis
kegemaran. Buku-buku yang mendapat rewiews
positif daripada pengkritik dan lain-lain. Saya cuba beralih kepada hasil karya
yang teruji dan mendapat pengiktirafan
melalui sayembara dan anugerah tertentu.
Antara
buku yang menarik perhatian saya ialah
SAGA, novel garapan Abdul Talib
Mohd.Hassan, juga dikenali sebagai Al Taha. Selain dari
menulis novel, beliau juga terkenal sebagai penulis skrip drama. Antara
drama beliau popular sedikit masa lalu di kaca Tv ialah Anjang Aki. Al Taha ialah antara penulis yang sangat kreatif dan
prolifik sekitar era 80an/90an.
Saya mengenali
beliau ketika sama-sama beberapa kali menghadiri kursus penulisan skrip cereka
tv (teleplay writing) anjuran RTM/IPTAR(Institut
Penyiaran Tun Abdul Razak) sekitar 1980an/1990an. Keunikan beliau ialah sambil berbual-bual santai
bersama teman-teman sekursus, jari-jarinya terus lincah menari di atas butang
typewriter, mengetik manuskripnya.Tanpa apa-apa nota atau cacatan - semuanya spontan diturunkan ke atas kertas putih. Pada
hari akhir kursus tiga minggu, beliau sudah pun mengatur temu-janji dengan syarikat
penerbitan untuk menyerahkan manuskrip
novelnya.
Al
Taha, seorang pendidiik berasal dari Teluk Anson Perak tetapi menetap di Batu
Anam, Simpang Lui, Segamat, Johor. (sudah sekian lama kita tidak mendengar
khabar berita mengenai penulis hebat ini, harap ada pihak-pihak tertentu
(mungkin Persatuan Penulis Johor/ PPJ atau Dewan Sastera) dapat menjejakinya.
SAGA
lahir dari Sayembara Novel GAPENA, 1976, di mana hadiahnya disumbangkan oleh
Tun Datu Mustaffa, Ketua Menteri Sabah ketika itu. SAGA memenangi tempat
pertama, tempat kedua ialah novel Bulan Merah Di Tiga Kuala, oleh Zahari
Affandi, (tidak ingat karya yang memenangi tempat ketiga). Majlis penyampaian
hadiah untuk pemenang-pemenang sayembara ini telah berlangsung di Balai Besar, Alor
Setar, Kedah, sempena perayaan Hari Sastera (1976).
Novel
setebal 354 halaman ini diterbitkan kira-kira 43 tahun yang lalu (cetakan
pertama 1976). Telah mengalami ulang-cetak lebih dari 10 kali. Saya tidak pasti
ulang-bacaan saya kali ini, masuk kali ke berapa. Bagaimanapun bacaan terakhir
mungkin 30 tahun yang lalu.
Menurut
penal penilai sayembara yang di ketuai oleh A.Wahab Ali, SAGA, telah mempamirkan
kemampuan pengarangnya membawa pembaharuan kepada novel Malaysia, samada dari segi tema, persoalan dan
teknik persembahan. Ia memperlihatkan kebolehan pengarang melukiskan persoalan-persoalan
wataknya dari sudut psikologi yang meyakinkan. Apa yang jelas, mungkin ini adalah
satu-satunya cubaan pertama dalam
pernovelan Melayu, di mana lewat 22 bab novel ini, bab demi bab, dilukiskan
secara bergilir-gilir mengikut sudut
pandangan (POV) tiga watak utamanya,
Rahmat, Hisyam dan Munirah.
Intipati
novel ini mengisahkan hubungan unik tiga
sahabat; Rahmat, Hisyam dan Munirah yang terlibat dalam perangkap cinta tigasegi.
Munirah asalnya seorang katholik, Monique Magdalena D’Cruz, gadis kacukan Portugis-Baba
Cina; bapanya doctor persendirian Dr.Anthony Johnson D’Cruz, keturunan Portugis
kelahiran Goa, India menetap di Melaka.
Manakala ibunya Marie Koh D’Cruz, keturunan Baba Melaka. Ketiga-tiganya berkenalan sejak zaman
persekolahan, di Perak, berlanjutan sehingga ke university. Rahmat-Hisyam-Munirah, saling mencintai. Namun Rahmat(oleh helah
kelicikannya) akhirnya bejaya memperisterikan Munirah.
Abd.Talib Mohd Hassan (kanan) menerima hadiah dari Tan Sri Abd.Samad Idris, sempena Hari Sastera, Alor Setar, Kedah (1976) |
Ketiga-tiga
mereka meninggalkan kerjaya yang berpendapatan lumaian di Bandar dan mengikut ajakan Rahmat pulang
menetap di kampungnya, Batu Ragi, sebuah perkampungan di perdalaman yang hampir
terputus dengan dunia luar kecuali melalui jalan sungai. Rahmat brcita-cita besar mahu membawa masyarakat
kampungnya keluar dari kongkongan nilai
tradisional yang membelenggu. Walaupun kehadiran mereka banyak pembaharuan dari aspek prasarana seperti
pembinaan jalan darat menghubungkan kampong
terpencil dengan dunia luar, bergotong-royong membina jambatan-jambatan,
sekolah, masjid, menyatukan masyarakat melalui kegiatan berkoperasi, persatuan
belia, penghapusan orang tengah, Berjaya mengubah persepsi negative masyarakat
dan lain-lain namun ke Ketiga-tiganya
tetap berhadapan dengan perbagai halangan dan rintangan. Bukan saja terpaksa bersemuka dengan fahaman orthodox
golongan tua, juga generasi muda yang berperasaan hasad dan dengki, tidak ketinggalan dari gerombolan komunis yang
terancam survival mereka oleh tindakan dan pembaharuan yang dibawa Rahmat
bertiga.
Beberapa
kali nyawa mereka hampir terancam. Hisyam bersama sifat idealis-romantismnya pula,
dengan sikap romeo & happy go lucky (yang
dalam diam masih mencintai Munirah) terlibat pula dengan cinta tiga segi bersama
2 gadis (Masita, adik rahmat dan Salwa, sepupu Rahmat). Unik dan anihnya watak-watak antagonis yang
muncul bersilih ganti itu hampir semua mempunyai ikatan kekeluargaan (saga)
dengan Rahmat. Dalam banyak keadaan jelas walaupun berhadapan dengan beberapa kejadian sampai ke tahap mengancam
keselamatan, Rahmat masih mahu menyelesaikannya sendiri tanpa melapurkan kepada pihak berkuasa.
Apakah
kesudahannya perjuangan ketiga-tiga watak gigih ini. Berjayakah mereka mengharungi halangan dan dugaan yang datang bertalu-talu.
Bagaimana dengan cinta gelap Hisyam dengan tiga watak, Munirah-Masita-Salwa
yang menakluki hatinya. Semuanya terjawap di helaian-helaian terakhir SAGA.
Masih adakah di pasaran? Jika tidak carilah di rak-rak perpustakaan.
Suatu
yang menarik perhatian saya sejak mula menelaah novel ini ialah, SAGA sangat kaya dengan elemen dan nilai-nilai cinematic/ filmic . Saya melihat
ia mempunyai ramuan-ramuan yang mencukupi untuk eksploit, bangun sebagai sebuah filem cereka yang
mempunyai nilai seni dan komersial sekali gus. Konflik fizikal dan kejiwaan,
percintaan, romansa, muzik dan lagu, perkhianatan, pertarungan (persilatan, tembak menembak,
pembakaran), manipulasi alam semulajadi dan lain-lain aspek yang belum
diterokai. Saya beranggapan ia setara dengan hasil garapan Uwie Hj Shaari lewat
filem Hanyut, yang diadaptasi dari novel
Almayer’s Foley karya Joseph Conrad itu. Sayang
sekali kerana novel sehebat ini, sekan tercicir dari pandangan
pembikin-pembikin filem kita.
Jitra, 10 Jun 2020.
No comments:
Post a Comment